Friday, 6 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 10

Bersambung dari Part 9

Sejam kami lepak bawah pokok. Bila difikirkan balik sampai bila nak duduk je situ. Walaupun masih pagi tapi panasnya toksah cerita la. Memang panas!

So bukak payung then, jom kita masuk Angkor Wat kali ke-2 untuk hari ni.

Orang bertambah lagi dua kali ganda. Bas-bas pelancong pun bertambah. Lepas check pass lagi, terus jalan kat jambatan ke Angkor Wat sambil berpayung..

Dah abes jambatan dan lintas bangunan depan untuk masuk kawasan Angkor Wat, payung Ida mengalami masalah teknikal, sebab angin kuat? 

Ke payung Maidin...hehehe

Disebabkan orang ramai dan panas, kami ikut laluan berbumbung. Pastu exit kiri. Duduk dan minum air.

Orang tadak stamina memang selalu letih..


Kami duduk mengadap bangunan ni dalam 10 minit camtu. Pastu baru nak gerak p. Tangga die tinggi mak ai.. 3 kali aku kot. Aku cuba panjat tapi dapat naik half je sebab curam sangat tangga die pastu dengan baju kurung lagi. Kalau pakai seluar pun aku takut aku boleh panjat je turun tak boleh..erkk

Yea, percubaan memanjat tangga ni aku buat sorang sebab Ida masih dalam mood tanak bergerak lagi..hehe
Lagi tangga cerun             
Sudahnya kami pusing belah tepi je dalam Angkor Wat tu. Sebelah luar. Bahagian ni takde ramai orang. Kawasan ni berumput dan boleh berjalan ditepi-tepi dinding yang bershadow.

Bahagian luar yang tak ramai orang
Kena panjat tangga ni untuk masuk bahagian dalam. Gambar Japanese lady dengan anak die yg patah tangan kiri. Buas anak die, aku tolong ambikkan gambar dorang tapi anak die tanak pandang kamera, jenuh dok pujuk.

Disebabkan kami jalan kat luar, bila dah masuk dalam memang dah hujung-hujung dah pun. Terus jumpa tangga nak naik tingkat atas.

           

Daki tangga yang tinggi tu, kali ni tangga ni dorang guna kayu. Bukan original tangga yang curam-suram tu. 

Mercu tanda Angkor Wat yang nampak dari kejauhan itu
View tinggi. Jauh jugak gatenya. Tasik besar langsung tak nampak. Yang bola kuning tu Hot Air Balloon
Dari atas tangga
Semua orang mencari tempat teduh
Dah turun tu memang tak tunggu lama terus keluar. Dah hampir tengah hari. Plan asalnya nak naik Hot Air Balloon tu. Siap dah riki harga dah. Sorang 15USD. Tapi sebab panas sangat membahang, yang ada dalam kepala otak masa ni nak mandi dan mandi dan mandi!

Driver tuktuk gelak je bila kami cakap tak jadi nak naik Hot Air Balloon tu.

Sebelum balik hotel, kami singgah dulu restoren semalam untuk tapau makanan. Memang dok tapau je keja kami ni sebab boleh rileks-rileks makan dalam bilik sambil tengok tv dalam keadaan dah mandi..eh


Order air bandung sementara tunggu makanan siap.

Tuesday, 3 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 9

Bersambung dari Part 8

Pagi-pagi pukul 5.30 kami dah tunggu tuktuk kat luar hotel. Arini kami nak pusing Angkor Archaeological Park. Destinasi pertama kami arini adalah Sunrise di Angkor Wat.

Macam biasa, sampai kat gate kena check pass dulu. Since petang semalam dah buat pass untuk 1 hari so pass tu masih boleh digunakan untuk hari ni.

Nak masuk Angkor Wat kena check pass lagi. Kat sini boleh ambik guide kalau nak tau sejarah die dengan lebih lanjut.

Kami?

Sejarah??

Masa kat sini masih gelap lagi, tapi nasib baik aku bawak headlamp. Boleh la jalanku diterangi cahaya. Ada jugak orang-orang yang tumpang cahaya headlamp aku tu. Dah tu ikut je mana aku pegi. Aku pun taktau mana nak pegi.

Aku google cakap tengok sunrise ni dari tasik tapi mana hala tasik pun tak tau. Dalam gelap-gelap tu aku dengar suara pastu ada padang rumput so aku kenkonon shortcut lah. Pastu semua pun ikut shortcut jugak.

Hei aku bukan tour guide korang!



Ni belum sunrise betul-betul lagi ni. Tapi belum sempat nak tengok matahari tu terbit, aku dah ajak Ida blah. Tak kuasa la aku tunggu lama-lama kat sini. Orang ramai macam ada konsert. Pastu aku boleh bayangkan nanti kat dalam Angkor Wat tu pun orang mesti ramai macam ada press conference Cikti umum die bakal timang anak...eh??

See...beribu-ribu lemon..
Nak masuk dalam, orang ramai..
Nak patah balik pun orang ramai
Sudahnya kami nak pegi tempat lain dulu, sebab kalau kat sini ramai, nanti ramai-ramai gerak ke next temple, memang sesaklah semua tempat.

Kami pun takde nak pegi semua. Aku cakap kat Ida aku nak pegi Angkor Wat, Bayon dengan Ta Prohm je. Yang lain tu tak pegi pun memang aku tak kisah.

Ida lagi tak kesah. You jump I jump kekdahnya.

Sebelum terlupa harini tema aku ialah berhari raya di Angkor.. Aku ajak Ida sama tapi beliau cakap "ko rayalah sorang-sorang".

Takdelah.. Die pandang sepi je cadangan aku. Dulu kat Hong Kong pun aku raya sorang-sorang.


Driver tuktuk kami pun terkejut tengok kami cepat sangat keluar wahal orang baru je ramai berpusu-pusu masuk. Bas pun banyak yang tengah dok nak masuk parking.

"La, awat hangpa cepat sangat nih?"

"Orang ramai sangat. Jom kita p next destination plak".

Awas! Monyet dihadapan
Next kita pegi Bayon plak. Kat Bayon ni banyak boleh tengok stone faces dan ada 4 stone faces yang besar. 

Memang betul percaturan kitaorang. Kat sini memula tu ada kami je. So bersenang-lenang la nak ambik gambar. Pusing-pusing, daki-daki temple ni baru nampak couple Japanese. 


Sebelum masuk tu memang macam biasa kena check pass dulu. Yang bestnya, si tukang checker ni baru je sampai. Turun motor je terus check pass kami. 


Ini ialah bumbung. Aku dongak untuk ambik gambar ni.
Tangga untuk ke atas.
Tak perasan pulak ada yang menumpang bergambar. Kalau aku tau beliau ada kat situ, aku tak duduk dah.
Sekali round dah la pastu kami pun nak membelah kan diri. Pegi luar tengok driver Tuktuk kami dah takde. Pastu ada sorang driver Tuktuk lain cakap driver Tuktuk kami pegi repair motor, rosak. 

Hati pun panas.. Panas matahari lagi.

Sabor je lah. 

Nak buat apa lagi, dok bersila bukak henpon, main game.

Sampai la 15 minit camtu baru die datang. Nak marah pun tak guna, benda nak jadi.

Apa lagi, next temple, please!

Tak tahu la ni nama apa, snap dari atas tuktuk je
Tuktuk driver tanya nak pegi mana lagi. Terus je cakap nak pegi Ta Prohm. On the way tu lintas jugak temple lain. Tuktuk driver tu tanya nak singgah tak? Terus je cakap tanak. 

Nak pegi Ta Prohm jugak!

Sebenarnya tour kat Angkor Archaeological Park ni ada 2 jenis. 

Small Circle dan Big Circle.

Untuk 1 hari pass memang sesuai ambik Small Circle je. Cover temple2 famous dan besar. Kalau ambik pass 3 hari keatas boleh discover banyak lagi temple-temple kat dalam ni. Memang banyak. Sila ambik brochure kat pintu masuk.

Dah sampai gate Ta Prohm ni sekali lagi kami diserbu oleh budak-budak yang menjual. Jalan laju-laju.

Nak masuk dalam ni kena jalan sket. Akan lintas sekumpulan orang-orang main alat musik. Kalau kita lalu depan dorang baru mainkan alat-alat musik tu. Ada tabung untuk derma.

Lepas check pass kena ikut jalan ni untuk ke Ta Prohm
Dah sampai ke Ta Prohm tu sedikit hampa sebab tengah ada kerja-kerja pembaikan temple ni. Tempat ni takde lah original sangat. Sebab dorang pun dalam process pemuliharaan tempat ni dan patung-patung Buddha banyak yang dorang re-create balik. 

Ntah apa yang dibina dalam Ta Prohm ni
Jambatan besi khas untuk pengunjung
Pokok Lara Croft. Depan ni lah paling banyak construction. Boleh pegi sampai pentas tu je yang lain semua tutup.



Another pokok besar
Pokok yang kucari-cari
Dah masuk kat belakang-belakang, pusing-pusing baru jumpa pokok ni. 

Kenapa cari pokok ni?

Inilah sebabnya.
Saksikan lah Lara Croft versi Kak Limah...


Entrance lagi 1 untuk masuk dalam Ta Prohm
Disebabkan kami tak berjanji dengan driver tuktuk kami untuk keluar ikut entrance lagi satu ni, kami kenalah patah balik. Tapi kami tanak masuk dalam Ta Prohm ni lagi dah so kami jalan kat tepi-tepi. Memang takde orang. Budak-budak Khmer je yang ramai kat sini. Maybe dorang teman mak bapak dorang yang kerja dalam temple ni kot sebab budak-budak ni tak menjual macam budak-budak kat luar tu. Dorang sibuk dok memain je.


Budak-budak ni nampak kami terus bangun, berbaris pastu menyanyi-nyanyi sambil buat gaya-gaya tangan lagi.
Abes explore Ta Prohm, kat sini paling lama sebab kami boleh duduk melepak kat dalam tu. Idea asal nak patah balik ke Angkor Wat tapi masih awal pagi lagi. Karang buat sejarah plak kami orang paling awal balik. So tengok balik map, apa kata kita pegi Sras Srang dengan Banteay Kdei sebab kedudukan 2 tempat ni adalah berhadapan antara satu sama lain. 

Dekat Sras Srang ni sekali lagi kami dikejar oleh 2 orang budak perempuan yang berniaga kat sini. Siap bagi gelang percuma lagi. Pandai plak tu cakap BI.

"Where you come from?"

"Malaysia"

Oh, Malaysia near to Singapore, right?"

Tasik je, so tempat ni boleh skip.
Sras Srang
Aku singgah beli air kat budak pompuan tu tapi harga memang mark up la.

Pastu lintas jalan then masuk ke Banteay Kdei. Lepas check pass kena jalan kaki macam kat Ta Prohm. Tapi kalau kat Ta Prohm tadi budak-budak menjual tak boleh masuk dalam, kat Banteay Kdei ni budak-budak menjual ni dok kat dalam.

Sibuk la dok mengekor ramai-ramai. Kami tak beli pun tapi kami bagi coklat yang kami dok bawak banyak-banyak tu. Memang plan arini nak abeskan semua pasal esok dah nak balik.

Tapi bila dah bagi, "Can I have another one for my sister?" Nasib baik ko mintak elok-elok.


Sudahnya kami sampai je kat temple Banteay Kdei ni kami tak masuk dalam pun. Ambik gambar kat depan je pastu terus patah balik.

Then last sekali, Angkor Wat!

Driver tuktuk kami macam terkejut je kami nak pegi Angkor Wat. Macam tak willing. Eh, ada aku kesah?!



Sampai je kat Angkor Wat, kami terus cari pokok-pokok besar untuk berlindung. Panasnya kat sini. Tak sanggup nak lintas jambatan ke Angkor Wat tu time panas-panas camni.

Lepak cuci mata dulu, abeskan air dan coklat sambil tengok orang keluar masuk Angkor Wat.

Berduyung-duyung
Atas jambatan ni lah hot(panas) spot. 
Panjang pulak tu jambatannya
Sambil layan drama korea depan mata. Yang pompuan pakai baju kuning tu kira macam ranger lah kat sini.
Akan bersambung di next entry...

Selamat Hari Kemerdekaan 56 Malaysia ~

Alhamdulillah, Merdeka kali ni sambut jugak walaupun sat ja.

Tapi!

Tapi kali ni sambut nun di Brunei bah!


Pagi-pagi 31Ogos 2013 ada sambutan flag raising kat Hi-Comm Malaysia di Brunei. Ada nyanyian lagu Negaraku, ucapan oleh Pemangku Pesuruhjaya Malaysia ke Brunei, Cik Haznah.

Makan-makan sket, ambik gambar banyak-banyak..

Last aku celebrate Merdeka adalah masa kat Uitm Shah Alam, tu pun pegi sebab Kolej tutup elektrik suruh students pegi stadium nak celebrate. Lepas tu dok menyewa sendiri, keja, Hari Kemerdekaan memang aku tido je kat umah. Public holiday kan...

BerNegaraku
Masjid Omar Ali Saifuddin dari arah Kg Air


Selamat la trip 5 hari ke Brunei ni aku dok menumpang umah kawan. Pasal pa habaq hang, Brunei ni mahal la serba serbi. Currently rate sama cam Singapore Dollar. In fact, Singapore Dollar pun sesuka hati boleh diguna pakai kat sini.

Kena sambung trip Kemboja dulu bagi abes.