Friday, 22 May 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 11) Sagaing Hill

Kisahnya aku memang susah nak fokus, jadi lah entry kejap melompat sana sini. Sila lah bertabah yea...hehe

Kali ni aku sambung lagi kisah-bilanya-nak-habis Myanmar, setelah berenti sekejap di Inwa Bridge, kami meneruskan perjalanan ke Sagaing Hill. Lepas jambatan Inwa tadi, kena lalu post pengawal, atau nampak lebih kepada tol tapi macam kurenglah sikit pondoknya. Kereta dan lori kena bayar tapi kalau naik motor jalan straight je lah.

Dah masuk kawasan kampung di Sagaing Hill tu, si Koko yang sedia maklum yang aku belum makan lagi tu, berenti sekejap di kedai runcit di kampung tersebut.

Aku pun ok jelah masuk kedai tu pastu beli air oren sebotol. Kemudian aku belek-belek la roti dan sandwich kat tengah kedai runcit tu. Si anak perempuan tokeh kedai tu siap explain lagi ni roti apa, itu roti apa. Yang pasti roti tu semua bukan dari kilang. Produk homemade katanya, by local.

Oh English anak tokeh kedai memang bagus, rata-rata kat Myanmar ni takde lah susah sangat nak berkomunikasi sebab aku asyik jumpa yang pandai speaking je semua. Budak-budak sekolah lah yang terer speaking, siap takde gagap-gagap. Yang gagap tu aku..

Sebab budak tu dah explain bagai, aku ambik la roti sandwich berjemkan buah-buahan. Nak tunjuk jugak kat Koko yang aku dah beli something untuk makan, sebab dia rasa macam bersalah sangat tak tahu kedai Halal. Siap telepon tanya orang lagi, tapi takde jugak. Padanlah muka aku yang tak study ni kan..

Tapi aku tak lapar pun, aku simpan roti tu dalam beg.

Dah sampai di satu kawasan ni, si Koko stop. Dia tunjuk kat seberang jalan. Ada pondok-pondok yang macam gate, tengah-tengah tu ada jalan. Lupa plak aku nak ambik gambar. Kat pondok tu takde orang pun. Kemudian aku nampak ada 2 mat saleh dan sorang perempuan muka macam Melayu (tapi seksi, so aku saspek Pinoy jelah) dorang keluar dari jalan tengah pondok tu ke basikal dorang yang dorang park kat luar pondok tu.

Si Koko cakap aku kena mendaki tangga kat sini untuk ke atas, kemudian dari situ aku boleh ke next temple yang ada banyak patung-patung buddha. Ada gambar dia tunjuk kat board masa di Garden Hotel tadi. Patung-patung buddha tu tersusun sebaris dengan warna emas berkilau dan banyak jugak lah.

Dia bagi aku sejam untuk sampai atas dan turun, extra 40 minit lagi kalau aku pegi temple yang di rekomen tu. Senang cakap 2 jam lah dia suggest untuk aku spent kat sini.

Aku pun lintas jalan. Takde kereta bannyak pun kat situ. Aku lintas pondok tu, tak nampak pun tangga-tangga yang Koko cakap aku kena daki. Dah la takde orang. Tapi jalan cantik straight jelah.

Jalan straight je
Dalam berjalan slow tu, tetiba nampak kat tebing jalan tu, si monyet! Monyet jantan! Besaq! Muka kelat!

Terus melekat aku kat dinding situ. Nak larik ke nak pura-pura koma?

Lama jugak masa terhenti kat sini sebab aku tak boleh berpikir nak buat apa, kemudian dengar tapak kaki kat belakang. Toleh-toleh tengok ada monk jalan laju-laju. Sampai kat tempat monyet tu, dia halau si Monyet. Monk tu halau monyet tu bukan yang 'shoo..shoo' tu yea. Macam harimau nak mengawan tu. Macam ajak gaduh. Sikit pon monyet tu tak respon, sambil berkata, "itu je yang ko ada?"

Kemudian monk tu tarik pokok-pokok yang berjurai kat tepi tebing batu tu. Dia patahkan ranting tu dan libas si monyet. 3 kali libas, baru monyet tu gerak ke belakang. Sikit je dia gerak.

Aku kat tepi dinding tebing tu statik je dari tadi.

Kemudian monk tu tak kuasa nak melayan si monyet, dia pon blah laju-laju. Aku pon apa lagi, follow rapat-rapat. Laju-laju. Tak berani aku nak toleh belakang.

Sebelum kejadian terror. Dinding kuning ni la aku melekat panik.
Kat depan sket monk tu pusing kiri. Kat sini jalan terbahagi 2. Kalau straight ada tangga. Mula-mula tu aku pon pusing kiri jugak ikut monk tu. Pastu aku stop dan patah balik, sebab aku teringat si Koko cakap aku kena daki tangga.

Aku ikut monk tu kekiri tapi patah balik ke tangga ni.
Jadi aku pon start mendaki tangga setelah aku pastikan tiada monyet di laluan tangga yang takde orang tu.

Mendaki sambil mintak nyawa!

Bertabahlah. Tepi kiri kanan tangga ada kerusi. Sila duduk kalau penat.
Nasiblah kiri kanan tangga ni ada dorang buat tempat duduk, jadi kalau penat boleh la stop sekejap. Bila dah daki tinggi sket, aku nampak ada projek baik putih temple kecik-kecik kat tepi tangga tu. Pekerja dia banyak makcik-makcik tua yang manually angkat batu bata sendiri, kemudian simenkan dinding temple tu. 

Panjat tangga lagi, selisih dengan couple muda Myanmar yang tengah stop kat kerusi tepi tangga tu sambil layan lagu artis tempatan menggunakan henpon. Bila aku yang penat nak mampos ni jalan depan dorang, aku dengar dorang gelak, pastu aku pandang belakang aku confirm dorang gelakkan aku.

Hey dalam hati aku gelakkan korang tau tak? Dating kat tangga temple ni. Dah takde tempat lain ke nak dating? Sekali datang monyet jantan tu baru korang tau! Tapi aku tak mampu nak melahirkan gelak itu secara zahir, sebab aku penat naik tangga-tangga ni!

Dah naik sampai separuh tangga, nampak plak anjing tengah turun. Terus aku stop kat kerusi tepi tu sambil bersila atas kerusi. Tunggu sampai anjing tu blah, baru aku sambung balik naik tangga.

Tangga!!!
Kemudian nampak lagi couple muda Myanmar turun tangga, pon aku stop jugak kat tepi bagi dorang lepas. Karang ada yang aku kena gelak lagi.

Ni kedai baju. Bukan orang sidai kain :p
Ni tandanya dah abes sengsara mendaki.

Quality dan design memang out.
Total masa naik tangga adalah 20 minit setelah semua drama-drama selingan tadi.

Dah sampai, nak naik ke atas (kawasan temple tu) kena bukak kasut. Walaupun aku pakai selipar je aku tetap lah sorok-sorok selipar aku. Kemudian aku terus carik kerusi!

Sampai dah. Carik kerusi dulu. Tenangkan jiwa. Cari udara.
10 minit pertama, aku duduk je statik situ tak gerak-gerak sambil tengok orang keliling.

Aku jadik musykil. Ada ramai orang kat atas ni. Aku tak jumpa pun dorang ni masa mendaki tangga tadi. Makcik pakcik tua pun ramai. Dorang ni daki tangga jugak ke? Hebat lah kalau betul dorang daki tangga tadi.

Tetiba makcik tua bongkok pakai tongkat jalan depan aku sambil dipimpin anak dia, memang sah lah makcik ni tak mendaki. Unless ada orang dukung dia keatas?..

Melepak layan rakyat dia yang tanak kalah pose2
Aku pun bangun dan pegi ke arah orang ramai berkumpul di hujung sana. Aku tak masuk pun kawasan temple tu dan tak ambik gambar temple pun sebab aku duduk kat tepi-tepi tengok view je.

Sekali dah sampai hujung, aku nampak banyak je keta-keta parking kat situ. 

Jahanam betul si Koko ni..

Parking keta. Dem...
Dah bertenang sket, aku pun ambik gambar view di kawasan sekitar. Lawa view Irrawaddy River dari atas ni. 

Sejauh mata memandang. Nasib cuaca bagus.

View Sagaing Hill

Besar dan panjang sungai. 
Aku nampak temple yang si Koko suruh aku pegi untuk tengok buddha emas tu. Jauh! 

Memang tak la kan aku nak pegi..

Aku rasa tu temple yang si Koko suh aku sambung pegi.. Memang idok ler..
Belah luar temple untuk tengok view.
Sekejap je aku kat sini, pastu aku nak turun balik. Ada plak sekor anjing ni dok follow aku. Aku saja je belok nak tengok dia memang aim aku ke hapa..

Dia pon belok jugak.

Aku pegi dekat tempat orang berjual beli. Kat temple ni pun ada orang berjualan jugak sebab ramai pelancong kan..

Kedai-kedai tepi temple.
Aku duduk mencangkung kat depan bakul gelang kat kedai budak ni kenkonon nak membeli la kan, wahal aku nak mengelat anjing ni biar dia follow orang lain plak.

Sekali aku toleh kiri, anjing tu ada kat sebelah aku!

Sorry yea anjing, i'm a cat person..

Anjing yang kurang kasih sayang. Dah suh bukak kasut tapi ada anjing :)
Si budak kedai ni pon bangun dan halau anjing tu, elok je anjing tu gerak sket pas kena halau, aku terus larik pegi ke pintu yang aku sorok selipar tadi. Takdenya aku pakai selipar tu, aku ambik dengan tangan pastu aku perasan kat tepi nak turun tangga tu ada kedai makan. Dengan selipar kat tangan tu aku masuk kedai tu. Aku kira sampai 10 tapi anjing tu tak keluar carik aku pun, jadi aku pakai selipar tu dan turun tangga tadi ke bawah.

No, aku takde hutang apa-apa explaination kepada tuan kedai dan pelanggan-pelanggannya yang terkejut beruk tengok aku :p

Sudahnya sejam je aku kat sini, pastu jom Koko, last destination, please!

8 comments:

  1. HAHAHAHAHA Koko prank ko ke apa?

    tapi ayat "Terus melekat aku kat dinding situ. Nak larik ke nak pura-pura koma?" buat aku gelak sorang2 kat opis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kah tp aku lupa nak tanya dia kenaoa aniaya aku sebegitu rupa :p

      tak blh nak pikir bila nyawa dlam bahaya :p

      Delete
  2. Jea, satu soalan cepu emas..ko tak muntah ke tgk temple2 tu semua? :D

    ReplyDelete
  3. Memang cepumas sangat soklan tersebut, Zilla :p

    ReplyDelete
  4. aku kalo dah terserempak dengan monyet mmg aku patah balik, kansel !
    haha koko..koko...betul kene troll dgn koko ni. ko tak tanye dia ke awat tak gi naik ke tempat berparking tu?

    ReplyDelete
  5. nana, mula2 tu mmg berkobar2 aku nak tanya. pastu aku lupa!

    ReplyDelete
  6. Gila kan Koko bagi ko exercise. Dia tau ko bakal memanjat yang lagi tinggi dari tu. Dengar kata 999 steps eh. Pengsan. Anjing tu suka kat ko. Tapi mahaplah kan, I am a cat person gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. excercise smpai nak muntah :p

      dan2 la ramai2 camtu aku insan terpilih dia nak suka

      Delete