Tuesday 22 April 2014

Sehari di Hong Kong ~ Ke mana kita? Part 2


Bersambung dari Part 1

Dah sampai The Peak, aku tunjukkan tangga nak ke Sky Terrace pada 2 kawan aku tadi. Tiket dah beli siap-siap kat kaunter di Lower Terminus. Kali ni aku malas nak naik lagi sebab dulu dah naik. Pastu janji nak jumpa kat dataran depan Peak Galleria lepas 30 minit.

Peak Tower. Atas sekali Sky Terrace. Trams station paling bawah.
Di Victoria Peak ni ada:

The Peak Tower (Sky Terrace + Hard Rock Shop + Madame Tussaud's)
Peak Galleria
Nature Walk

Gambar dari last trip - Brangelina dalam Madame Tussaud's
Aku keluar dari bangunan Sky Terrace tadi dan tengok-tengok orang. 

Unik. Between Peak Tower & Peak Galleria.
Pas tu takkan aku nak melangut 30 minit yea tak? Harus la aku pun bergerak. Tengok ramai orang pergi arah Findlay Road tu, so aku pun menfollow jejak dorang.

Ke arah Findlay Road
Tengok ada tempat untuk view Hong Kong city macam kat atas Sky Terrace tu. Cuma Sky Terrace tu tinggi dari sini.

Atas sana Sky Terrace.
View dari tempat tak payah bayar.
Meh aku tepek view yang aku ambik dari Sky Terrace (from last trip) dan kat platform view yang aku tak ingat nama apa ni.

Dari Sky Terrace
View bukan dari Sky Terrace. Sekali kepala aku lindung Bank of China Tower.
List pencakar langit di Hong Kong
Pastu aku tengok ada jalan lagi kat depan tu. Aku pun 'moh je la'. Takde apa pun, jalan hutan sket la kat situ, ada jugak selisih ngan orang lain jadi takde la takut sangat. Sebenarnya ada je route untuk Nature Walk kat sini tapi ikut Mount Austin Road (sebelah sana dari Findlay Road ni). 

Findlay Road
Sepanjang perjalanan.
Sepanjang aku jalan-jalan kat sini view sebelah kiri masih view bandar Hong Kong. 

View sebelah kiri.
Dah sampai satu tahap ada 2 jalan, tak tahu mana nak pilih, aku berkeputusan untuk patah balik.

Kiri ke kanan? Tapi aku patah balik ;p
Berpatah balik.
Pastu aku nak try ikut Mt Austin Road plak tapi aku takut ti kawan-kawan aku tercari-cari plak ti. 

View ke arah Mt Austin Road
Dah sampai kat depan Peak Galleria, aku jumpa dah 2 kawan aku tadi. 

Melepak jap kat situ, tengok matahari pun macam nak jatuh dah jadi kami pun gerak ke Tram station dalam The Peak Tower tadi (kawasan yang sama jugak).

Dah sampai Lower Terminus kami keluar dan terus ambik bas double decker 15C. Bas ni adalah Peak Tram Connection Service dari The Peak Lower Terminus ke Central Ferry Piers untuk naik First Ferry. Tambang HK$4.20. Swipe Octopus Card saja.

Route bas 15C
Kami duduk kat atas, belakang sekali. Tengah bas bergerak ada sorang Uncle Chinese datang ke belakang, borak ngan kami. Kawan-kawan aku cakap uncle tu tegur dorang kat Sky Terrace tadi. Uncle tu Malaysian yang holiday ngan wife dan anak-anak dorang. Uncle tu cakap dorang dah dekat 2 minggu kat Hong Kong.

Double decker bus
View dari bas plak. 
Kemudian kami tolong ambikkan gambar Uncle tadi dan wife kat atas bas tu. Anak-anak dia dah ready nak turun dah. Dorang turun dulu, mungkin dorang nak ke Hong Kong Convention & Exhibition Centre yang ada Golden Bauhinia Square. Bagi sesapa peminat Jackie Chan boleh la melawat bangunan  Hong Kong Convention & Exhibition Centre ni sebab bangunan ni ada dalam cerita New Police Story.

Dah sampai Central Ferry Piers (last stop), kami terus gerak ke untuk naik First Ferry. Kami ambik upper deck ke Tsim Tsa Tsui. Harga HK$2.50. Weekend harga lain.

Rate ferry upper deck. Tak ingat lower deck punya harga tapi murah sket dari yang ni.
Destinasi kami seterusnya adalah Avenue of Stars.

View dalam ferry
View luar ferry
Dalam ferry kami dapat menyaksikan sunset. Cantik sungguh waktu tu.

Sunset dari dalam ferry
Tiba-tiba satu group Chinese family depan kami tegur. 

"Malaysian?"

Dorang ni Singaporean bercuti di Hong Kong. Dalam group dorang ada 4 orang budak kecik umur 3-8 tahun camtu. 

Mak dia tanya berapa hari kat Hong Kong?

"Only one day". Kami cakap kami dari Shenzhen sebenarnya. Saja nak selit jugak Hong Kong dalam itinerary.

Aku plak tanya dorang, tapi saja je aku tanya yang kecik depan aku maybe umur 4,5 tahun gitu. 

"Eight days" Pastu terus borak ngan dia pasal Disneyland, Mickey Mouse semua. 

Terus dah tak peduli sunset, tau tau dah sampai dah Tsim Tsa Tsui Ferry Piers.

Keluar dari sini belok kanan untuk ke Avenua of Stars. Masa turun ferry tu memang dah gelap tapi jangan risau sebab bandar ni sentiasa 'hidup' dan orang sangat ramai.

Tengah menapak ke Avenue of Stars tu tiba-tiba kami ditegur oleh 3 gadis Melayu tanya kat mana nak cari makanan Halal si sekitar TST ni. 

Tengok muka memang muka lapar..hehe

Mula-mula aku cakap tak tahu sebab memang serius aku tak tahu. Aku tau kat Masjid Ammar je tapi sebab dah malam dan Masjid Ammar tu kat pulau Hong Kong (noted sekarang kami kat TST, Kowloon), dan entah bukak lagi ke tak. 

Pastu tetiba aku teringat pasal Chungking Mansions. Katanya kat situ senang dapat Halal food tapi Indian, Pakistan food etc. Sebab aku tak minat sangat Indian or Pakistan food ni aku takde la study lebih lanjut so tak pandai la nak advise lebih-lebih.

Just aku tanya tau tak nak pergi Chungking Mansions?

"Yea, macam pernah dengar"

Aku suh dorang ikut laluan underground dan exit ikut Chungking Mansions (entah wujud ke tak exit tu). Kami say bye-bye dan masing-masing ikut haluan masing-masing.

Kawan aku si Sue tu dah malas nak berjalan-jalan lagi so dia pun duduk dulu sambil aku dan yang sorang lagi tu, Pae pegi cari tapak tangan Leon Lai.

Harus la aku teman kan, ti sapa nak ambik gambar kau dengan Leon Lai? Eh, tapak tangan di simen Leon Lai.

Minah ni cari Leon Lai jugak ke?
Antara yang jumpa.
Jalan-jalan sampai la jumpa pastu kami gerak ke TST station. Dah takdenya nak melayan laser show. Laser show start pukul 8 malam (dalam 20 minit). 

View pulau Hong Kong dari Kowloon (minus Bank of China Tower)
Di TST station ni kami refund balik Octopus card. Jadi untuk guna MTR kami beli token di mesin layan diri.

Tujuan kami adalah ke Ladies' Market

Untuk ke Ladies' Market sila naik MTR ke Mongkok Station, exit E2. Kat sini macam pasar malam tapi sangat meriah u'oll!

Tshirts HK
Macam-macam ada jual. Souvenirs dari FM, T-shirts, keychains. Branded bag versi tak ori. 

Depan exit E2
Dah abes shopping kami pun gerak ke LuWo untuk kembali semula ke Shenzhen. Route terakhir kami adalah Mongkok - Kowloon Tung - Lo Wu.

Takde cop dah kat Immigration HK, dapat resit ni je.
Sampai di Shenzhen kami menapak ke hotel. Nasib la hotel sebelah bangunan Immigration je.

17 comments:

  1. Gila ah. Tempat ko pi sume ni aku dapat cover 2 hari. Minus yang crystal cable car & disneyland je. Gila ah.

    Aku gi Avenue of Stars haritu pun memang sebab nak cari tapak tangan Leon Lai. Kata bf lama tapi xpernah clash. Lost contact je. Sebab sekarang layan Oppa manjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni nama dia kaedah touch & go..hehe Disneyland tu tak masuk, just berlegar2 kat luar je. Balik hotel pengsan pastu.

      Apesal girlfren Leon Lai ramai kat Malaysia ni? hahahaha

      Delete
    2. harrlowww? why uolss menjejes kat bf lama i? leon lai tu aku baru nak pegi sentuh bulan depan. tunggu tau abang leonnn....

      Delete
    3. Dah tak suci dah Leon Lai kami kerjakan..hahahhaaha (gelak jahat)

      Delete
    4. leon lai lovers mmg ada di mana2...;-)

      Delete
  2. Bila sebut ladies market ingatkan tuk ladies je..bila dah pegi..lain rupanya...frust sbb brg kat sini mahal..FM mintak kurang pun x dpt..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kena bargain tak hengat kat sini.

      Ada lagi psr malam Temple Street tapi tak glamer mcm Ladies Street ni.

      Delete
  3. Gigih korang cover semua tu dalam 1 hari !!! Dahsat korang niiii...

    Sky terrace tu nampak unik kannn..
    Masa kat ladies market tu, ahkak speaking mandarin dgn penjual, so memang dapat harga murah la. Tapi, serius cakap....penat weh nak bargain bargain niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ada satu hari je harus sumbat selagi boleh..

      Untung la akak pandai speaking mandarin, saya pandai cakap Jea hen keai je ****larikkkk

      Delete
  4. hahahahaha..leon lai punya pasal, dah ler hujung saneee tu ha, mmg legend betuii...(tetiba sedih sbb salah sorang passenger mh370 pun nak cari leon lai kat beijing) ... wpun aku agak terkeliru mula2 dgn tapak tgn tu--rupanya yg ade bintang je yg dah meninggal, yg xde bintang tanpa signature tu belum meninggal lagi tapi bz kowt belum sempat dtg situ lg..kusss semangat ingat chow yong fatt dah xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. #doauntukMH370

      Hahaaha Chow Yong Fatt dah mati??? ****larikkkk (tour guide tak bertauliah)

      Delete
  5. bestkan HK? ade org tak suka, tp saya suka je... hiks. langit biruu!!! syiokkk wooo. sunset tu cntek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat!

      Alhamdulillah cuaca ok kalau tak menanges lah nak kejar HK sehari kalau cuaca tak elok.

      Delete
  6. Jea..aku x larat berjalan sebab sejuk yg teramat sangat..serius weii tak tahan..duduk kat bangku tu best jugak tengok orang lalu lalang..muka diaorg semua lebih kurang sama jer..hahhaah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kulit masing2 pun dah kering & pedih.

      Delete
  7. Susah aku nak percaya ini semua berlaku dalam satu hari suntuk sahaja hahahaa :D
    memang terbaik la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tempat2 yg diplan dpt jugak dicover walaupun guna kaedah cuit2 je..hehe

      Delete