Sunday 6 April 2014

Surabaya (Day 4) ~ Kawah Ijen

Bersambung dari Patulding (kaki Kawah Ijen).

Bila tengok jam dah pukul 12 tengah malam, aku mintak diri dari kakak dan abang tu. Dorang cakap dorang gerak kul 1 pagi dengan guide dorang.

Aku pun pergi balik warung Bapak Im dan kejut Jaja. Siap-siap pastu kami pergi balik ke office tadi sebab Jaja nak guna toilet. Kemudian budak-budak dari Situbondo tegur kami. Nasiblah dorang panggil sebab gelap-gelap camni mana nak cam orang dah. 

Rupanya budak yang 2 orang tadi tak balik pun ke khemah dorang. Dorang lepak kat parking motor. Lagipun kat situ ada lampu.

"Takut kecurian". Jawapan dorang bila tanya kenapa lepak kat parking tu.

Pastu Fani join kitaorang kat parking tu.

Sebenarnya memula tadi kami ingat si Fani ni cakap nak tido tadi, dia tido kat warung. Jenuh kami dok panggil-panggil dia kat warung tadi guna suara dalam kelambu. Yelah tanak kejutkan Bapak Rudy dengan kawan dia yang tengah tidur kat dalam tu. Bila dok panggil-panggil tapi takde jawapan baru kami gerak ke toilet office.

Kami gerak ke padang belakang office sebab budak-budak tadi nak kemas khemah dorang. Pastu bila dah setel kemas khemah, nak gerak pastu, si Fani ni tetiba nak g toilet.

Haa nampak disitu.. 

Spoiled betul budak ni.

Menunggulah kami untuk 'mas dari Jakarta' ke toilet. Tu gelaran budak-budak Situbondo bagi dia. Agaknya dorang pun tak ingat nama Fani tu.

Pastu semua dah setel kami pun gerak dalam 15 lepas midnight gitu. Mau tak takut... Tapi kalau aku ngan Jaja je confirm la takut. Tapi ni dah ramai-ramai dah macam rombongan Cik Kiah dah.

Oh ya, budak-budak Situbondo tu ada 6 orang. Salah sorang tu perempuan. Kakak kepada salah sorang antara dorang. Kakak sapa aku tak tahu lah, tak tanya pulak. Tapi aku ingat nama budak perempuan tu, Ecah.

Budak-budak ni baik-baik sungguh. Cakap pun guna slow tone je.

Bukan macam aku ni, high pitch..

Dorang ada 2 lampu yang terang ya amat. Nasib la sebab si Jaja ni tertinggal lampu picit dia dalam beg dan headlamp aku time ni la nak abes bateri. Cahaya yang keluar pun tersipu-sipu malu. Rasa nak campak headlamp ni dalam semak tu. Yelah dalam kegelapan tu nak harapkan cahaya dari orang lain plak. Terpaksalah salahkan diri sendiri time tu. Aku beli headlamp ni masa nak g Kinabalu dulu, Disember 2012. Januari 2013 aku bawak headlamp tu datang Kawah Ijen ni. Januari 2014, guna lagi kat tempat yang sama. Tanpa sebarang penukaran bateri..

Tamatlah riwayat bateri triple A (bukan cap Giant). Kalau tau nak abes tadi aku beli bateri baru kat Warung Bapak Im.

Andai dapat ku undur masa..

Daki-daki sekejap. Kumpulan terpecah 2. Aku tak tahulah sapa yang terpecah tu, tapi Jaja mesti ada dengan aku. Kami di group yang depan. Pastu hujan turun rintik-rintik. Kami stop jap bawah gazebo (pit stop). Ada beberapa pit stop berbumbung sepanjang perjalanan.

Tunggulah kami kat situ. Group yang belakang tadi pun dah catch up balik dan sama-sama tunggu hujan berenti. Dalam group budak-budak Situbondo ni ada sorang yang pandai ambik gambar. Nama dia Indera. Aku ingat nama dia sebab common sangat nama dia untuk rakyat Indonesia, kan? Lagipun sedap nama dia. Yang lain-lain tu sebut je nama masing-masing harus la tak ingat. Last-last aku ngan Jaja bagi nickname, diantara aku ngan Jaja je lah. 

2 orang yang lepak ngan kami je yang dapat nickname, yang lain-lain kenal dalam gelap tak cam sangat. Yang pakai jaket kulit ikat bandana kat kepala tu kami gelar 'Faizal Hussein' dan yang bapak ada bisnes kat Timor tu dapat gelaran 'bapak kaya'.

"Besar Motor Ninja dia".

"Sapa?"

"Bapak kaya.."

Hahaha.. gitu la skrip aku ngan Jaja.

Dorang siap angkut tripod lagi. Bagus budak-budak ni. Share sama rata barang nak angkut. Sementara tunggu hujan rintik-rintik tu Indera pacak tripod dia. Lawa-lawa gambar yang dia ambik dalam gelap tu. 

Tunggu dalam 15 minit, hujan pun berenti. Kami pun sambung balik pendakian. Si Ecah ni dah tak larat, si 'Faizal Hussein' tolong bawak kan beg dia. Depan belakang galas beg. Masa si 'Faizal Hussein' ni cakap ada kakak kepada salah sorang dari dorang, aku tanya kakak dia ke? Dia cakap bukan.

Tanya ada girlfriend ke tak, "still looking", katanya (ni sembang kat warung tadi).

Yang aku concern ni mana adik ko Ecah oi...hahaha emo plak.

Lepas tu group tu terpecah 2 lagi. Aku ngan Jaja dalam group depan bersama Fani, Indera (aku tau dia pun sebab ada kadang-kadang stop kejap untuk dia ambik gambar) dan 'bapak kaya'.

Dah lama-lama mendaki, group kedua memang jauh dah tinggal. Pastu kami dok saing-saing ngan group-group budak-budak Indonesian lain, yang nampak gaya umur dalam range budak-budak Situbondo ni jugak. Dalam 2,3 group jugak.

Cahaya lampu memang harap si 'bapak kaya' dan lampu Iphone Fani. Akulah paling slow dalam group tu, tapi budak-budak tu tetap tunggu dan tolong suluhkan cahaya sambil Fani memberikan kata-kata semangat (dem you, Fani!).

Sampai satu tahap tu aku dah tak boleh bukak mulut dah sebab nak termuntah! 

Psstt: last time aku kat sini memang aku mendaki sambil termuntah-muntah..hehe

Pastu kami stop jap kat tempat penimbang sulfur. 2,3 group jugak stop sini. Tapi group kami yang terpecah tadi takde nampak bayang jugak. 

Post penimbang belerang (ni gambar last year, this time lupa nak snap or penat sangat sampai malas nak keluarkan kamera?)

Akhirnya setelah hampir 2 jam pendakian kami pun sampai ke kawasan landai, meaning dah sangat hampir ke kawah. Bau sulfur pun dah kuat sangat dah. Aku keluarkan pashmina balut muka tapi tak boleh bernafas plak pastu, simpan balik..

Aku tengok cite Supernatural, kalau ada kesan sulfur warna kuning ni mesti dorang kaitan dengan kehadiran 'demon'. Tu ikut cakap Dean & Sam Winchester lah.

*** aku dalam process rewatch Supernatural sebab nak tengok Seasan 9. Aku memang selalu lambat dari orang lain. Kuciwa disini...

Dah sampai ke kawah keadaan masih gelap tapi angin memang kuat. Sejuk habaq hang! 

Dah sampai ke tangga untuk turun ke bawah tu (sekarang dah ada pagar), Indera pacak tripod dia kat tepi pagar tu. Dia tanak turun ke bawah (untuk tengok blue fire) sebab dia tak bawak 'masker'. Aku tanak turun sebab aku pikir nanti mintak nyawa nak naik atas balik. Jaja pun tanak turun jugak. Time ni aku dengan Jaja dah sibuk cari port nak melingkar tunggu pagi. Mana pegi si Fani, Indera dan 'bapak kaya', dah tak pedulik lagi dah.

Sejuk gila babas kat sini. Hang jangan dok buat main! Aku pakai 3 lapis baju, balut ngan pashmina lagi, glove lagi, nyorok balik batu lagi (tapi tak tahu arah angin bertiup kot mana). Pastu rasa dok atas batu tu macam dok atas ais.

Aku kesian jugak kat Jaja sebab aku tengok sweater dia pun alahai nipis ja.. Ada satu tahap tu Jaja cakap macam dah tak sanggup tunggu pagi dah, rasa macam nak blah time tu jugak. 

Tapi memang je ada yang blah turun ke Paltuding balik sebab tak tahan sejuk. Ingat lagi kakak yang aku borak kat office tu (yang bercerita pasal 'santat' tu), dia and the group sampai-sampai je tak tahan sejuk terus turun balik. Takde dah nak tunggu pagi.

Lagi benci bila ada satu group pendaki-pendaki yang dah well prepared, sampai-sampai terus bentang kanvas, tidur ramai-ramai. Siap ada selimut tu!

Aku tak tahulah macam mana aku pun boleh tertido walaupun sejuk nak mampos (serius sejuk ooii!) dan dalam keadaan duduk sambil tekap muka kat kaki. Sakit-sakit badan memang tak payah cerita lagi dah. Angkat muka tengok dah cerah sikit dah. 

Kesejukan yang tahap gaban tu memang berbaloi bila matahari dah menyinar dan walah! 


Cantiknya ciptaan Allah S.W.T!




Gitu tala kamera ko..

Lepas berdozen-dozen ambik gambar, kami pun plan nak turun ke Paltuding. Time ni memang kami berdua je. Fani dengan budak-budak Situbondo tu dah tak tahu ke mana dah. 


Pastu tengok kat atas, ramai yang trekking mengelilingi kawah ni. Last year aku datang tak boleh naik atas lagi dah. Masa aku nak ambik gambar kat signboard yang tak bagi orang naik atas tu aku kena marah ngan Bapak Im..huhu

Tapi kali ni dah takde sign lagi dah, tapi tak ramai yang nak daki ke atas tu. Tapi kami alang-alang, naik je lah ke atas. 

View dari atas memang ohsem giler! Boleh nampak the whole kawah. Tapi kena cepat sebab pastu kabus tutup memang tak nampak apa-apa lagi dah.


Kat sini kami terjumpa balik dengan group budak-budak Situbondo ni tengah bergambar sakan. Kalah Next Top Model. 

Mula-mula ingat nak pusing kawah jugak tapi bila tengok kabus kat atas tu tebal sangat sampai tak nampak jalan, kami pun patah balik dah finally turun ke Patulding balik. Budak-budak Situbondo tu cakap dorang nak naik atas lagi.


Gambar dari atas kawah



On the way turun banyak la selisih dengan group-group yang baru nak naik. Mostly foreigner dengan guide dorang. 

Group belakang tu la yang tido tak hingat semalam kat kawah. Bangun tido kemas-kemas ambik gambar 2,3 roll terus balik dorang ni.

Trek mendaki, semalam gelap tak nampak.

On the way turun nampak ada savanah jugak sini.

Meh zoom sket.

Trek

Ada jugak service ni.


Belerang untuk dijual

Trek lagi

Halfway turun, tengok budak-budak Situbondo ni berlari turun. Ntah la berlumba ke hapa. Tapi pastu berenti kemudian hilang balik.

Sampai kat Warung Bapak Im tengok warung tu dah fullhouse! Ramai yang dah turun mahupun yang belum mendaki tengah breakfast kat situ. Nasib tempat kami duduk semalam takde orang lagi sebab kami simpan beg kami kat situ (dengan izin Bapak Rudy).

Beg kami.

Lepas makan, aku nampak 'bapak kaya' dengan Indera tengah makan, aku join dorang tengok gambar. Aku tanya dorang nampak Fani tak sebab aku ngan Jaja memang tak nampak dia langsung kat atas tadi. Indera cakap Fani masih memotret lagi kat kawah.

Si Fani ni bukan ada kamera pun. Semua guna Iphone je. Tapi gambar yang dia ambik memang lawa-lawa. 

Lepas makan, aku ngan Jaja ke office untuk tukar baju (bau belerang!). 

Opis dan toilet didalam

Sesambil tu cubaan kami nak cari kenderaan untuk keluar dari sini tak berjaya.

Yang tinggi sekali tu Indera. Yang sebelah Jaja tu Ecah, sebelah Ecah 'bapak kaya'. Jaket merah 'Faizal Hussein'. 

*******************************************************

Meh sini aku cerita jalan yang patut diambil untuk ke Kawah Ijen (kalau pergi tanpa supir).



Jalan yang betul. Probolinggo-Situbondo-Wonosari-Sukasori-Sempol-Patulding. Mula-mula kami pilih jalan Probolinggo-Situbondo-Baluran-Banyuwangi (tiket bas pun beli ke Banyuwangi). Nasib jumpa pakcik yang tunjuk jalan tu.


Kalau dari Probolinggo :

1. Naik bas dari Probolinggo ke Situbondo.
2. Situbondo naik bas mini ke Wonosari.
3. Dari Wonosari ada bas berbentuk van ke Sempoltapi kekerapan yang sangat teruk. Dicadangkan hire Angkotan (untung kalau ramai boleh share kos). Kalau chartered Angkotan boleh terus ke Patulding.


****Kalau info aku salah, lantak korang lah....hahahaha

7 comments:

  1. menarik.. anyway... belerang tu untuk ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap aku belerang tu untuk peluru (bahan api), baja, dan aku tak ingat apa lagi dah.

      Delete
  2. Jea, pening tenguk peta berselirat ni.... huhuhu tapi gambar kat kawah tu memang cantik. Psss Indera tu hensem juga ler.... Bapak kaya kok muda lagi.... hahahahaha

    Belerang tu buat rupa camtu kalau di beli nak buat apa ek. Tak ke berbau sepanjang jalan.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun pening nak pilih jalan. Nasib la ada yang nak menolong, kalau tak memang kami pilih jalan jauh (tapi In Shaa Allah senang transport).

      Memang hensem dan cantik budak2 ni, muda2 lagi, baru first semester kat universitas.

      Belerang tu untuk perhiasan kot, katanya kalau letak dalam rumah ular tak masuk rumah kita. Tapi kalau ikut bau jangan kata ular, orang pun boleh pengsan..huhu

      Delete
  3. Mak konfius ni Nak..
    kejap citer KPop..kejap Telenovela pinoy..alih-alih masuk Sinetron balik..
    aku ingat sinetron dah abeh...

    ko tak pening Nak?

    hee!

    ye sulfur menandakan kehadiran demons, menurut kata kekasih gelapku Sam Winchester.
    ada nampak ke kat kawah sanaaa?

    belerang tu nak buat gapo set-set cantik cenggitu?

    mana ko knal bebudak situbondo ni?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan cerita2 aku ni takde satu pun yang abes..hahahaha

      Ko nak yang mana? yellow eyes, black eyes or white eyes Lilith? hehe

      Bau belerang tu tak secantik rupanya..

      Aku kenal kat warung yang aku dok lepak tu, semua yang datang situ memang nak mendaki ke Kawah Ijen, jadi kami follow je..

      Delete