Thursday 23 January 2014

Surabaya (Day 1) ~ Juanda Airport ke Terminal Anjosari, Malang

Dari Taiping aku gerak pukul 11.30 pagi ke Kuala Lumpur. Sampai di Puduraya aku pun tawaf ke Lebuh Ampang sampailah ke Jalan TAR untuk tukar Ringgit ke Rupiah. Rate paling best pada hari tersebut ialah RM271 ke IDR1million (betul dak ni cara tulis rate).

Dari Masjid Jamek aku ke KL Sentral untuk ambil bas ke LCCT. Bas gerak pukul 4 petang. Aku tak taulah salah tang mana, perjalanan ke LCCT ambik masa hampir 2 jam! Tapi takpe aku punya flight pukul 8.45 malam. Dah sampai LCCT aku p kiosk untuk check in pergi-balik pastu aku p surau. Since last makan aku adalah sarapan pagi, pas solat aku p makan kat food court kat luar tu dulu. 

Nasi ayam RM8.50. Tercekik tengok harga...

Dalam pukul 7 aku p masuk boarding hall (aku takde check in beg). Tunggu flight pastu dengar pengumuman kata flight delay tu 9.15 malam. Aku tengok banyak flight delay malam ni. 

Aku inform Jaja cakap flight aku delay. Jaja cakap dia dalam bas ke LCCT, maybe kami sempat jumpa kot before aku naik flight. 

True story, aku tak penah pun sebelum ni jumpa Jaja. 4 tahun lepas kami pernah training kat tempat yang sama. Tapi tak pernah kenal. Cuma lepas training tu jadi kawan fesbuk je. Kami aware kegiatan masing-masing kat fesbuk then terjadilah tanya-menanya, then why not travel together? 

Tapi tak sempat juga jumpa. 

2 jam 40 minit kemudian aku landed kat Juanda International Airport dan bermula lah episod aku sensorang kat negara orang for another 2 hours..


Kalau ada yang terbaca or terpenah kena tahan dengan Kastam di Juanda airport, dorang memang agak ketat. Lepas immigration kena scan beg lagi (Airport Jakarta kena scan beg 2 kali tapi at least dorang friendly sket dari sini). Last year aku ngan adik aku kena hold sekejap. Dorang pegang passport then tanya itinerary & flight balik. Since aku dah booked tour operator dan dorang ada bagi itinerary so aku pun tunjuk kat dorang itinerary tu bersama hotel booking untuk that night (tour aku tu start hari esoknya) dengan flight out. Couple mat salleh sebelah aku takde solid plan lagi dan takde flight out (or plan dorang takde on paper) so dorang kena escort ke bilik kecik.

Tapi kali ni aku dah bersedia. 

Bersedia untuk apa? Bersedia untuk mengelak. Yelah, kali ni aku apa pun takde on paper. Ada buku kecik buat nota je.

Lepas cakap terima kasih kat pegawai immigration yang cop passport aku tu, aku terus sumbat passport dalam beg. Aku tak nampak pun dorang hold passenger pakai passport hijau.

No eye contact! Don't speak!

Gitu paranoidnya aku..

Tapi aku nampak group budak-budak pompuan Malaysian 4 orang kena hold. 

Ala kena hold pun takpe.. 

Pengalaman..

Dah keluar kat arrival hall tu ko tau lah betapa ramainya rakyat Indonesia kat pagar tu. Mostly pemandu teksi or kereta sewa yang tengah cari customer.

Tapi magiknya, aku jalan straight je takde sapa nak offer aku teksi. Walaupun aku tak perlukan teksi tapi aku pelik kenapa takde orang nak approach aku. Last year dari hujung airport ke hujung airport dorang follow aku ngan adik aku.

Sampai mart aku stop jap beli milo (iklan jap, Milo tin sini rasa ori macam lori milo yg datang sekolah dulu-dulu). Then baru aku perasan, sejak dua-menjak ni airport mahupun travel fashion aku sungguh sakai.

Aku rasa aku sorang je pakai selipar dalam flight tadi..

Ada kawan aku pernah tegur kenapa aku berimej mak lampir kalau travel? 

Jawapannya adalah destinasi tu yang penting. Aku tak penting, tak suka tengok aku, jangan tengok. Hang p follow orang lain. Aku takde masa nak grooming hatta nak bawak beg make up. Buat berat beg je. Kalau aku make up 3 layer pun orang still nak komen "Jea ko dah gemuk la", "dah gelap ek ko skrg" ataupun "bila ko nak kawen?" 

Takde kena-mengena, kan..

Truth is, siapa yang aku nak impress dalam travelling ni? Travelling bagi aku self-satisfaction. Aku puas hati, orang lain boleh terjun lombong.

Gitu luahan hati..

Sambung cerita balik, since takde orang nak approach aku, aku pun duduklah kat bangku, sumbat mp3 dan tunggu 2 jam. Juanda Airport ni walaupun malam masih lagi meriah. So, takdelah takut sangat. 

Bila Jaja sampai pukul 12.05 pagi (waktu tempatan) baru ada orang-orang nak approach kami suh guna teksi or kereta sewa ngan dorang. Hahaha sebab apa? Sebab kami baru jumpa, so kena la bukak mulut bertegur sapa. Dah borak orang pun tau kami Malaysian. Lagi satu, Jaja punya travel fashion memang tip top. 

Kami berlangsung ke surau. Nak cari surau kat sini senang je, cari signboard..

Malam ni kami cadang duduk kat surau je since esok pagi-pagi dah nak gerak ke Malang. Walaupun kat surau tu ada notis tak bagi tidur situ tapi ramai je yang tidur. Surau kalau kat Surabaya ni agak terbuka. Ada partition tapi masih terbuka.


Kami tidur dalam 2 jam lebih macam tu je sebab 15 minit sebelum azan Subuh, surau tu terus dibanjiri dengan orang ramai dan dorang mula solat berjemaah bersama-sama. Kami yang mamai-mamai ni rasa better tunggu dulu dorang ramai surut dulu. Tapi tak, solat secara berjemaah ni diteruskan dengan jemaah-jemaah kedua, ketiga dan keempat dan seterusnya. Kagum aku.


Aku suh Jaja pergi solat dulu sementara aku jaga beg. Sambil jaga beg sambil aku jadi nanny jaga baby girl sementara mak dia solat. Mak baby ni muda dan kecik, umur macam budak 13 tahun, tapi aku segan nak tanya. Kebetulan ada sorang kakak yang baru solat dok ajak borak. Dia orang Banyuwangi (antara bandar yang hampir dengan Kawah Ijen. Kami plan ikut route Bromo-Banyuwangi untuk ke Ijen).

Lepas Jaja dah solat turn aku plak. Jaja take turn borak ngan kakak tu. Tapi aku p toilet kat luar dulu. Kebetulan aku ternampak kaunter pertanyaan dah bukak so aku stop jap tanya bas Damri paling awal ke Terminal Bungur Asih di Bandar Surabaya. Bas Damri paling awal pukul 5.30 pagi.


Lepas salam ngan kakak Banyuwangi tu kami naik Damri ke Terminal Bungur Asih dengan harga IDR20,000.


Masa Damri tu stop di Terminal Bungur Asih aku tanya brother sebelah dalam bas tu untuk mengesahkan betul ke Terminal ni. 

Kebetulan brother tu pun nak pegi Malang jugak so kami follow dia je sepanjang kami di Terminal tu. Tapi sebelum tu kami singgah dulu dalam terminal tu untuk beli simcard. 

Terminal Bungur Asih dan brother yang tolong kitaorang cari bas (dia orang Timur Loste tu yg gelap tu)
Sejujurnya kalau pegi mana-mana aku campak je henpon dalam beg. Kalau nak online aku tunggu free wifi hotel je. Tapi internet kat Indonesia ni murah dan memudahkan kami cari jalan sebab kami pun tak berapa sure dengan route kami.

Lagipun aku lupa nak copy no telefon Ade (kawan di Malang) dalam fesbuk tu.

Kami naik bas ekonomi dengan harga IDR13,000 ke Malang. Perjalanan ambik masa 2 jam.

Di terminal bas ada 2 pilihan bas. Satu Patas dan lagi satu ekonomi bas (yang kami naik). Ekonomi bas ni katanya bas berenti-berenti dan Patas tu bas express. Tak sure kalau kami pernah naik bas Patas ke tak sebab semua bas berenti ambik penumpang. Selain penumpang, bas jugak berenti untuk ambik peniaga-peniaga mahupun pengamen (penghibur jalanan). 

Bas ekonomi adalah yang paling murah. Seat dalam bas adalah 2-3. Walaupun sekarang kami bertiga (bersama brother yang tolong kami tu) tapi kami duduk seat 2. Tanak lah berhimpit-himpit dengan lelaki dalam bas.. hehe nampak disitu...

Dalam bas peniaga menjual makanan (snek) berupa kekacang, tauhu sumedang, air botol, air kelapa dalam plastik dan macam-macam lagi. Ada jugak yang jual barang mainan. Dalam 2 jam perjalanan ke Malang tu ada 3 pengamen yang bawak gitar menyanyi dalam bas. 

Tips duduk dalam bas, elakkan duduk tengah. Kuat gile bunyi gitar.

Menyanyi lagu ciptaan dorang sendiri. Dalam lirik cakap dorang belajar universiti selama 4 tahun tapi sia-sia.. Yeke?
Kami sampai di Terminal Anjosari Malang dan berjumpa Ade sambil sarapan/lunch bersama sambil dibelanja Jaja. Terima kasih Jaja!

Makan dulu.
Bas turunkan disini.
Borak-borak sekejap dengan Ade, then Ade bawak kami ke hadapan Terminal untuk naik Angkot ke Tumpang. Rupanya bas parking kat belakang jadi kalau mahu naik Angkot ke Tumpang sila masuk ke dalam terminal dan keluar ke depan. Depan tu ada Angkot. Masa kami sampai memang ada satu angkot ke pasar Tumpang. Ade cakap dia dah tanya harga IDR6,000. Ade pesan jangan bayar lebih dari IDR6,000. Ade risau betul kami kena tipu di Indonesia ni. Aku tak tau lah sepanjang kami di Indonesia ni kena tipu ke tak sebab kami ni bendol!

Lepas salam-salam ngan Ade sambil janji jumpa lagi kat Malaysia, janji tau Ade!, kami naik angkot dalam 20 minit ke pasar Tumpang.

Bersama Ade di depan Terminal tempat ambik angkot ke pasar Tumpang.
Bersambung bila rajin...

6 comments:

  1. rajin-rajin la menyambung nya yaa... :)
    waiting for savannah entry & pics ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memang pegi savannah pasni cuma hari yg panjang dan memenatkan utk sampai situ :)

      Coming soon, tengkiu sebab membaca.

      Delete
  2. Replies
    1. Abg zul ni mana tau psl blog ni? rasanya takde bgtau pun..

      Delete