Akhirnya aku dah sampai ke hari terakhir kat Surabaya ni. Masa kat Malaya dok berwhataspp ngan si Jaja. Budak ni meluahkan perasaan iri hati aku dah ke candi-candi di Jogjakarta (buleh ko jeles aku p Jogja?) bhahaha!!
Masa dok plan iti, hari last kami di Surabaya ni flight balik kami petang. Ada hampir sehari jugak la kami nak jenjalan lagi kat sini.
Sempat lagi tu kan..
Dok gugle-gugle tetiba terbaca plak blog JARDNESS.COM dia buat review pasal Trowulan. Terus aku roger Kak Ros.
"Hoi ko nak pegi candi tak kat Surabaya? Yang ni Majapahit punya."
Harus la dia setuju, aku situkang rasuk..
Pas setel semua dalam bilik, kami angkat beg turun ke bawah nak check out. Kami mintak izin nak tinggal beg yang penuh baju tak basuh tu. Ada sorang kakak ni tak tahu lah sapa dia ni tapi dia tengah pegang penyapu, mesti la dia staff kat sini kan. Dia bawak kami ke stor belakang kaunter.
Siap-siap simpan beg kami pun keluar cari breakfast. Kami pun melilau-lilau cari kedai makan, last-last kami jalan ke Terminal Bungur Asih. Kat situ banyak kedai-kedai makan.
Aku breakfast bakso sensorang sebab Jaja nak pegi cari money changer sebab dia ada tak sampai IDR40,000 (rm12 camtu). Kami tukar duit dengan amount yang sama tapi aku masih ada balance sket dari last trip. Ada sorang mamat kat kedai makan tu tunjukkan kat mana money changer.
Aku makan sensorang. Pastu Jaja datang siap ada roti lagi, cakap money changer tutup.
Takpe lah sebab kalau tak silap aku Trowulan tu takde entrance fees.
Pas makan, kami pun pegi ke kawasan terminal yang banyak bas-bas tu. Kalau nak ke Trowulan boleh ambik bas ke Mojokerto, dari Terminal di Mojokerto boleh hire teksi/mobile ke candi-candi di kawasan Trowulan.
Ataupun yang paling mudah (bagi aku time tu la) adalah dengan naik bas arah Jombang. Lepas tu pesan ngan driver atau konduktor cakap nak turun kat Trowulan.
Dan paling senang dan selesa adalah dengan supir lah. Sebabnya Trowulan tu kawasan dia luas. Candi-candi dan makam adalah berjarak antara satu sama lain.
Meh aku tepek peta.
Yang titik-titik merah tu candi-candi dan makam-makam kat Trowulan. Berselerak di sekitarnya. |
Gambar ni aku snap kat post guard di Muzium Trowulan.
Kalau nak pegi semua titik-titik merah tu dinasihatkan pergi dengan dengan kenderaan. Selain hire supir, boleh naik becak (mula-mula kami plan nak naik becak), ataupun hire ojek.
Dari Terminal Bungur Asih ke Trowulan dengan bas adalah selama sejam. Masa naik bas kami dah pesan kat konduktor tu cakap nak turun kat Trowulan (lepas traffic light). Kami pun duduk dekat-dekat tangga belakang bas. Dalam bas tu siap remind sekali lagi kat konduktor..hehe
Tambang IDR7,000 (dalam rm2).
Masa dah nak sampai tu, konduktor tu suruh kami siap-siap tunggu kat tangga. Dalam keadaan bas masih bergerak dan orang pun boleh tahan ramai dalam bas tu kami pun ready kat tangga.
Bas berenti kejap sangat, dah turun baru nak jerit terima kasih kat konduktor bas.
Pusing kiri kanan, tak nampak pun becaknya. Jalan pun sibuk ya amat masa tu. Tanya sorang mamat tu cakap Trowulan kat dalam, kena jalan lagi (mamat tu offer ojek sebenarnya).
Sesambil tu mata melilau cari becak. Becak ni kena cari kat jalan besar tadi (tempat turun bas), kalau kat dalam-dalam tu dah takde lagi dah.
Nak buat macam mana, tak berjodoh dengan becak.
Berjalan masuk dalam ni dari jalan besar. |
Jalan-jalan kejap singgah farmasi nak tanya jalan. Sebab farmasi ni kena bukak kasut, aku la masuk sebab i'oll pakai selipar ja.
Ada 2 orang staff dalam tu, dorang cakap kalau jalan dalam 1km akan jumpa Muzium. Jadi kami pun menapaklah 1km ke Muzium.
Kolam Segaran. Kalau dah sampai sini maknanya Muzium Trowulan ada di penghujung kolam, diseberang jalan. Kam saja masuk jalan tepi kolam. |
Segaran Pool is a large rectangular pool 800 x 500 metres in size. The name Segaran originated from the word 'segara' in Javanese which means 'sea', probably based on the local suggestion that the large pool is the miniature of the sea. Surrounding the water basin is a rectangular wall made of red brick. The brick pool structure was discovered in 1926 by Henri Maclaine Pont; at that time the pool was covered in dirt and mud. Reconstruction took place some years later and now Segaran pool functions as a recreational pool and fishing pond. The brick structure originated from the 14th–15th century Majapahit era. The actual function of the pool is unknown. A study suggested that the pool probably served various functions, but mainly the as the city reservoir, the source of fresh water essential for high density urban area, especially during the dry season. Another popular local belief is that the pool was used as the bathing place and as a swimming pool to train Majapahit troops, and as recreational pool for Majapahit royalty to entertain envoys and guests.
View depan Muzium. Sawah dan gunung ganang. |
Disebabkan hari kami pegi tu hari Isnin Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. muzium pun tutup. Aku tak kisah sangat pun, sebab aku bukan kaki muzium. Muzium selalu bagi effect seram kat aku..huhu
Tapi guards kat situ baik-baik orangnya. Dorang tunjuk peta Trowulan dan siap bagi explanation lagi tu. Pastu boleh ambik gambar kawasan sekitar muzium.
Kawasan muzium. Muzium kat kiri gambar tapi aku malas pegi dekat-dekat.. |
Pastu ada sorang guard ni nak arrangekan ojek untuk kitaorang. Mula-mula tu ojek tu offer IDR95,000 (dalam rm26) sorang pastu bila kami tanak dia turunkan ke IDR75,000 (dalam rm21). Tapi kami serius tanak naik ojek lagi dah. Lagipun kami takde IDR75,000 nak bayar ojek tu (sumpah sedih takde duit kat negara orang).
Jadi pilihan yang kami ada adalah jalan kaki!
Guards kat situ pun macam tak percaya je kami nak jalan kaki. Mula-mula dia syorkan pegi Candi Bajang Ratu dan Candi Tikus tapi pastu dia tak yakin plak sebab katanya dari Muzium ke Candi Bajang Ratu dalam 2km dan Candi Tikus plak 1km dari Candi Bajang Ratu.
Tekad! Dan tabah!
Dari Muzium jalan ke arah simpang empat, kemudian belok kiri.
Simpang empat. belok kiri. |
Kat simpang empat nampak ni. |
Bertabahlah menapak. Tapi nasiblah cuaca elok dan kawasan kampung jadi tak panas sangat dan kenderaan pun tak banyak.
Akhirnya sampailah kami ke Candi Bajang Ratu setelah penat berjalan. Nak masuk dalam ni free tapi kena daftar nama. Mula-mula aku tanya ada entrance fee tak, pastu staff situ jawab "sukarela".
Persetankan 'sukarela' tu.
**Masa naik kereta dengan Bapak Sidiq, aku tanya pasal sukarela punya entrance fee kat post pengawal kat Sempol (refer sini pasal aku bagi duit sukarela). Bapak Sidiq (sila refer sini) cakap tu memang masalah dikalangan pengawal-pengawal dorang. Walaupun dah diwarning berkali-kali tapi masih berlanjutan. Bapak Sidiq cakap tak tahu kemana duit tu pegi. Dah bagi tu anggaplah sedekah ye tak, tapi just nak penjelasan lebih lanjut.
Menyempit nak ambik gambar signboard |
Kak Limah di Candi Bajang Ratu |
Belakang Candi ada taman. Bersih dan terjaga. |
Rombongan budak-budak dan mak budak ke Candi Bajang Ratu. Aku syak orang yang cat bas ni takde kaler merah..hihi |
Dah abes tour Candi Bajang Ratu ni kami decided nak terus ke Candi Tikus plak. Sambung la menapak lagi.
I'oll pakai selipar, kaki pun dah kematu dah ni.
Kawasan rumah orang otw ke Candi Tikus. |
Keadaan tenang je dengan kenderaan pun tak banyak, pokok-pokok tepi jalan jadi redup sket. Cuma kadang-kadang kami di honk oleh budak-budak yang lalu lalang kat situ.
Bestkan view ni.. |
Pintu masuk Candi Tikus. |
Candi Tikus |
Cedok wiki lagi lagi -
Candi Tikus is a ritual bathing pool (petirtaan) which is perhaps the most exciting recent archaeological finding at Trowulan. Candi Tikus means 'rat temple', the name given to the discovery in 1914 because the site appeared during the excavation to be a rat-breeding enclosure. Restored to its present condition in 1985 and 1989, this complex of red brick takes the form of a sunken, rectangular basin, into which a flight of steps descends on the northern side. The principal structure, which projects from the southern wall of the basin, was apparently modelled on the legendary Mount Mahameru. No longer complete, it consisted of terraced foundations, upon which would have rested a concentric arrangement of 'turrets' surrounding the highest peak of the building.
Kalau tanya aku pasal sejarah-sejarah di Trowulan ni memang aku fail. So aku tolong kopipes dari wiki.
Dah abes lepak-lepak kat Candi Tikus kami pun sepakat nak balik. Kalau ikutkan plan aku nak pegi lagi satu candi yakni Candi Brahu. Tapi Candi Brahu berada diseberang jalan besar yang mula-mula turun bas tadi. Tulah dah takde transport terpaksa je redha.
Perjalanan pulang. |
Dalam perjalanan menuju ke jalan besar ada satu lori lalu. Dalam tu ada budak-budak kecik baru balik sekolah (atau pun baru balik mengaji sebab sebab semua pakai kopiah, lagipun harini cuti am). Ada 2,3 budak angkat tangan lambai. Aku pun angkat la tangan lambai balik, tetiba satu lori budak-budak tu pakat-pakat lambai. Speechless aku. Nak snap tak sempat sebab kamera dalam beg.
Hilang rasa penat sekejap.
Pastu singgah jap beli air manis (nak berjimat katanya, beli air kotak je).
Dah sampai simpang empat mula-mula tadi. Nampak sign Candi lain tapi next time maybe sebab takut tak sempat ke epot plak. |
Tetiba ramai plak memancing. Pagi tadi takde pun. |
Catatan perjalanan kami hari ni. Candi Brahu kat seberang jalan sana (paling atas gambar). Tak sempat dah nak menapak kesana plak. |
Untuk balik semula ke Terminal Bungur Asih, pergi ke jalan besar yang mula-mula turun dari bas tadi, lintas jalan. Nasib la ada lampu isyarat, senang sket nak melintas walaupun berlari-lari ayam.
Tunggu bas kat seberang jalan sana. Bas yang lalu situ ko tanya lah pegi Terminal Bungur Asih ke tak kat konduktor. Konduktor bas sana servis bagus. Kalau ada beg berat ti dia yang tolong angkatkan (dari pemerhatian aku la).
Haa ada pun ko becak! |
Anak panah hijau - Bas dari Surabaya berenti kat situ. Jalan masuk ke pintu gerbang tu untuk ke Muzium dan candi/makam/pool.
Anak panah biru - Ke candi-candi lain (termasuk Candi Brahu).
Anak panah merah - Sebelah kanan nak ke Surabaya. Seberang sana (belah kiri) dari Terminal Bungur Asih, Surabaya. Ke arah Jombang. Sebenarnya aku silap letak Mojokerto kat situ sebab kalau ikutkan dah lepas dah Mojokerto (or arah lain?).
Bas balik ke Terminal Bungur Asih kena IDR8,000 (dalam rm2.30). Tak tahulah kenapa beza. Malas nak tanya. Bas agak penuh. Mula-mula tu kena berdiri tapi kejap je pastu dapat la duduk. Aku dok tengah sket, Jaja dok belakang.
salam perkenalan jea...tima kasey sbb datang ke blog zura semlm..terkejut gile ok tgk jea masukkan blog zura dlm list blog kt tepi nih.. terharu sgt !!!
ReplyDeleteKalau dalam blogroll org lain pun sy baca jugak..cuma senyap2 je tak komen..hehe
DeleteTengkiu singgah sini.
hahahaha nampak sangat mengharap ihsan orang yang menghulur. Siannya. Tapi ko jeling dia balik jea.... hahahaha. Kesian kan kehidupan mereka. Tapi bila kat sini dah kaya sikit eksyen sungguh. Kemana-mana nak pergi tahan teksi je manjang
ReplyDeletetanak la cari gaduh ngn budak-budak kecik..hehe
Deletecurlasttt candi ratu tu..memang ada ciri-ciri diva. patut ko pose-pose diva situ jah oi!
ReplyDeletecomei la bas spongebob tu..
ko jenjalan kat kampung orang....rasa selamat ek..takde org kaco? muka perampok nak menegor?
apsal entry ni geganbanya menampakkan ko slim shady ? *bukan lah bermaksud ko gumuk, cuma dalam ganba ni selim dari kebiasaaan..hheeeee, ker ni entry lama ? dua tahun lepas? ihikss... *lari sblom kene cili dgn Jea
Tada hal sini selamat, In Shaa Allah..
DeleteHoi ni trip aku bulan Jan 2014 la. Mana cili boh ni!
Sangat bertabah kan kalau kat negara orang. 1km tu cuma jarak atas kertas je. Demi lah nak menjimat. Sedih tau xckup duit kat tempat orang.
ReplyDeleteMmg sedih mengenang nasib diri..hehe
DeleteTapi Alhamdulillah semuanya ok, yang penting kita HEPI!