Ni trip melayan hati. Ingat nak try buat solo trip before balik Taiping tapi sebabkan jerebu yang teruk kat Malaysia time ni banyak la sekolah tutup untuk hari Isnin. Adik aku yang blaja kat Tangkak tu nak datang dok ngan aku weekend tu sebab Tangkak dah dalam kawasan darurat jerebu.
So terpaksa la bawak beliau. Tapi dalam entry ni xde gambar beliau sebab beliau ada blog sendiri, ko hupload la gambar ko dalam belog ko! hahahaha
p/s: Entry ni banyak gambar syok sendiri.. Layanzzzzz
Mula-mula cadangnya Sabtu tu nak naik bas pagi-pagi kat KL Sentral. Tapi sebab tiket sold out, kami pegi ambik bas kat Putra Gombak. Dapatlah bas kul 10 pagi. Tu pon seat last je.
Aku benci betul kaum-kaum tak pandai beratur nih. Main sebat je ko!
|
Tak sempat nak tengok wayang 4D kat sini. |
Disebabkan dah lari time, wayang terpaksa dipotong dalam plan kali ni. So, terus pegi next place. Muzium Ripley's Believe It Or Not. I have to say, I believe it sebab semuanya facts. Pastu biasa-biasa je.. Bukannya benda dari out of space ke hapa, kan. Semua manusia yang buat. Manusia yang cerdik mahupun manusia gila or gila glamer.
|
Silalah berkenalan ngan beliau. Beliau suka travel around the world untuk kumpul benda-benda pelik ni. |
|
Hall kat dalam. Mula-mula tu couple Cina ni ngan kami je ada kat dalam ni. |
Takut jugaklah kat dalam ni kalau dah takde orang kan. Dah la banyak patung-patung human life size. Creepy siot.
|
Ada TV kalau nak tengok video |
|
On the dot aku terus google Birger Gang ni. |
|
Torture chair. tapi ada jugak si bengong yang duduk kat sini. Ada rasa cam massage chair kot. |
|
I gave it a miss! |
|
Agak-agak syiling sekupang aku cukup kot nak buat camni kat Uknow Yunho aku. |
|
"Boleh ke menjahit tu ahkak oi?" |
|
Gitu susun buku |
Gambar atas ni dibuat dari button ni.
Gambar atas ni dibuat dengan menggunakan paku tekan.
Gambar budak naik swing ni menggunakan setem.
Terrer kan mereka.
Agak excitedlah aku bila jumpa jalan kecik yang banyak paper tampal kat dinding ni. Sebabnya aku teringat videoclip Britney Spear dalam lagu 'Overprotected' pon lebih kurang camni tapi paper tu semua gambar die lah.
Ye saya, saya peminat Britney Spear.
Salahkan saya sebab lahir tahun 80an.
Best terowong ni. Lupa dah nama die. Aku tak tahan masuk selangkah je pastu pening-pening terus keluar balik. Adik aku tahan lama dalam ni.
Pas keluar muzium ni kami pegi Awana Cable Car sebab nak pegi ke Chin Swee Temple. Temple ni halfway dari Genting ke Awana Resort. Tambang RM3 one way. Cable car agak old fashion. Satu cable car boleh masuk dalam 20 orang. Masa kami sampai tu cable car dah ready nak berlepas pastu dorang suh tunggu next cable car. Dalam 20 minit jugak la menunggu.
|
Sabar menanti cable car |
|
Ni bentuk cable car. Limited seat. |
|
Aku tak tahu plak kewujudan Cradle Rock/Batu Berayun ni.
|
Stesen Chin Swee. Bawah sanun stesen Awana Resort. |
Keluar je stesen terus nampak ni. Sekangkang kera je ngan stesen.
|
Big Buddha & pagoda |
|
|
Time untuk panjat tangga-tangga ni. |
|
Untuk ambik gambar ni..hehe |
Adik aku cakap, ngan patung monyet pon nak bergambar.
Dey! Orang yang lahir tahun 80 an mesti tau monyet ni sapa daa..
Then tibalah masanya nak panjat pagoda ni.
Tangga die berlingkar-lingkar. Makin tinggi anak tangga die makin sempit. Tapi selamat je. Time kami naik tu xde orang nak naik sekali dengan kami walaupun ramai je kat temple ni.
|
View from 9th floor of the Pagoda. |
Nak panjat tu mintak nyawa jugak la since kami skip lunch. Tapi Alhamdulillah sampai jugak atas. Pastu cepat-cepat turun sebab nak tunggu cable car or sebenarnya dorang panggil Skyway :p
Tiket one-way RM3.
Sampai kat atas, kami terus ambik cable car nak turun Goh Tong.
|
Time ni Malaysia dilanda jerebu. Tapi ni bukan jerebu, ini adalah kabus. |
|
See, clear sky. |
Sekali sampai bawah, mak aii ramainya orang beratur nak naik cable car. Sampai bawah tangga tu orang beratur. Dah petang kot.
Plan pasni nak pegi strawberry farm. Tapi aku malas nak ambik cab or call shuttle bus strawberry farm tu (dorang ada perkhidmatan ni, just call and ti dorang datang ambik). Aku nak try jalan. Aku google cakap 15 minit perjalanan. Tapi mana adanya. Dengan tak tahu jalan, main redah je. Dalam setengah jam jugak lah berjalan. Nasib baik cuaca tak panas sangat. Tapi memang mintak nyawa lah!
|
Ada la seketul ni je signboard. |
|
Dah sampai salah pintu masuk plak. |
|
Ni pintu masuknya. |
|
Bahagian dalam farm |
|
Strawberry yang menunggu untuk dipetik |
Dalam tu ada Lavender park. Nak masuk RM3 kot (serius dah lupa). Tapi memang kena bayar! Kecik je tapi ok lah kalau macam aku ni tak pernah tengok Lavender macam mana.
|
Lavender |
|
Bukan Lavender |
On the way out tu ada tempat tanam mushroom. Tapi kami jalan laju-laju sebab bas balik pukul 5 petang dah tinggal setengah jam lagi. So memang tak sanggup dan tak boleh jalan kaki lagi. Ingat nak naik teksi je.
Tapi kami bernasib baik sebab shuttle strawberry farm ni ada. Dah kami je yang naik. Feeling-feeling royal dengan keta berhias ni yang berharg RM2 each.
This is what we bought for this trip. Since beli 1 je, bagilah si Mastura bawak balik sekolah die.
Sedap hokey.
No comments:
Post a Comment