Friday 18 April 2014

Jom Hatyai ~ Grand Plaza Hotel

Aku kalau bab-bab booking hotel ni suka guna Agoda.com sebab:

1) Kadang-kadang Agoda.com ada sale. Sampai penah la aku dapat diskaun 70% untuk sebuah bilik. Tak ke untung tu, bayar macam dok hostel/guesthouse tapi dapat dok hotel 3,4 stars.
2) Boleh cari terus hotel kat specific area yang kita nak stay.
3) Boleh tengok map hotel ni area mana. Sekali ngan attraction pun ada kat map tu.
4) Boleh baca review dari pelanggan-pelanggan yang pernah stay kat hotel tersebut (sebolehnya baca review hotel yang sama dari Booking.com & Tripadvisor & etc. Jangan malas-malas!)
5) Boleh kumpul points! Dan redeem points tu untuk next stay.

Kembali ke kejadian Hatyai ni..

Selalunya kalau travel bertiga susah sket nak cari bilik yang boleh sumbat 3 orang sekali. Bukan la susah sangat tapi takde la sesenang macam nak cari double/twin room. Tambah-tambah plak kat Agoda.com susah jugak nak cari triple room ni.

Memula tu tengok kawasan dulu, cari hotel yang dekat dengan Hatyai Train station/city center. Dapat la banyak review bagus untuk Grand Plaza Hotel. Lokasi berada betul-betul sebelah Lee Gardens.

Dan hotel ni ada Triple room. Check harga bilik untuk 1 malam rm170.66. Tu pun dah diskaun 15%.

Ok next..

Tengok V.L Hatyai Hotel plak. Dapat harga rm120 untuk 1 malam. Ni aku lupa diskaun berapa peratus. Menapak jauh sket la dari train station. Tapi takpe lah. Menapak pun menapak la.

Pastu tanya dulu ahli group, semua setuju. 

Tapi aku esoknya baru nak hegeh-hegeh bukak pc nak book. Sekali harga terus lari ke rm160++ untuk triple room.

So aku booked la Grand Plaza Hotel sebab dah alang-alang harga pun dah naik biar la ambik yang better sket, kan..

Sebelah kiri Lee Gardens. Sebelah kanan Pink Lady Market. Depan sket ada Odean Supermarket.
Lobby
Junior Family Room yang super luas.
Selesa bangat
tv dan peti ais.
Toilet
Senang dapat tuktuk depan hotel
Yang bestnya masa dok gugle nak cari direction ke hotel ni, tengok-tengok blogger Jari Manis dah memudahkan perjalanan kami di Hatyai ni. Terima kasih JM!

Kepada sesiapa yang nak menetap di Grand Plaza Hotel ni boleh ambik direction dari blog JM. Dan jugak boleh baca pengalaman dan tempat-tempat menarik yang JM pegi kat Hatyai ni dan seluruh dunia!


Kami sampai je kat Hatyai, menapak ke Hotel pastu terus dapat check in. Dah masuk bilik, lepak-lepak jap, godek-godek tv, remote macam problem sket.

Aku syak remote tadak bateri so aku tepon ke front office. Aku cakap la remote low bateri.

Ko tau dia jawab apa? 

"Call 6". Pastu terus dia letak tepon.

Hoi, aku customer lah!

Aku pun tekan la extension 6 tu.

"Bateri no good aah? What room no.?"

"4113"

Gedegang, dia letak terus...

Wadahe...

14 comments:

  1. Aku baru bercita2 nak stay kat hotel ni utk trip bulan 8 nanti ... eemmm haruskah aku pilih hotel lain ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Recommended sgt hotel ni. Lokasi bagus.

      Cuma abab bertelefon tu masih lemah..hehe

      Lagi 1, dia pegang passport. Walaupun dah argue nak bagi fotocopy masih la berkeras.

      Delete
  2. Ahahaha Jea nama Jm ada d sebut d sini yek. Grand plaza ni ok bg jm coz lokasi yg sgt menarik dari segi staff yg begitu maybe x semua kot sbb time jm dulu soft spoken je
    So Azra jgn risau yek :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu JM. Maybe adab telefon tu belum abes kursus lagi. Tapi ada jugak la front office staff yang tensen ngan kami sbb sy tanak bagi passport untuk dorang simpan, tapi i'oll kalah...huhu

      Kami dapat bateri baru untuk remote tv. Staff yang datang tu masuk bilik siap bukak kasut (maybe dia nampak kami pun bukak kasut kot).

      Delete
  3. rindu nak berplanning trip..tengok & baca hotel reviews and such. itu lah aktiviti kegemaran. trips tahun ni dah nak berakhir. pasnih kene duduk umah diam diam. huhu. pegi urut tak kat hatyai..aku tengok byk tmpt urut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun sama..sob..sob.. semua kena tolak kehadapan, kena berpijak dibumi yang nyata dulu..
      Tapi nasib la dapat baca blog-blog lain yang meriah berjalan2.

      Hehe tak p mengurut pun cik Nana. Tak pandai politik Thai nak borak ngn si tukang urut ti..ehh

      Delete
    2. yaa tapi aku dah macam dapat sinar di mataku..
      tetibe datang idea nak naik tren ke hatyai-bangkok-chiangmai bawak anak ujung dec...
      tentu dia sukakk...

      jadi..sila ulas hatyai sebab aku pun have no idea apa ada kat hatyai ni...

      Delete
    3. haa tu pun mcm terlintas jugak di benak ku..

      ko tanak ambik anak angkat ke? *** larikkk

      Delete
  4. Aku nampak je Pink Lady Market...terus macam, wah nak gi lah. Datang tebiat nak imagine semua pun pink je kat market tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdenya kaler pink pun kat situ. Aku rasa pink lady tu maksud dia lain kot ***larikkk

      Delete
  5. dah ler iron xde...hahaha takpe skrg aku dah ade iron utk travel..hahaha..gigih nak juga membawal tudung time jenjalan

    ReplyDelete
  6. hahahah aku baru pasan ko tulis pasal komen tang junho tu..camna lah aku begitu positive terhadap k-surgery..maybe sbb masa tu aku berada di hat yai yg ade specialist surgery lain hahahaha

    ReplyDelete
  7. Agoda ni boleh pakai utk buat reference jer..
    Diskaun tu tipu jer..kalau walk in or deal direct ngan hotel lagi murah...

    ReplyDelete