Tuesday, 24 June 2014

Memancing di Segari, Perak

Pada cuti sekolah yang lepas, since anak-anak buah aku menetap kat rumah kitaorang ni, abang aku ajak dorang pegi memancing. Aku yang terdengar ni tetiba pun nak ikut!

Wahal kau tau ke memancing tu apa?

Abang aku cakap nak pegi memancing kat Segari. Katanya kalau dari Taiping ni lintas Pantai Remis. Pastu dekat-dekat dengan Teluk Senangin.

Teluk Senangin ni pantai yang ada chalet kecik-kecik yang tersembunyi sikit lah. Takde lah fames macam pantai-pantai kat Lumut tu.

Lagipun Teluk Senangin ni memang terkenal la dikalangan keluarga aku. Yelah keluarga besar, harus la datang tempat-tempat free camni kalau nak beriadah.

Kami start bertolak dari rumah pukul 6 pagi. Perjalanan ke Segari ni ambik masa sejam 15 minit jugak la. dari gelap-gelap keadaan sampai terang benderang baru sampai.

Dalam perjalanan anak-anak buah aku memang membuta je dari masuk keta lagi. Siap bawak selimut tido dalam keta!

Aku plak tak boleh nak tido sebab abang aku bawak keta laju pepagi tu. I is naik keta tak boleh laju. Gayat!

Ada sampai satu simpang tiga, ada nampak keta yang sepatutnya kat simpang tu dia either ke kiri or kanan, dia jalan terus. Memang kehadapan la jawabnya keta tu. Tengah ada tow truck nak tarik keta tu keluar dari hutan yang dia masuk tu.

Sempat la aku tazkirah kat abang aku, "haa tu mesti bawak laju"..ahaks

Pukul 7.30 pagi kami sampai kat tempat memancing ni (singgah beli nasi lemak dulu). Aku tak perasan plak apa nama tempat memancing ni. Bayaran masuk sorang rm3. Budak-budak tak tahu la berapa tapi abang aku mintak free untuk 2 budak ni. 

Staff kat sini nationality adalah Indonesian.

Pastu kami pegi kat jetty? ke hapa nama pondok memancing terapung yang paling hujung. Abang aku dengan anak-anak buah aku terus pasang joran letak umpan kat kail, aku bentang tikar makan nasi lemak. 

Aku makan sorang, orang lain busy.
Bot nak ke laut
Bawak 4 batang joran.
Sorang serius sorang main-main
Si adik tak pandai 'baling' kail, si abang tolong 'balingkan'
 Dah makan, aku tak tahu nak buat apa, jadi aku angkat kamera pegi pusing-pusing kat area chalet ni. Kat chalet ni memang khas untuk para pemancing kot. Ada khidmat sewa bot jugak.

Layan gambar area chalet.

Lagi bot nak keluar ke laut.
View jetty dari pondok terapung yang kami lepak ni.
Ada balairaya/dewan kat sini.

Sayu tengok sebab lama dah aku takde aktiviti ni. Rindu sama kau, kayak!

Antara bilik-bilik yang ada.


Yang ni jenis dorm kot.

Pastu aku jalan-jalan area chalet ni. Tapi aku tak pegi jauh la sebab aku tengok pekerja-pekerja kat sini dok berkumpul kat pintu masuk. 

Nasib la tak lama tu owner chalet ni datang. Aku dengar dia bertanya kat sorang ni. Yang ni bukan staff dia tapi kawan kepada staff dia. Owner ni tanya dia keja mana, tapi si polan ni nak jawab tersangkut-sangkut. Tak pandai cakap Melayu jadi aku tak tahu yang tu warganegara apa.

Aku lepak kat tebing tepi dewan.

   

Dorang kat sana memancing,



Aku kat sini layan ikan.


Pastu aku jadi boring. Baru sejam!.

Bertabahlah.

Gigih la memancing.


Aku pegi kat tempat dorang memancing, aku bentang tikar pastu tido!

Kat sini la aku bentang tikar untuk sambung tido..hehe
 Pastu abang aku ajak balik. Ikan sekor pun tak dapat. Salah umpan katanya.. Puii sangat!

Tapi kami tak balik terus, kami singgah mandi manda kat Teluk Senangin. Kami bertiga je mandi, abang aku tido dalam keta.

Kali ni untuk balik, aku plak bawak keta, mencabar dowh nak bawak keta kat sini, jalan bagai ular dipalu. Tak cukup dengan tu lori-lori yang bawak kelapa sawit pun banyak dan laju-laju!

Alhamdulillah selamat kami sampai rumah, pastu sambung tido lagi..

Bagi sesapa yang nak memancing kat sini, tak dapat lah aku nak nolong sebab terpencil sangat chalet ni. Siap nak masuk tu kena lalu ladang kepala sawit lagi.

Tapi aku ingat lagi alamat dia:

Jalan Nelayan 3
Kampung Batu 3
Segari

Owner chalet ni ada chalet jugak kat Teluk Senangin. Masa kami mandi-manda kat sini jumpa dia lagi. Atau boleh gugle Chalet Pak Ya Teluk Senangin. Ada nombor telepon Pak Ya tu.

Aku pun tak tahu la mana abang aku tau tempat memancing ni. Selang 3 hari pastu dorang pegi lagi (abang aku & anak-anak buah). Yang ni aku malas nak ikut lagi.

Dari pagi sampai petang baru sampai rumah.

Bawak balik 3 ekor ikan. 2 ekor tu kecik je, kucing-kucing aku pun tak pandang ikan tu!

Yang sekor lagi ikan tak dapat dikenalpasti ikan apa..

16 comments:

  1. oih. kata memancing, yang ko tidor tu kenapahhh ? *cucuk perut Jea dengan joran
    mana aksi ko memancinggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memancing dalam mimpi la..haha

      Delete
  2. Ha tajuk tu sila tukar. Ko kena tulis "orang memancing, aku melantak".

    Gila ah penyabar abang & anak2 buah ko kan. Dapat kat aku, memang dah makan sumpahan joran2 tu. I is xpenyabar bab mancing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ada cubaan menggulingkan aku ni..hahaha!

      Aku pun tak penyabar tu yg aku dok pusing2, pastu tido tu..

      Delete
  3. hahaha ni sessi memancing ke mengorok ni.... kena angin sepoi-sepoi bahasa memang sedap layan mata.... sayang chalet tu macam kurang promosi je. Seharian memancing hanya dapat 3 ekor.... Dari buang masa baik pi pasar je senang besor-besor ikannya. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap layan mata dengan angin laut ni..

      Mungkin kepuasan kepada peminat2 kaki mancing ni kot.

      Delete
  4. Replies
    1. Aah best, mungkin yang terakhir kot..hehe

      Delete
  5. Naik keta laju pun gayat?..nampak nyer roller coaster adalah MUSUH

    ahahaah...orang lain sibuk pasang jorang ..dia sibuk makan sarapan..motip ikut :-)

    itu dia..org gi memancing dia gi skodeng (snap pic) hahaha...naper tak try pancing...

    Hahaha...kalau JM pegi tempat camtu seharian baru dapat 3 ekor..mmg tak pegi lah lepas tu..buang masa je..penat je tunggu tapi ikan tak dok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rollercoaster naik jugak JM, pejam mata tapi..hehe

      Delete
  6. pi lajak depan sikit ke kg baru,lg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada apa ya jika lajak ke depan lg? port siakap juga kh?

      Delete
  7. Hahaha...ikn pn x kenl...ad yg main casting x.?

    ReplyDelete
  8. Hahaha...ikn pn x kenl...ad yg main casting x.?

    ReplyDelete