Bersambung dari Part 7
Malam pas balik dari tengok sarkis tu, sampai hotel aku terus singgah lobi cari receptionist lelaki pertama tadi. Die dah balik dan ganti yang lelaki kedua. Mamat ni memang tau pasal kami nak book tiket bot untuk esok so die pon buat muka sedih cakap.
"Low water level, no boat for tomorrow"
Sedihnya..
"Can you get us bus tickets?" Plan B.
"Tomorow we let you know. 8 am you wait here"
Esoklah cite. Malam ni mandi, buat megi, solat & tido.
Sedih gak la tak dapat naik bot. Sebab aku dah google macam-macam, dah siap bawak tupperware nak buat bekal atas bot, berlatih tahan kencing untuk 10 jam atas bot, eh?
Esoknya pagi-pagi kul 8 turunlah bawah pegi breakfast. Pastu receptionist lelaki kedua tanya nak bas pukul berapa. So kami ambik pukul 9.15 pagi. Tiket berharga 15,000 Riel atau kalau nak convert dalam 3.60 - 4 USD. Receptionist lelaki kedua tu cakap nanti ada tuktuk datang pickup pukul 9.15 pagi. Dekat je Capitol Bus punya port. Ada lagi sejam, tapi kami taknak keluar jalan-jalan kawasan sekitar hotel.
Panas!
Aku bukan feeling-feeling negara aku 4 musim tapi memang bahang panasnya. Tambah azab lagi hotel tu blackout plak. So, aku pun siap-siap guling atas lantai. Tengok kolam kat bawah memang takde nafsu dah. Sapa la sanggup berenang time panas-panas camtu.
Aku boleh tertido atas lantai dalam kepanasan tu. Ida cakap ada mat salleh mengamuk sebab blackout. Tapi kalau baca review kat Agoda memang hotel ni selalu blackout.
Dah cukup masa, kami pun turun ke lobi dah ada tuktuk dah tunggu.
Tapi tunggu!
Wife owner ni bagi hadiah Cambodian scarf sorang satu. Die siap tolong lilitkan kat kepala ala-ala Cambodian.
Dah sampai kat port Capitol Bus, rupanya kami naik bas semalam yang sama kami naik dari Phnom Penh. Assistant driver (pakai uniform kemeja biru) tengok kami sambil cakap "you again!".
Tiket bas ke Siem Reap |
Selamat tinggal Battambang |
Keta polis pun berdebu |
3 jam lagi layan tanah kering |
Sekolah dan budak sekolah |
Bas berenti. Kali ni semua orang kena turun sebab bas tak parking kat sini. |
Mangga dan cengkerik goreng bercili |
Sambung balik perjalanan |
Ni dah masuk kawasan Siem Reap |
Dah nak sampai stesen bas dah |
Elok je bas nak parking aku nampak dah driver tuktuk pegang kertas nama aku. Kali ni sempat email dari Battambang supaya hotel kat Siem Reap ni deal suruh ambik kat stesen bas. Stesen bas tanah merah je. Bas boleh susun dua line je, Chaos jugaklah die nak parking.
Mamat baju pink tu driver tuktuk kami untuk 3 hari di Siem Reap. |
Lepas masuk bilik, mandi dan solat kami pun keluar balik sebab nak cari makan. Aku google dari Malaysia ada 1 restoren Halal, Muslim Family Restoren. Aku dah print google map dah.
Keluar hotel pastu pegi kedai runcit kat sebelah hotel nak sewa basikal. Walaupun ada je driver tuktuk yang melambai-lambai panggil tapi kenkonan nak try kayuh basikal kat Kemboja.
Tengah hari terik pulak tu.
Takut jugaklah kayuh basikal kat bandar Siem Reap tu. Motor, keta, tuktuk dan bas banyak. Semuanya pun suka-suki dorang je. Masa kayuh tu nampak 2 budak lelaki Melayu kayuh basikal dengan bersenang-lenang kat tengah-tengah jalan berselang-seli ngan kenderaan lain. Ni lah driver pro Malaysia tunjuk bakat kat jalan Siem Reap.
Rupa-rupanya google map tipu.. Kami dah sampai kat destination, apa pun takde. Ada kedai jahit ngan dobi. Pastu pusing-pusing belakang, kayuh lagi dua tiga round pastu dok pusing-pusing macam orang hilang pedoman. Pastu tanya-tanya orang. Jumpa orang tanya. Jumpa orang tanya lagi.
"Muslim Restoren?" Ayat panjang-panjang tadak...
Last-last ada satu brader ni cakap die tau Muslim Restoren kat jalan belakang. Berkayuhlah kami ke belakang. Tak jumpa jugak. Pusing-pusing macam orang gila, nampaklah signboard kedai halal. Kalau tak silap aku, nama kedai makan ni Alibaba. Tak ingat sangat tapi memang serve makanan Indian. Nasi ngan lauknya memang portion besar. Kalau makan tak abes memang boleh bungkus kasi bawak balik.
Terkejut nampak 2 budak Melayu tadi kat situ. Owner kedai ni asalnya orang Ipoh. Pastu die sibuk dok cakap budak-budak laki tu pun orang Ipoh. Aku tegur lah dorang cakap aku nampak dorang kat tengah jalan tadi. Biasalah kalau orang Melayu kat oversea ni jumpa Melayu lain.
"Hmm.." Tu jelah jawapan mereka. Abes air liur aku je berpura-pura ramah. Tu pun sebab tunjuk respect kat owner kedai tadi.
Hei, aku pun Melayu sombong kat oversea kau tau!
Abes makan, kayuh balik hotel. Tu pun tanya direction kat owner kedai yang baik hati. Hantar basikal kat kedai runcit tadi, ambik balik deposit. Basikal tu boleh guna the whole day tapi kami guna tak sampai 2 jam. Serik!
Masuk hotel, mandi lagi sekali. Tunggu pukul 5. Tunggu ke? Tido la apa lagi. Penat kayuh basikal! Aku kagum la sapa-sapa yang kayuh basikal pusing satu bandar dengan cuaca panas nih. Lagi aku respek kalau kayuh kat area Angkor. Kawasan tu besar..
Gambar sepanjang tengahhari ni takde sebab tak bawak kamera. Gambar basikal ni pun guna henpon je. Tu pon aku still konpius kenapa aku bawak henpon. |
Cukup pukul 5 turun bawah, tapi hampeh tak datang lagi. Tunggu 5 minit baru die datang. Tanya nama pastu kami taktau nak sebut. Dah la malas nak jadi ramah. Aku kan Melayu sombong!
Pastu kami pun gerak ke kawasan Angkor. Nak masuk kena beli pass dulu.
1 day = 20 USD
3 days = 40 USD
7 days = 60 USD
Kami ambik yang 1 hari. Beratur, ambik gambar, bayar & terus dapat pass.
Kaunter. |
See ada gambar Kak Limah.. |
Dalam kawasan Angkor Archaeological Park |
Kena lintas Angkor Wat nun dihujung sana |
3 orang follow suruh beli itu ini. Ada sorang budak tu bila aku dah sampai kat checker pass Angkor tu (budak-budak yang jual tu tak boleh masuk dalam), budak tu cakap kat aku,
"When you come back, you buy from me" and guess what, memang pas aku aku keluar tu die tunggu aku. Boleh plak die ingat aku. Kejar aku sampai tuktuk cakap, "You said when you come back you want to buy from me". Hawauuu betul lah budak-budak camni.
Tips nak elak budak-budak ni ialah no eyes contact dan jangan cakap sepatah pun. Cakap "no" pun jangan. Buat taktau je seolah-olah dorang tak wujud. Ni tips aku baca kat Tripadvisor.
Tu kalau korang hati keringlah. Kalau nak ikut sangat nasihat mat saleh. Aku rasa kalau korang lahir kat Malaysia yang aman damai ni, mesti kesian kat dorang. At least kalau tanak beli pun mesti korang nak jugak cakap yang korang tanak kan.
Bahasa jiwa bangsa, beb!
Entrance |
Pendakian bermula. Tak penat pun sebab mostly jalan landai |
Kat sini kena check pass lagi |
Yang tak best lagi tu, dorang ni tak pegang pass dorang. Tour guide yang pegang, tapi tour guide ntah pegi mana. Tapi nak jugaklah berkumpul ramai-ramai buat bising kat situ.
Ada dialog best aku dengar kat sini.
Checker : "I need to see your pass"
Tourist : "Sorry, I don't speak Khmer"
Sapa yang bangang kat sini?? Aku rasa tu je ayat Bahasa Inggeris yang die hafal.
Disebabkan aku bukan lah minat sangat sunset & sunrise ni (walaupun aku still akan pegi kalau ada peluang), aku ajak Ida balik. Selain, tiada tanda-tanda akan nampak sunset tu sebab awan tutup, kena pikir jugak balik nanti kena lalu hutan untuk keluar.
Rupanya memang ramai je orang yang blah awal. Nasib kami sempat keluar sebelum betul-betul gelap. Takut jugak jalan kat hutan tu.
Sapa yang bangang kat sini?? Aku rasa tu je ayat Bahasa Inggeris yang die hafal.
Sebanyak bontot yang aku kena hadap naik tangga ni.. |
Sebanyak itu lah orang-orang kat atas.. |
No good spot anymore. Kalau nak good spot datang pas breakfast tunggu kat sini. |
Berbackgroundkan Phnom Bakheng dan beransur pulang plus scarf free dari Delux Villa Battambang |
Dah sampai kat driver tuktuk ni die tanya nak makan tak, sebab die tau satu kedai makan halal kat sini. In fact, memang die tau 1 tu je. Dan sampai hari last pun kami makan kat situ je.
Aktiviti malam ini adalah mandi, solat, makan, tengok tv dan tido.
On the way ke kedai makan lintas Night Market & Pub Street |
Ni die restoren tu. Dekat dengan masjid. |
Restoren ni kat kawasan belakang |
Menu |
Kami tapau nasi, telur dadar, sayur campur & Amok (ikan dan santan) + teh susu panas |
Bersambung..
Salam jea,
ReplyDeleteHahahaha akak tak boleh tahan tenguk ayat berapa banyak bontot jea kena hadap.... hahahahaha
Kalau comel idak apa ek... hehehe
Budak lelaki melayu yang sombong ni budget perasan je kut.. tapi kadang kita jumpa org melayu yang baik sampaikan sanggup bersusah payah untuk kita walaupun baru pertama kali jumpa.
Ok teruskan ekspedisi... akak belum sampai kat cambodia lagi ni nampak best
Betul tu Notie,
DeleteMasa kat Phnom Penh ada suami isteri yanga baik hati. Smpai skrg pun masih contact lagi.
Cambodia hotel ngan makan murah-murah je. Sangat selamat. Jumpa banyak gak famili Malaysia yang bawak anak-anak kecil.
Assalamulaikum..
ReplyDeleteAwesome..!!! best nak follow blog ni boleh tak?? hahahaa..
Salam kenal juga.. :D
Cambodia??? best sesangat.. bila nak pi jejak kaki lagi pun tak tahu..
hah..!! praktis tahan kencing 10 jam?? boelh buat rekod malaysia tu..
Cambodia dulu pi pun ada jugak 3,4 kali blackout..
Melayu sombong kat oversea ni ramai gak.. layan je lah..
Tengkiu TT
DeleteSaya pun selalu baca TT punya blog, silent reader je.
Best tu study kat Africa.
Best study di South Africa tu if tahu nak menghargai keindahan di sana.. :D
Deletebut ramai jer studet yg tak nak tahu pasal keindahan alam ni..
insyallah.. will keep in touch well in our travel life :D
x try lauk, lembu naik bukit? kalau x silap la namanya camtu...aritu gi sana pon dok kat GH golden temple villa. location mmg dekat gile dgn semua night market. Kita org naik basikal ronda town dia jek tp ke angkor sewa tuktuk usd17/day
ReplyDeleteEn Hulubalang, dah lama saya try nak baca blog encik.. Tapi tak buleh..Kenapakah?
ReplyDeleteAah memang menu lembu naik bukit tu fames, tapi saya tekak Melayu & bukan jenis food tester..Buleh gitu?
Amok yang kitaorg beli tu pon terbengkalai camtu je. Last2 nasi ngn telur jugak sedap.
ohhh...mmg xkan dapat buka sebb mmg xde blog hehehe :D x pandai la nak berblog bagai...maklum la dulu SPM BM cukup2 makan hahahahaha....
ReplyDeleteAmok tu saya rasa ok jek...aritu makan pon licin hahahaha... sebab lapar kot!! hehe..
Amok tu sangat bersantan.
ReplyDeleteNaseb baek la SPM cukup2 makan je, kalau mcm aku ni kena kais2 lagi, sebab tu tulis ayat pun tergantung-gantung. Kalau cikgu BM aku baca blog ni, beliau buleh terjun bangunan lah..hehe