Bersambung dari Part 6
Setelah kelewatan dari turun bukit tu, Pakcik Senyap tanya kami " Nak balik hotel dulu ke?"
Eh, takde lah beliau cakap Melayu.
Yang penting beliau tak senyap dah. Dah sedikit friendly dah. Walaupun tua dan nampak macam orang kampung je, penggunaan Bahasa Inggeris beliau superb!
Syabas Pakcik Senyap Pandai English!
Berbalik kepada cerita tadi..
Balik hotel?
Balik hotel buat apa? Nak suruh kami ulang balik episod semalam di Phnom Penh??!?
Macam cerita kat Astro tu asyik dok ulang-ulang ja.
Sampai hotel nanti mesti kami tido tak sedarkan diri sampai esok pagi.
Nehi..Nehi!
Pakcik Senyap, next destination, please!
Seterusnya kami pergi Phare Ponleu Selpak atau ditranslatekan ialah Sarkis!
Mula-mula aku ingat macam sarkis dalam tv time pagi-pagi raya tu.
Bukan!
Sebenarnya tempat ni adalah untuk budak-budak kampung kat area ni yang tak bernasib baik so selain buat show untuk collect dana, kat sini ialah sekolah akedemik yang biasa,
Tapi mestilah ada kegiatan manipulasi kat sini. Janji budak-budak yang buat show, yang main musik dan mahupun yang dok berlatih dengan gigih kat dewan besar dalam kawasan sekolah tu, happy je aku tengok. Takde pun macam kena paksa ke. Pendapat masing-masing.
Tiket berharga 10USD. Masa kami sampai tu hari pon cerah lagi. Show start pukul 8 malam. Ada lagi 1 jam lebih camtu.
Jangan risau! Tak rugi datang awal. Stock busuk macam kami ni boleh la pegi toilet basuh muka, ketiak & apa yang patut.
Tiket-tiketan |
Kawasan galeri. Meja tengah tu hasil lukisan dan poskad untuk dijual. |
CIkgu mana la ajar budak sekolah camni. Bra tu terbalik woi! ;p |
Kak Limah feeling-feeling celik seni |
Dan air halia! Marvelous lah air halia die yang sejuk tu sebab lepas minum je mesti sedawa dengan gembiranya.
Kami ni dah macam pelarian Somalia dah asyik dok refill je. Makan pon kiri kanan tangan guna. Takde malu dah time tu.
Wahal keropok goreng je kot..
Mewah! |
Bangunan di pintu masuk. Yang meja tu kaunter tiket. Sebelah kiri tandas. |
Taman permainan. Dalam bangunan kuning tu budak-budak tengah dok berlatih aksi-aksi circus. |
Sempat jugak aku masuk p skodeng. Ada yang berlatih lompat, juggling dan macam-macam lagi. |
Kawasan tengah |
Dah agak-agak pukul 7.30 kami terus gerak ke khemah show. Khemah ni tak nampak dari depan. Die masuk kot dalam sket. Kat belakang.
Nasib jugaklah kami sampai awal so boleh lah demand-demand pilih seat. Kerusi panjang macam dalam dewan kalau tengok game badminton je pon. Seat limited sket so dorang tambah-tambah kerusi kat kiri ngan kanan stage.
Aku pilih dok tengahlah plus kat atas sket sebab aku tanak tetiba keluar badut plak..eh?
Stage paras buku lali je. |
Budak-budak sekolah je pun yang buat show. Tapi dorang memang best!
Memang dorang berlakon guna bahasa ibunda dorang tapi kalau ko tahap bebal je ko tak paham cite!
Show die ada 3 kali seminggu dan dorang ada banyak versi. Masa kami tengok tu cite pasal budak-budak sekolah ni kena usik hantu ngan kawan-kawan dorang yang lain. Plus, dorang berlakon sambil beraksi sambil menari-nari bagai.
Ada 3 orang budak main alat musik (keyboard, dram ngan satu alat musik tradisional Kemboja). Tapi yang magiknya tanpa perasan (yelah dok tengok show lah, sapa nak tengok orang main musik je kalau ada show kat depan mata), dorang bertiga ni bertukar-tukar posisi. Maknanya dorang tu versatile! Semua alat musik boleh taram.
Lagi magiknya, sorang tu muka macam Nubhan!
No..No.. Saya bukan peminat Nubhan..
Aku ada sikit complain pasal heroin cite ni.. Tukar orang lain buleh.. |
Ada 9 pelakon lelaki & 2 pelakon pompuan. Budak-budak sekolah semuanya. |
Tapi kalau bab-bab stunt ke aksi lambung-lambung ke memang muka yang sama je yang buat aksi-aksi tu. Ada sorang budak kecik tu kalau bab-bab kena campak, kena lambung, kena angkat memang die soranglah.
Kalau ada aksi yang dorang nak buat tu tak jadi or tetiba terjatuh ke, terpeleot ke, dorang akan repeat balik aksi tu sampailah jadi. Ada scene tu dorang repeat balik tapi aku tak nampak pun apa yang salahnya pada aksi pertama tadi. Mata aku kot..
Mangsa lambungan |
Dilambung-lambung bagaikan Mael Lambong |
Aku tanya Ida, "berapa ko nak bagi?"
"Tiket 10 Dollar kan.."
Point bagus dari Loan Processer, Ida.
Tapi disebabkan kami pegi ambik gambar ngan pelakon-pelakon ni dan nak blah tu kena lintas bakul yang tergantung tu, aku pun seluk beg. Takkan nak jalan staright kot. Ramai orang kat pentas & depan pentas tu!
Ada balance 1000 Riel pas aku beli air kat The Killig Cave tadi. Aku terus masukkan dalam bakul tu dan jalan laju-laju tinggal Ida.
1000 Riel bersamaan 80 sen duit kita.
Korang mampu sekedekut aku?
Bersambung..
Salam jea, wah travel jea lagi best lah. Emm kena besarkan tabung gajah le nampaknya untuk trip tahun depan... (gara-gara dah kena pecah huwaaaaa) hehehehe
ReplyDeleteTravel negara Asean je mampu.. belum mampu nak luaskan sayap lagi (or maybe kena ada tabung gajah jugak kot)
ReplyDeletehahahaa.. aku pun baru tahu ada sekolah sarkas di cakrawala ini di dalam tulisan kamu Jea..
ReplyDeleteTengok pun bayar.. kalau nak donate sket xpe.. kalau free nak bg donate byk mmg patut la :D
Haa kan..
DeleteTapi kalau dah travel pun secara budget, memang semua nak kena catu. Walaupun hati murni tapi duet tadak tak guna jugak..ahaks