Wednesday 16 April 2014

Surabaya (Day 5) ~ Rumus-rumusan

Sampai di Terminal Bungur Asih kami menapak ke tempat penginapan untuk ambik beg. Lepas ambik beg kami ke Terminal semula untuk ambik bas Damri ke epot.

Bas Damri ni kat luar Terminal. Kat depan-depan jalan masuk.
Dalam Damri (bas ketot je pun)
Dalam bas berkenalan ngan makcik ngan anak kecik dia. Dorang pun nak fly balik kampung jugak. Ke Makkasar. Tapi dorang kena transit dulu kat Jakarta.

So makcik, sorry kami sampai dulu ke destinasi.. ;p

Gitulah nak ajak berkelahi. Tapi memang kami sampai dulu la sebab flight kami pukul 5 petang, makcik ngan anak dia flight kul 7 malam.

Sampai epot, masih awal lagi dan perut pun dah mintak diisi since tadi dah skip lunch. Kami pun cari tempat makan dan paling penting ada jual nasik. Tak lalu dah dok makan megi ja.

Korek-korek cari duit Rupiah sebab makan kat epot ni mahal nak habaq hang. 

Macam ni je pun dah idr74,000 (sekali milo ais)
Tapi jangan lupa tolak tepi dulu duit epot tax IDR150,000

Abes makan kami p masuk dalam boarding hall. Walaupun masing-masing dah check in flight balik tapi masih la kena beratur kat kaunter sebab nak kena bayar epot tax tu.

Seb baik pegi kalau tak makan hati je tgk resit epot tax ni.
Juanda epot Surabaya ni adalah epot kedua terbesar selepas Jakarta. Jadi fasiliti memang tip top. Kami pun masuk dah cari hall tapi tak boleh masuk lagi dalam hall tu so kami ke surau dulu.

Lepas solat kat situ kami pun layan mata..hehe

Dah kosong kat luar tu baru kami pegi masuk hall tu, tapi kena check beg. Kat sini ada staff Airasia yang check kalau beg tu diluar saiz kabin or overweight dia suh pegi check in beg tu.

Boarding hall
Dok kejap kat kat dalam tu pastu dah dipanggil untuk masuk flight.

Juanda epot
Bye bye Trowulan..

Bye bye Bromo..

Bye bye Ijen...

Siap-siap nak tidur, balut badan dengan pashmina, pashmina bau belerang!

Anak panah merah - Perjalanan pergi
Anak panah kuning - perjalanan balik
Anak panah hijau - last day
Tapi i'oll enjoy travel gaya ni, letih tapi puas hati & seronot-seronot.

*************************************************************************

Meh sekarang kita kira kos untuk trip 5 hari 4 malam di Surabaya kali ni:

Day 1

Penginapan malam pertama ~ surau Juanda epot (foc)

Milo tin ~ idr10,000

Day 2

Bas Damri epot ke Terminal Bungur Asih ~ idr20,000
Simcard + pulsa ~ idr15,000 + idr54,000 (ni purely for internet, ikut la masing-masing)
Bas Terminal Bungur Asih ke Terminal Anjosari Malang ~ idr13,000 (ekonomi bus)
Angkot dari Anjosari ke Tumpang ~ idr6,000
Air terjun Coban Pelangi ~ idr6,000
Bromo entrance fee ~ idr10,000 (ni harga untuk local)
Ojek Malang ke Bromo ~ idr150,000
Ojek Bromo ke Cemoro Lawang ~ idr10,000 (ni kes tak sempat terpaksa naik ojek gak)
Penginapan malam kedua di Hotel Cemara Indah ~ idr250,000/2 =idr125,000 sorang

Breakfast Milo tin ~ idr10,000
Makan tgh hari di Terminal Anjosari Malang Kak Ros belanja (megi)
Makan petang - Megi gerai Ibu Utin (2 bungkus) ~ idr12,000
Dinner di Cafe Larva ~ idr34,000 (nasi goreng + teh susu)

Day 3

Van Cemoro Lawang ke Probolinggo ~ idr450,000/6 (sorg idr75,000)
Bas Probolinggo ke Banyuwangi ~ idr54,000 (tapi kami tak jadi ke Banyuwangi, turun di Situbondo)
Bas Situbondo ke Wonosari ~ idr6,000
Angkot Wonosari ke Sempol ~ idr200,000 (sorang idr100,000)
Ojek dari Sempol ke Paltuding Camp ~ idr80,000
Ijen entrance fee ~ idr15,000 (rakyat luar negara)
Penginapan malam ketiga ~ Warung Bapak Im (foc)

Sprite sebotol ~ idr5,000
Makan di Gerai Bapak Im (Megi + teh panas + milo panas) ~ idr14,000

Day 4

Mobil Paltuding Camp ke Situbondo ~ idr400,000/2 (sorang idr200,000)
Bas Situbondo ke Surabaya ~ idr32,000
Penginapan malam keempat ~ idr110,000 (sorang idr55,000)

Breakfast di Gerai Bapak Im ~ idr10,000 (megi lagi + teh panas)
Pastu tak makan dah, tido pun awal arini..

Day 5

Bas Terminal Bungur Asih ke Trowulan ~ idr7,000
Bas Trowulan ke Terminal Bungur Asih ~ idr8,000
Bas Damri ke epot ~ idr20,000
Epot tax ~ idr150,000

Breakfast kat Terminal Bungur Asih ~ idr29,000 (bakso + oren sebotol)
Air kotak kat kedai runcit di Trowulan ~ idr5,500
Makan nasi kat epot ~ idr74,000 (tercekik pastu..hehe)

Total semua idr1,414,500 (dalam rm400) + rm190 (KL-Surabaya-KL) = RM590. 

Siri cerita-ceriti Surabaya :











6 comments:

  1. gilorr beb...rm500++ jek !?

    stedilah Jea.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tukar rm400 ingat buleh bwk balik balance lagi, tapi nan hadoo ;(

      Delete
  2. wah jea.... dah tak sabar ni bila tenguk N3 jea. Oh surabaya i'm coming. TQ jea, banyak info yang menarik buat rujukan. Mudah-mudahan semuanya ok tiada masalah yang tak terduga timbul. Akak pergi 1hb Mei ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy traveling!

      Syok g ngan geng2 boleh share kos & double the FUN!

      Delete
  3. Jea nak tnya sikit...sy nakpi bromo next week...last sept dh book hotel kt agoda.tp masa tu area cemoro lawang dah pnuh...so dia suggest lava lava hotel di probolinggo...tp.tiba2 je td supir ckp.hotel tu jauh ngn.bromo nnti..mau 1jam 30min ke 2 jam...klo jauh cmtu xdapat le sunrise di bromo...huhuhu mmg jauh gitu eh?

    ReplyDelete