Awal-awal lagi dah bentang budget kan.
Seperti yang sedia maklum kalau kita ambik pakej ni mestilah kena buat bayaran dulu sebelum berangkat kan.
Tapi sebelum kenalkan dengan rakan-rakan Secubit Garam. Ni lah kawan-kawan 3 tahun tidur sebantal di Uitm Jengka dan 2 tahun di Uitm Shah Alam. Kemudian some of us duduk menyewa sama-sama from belajar dan kemudian masuk alam perkerjaan. Dulu sewaktu lepas belajar kami berhubung melalui emel opis. Hari-hari borak kat emel. Kemudian bila dah ada whatsapp ni kami pun bergerak ikut peredaran masa ;p
Hari-hari borak without fail!
Aku tak ingatlah sapa invented nama group Secubit Garam ni tapi perbualan pasal resepi tu berbangkit jugaklah. Topik borak kami hari-hari mengikut isu semasa yang sedang hotlah. Of kos topik feberet kami sekarang ni adalah tentang politik Malaysia..hehe
Group ni kalau aku bukak topik travel takdenya dorang layan. Aku pun tak tahulah kat mana yang kami serasi berkawan, sebab kami ni serpihan group-group yang terpecah. Dulu kat Uitm semua ada bff masing-masing, siap ada click sendiri. Tipulah kalau korang takde macam tu kan.. Hatta kat sekolah pun nak berpuak-puak..
Group yang aku paling ingat sekali masa diploma kat Uitm Jengka, group AL-ATAS. Atau nama penuh dia Anti Lelaki - Anti Tak Anti Sangat.
Fames group tu..
Anti sangatlah kan.. Tu ketua dia yang duduk sebelah aku tu. Dia yang kawen dulu lepas-lepas grad!
Eh, terkutuk kawan sendiri.
Group aku? Lepas grad hilang semua..
Terpanjang la plak intro..
Berbalik kepada kejadian yang menyebabkan terjadinya trip cruise ni, of course la BUKAN daripada aku! (Incase para suami Secubit Garam ada yang baca ni..haha)
Sebab aku paham, walaupun dorang tu kawan baik aku tapi takkan aku nak pengaruhi dorang dengan lifestyle aku plak kan. Dorang ada suami dan anak-anak.
Aku ada anak-anak bulus je, yang ada time makan je. Lepas makan, haram pegi mana pun aku tak tahu!
Sambung balik.
Aktivity yang melibatkan laut takde dalam top 10 wishlist aku jadi mula-mula tu aku malas lah nak join sebab aku rasa aku macam tak boleh 'pegi' je trip macam ni.
Cruise???
Serius aku tak boleh brain.
Tapi dorang takdenya nak melayan aku.
Compulsory!
Plan dari hujung 2014, cadangnya nak pergi dalam bulan 7, lepas raya. So kami pun, oklah survey lah groupon la, travel agent la. Nak cari yang paling murah.
Sekali on Dec 2014 ada sorang kawan kitaorang ni announce berita gumbira. Beliau expecting second baby!
Korang ingat mesti dah cancel kan trip bercruise ni kan..kan..kan..
Nan hado!
Semua setuju on March!
Hambik ko!
Dari nak pegi lepas raya, terus diawalkan ke bulan 3 terus. Awal bulan plak tu sebab since ada kawan kami ni tak boleh cuti end month. Kemudian tengok date cruise ada yang depart on 1st March.
Mulalah kelam kabut cari pakej-pakej mampu milik.
Trip ni memang cuci tangan dan kaki jelah sebab kawan aku si Len ni yang handle semua. Setelah di survey dan beliau dah contact sana-sini, dia present kat kitaorang pakej paling murah yang dia dapat.
Direct terus dengan Starcruise company ni. Genting Group.
Mostly orang akan ambik dengan travel agent (i.e Malaysian Harmony, Jagung Mas dan sewaktu dengannya), tapi disebabkan kami dah last minute, kami deal terus dengan Starcruise.
Maka jadinya transportation ke Pulau Pinang tu kena sendirian berhadlah. Kalau guna travel agent tu maybe dorang provide bas ke Pulau Pinang dari KL.
Kemudian on Januari lepas aku balik dari Myanmar tu (ala Myanmar, yang entri aku tak abes-abes lagi tu :p ), kebetulan aku stop jap kat KL, Geng Secubit Garam ni pon telah dibelanja oleh seorang ahlinya di Sime Darby Convec.
Makan dimsum!
Kat sini dorang bincang nak ke Pulau Pinang tu macam mana. Kebetulan Fireflyz ada sale. Jadinya dorang book return flight dengan harga rm100. Murahlah tu sebab Fireflyz kan include luggage 20kg.
Semua pun transfer duit kepada Len yang buat booking dengan Starcruise tu. Bayar lump sum!
Aku tukar duit rm200 saja untuk cruise ni. Kami setuju untuk kumpul 1,000 baht sorang untuk transportation dan makan-makan seafood di darat nanti (Krabi & Phuket) since kami memang tak guna tour yang disediakan. Mahal nak mampos pakej-pakej tour Krabi & Phuket yang disediakan oleh cruise.
Kalau beli dari travel agent pun kadang-kadang dorang dah prepare tour Krabi & Phuket. Jadinya kami yang sebatang kara ni silalah memandai sendiri nanti.
Jadinya balance yang tinggal untuk aku adalah 800 baht sajork. Jadilah, yang lain dah ditanggung beres.
Disebabkan kami berlima (leader Al-Atas adalah cikgu sekolah jadi dia tak boleh join. In Shaa Allah next trip on cuti sekolah yea cikgu) :) kami pecahkan kepada group 2 dan 3.
Group berdua ambik bilik Oceanview with Window
Group bertiga ambik bilik Inside Stateroom (without window)
Harga kena tengok pasaran semasa. Starcruise ni kalau lambat booking harga pun lama-lama nak menghampiri date depart pun jadi mahal. Kebetulan kami tempah 4 bulan sebelum. Dapat harga boleh tahan jugaklah. Aku ambik bilik yang bertiga (tentulah yang paling murah sekali) - rm1,052.
Bilik yang berdua tu dorang kena tambah lagi rm400 (bahagi 2 oranglah).
Ada kakak yang aku kenal ni dia penah naik cruise ni cakap dia booked dengan Malaysian Harmony, dapat harga rm999. Termasuk bas return KL-Penang-KL.
Huntong lah kan.
Aku?
Naik bas sajork dihari kejadian.
Sampai kat Butterworth dah janji nak jumpa kawan ex-opismate. Tunggu dia kejap kat sini.
Station bus Butterworth. Dekat sangat dengan station keretapi dan terminal ferry.
|
Lepas borak-borak kat foodcourt, Eric ni dengan baik hatinya temankan aku naik feri ke seberang untuk ke Swettenham Pier.
Eric ni pun penah join Superstar Libra ke Krabi dan Phuket ni. Jadi dia tunjuklah gambar-gambar dia masa cruising dulu. Dia tanya aku, buat apa naik cruise? Bukan orang naik cruise ni nak gambling je ke..hahahaa
Dah turun feri ni boleh jalan kaki je ke Pier. Nasiblah ada si Eric ni, jadi dia offer bawak beg aku.
Alhamdulillah...hahaha
Panas kot tengah hari ni kat Penang. Dah sampai kat pier ni nampak ada kapal besar Mariners of The Sea park kat sebelah Superstar Libra. Nampak macam speedboat je kapal Superstar Libra masa tu.
Katanya Mariners of The Sea tu cruising to Hong Kong.
Say goodbye to Eric then carik kawan-kawan aku dalam ruang menunggu. Dalam menunggu tu sempat kami pegi carik kedai runcit nak beli asam. Penting ni!
Waktu untuk check in adalah dari pukul 1 sehingga 3 petang.
Kalau datang dalam group, sorang je boleh beratur untuk setelkan check in bersama health declaration form yang kami isi. Jadinya kami pun tunggu lah dekat-dekat line depan immigration.
Dah setel, pentingnya datang awal ketika check in, kami melalui immigratin dan scan beg, kemudian jalan ke arah kapal Superstar Libra!
Sebelum naik tu ada kaunter untuk serahkan passport (passport memang dorang simpan sepanjang pelayaran) dan kami diberikan sorang satu kad. Kad ni bukan saja boleh access bilik masing-masing tetapi bertindak sebagai kad kredit di atas kapal ni.
Kiranya tak payah pakai duit. Swipe je kad ni, dah abes cruise nanti pegi bayar kat kaunter ( i will explain later).
Kami pun gerak masuk ke dalam perut kapal. Kena scan beg lagi oleh pihak kapal plak. Elok masuk je ada kaunter lagi. Dorang swipe dulu kad masing-masing. Kemudian kami pun gerak ke bottom of the ship!
Bilik paling murahkan..
Deck 3.
Paling rendah adalah Deck 2.
Deck 1 katanya bilik untuk staffs.
2 bilik yang kami book tu mengadap satu sama lain. Cuma tu lah, bilik bertingkap dan tanpa tingkap, bezaaaaaaaaa!!
Meh layan view bilik.
Bilik bertiga, apa yang ko expect? Of course lah sempit. Tapi bearable lah bagi aku. Bilik air pun ok. Cuma kedap udara :p
Bilik inside stateroom. Takde tingkap. Bilik muram je memanjang. Sesuai untuk tido sepanjang hari. Katil kiri tu kat atas boleh turunkan 3rd katil. |
weiiiii dimsum dimsum jangan sebut ye. aku marah!
ReplyDeletehahaha mula2 tu aku letak nama ko tepi dimsum tu, pastu aku tarik balik. takut ko menangis airmata darah...hahahaha
DeleteHAHAHAH kejam kan ko. tapi not bad la tgk bilik dia. cuma aku musykil kenapa kena bawak perfume utk toilet. mohon pencerahan
Deletewah wah wah....perasaan masa naik tu macam Jack ke macam rose tetanic?
ReplyDeleterasa mcm aku yg nak karam! loya2 gitu..hahaha
Deletewowwww titanic sangat ko...hahahaha toilet dia busuk ke wei smpai kena bawak perfume?hehehe
ReplyDeletetitanic lah sgt..haha
Deletetoilet dia kedap udara. jd kalau org sebelum berbisnes, mmg lama kena tgu utk udara tu clear..hahaha
lepas baca ni ade terasa nak naik cruise pulak.
ReplyDeleteok, bye!
sila lah naik, cuma maybe tak sm mcm kat china sana nun..hehe
Deleteaku dh lama aim nk p...tp xde plak sale nya...manjang mahal hehee
ReplyDeletetgk la honeymoon atas cruise.
Eh!
mmg mahal weh. aku macam tak sanggup je nak byr 1k++ utk trip 4 hari..**mode kedek on..haha
Deleteerkk. aku pun ada buat trip cruise ni..standing pax. superstar libra gak. round penang je. terasa macam...takkan repeat lagi. huuu. nanti aku citekan dalam beloggg.
ReplyDeleteaku nmpk di fb ko. cop, standing pax tu yg tak booking bilik tu ke?
DeleteYaa tak booking. Bergelandangan atas ship. Haks..
DeleteYaa tak booking. Bergelandangan atas ship. Haks..
DeleteSekarang ni kena naik dari Penang saja ke... yang di Pulau Indah ada lagi tak...
ReplyDeletepengalaman yang menarik
ReplyDeletekem salam kat yang ada lesung pipit tu ye..
ReplyDeleteYang Benar,
mama zhafran
Memang Rose-Jac sangat feeling naik cruise ni kan. Untunglah, mampu bayar dekat 1k. Keliling laut katanye.
ReplyDelete