Masa kami ke office nak tukar baju ada sorang staff dekat situ. Kami bertanya pada dia macam mana lah kami nak keluar dari sini. Dia terangkan sama ada boleh naik ojek ke Bondowoso (Bapak Rudy pun ada offer perkhidmatan ojek) ataupun hire mobil ke Situbondo.
Kalau naik ojek ke Bondowoso IDR 200,000 sorang. Kalau hire mobil ke Situbondo IDR450,000 perkereta.
Lepas tu staff tersebut (Bapak Sidiq) offer IDR400,000 ke Situbondo dengan kereta company..hehe
Kami pun ok je la sebab dah takde option lain lagi dah.
Lepas tukar baju kat toilet kami pun angkut beg masuk kereta. Bapak Sidiq sempat mengaku dia baru belajar bawak kereta.
Kami mintak Bapak Sidiq untuk berenti sekejap kat air terjun kat area kem Patulding tu jugak. Air terjun ni sumbernya adalah air dari kawah. Jadi dekat sini takde lah ikan-ikan or hidupan lain dalam air sungai tu. Air pun hijau dan berbuih.
Banyak jugak borak ngan Bapak Sidiq ni. Dia cakap dia keja 3 hari kat Patulding pastu balik kampung 2 hari pastu datang balik sini. Macam tu lah kalau tak silap aku.
Pastu dia cerita pasal Kawah Ijen. Rupanya kawah yang kitaorang naik semalam adalah kawah baru. Baru tak baru sangat lah sebab kalau ada yang baru mesti ada yang lama, kan.
Nak tengok mana kawah lama?
Tengok gambar kat bawah ni. Gambar ni diambil dekat kawasan perumahan pekerja ladang kopi di Sempol. Kat depan tu ada bukit yang mengelilingi kawasan ni. Tu lah kawah lama yang sekarang dah tak aktif. Jadi banyak pokok-pokok dah tumbuh situ.
Sekolah di Sempol
Lepas tu kami pun tidur dengan jayanya sampailah nak dekat nak sampai ke stesen bas Situbondo. Adalah dalam 3 jam perjalanan dari Patulding ke Situbondo. Bapak Sidiq park kereta dan teman kami ke bas. Kami plan nak naik bas express terus ke Surabaya. Ni lah nasihat budak-budak Situbondo semalam. "Naik express aja", kata 'bapak kaya'.
Bila tanya kat si peraih bas, "Express?"
"Ya, express".
Kami pun berterima kasih pada Bapak Rudy dan naik bas. Takde pilihan sangat pun sebab stesen bas pun kecik je dan ada 2,3 bas je kat situ.
Terminal di Situbondo
Dalam bas, siap pasang karoke lagi
Pengadilan Agama
Pengadilan Negeri
Dalam sejam perjalanan, tetiba bas express ni berenti kat stesen minyak. Separuh dari penumpang bas ni turun dan pindah ke bas sebelah. Mula-mula tu kami buat derk je tapi pastu rasa was-was. Ada sorang minah kat depan aku sibuk dok angkat beg dia kat depan aku.
Aku tanya dia, "bis ini ke Surabaya?" Sambil tunjuk bawah (meaning bas yang kitaorang naik ni lah).
"Ya Surabaya", pastu dia terus angkat beg dan turun dari bas.
Duduk kejap dalam hati yang tak tenang, tetiba bapak konduktor datang.
"Mau ke Surabaya ya? Tukar bis disebelah ya".
Kami pun tak cakap banyak lagi dah terus angkat beg dan turun dari bas. Sekali tengok basnya.
Bas yang mula-mula tadi memang kalau cakap express aku percaya la walaupun dia berenti jugak ambik penumpang tepi jalan.
Terkezut kitaorang dengan keadaan bas yang macam nak runtuh tu. Daif sungguh. Kami pun macam nak naik ke tanak ni. Pastu bas tadi pun terus memblahkan diri. Takde pilihan lagi dah. Kami pun naik jugak.
Sebabkan kami orang terakhir naik, kami terpaksa duduk kat belakang. Kat belakang bas penuh ngan speaker-speaker besar bapak gajah! Penuh kat dinding belakang bas.
Bunyi bising tak payah cakap la. Kuat ya amat. Cair taik telinga aku.
Jalan ke belakang bas pastu aku nampak minah yang aku bertanya tadi. Memang beruk lah ko ni kan!
Tempat duduk sempit dan dalam perjalanan dia berenti ambik penumpang-penumpang. Pastu bas jadi penuh tak bergerak. Sebab beg aku kecik sket aku letak kat kaki dan muat-muat tak boleh gerak lagi dah. Nak ambik kamera nak snap gambar bas pun tak boleh. Beg Jaja besar sket jadi dia pangku beg dia atas riba.
Bas terus bertambah padat. Teringat aku bas Rapid dalam Uitm Shah Alam. Penuh camtulah sampai tak boleh bergerak...bhahahaha!
Perlu ke aku remind pasal bunyik speaker?
Tapi tu semua tak menghalang aku untuk tidur dengan lenanya disepanjang perjalanan. Dengan tak tidur waktu kat warung menunggu malam pastu tidur dalam 2,3 jam kat kawah dengan kesejukan dan sakit pinggang.
Dekat-dekat pukul 6 petang baru kami sampai ke Terminal bas Burung Asih. Bayangkan kami naik bas di Situbondo pukul 11 pagi. Dekat 7 jam jugak lah kami dalam bas.
Dah sampai terus cari toilet, pastu cari surau untuk Solat sebelum habis waktu Asar. Di Terminal Bas Bungur Asih ni ada satu Musolah yang agak besar terletak di jalan masuk terminal. Masalahnya ramai yang duduk menunggu atau tidur di kawasan Musolah ni. Mungkin tunggu waktu bas bergerak kot.
Dah selesai Solat kami keluar dari kawasan Terminal ke jalan besar. Melalui kawasan parking motor/speda (bagi sesiapa nak naik bas dan nak tinggalkan motor), kami menuju jalan besar yang sibuk. Kami tercari-cari tempat untuk menginap pada malam ni.
Kami bersetuju nak menginap dekat sini.
Yang jaga kaunter waktu tu ada sorang pakcik dalam umur 70'an.
Kaunter kat depan
"Bapak ada bilik kosong?"
Tergelak dia, pastu dia bawak kami ke tingkat atas untuk tengok bilik.
Bilik non-AC dengan harga IDR110,000 semalam.
Masa nak bayar duit bilik tu pakcik tu tergelak sensorang sambil sebut, "bilik...hehe"
"Malaysia ya?"
Aku syak memang dia gelakkan aku.
"Salah ya pak? apa yang benarnya?"
"Kamar...haha...bilik".
Gelak lah ko sensorang pakcik, malas nak layan!
Double room (ni gambar esoknya masa nak check out).
Tv tak pasang pun sebab nak charge henpon dan kamera. Kipas pun takde cover depan. Toilet pun kira bolehlah..
Bilik-bilik lain
Dari balkoni.
Dari arah balkoni. Bilik kami yang ada tong sampah hijau tu.
Rupa tempat penginapan kami dari seberang jalan (bangunan warna purple tu). Excuse my gambar gegor.
terus kantoi bila sebut BILIK hehe
ReplyDeletetapi apsal dia terus terusan gelak..
ker dalam Indonesian, bilik tu ada maksud lainnya....
Aku rasa pakcik tu ada suis tercabut satu, tp layankan je lah..hehe
DeleteJea, maksudnya skarang kos gerak sendiri lebih mahal berbanding ambil supir ya...tapi kalau nak banding dgn pengalaman yg diperolehi, kos tu lebih bernilai dari wang yang dikeluarkan...
ReplyDeleteKalau compare dgn last year punya trip saya guna supir dgn this year gerak sendiri, gerak sendiri lagi murah. Tapi kalau hire supir lebih selesa. Tak payah kalut2 nak pikir2 lagi dah.
DeleteBetter g ramai2 sebab boleh share kos.
Ya setuju dengan pengalaman yang dapat tu, plus dapat jumpa orang2 tempatan sepanjang perjalanan.
Pengalaman naik bas ekspress pindah randah memang terbaik ko jea... Tapi bengang juga kan dengan perempuan yang ko berukkan tu.... apasalahnya cakap kena pindah bas... padahal dah tau memang kena pindah bas.
ReplyDeleteApa pun tabik le kat jea boleh jenjalan ala-ala rakyat tempatan gitu.
Ada yang baik ada yang kureng sket, pasti..
DeleteMemang syok tapi penat la jugak..