Mesti korang fikir, takkan lah nak kejar cherry blossom sampai ke tanah perkuburan..
Kannn...
Mula-mula tu aku pun fikir macam tu jugak. In fact, bila aku gugel kat mana nak tengok full cherry blossom kat Seoul ni, terkeluar Seoul National Cemetery memang aku skip buat tak nampak je.
Tapi bila seminggu di Seoul, kebanyakkan tempat nak tengok cherry blossom ni aku dah cover. Kemudian aku ada free separuh hari sampai petang Sabtu tu before aku ke airport untuk jumpa 2 kawan aku yang baru fly dari KL, aku pun terpikir nak try tengok apa yang ada kat sini.
Yang bestnya kebetulan pada hari Sabtu tu(11 April 2015) ada Seoul National Cemetery Event with Weeping Cherry Blossoms plak kat situ. Event ni macam Spring Festival lah. Tapi dorang lebih kepada celebrate tentera-tentera dorang yang mati mempertahankan negara. Pastu ada plak pokok cherry ni yang keadaan dia macam dia tengah weeping. Hahaha korang bayangkan sendiri lah, tak kuasa aku nak explain lebih-lebih.
Dan yang menguatkan semangat nak pegi situ adalah bila aku mention kat rakyat Korea tu sendiri pasal nak tengok cherry blossom di Seoul National Cemetery ni dorang memang strongly suggest aku p situ.
Jadi aku tekad nak pegi Seoul National Cemetery Event with Weeping Cherry Blossoms on Saturday!
Ada ke festivalnya?
Dikisahkan Jumaat tu aku dapat demam dan selsema. Disebabkan cuaca sejuk dengan aku ni memanglah tak ngam langsung! Selain dapat penyakit gatal-gatal dan menggaru satu badan sebab kulit kering, ditambah plak dengan hingusan yang tak berenti-renti nak mengalir laju dari hidungku yang original bukan pelestik ini. Memang combination yang perfect untuk aku yang travel secara selekeh ini.
Sabtu tu aku bangun agak lambat, sebab sejuk-sejuk memang best tido kan. Demam plak tu. Before kul 1 tu aku dah siap mandi, solat & pegi dapur buat megi goreng masuk dalam bekal. Kenkonon nak berkelah sensorang kat kuburan tu.
Sebelum keluar, staf guesthouse yang kat common room tu tegur aku.
"Are you ok? You don't look so good".
Tapi aku ni masih la gigih kan demam selsema ni pun masih nak keluar mencari bunga cherry.Tak reti-reti nak berehat??
Tapi sebenarnya bukan lah gigih sangat pun, lebih kepada boring dah sebab aku tidur dari petang semalam. Tak daya lagi dah aku nak bertapa dalam selimut guesthouse yang tebal tu.
Aku pun keluar ke subway. Untuk ke Seoul National Cemetery, pergi ke Station Dongjak (Line 9)
Exit 2 atau 4. Atau follow orang ramai sebab hari tu hari Sabtu, memang Korean akan berpusu-pusu outing, dating dan beriadah.
Dalam station |
Pintu masuk National Cemetery. Ramai gila kat sini.
|
Harap maaf lah yea untuk orang yang bangun tengah hari!
Festival ke parade ke apa semua dah abes! Yang ada cuma orang ramai yang sesak!
Memang sesak dengan orangnya lagi, dengan kereta berduyun-duyun. Nasib lah kereta-kereta yang nak masuk parking tu jenis tak main horn.
Kereta masuk keluar berderet-deret |
Jam besar depan padang |
Padang yang penuh orang. Pintu masuk ke cemetery. Tak daya aku nak pegi.
|
Aku macam tak bleh tahan lagi dah. Tak tahan apa?
Lapar!!
Semalam aku tidur tanpa dinner, pagi ni plak skip breakfast. Memang berbunyik-bunyik perut aku nih.
Aku pun melilau sekitar nak cari tempat nak park untuk makan bekal megi aku ni. Kat tengah-tengah tu ada padang yang luas. Families tengah beriadah. Aku check kat tepi-tepi padang. Semua tempat ada orang ramai, bawah pokok semua ada orang. Jadi aku ke kanan. Kat belah sana ada bukit.
Takde orang sangat lah kenkononnya.
Beriadah bersama keluarga dan pasangan masing-masing
|
National Cemetery dari bukit yang aku naik ni |
Tetiba..
Aku dengar semua orang macam excited bersorak gembira.
Rupa-rupanya angin tengah bertiup dah kelopak-kelopak bunga yang putih-pink tu berterbangan macam snow fall (bajet macam penah rasa snow fall lah kan)..
Semua orang excited waktu ni masa angin bertiup, kelopak bunga berguguran. |
Aku pun jadik excited tapi tak boleh excited sangat. Sebab aku kalau lapar ni memang perut aku berbunyik riang. Kala orang kat sebelah confirm dia dengar.
Aku pilih bawah pokok-pokok tu untuk lunch |
First time aku jumpa kelopak bunga yang luruh |
View waktu makan megi aku..hehe
|
Memang kes aku photobomb gambar selfie orang lain lah ni.
Tapi aku percaya yang dorang dok selfie tu bukan ada view belakang pun, lebih kepada nak tongjol muka sendiri je (oh jahatnya aku kehkehkeh).
Dah abes makan, aku pun jalan-jalan sekitar bukit ni untuk ambik gambar. Takdenya lah aku nak g sampai ke kuburan tu semua. Tengok dari jauh pun dah tau penat je nanti.
Naik atas bukit untuk view ini :) |
Santeekk!! |
Berkelah bawah pokok. Suwitt..
|
Aku pun gerak keluar menuju ke airport.
Station lrt memang kat tepi tu je |
lawa weeping cherry blossom ni.
ReplyDeleteso mendajal tak photobomb selfie orang? hehe
aku pon tak paham style pokok2 ni mcm mn, ada yg renek, tgi & weeping style pon ada.
Deletejgn pedulikkan dorg, pedulikkan perot sendiri suda :p
Jea..... huhu jeles tahap gaban ahkak tenguk.... huhuhu
ReplyDeleteIn Shaa Allah nanti rezeki akak plak tgk :)
DeleteAdakah tempat ini yang tercantik sekali tgk Cherry blossom ?
ReplyDeleteDi antara tmpt yg disajeskan dlm web KTO. Tapi jgn dtg lambat :p apa pun takde..huhu
Deleteuntung kwangsooo!!!! first time tgk kelopak Sakura GUGUR? ..JM dah byk kali tgk sbb pegi time SAKURA tgh gugur...sob sob sob
ReplyDeleteSeminggu tgk cherry blossomsmmg kat sini br jumpa yg gugur. tanda2 dah nak hjg dah kan :p
Deletecantik kawasan cemetery...bertambah cantik dgn cherry blossom..
ReplyDeleteKann.. mula2 tu seram je rasa nak dtg sini, wahal takde apa pon.
Deletekenapa kubur dalam citer korea tak macam ni??mesti atas bukit sorg2...hehehe
ReplyDeleteamboi untung laaa dapat makan megi goreng bawah pokok mungeeee...aku dapat ranting jer weiii....
ntah2 takde kubur pon kat sini. tugu semata je kot. ntah la tak studi pon sgt :0
Deletetambah perisa gugur masuk dlm bekal..haha
Ko dpt king crab menari zapin :p
wow!! aku rasa...... aku dapat bayangkan betapa kdrama sangat kalau aku ada time tuh! Part angin bertiup tu memang aku loike sekali! Tapi tu la tuh.. semua dalam mimpi je la kot aku dapat pergi time cherry blossom ni.
ReplyDeletehaha mmg syok time tu. rs romantik sgt sorg #loner #foreveralone :p
DeleteNanti aku tanam khas utk ko :)
Tengah lebat betul bunga masa tu... boleh mabuk bunga...
ReplyDeleteAlhamdulillah . Syok tgk putih2 je pokok. nampak kat bukit macam ada snow plak :)
Deletekubur pun kubur la.. janji view lawa kan ..
ReplyDeletetapi kubur ni tak nampak skeri pun .. aku ingatkan kubur yg bulat2 mcm bukit2 kecik tu...*pengaruh drama korean hahaha*
kubur dia cerah2 je kawasannya. hahaha mula2 tu aku pon budget kubur bulat2 atas tanah tu, skali nmpk tugu je (tgk dari jauh :p )
Deletetak terfikir aku nak lawat kubur. tp bak kat azra, janji view lawa.
ReplyDeleteaku ada free separuh hari, tu yg aku gigih jugak pegi tu. siang ramai org, ce p malam :p
DeleteBest juga lawat kubur...
ReplyDeletehaha best tgk bunga je, MKLhaha
Deletekubur yang indah...
ReplyDeleteIndah dgn pokok2 yg indah juga :)
DeleteBuah ceri ada tak Jea?
ReplyDeleteceri dah kena sebat dgn burung :p
DeleteAku tau area ni kubur dia jenis nisan yang ala2 macam orang Kristian nye selalu. Pastu dia memang xmembukit tapi more to memanjang. Gitula aku pernah google dulu. Tapi! Mas a cherry luruh tu memang lawa kan! Aku haritu excited menjerit lah juga. Ko lapar2 pun gigih cari port makan sampai memanjat bagai. Kesian kat perut tau.
ReplyDelete