Wednesday 29 January 2014

Surabaya (Penginapan) ~ Cemara Indah Hotel & Rest

Bilik paling murah di Cemara Indah Hotel & Rest adalah bilik ekonomi dengan harga IDR250,000 (rate pada Januari 2014).

Masa kami sampai di Cemara Indah, bilik ekonomi ni masih dalam pembikinan lagi. Tapi first floor dah siap. Ada 7 bilik di first floor dengan 2 bilik air (shared). Lokasi bilik ekonomi ni adalah paling dibelakang sekali. Masa pergi tengok bilik nampak macam tak logik betul lokasi pintu ke kawasan bilik ekonomi ni. Mungkin kawasan Cemara Indah pun dah tak cukup jadi dorang fully utilized tempat ni untuk buat banyak bilik lagi.
 
Yang berbumbung tu pintu depan ke bilik ekonomi. Nampak macam tak terurus sket jalan ke pintu masuk

Kami dapat bilik no. 2. Aku try check bilik no.1 je yang ada penghuni masa kami sampai tu (dalam pukul 2 petang). Tapi waktu malam masa kami dah tarik selimut dengar macam ramai dah check in masuk. Dengar ada sorang mamat jadi translator untuk arranged jeep kepada Korean. Tolong sembang kat luar boleh tak?


Satu bilik ada 2 katil. Katil single yang bagi aku boleh muat 2 orang.

View dari hallway

Yang tak bestnya kat sini adalah engineer lulusan mana yang pasang pintu kat sini. Fail!

Nampak tak setiap bilik, setiap pintu ada diapit oleh tingkap. Dalam 1 bilik ada 3 tingkap. 2 menghala ke hallway (kiri-kanan pintu masuk) dan 1 lagi menghala ke luar bilik (tapi takde view best pun). Tingkap kecik je.

Dan tingkap kiri-kanan pintu tu la aku kena panjat keluar setiap kali kami kunci bilik sebab bilik no. 2 tu kalau dah kunci pintu (pintu dikunci guna kunci yang sumbat dalam pintu tu, old fashion sket), pintunya cuma boleh dibuka dari luar saja. Aku rasa bilik kitaorang je macam tu. 

Jadi aku lah tukang panjat tingkap dan bukak pintu dari luar. Aku rasa 2 kali kot aku kena panjat tingkap tu. 

Niat hati memang nak report kat receptionist tapi boleh pulak lupa, time check out pun boleh lupa. Wahal siap ambik gambar bagai kat kawasan reception tu. 

Faktor umur ni..

Toilet/bilik mandi ada 2 dihujung bilik. Yang ni pun pintu fail jugak. Style kunci masih yang sumbat dalam pintu. Tapi memang dia tinggal kunci kat pintu tu (belah dalam). Jadi kalau dah masuk tu sila pulas kunci. 

Bilik air first kunci ok, tapi pintu ketat yakmat! Ko goyang-goyang ala-ala hulk baru terbukak. Suspen jugak mula-mula tu, ingat dah terkurung kat dalam bilik air tu.

Bilik air kedua, kunci tak berfungsi!

Suis lampu kat luar, kalau nak prank kawan kat dalam tu memang dialu-alukan.


Tapi jangan risau. Ada paip untuk air panas. Nak mandi air sejuk memang tak lah. Tapi bertabahlah nak tunggu air panas turun dari paip yang bagai tuan rumah terlupa bayar bil air tu.

Eh banyak songeh plak kan..



Kat kawasan depan Cemara Indah Hotel & Rest ni ramai orang dok lepak-lepak tengok view Bromo. Peniaga-peniaga pun boleh tahan jugak ramai kat sini. Driver ojek pun dok lepak sini jugak.

Ini Standard Room

Bagi sesiapa yang tanak naik jeep ke Penanjakan dan bercadang nak hiking, Penanjakan 2 adalah paling dekat dan trek ke Penanjakan 2 adalah depan Cemara Indah Hotel & Rest ni.

Dan yang paling best sekali kat Cemara Indah Hotel & Rest ni (selain nasi goreng & sambal yang sedap tu) adalah viewnya.

Ok tengok view ni sampai lupa komplen pasal pintu.

View dari tepi pagar kawasan Hotel

Siri Trip Surabaya:

1. Intro
2. Juanda International Airport ke Malang
3. Tumpang & Coban Pelangi
4. Savannah & Lautan Pasir 
5. Gunung Bromo

13 comments:

  1. Sungguh fail engineering nyer.. tingkap sebelah pintu ek.. tapi nampak satu jer yang best.. nampak bersih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe sebab baru.. Lagipun yg stay sini semua short term. pagi-pagi pukul 3.30 pagi org dah ketuk pintu bilik utk tgk sunrise kat Penanjakan.

      Delete
  2. geram tgk view ganba last skali tuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kann??

      Memang awesome view2 kat sini.

      Delete
  3. Saya pon geram tgk gambar yg last tu,bila lah agaknye nk sampai kt situ..kan nana tron

    ReplyDelete
  4. ish...seram nya..kayu2 buluh tu cam rumah tak siap je..takut pulak nak naik tngga kayu tu

    Ha'a mmg fail kalau tingkap tepi pintu tu..tapi yg pasti lokasi menarik sbb nampak view yg ohsem tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu tingkat 2 belum siap JM. Yang tepi ada bumbung tu pintu masuk ke tingkat 1.

      Tingkap tepi tu ada langsir.

      View memang ohsem!

      Delete
  5. Indahnya ciptaan Tuhan. Aduhaiiiii tak sabarnya nak tunggu bulan 5 ni. hish hish lama sungguh bulan 5 nak mai.... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sabar Notie.

      Tapi local cakap debu musim panas lebih risiko, bawak penutup hidung utk langkah bjaga2.

      Delete
  6. Wahh! gambar yang last tu superb sgt Jea! bikin inspirasi dlm my checklist destination. thanks for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah masukkan dalam check list anda.

      Tengkiu singgah!

      Delete
  7. Wak tgk Bilik paling murah di Cemara Indah Hotel & Rest adalah bilik ekonomi dengan harga IDR415,000 (rate pada Nov 2022)... berlipat ganda .. huhuhu

    ReplyDelete