Tuesday, 11 February 2014

Surabaya (Day 3) ~ Pos Patulding (Kaki Kawah Ijen)

Bertabahlah kami jalan kaki meninggalkan kawanan driver ojek 'rasmi' dan angkotan desa tadi. Walaupun dah masuk waktu lunch tapi aku tak rasa lapar pun. Yelah aku makan 2 pinggan nasi goreng yang sedap kat Cemara Indah tadi.

Sebenarnya aku syok jugak dok layan jalan-jalan kaki camni. Dapat tengok kampung-kampung orang, lagipun kampung ni redup je. 

Yang hazab sket adalah beg yang penuh dengan baju busuk tak basuh..

Stop jap kat gerai kakak tepi jalan tanya pasal bas ke Sempol. Dia cakap memang ada bas. Kekerapan adalah tidak dapat dipastikan, tapi memang ada.

Nak tunggu bas?

Tapi kami melangkah lagi kedepan. Kami stop jap kat satu kedai runcit. Ada dengar bunyi sinetron kat tv tapi aku tak nampak pun owner kedai runcit ni. Then aku park beg kat kerusi luar, Jaja masuk dalam nak mintak izin lepak kat luar. Elok je dia mintak izin, nampak kelibat angkotan desa. Aku terus tahan, angkot tu berenti.

Lah pakcik angkot tadi yang mintak IDR400,000 rupanya. Dalam tu ada penumpang 4 pakcik-pakcik lain. Kami naik je angkot tu walau tak tahu nak kemana. Bawaklah kami yang paling jauh angkot tu boleh bawak. Sebenarnya aku tak kisah sangat pun sebab hari masih awal lagi dan Kawah Ijen macam dah around the corner. Budget asal kami akan sampai ke Patulding adalah bila hari dah gelap, gitu.. 

Kalau ikut Banyuwangi tadi memang kami akan sampai lagi lewat dari sekarang. Terima kasih jugak pada pakcik yang suruh ikut dia dari stesen bas Probolinggo sampai Wonosari tadi. Kami berterima kasih jugak pada dia tadi sebelum dia memblahkan diri beliau.

Malas dah nak bercakap dengan driver angkot tadi, kami tanya pakcik-pakcik penumpang plak. Yang pakcik-pakcik penumpang ni baik-baik pulak tu.

Tanya route kat pakcik-pakcik ni, harga angkot ni pun kami tanya pakcik-pakcik penumpang. Takut kalau tanya driver angkot ti jadi harga lain plak. Gitu paranoidnya aku...

Pakcik-pakcik tu pun cakap memang ada bas ke Sempol dari Wonosari. Kebetulan kami terjumpa bas tu tepi jalan, pakcik-pakcik tadi suruh driver angkot berenti belakang bas tu jap. Baik kan dorang..

Aku pegi check 'bas' yang dikatakan tu...hehe

Gila penuh weh 'bas' tersebut. Dengan orangnya dengan barang-barangnya. Barang-barang lagi banyak dari orang. Dalam 'bas', atas 'bas' semuanya barang-barang. Barang-barang supply dibeli secara borong agaknya. Ada yang duduk atas kotak lah, atas guni lah.

Memang dah takde ruang lagi dah. Masa 'bas' tu blah memang ramai lagi yang tak boleh naik. Hmm, dan barang-barang dorang jugak tak boleh naik.

Gambar dari dalam angkot. Ni 'bas' ke Sempol tersebut. Ia adalah sebuah bas mini, atau lebih tepat sebuah van.

Kami dah sampai ke penghujung route angkot yang kami naik. Sebelum tu satu persatu pakcik-pakcik penumpang turun. Tinggallah sorang pakcik je. Angkot tu akan patah balik ke simpang tiga tadi. Pakcik penumpang ni suruh kami chartered je angkot ni.

Bila kami tengok kiri kanan, kawasan kampung ni dah jadi remote dah. Dah macam hujung-hujung dah. Dah takde idea lagi jadi kami pun setuju chartered angkot ni. Tapi kami nak sampai ke Sempol je. Dia letak IDR200,000.

Patut boleh bargain lagi.

Tapi tulah kelemahan kami..

Sebelum gerak aku pegi kedai runcit dulu beli air. Masa aku tanya harga air botol kat kakak kedai, aku dengar suara lelaki cakap "dari Malaysia". Pastu baru kakak tu datang layan aku.

Lupakan segala masalah anda, muka mesti ceria! 

Nasib baiklah naik angkot, kalau naik ojek tadi boleh cramp semua sendi. Jalan ke Sempol memang jalan hutan. Macam kawasan pokok durian kat kampung aku.

View dari dalam angkot di kawasan yang dah takde penempatan orang kampung.


Perjalanan kalau tengok record gambar-gambar yang diambil adalah selama 40 minit. 

Kami sampai ke pos pengawal yang pertama dan dikehendaki turun untuk melapor diri. Aku tengok kereta-kereta dan motor-motor lain tak payah berenti pun.

Aku sorang je turun tulis nama. Lepas tu pakcik guard tu tanpa segan sila suruh aku bayar. Aku dah lupa dia sebut bayar untuk apa. Tapi aku rasa dia cakap untuk 'kemasukan ke kawasan tempat yang aku bakal masuk tu'. Ladang kopi? Aku lupa or memang aku tak dengar..

Aku tanya berapa? Dia cakap "sukarela". 

Aku takde duit kecik, paling kecik aku ada IDR100,000. Aku pegi mintak kat Jaja dalam angkot.

Aku bagi 'sukarela' IDR20,000 bersamaan RM5 camtu.

Since angkot kami akan hantar sampai Sempol dan kami dah sampai pun Sempol, aku tanya pakcik guard tu macam mana nak ke Pos Patulding. Dia offer hantar dengan bayaran IDR80,000 untuk satu ojek.

Pom pang pom pang, banyak tu jugak aku nak kena bayar kan..

1) Ojek dari simpang tiga tadi ke Patulding IDR200,000 untuk satu ojek.
2) Angkotan desa dari simpang tiga ke Patulding IDR400,000 untuk sebuah angkot. IDR200,000 perhead.
3) Angkotan desa dari simpang tiga ke Sempol IDR200,000/ sorang IDR100,000 dan ojek dari Sempol ke Patulding IDR80,000. Total IDR180,000 perhead.

Oklah step ke-3 yang kami gunapakai tu jimat IDR20,000. Tapi dah kena bayar 'sukarela' kat pintu masuk plak kan..

Pos pengawal pertama di Sempol

Dan viewnya

Rupanya pakcik guard lagi sorang ni yang akan hantarkan ke Pos Patulding guna motor dia. Dia tanya nak tak naik satu motor je? Hehehe

Satu motor 3 orang? Takpe lah pakcik, Rupiah kami ada lagi nak ambik satu lagi motor..

Huh berlagak, wahal Rupiah ko dah nipis dah kan...

Pakcik tadi telepon sorang lagi. Tunggu jap pastu ada sorang brader datang dengan berseluar pendek. 

Species kulit biawak jugak ni.

Aku naik dengan pakcik guard, Jaja naik dengan brader tadi. Pakcik guard ni beriya nak bersembang pastu suh aku cakap b.i dengan dia. Banyak jugak dia cakap, asyik-asyik dia yang nak cakap. Nak praktis kot, aku gelak je. Malas nak layan.

Aku tengok Jaja borak sakan ngan driver dia. Sekali tangan kiri kanan naik bersembang sama. Bila aku cakap kat dia, dia cakap brader tu ingat dia orang Indon, pastu tanya Jaja tanak jadi orang Indon ke. Eh, dah lain macam tu...hahahaa

Perjalanan dari pos pengawal sampai ke Patulding adalah melalui kawasan tanaman kopi. Kami stop jap kat rumah pekerja di sekitar Sempol untuk brader tadi tukar seluar pendek dia dan pakai jaket kulit. Eh, kulit manusia jugak rupanya beliau. Pakcik tadi stop jap kat umah dia untuk ambik henpon. Aku tunggu kat motor je. Rumah-rumah pekerja ni comel-comel je, nak ambik gambar segan sebab ramai orang yang dok lepak depan rumah ie suri rumah tangga bersama anak-anak mereka. Ramah-ramah belaka.

Dah sampai Patulding, pintu masuk ke Kawah Ijen, kami disambut oleh staff kat situ dengan local yang nak offer guide ke kawah. 

Bawak kamera pun kena bayar, tapi kami tak bayar pun..

Kami tanya pasal penginapan, staff situ cakap dah fullhouse. Yelah ada berapa bilik je kat situ. Ada satu lagi masih kosong tapi dah dibooking oleh satu family dari Jakarta. Cuma dorang belum sampai.

Cuak dah sampai ke Pos Patulding tapi takde penginapan? Mana nak melepak malam-malam ni? 

Jangan risau.

Kalau ada khemah silalah tanpa segan silu pacak khemah anda. Kalau takde khemah cuba buat baik dengan owner warung-warung kat situ. Gitu..

Kami angkut beg pegi surau dulu. Surau ni sebelah warung Bapak Im Suwarno. Sapa Bapak Im ni? Bapak Im ni adalah ex-penambang belerang Kawah Ijen yang dah retired. Jadi dia bukak warung di Pos Patulding ni. Kadang-kadang beliau jadi guide untuk pelancong-pelancong ke Kawah Ijen dan jugak untuk melihat 'Blue Fire'.

Meh aku tepek gambar beliau dari last year punya trip since time tu aku dengan adik aku menggunakan khidmat beliau sebagai guide ke Kawah Ijen dan jugak tengok kejadian 'Blue Fire'.

Trip last year, Bapak Im dan adik aku.

Dia tunjuk majalah ni kat kami pas kami dah turun dari kawah. Trip kali ni aku tengok keratan majalah ni dah ada kat dinding warung.

Bila sampai surau, kesian pulak aku tengok surau ni. Dinding batu elok, lantai tiles lagi tu tapi nampak macam dah lama tak digunakan dan macam sikit kotor. Ada sekeping sejadah disitu. Kami letak beg pastu cari tempat nak wuduk tapi tak jumpa paip air. Tengok dalam semak-semak pun takde jugak.

Disebabkan awal lagi kami angkat beg ke Warung Bapak Im. Minum-minum dulu. Kami plan nak gilir-gilir ambik wuduk kat toilet sambil sorang jaga beg kat warung ni.

Masa tengah minum, datang sorang mamat Indonesian ni.

"Kita gabung ya"

Aku tengok muka dia, pastu aku alihkan beg aku bagi dia duduk. Dalam hati 'kecoh je ko kan. Kerusi ni panjang, ko pegi la duduk hujung sana'. Sungguh peramahnya aku..

Semua diam serta merta..

Pastu mamat ni pun minum jugak. Pastu baru dia bukak mulut. Rupanya dia pun tak dapat bilik jugak for that night. Dia sampai dulu sebelum kami. Dia ingat kami yang booking last available room tu. Jadi masing-masing tak dapat bilik tu yang dia tetiba approach kitaorang suh 'gabung' tu. Aku ingatkan apa.

Mamat Indonesian ni nama dia Fani. Dia ni freelance advertiser dari Jakarta. Dah sebulan dia travel dengan scooter dia dari Jakarta. Aku tak ingat tempat mana lagi dia dah pegi, tapi aku ingat Lombok dengan Bali je sebab dia ada tunjuk gambar kat Iphone dia.

Satu je si Fani ni, soft spoken plus shy (waktu tu aku rasa dia shy orangnya). Kadang-kadang sampai tak dengar dia cakap apa walaupun aku dok kat sebelah dia. Memula bila dia cakap nama dia, kami yea kan je. Wahal tak dengar pun dia sebut nama dia apa. Nak berborak pun segan sebab dia banyak diam. Sampai kadang-kadang tu aku borak ngan Jaja, dia dok layan Iphone dia. Bukan ada line phone kat situ, apa yang dibuatnya pun tak tahu.

Tapi Jaja cakap dia hensome! 

Kami ambik peluang dengan bergabungnya kami dengan si Fani ni untuk kami pegi toilet ambik wuduk. Kami suh dia jaga beg kami jap..hahaha

Tapi sebelum tu kami mintak izin pada Bapak Rudy, pekerja warung Bapak Im, untuk lepak kat situ malam ni. Bapak Rudy on je. Bapak Im takde time ni. Dia balik kampung.

Bapak Rudy cakap kami boleh solat kat office. Kami pegi toilet untuk ambik wuduk. Kena bayar IDR2,000 untuk masuk toilet. Toilet tu kat kawasan berbumbung tempat untuk parking motor.

Pastu kami pegi office untuk solat. Mintak izin dulu kat staff situ. Dia bagi izin untuk solat. Ada sejadah dah kat situ. Tapi open space lah. Dalam bangunan office tu ada 2 bilik penginapan dan toilet. Lepas tu kami guna je toilet tu macam bapak kami yang punya. Dah tak pegi lagi toilet kat luar yang kena bayar tu.

Solat kat office/ macam communal area kat sini.

Hari pun dah beransur gelap. Malam tu kami pergi lagi office untuk solat lepas pekena megi goreng dengan teh panas. Kali ni aku dah tukar baju yang boleh menampung kesejukan malam dan boleh terus gerak nanti ke kawah.

I'oll wangi dah walaupun sekadar tukar baju je...hehe

Walaupun kami dah berejam dok dengan si Fani tu tapi tak pun banyak borak dengan dia. Aku ni dah la mulut bising sembang kuat-kuat. Mesti dia rasa annoyed je ngan aku.. Ada aku kesah?

Si Fani mintak diri untuk pegi tido kat meja sebelah. Sekarang ni tinggal kami bertiga je pelanggan Pak Rudy yang tak reti-reti nak blah.. hehe

Malam tu dapatlah kami menumpang kasih dari kesejukan angin malam yang aku habaq hang, memang SEJUK! Terima kasih kepada Bapak Rudy untuk jasa baik beliau.

Bapak Rudy cakap nanti generator warung tu dia akan tutup pukul 8 malam. Lepas tu dia suh kami masuk ke meja makan sebelah dalam. Tadi kami lepak kat meja luar. Bukan kat luar warung, masih dalam warung tapi tempat takde dinding. Meja makan kat dalam ni ada dinding berpintu bagai. Jadi bila dah tutup generator ti takdelah sejuk sangat.

Meja kat dalam. Tengok Kak Ros pun tau sejuk bangat malam tu kan..hihi

Si Fani tu tak tahu lah dia kat mana sebab lepas tu tengok dia dah takde kat meja tadi. Kami dah plan dengan Fani nak mendaki pukul 1 pagi.

Masa kat dalam tu kadang-kadang Bapak Rudy singgah jap borak ngan kitaorang. Kadang-kadang ada jugak customer datang minum.

Tak lama pastu masa tengah borak ngan Bapak Rudy ada dua Indonesian nak tumpang charge henpon. Berjaket kulit bagai (aku rasa semua yang naik motor kat Indonesia ni pakai jaket kulit kot). Budak-budak ni nampak la gaya naik motor. Sorang lagi siap ikat bandana kat kepala. 

'Wow, Faizal Hussein!'. 

Gaya je Gila-gila Remaja Faizal Hussein, tapi Abang Pejal lagi seribu kali hensome, hokey!

Sorang je yang nak charge henpon. Ni lagi sorang, bukan dapat line pun kat situ nak charge henpon bagai. Bila tanya dapat ke line kat sini? Pastu tengok henpon dia pastu gelak-gelak. Kejap dapat kejap tidak gitu kaedahnya. Nak hantar report kat girlfren beliau kot. Budak-budak lagi..

Soalnya budak ni tak bawak chager. Jenuhlah Bapak Rudy pusing kedai cari charger tapi takde. Jadi aku offer lah chager Samsung aku. Dia pakai Blackberry.

Pastu sambil charge henpon dorang pun order air. Kali ni kami borak riuh-rendah. Kalau kami tak bercakap, dorang plak sibuk bercerita. Kelakar plak tu memasing. Banyak jugak kami borak sampai aku ter'promote' cerita Rempit. Oh, kenapakah begitu.. 

I'oll tak suka Farid Kamil you...

Yang sorang tu bapak ada bisnes kat Papua pastu mula lah cerita pasal Raja Ampat. Sungguh jeles disitu..

Dorang bukan berdua, berenam rupanya. 4 lagi ada kat khemah kat padang belakang office. Dorang baru sampai dari Situbondo. Semuanya student universiti tapi lain-lain universiti yang tengah dalam 'minggu tenang'. 'Minggu tenang' tu kalau dalam istilah kita 'study week'.

Sebab malam ni kami nak ke kawah tak ambik guide, jadi kami pakat nak follow dorang sebab ada sorang kawan dorang ni dah expert dah dengan Kawah Ijen ni. Kalau budak berdua ni, tak pernah jejak pun kawah ni, wahal duduk kat Situbondo yang jaraknya dalam 3 jam lebih kurang ke sini. 

Dorang cadang nak mendaki pukul 12 tengah malam. 

Tak lama pastu si Fani ni datang. Sebabkan si Fani ni terpacak je kat muka pintu tu kamilah yang introduce dia kat budak-budak tu.

Tapi memula tu Jaja tanya balik nama dia apa.

'Fani!'

Si Fani ni terus pandang Jaja dengan muka lain macam..Hahaha aku rasa kelakar disitu.. Hensome kan ko kata dia...

Pastu aku cakap kat budak dua orang tu, "dia ni dah sebulan travel sebab dah lupa jalan balik ke Jakarta".

Aku rasa kat sini lah aku silap..

Sebab dia balas dendam! Tapi bukan kat Warung Bapak Im tu. Nantilah aku story..

Bila si Fani duduk join kitaorang, perbualan dah tak rancak dah. Budak-budak tu pun tetiba je jadi tertib plak. Dah takde gelak tawa dah kali ni. 

Lepas tu aku ngan Jaja pun dah tak  join dah dorang borak. Kami bukak forum kami sendiri plak. Sampailah Bapak Rudy datang bagi lilin dengan lighter sebab dia dah nak tutup warung dah. Jam pun dah pukul 9 malam. 

Lilin yang Pak Rudy bagi.

Budak dua orang tu pun mintak diri untuk balik khemah dorang. Aku suruh dorang datang panggil kitaorang kat warung tu kalau dah nak gerak ti. Si Fani pun mintak diri nak sambung tido. Dia cakap Bapak Rudy suruh dia tido kat dalam jugak tapi aku tak sure dan tak kuasa nak tanya kat mana.

Lepas tu Pak Rudy pun matikan generator dan suasana pun gelap. Jaja dah berbungkus tido atas kerusi panjang meja tu. Aku ni dah macam-macam cara buat dah tapi tak boleh jugak nak tido. Aku duduk atas lantai sebab kerusi yang aku duduk tu dah goyang-goyang macam tak boleh nak tampung aku je. Tapi tak boleh tido jugak. Aku duduk balik kat meja sambil buat nota expenses. Selfie lagi, main game kat henpon sampai bateri abes.

Buku nota panduan hidup di negara orang, versi aku punya.

Tengok sapa yang datang teman aku malam ni, tapi pastu beliau lari kejar bunyi bising kat dapur.

Aku bukak pintu tengok kat luar yang ada lampu kat parking motor dan kat office. Pastu aku terasa nak pegi toilet plak. Aku tak sampai hati nak kejut Jaja suh teman aku. Jadi aku ambik headlamp terus ke office.

Kat office tu ada sorang lelaki dan sorang pompuan tengah borak-borak kat sofa tu. Aku masuk then mintak izin nak guna toilet. 

Keluar toilet tu aku join dorang borak plak. Aku duduk sepuluh minit dengan dorang baru dorang perasan aku orang luar. Tapi kali ni dorang tak banyak bertanya sebab kakak sorang tu banyaknya bercakap. Seronok jugak dengar dia bercerita. Pasal dia belajar 'santau' kat Lombok.

Dengar macam takut kan.

Tapi santau dia sebut 'santat', aku asyik nak gelak je. 

Tapi aku tahan..

Yang lelaki tu pun ada jugak menyampuk sekali sekala. Dia cakap kalau aku naik bas ke Banyuwangi tadi aku boleh lalu di tengah-tengah Baluran National Park.

Sebelum ni aku tak pernah dengar Baluran ni, tapi si Fani cakap lepas ni dia nak pegi Baluran (lepas kami cakap pasal Bromo dan savannah kat dia) sebab kat sana ada savannah yang besar plus savannah tu ada binatang-binatang liar hidup kat situ. Bukan macam savannah Bromo, binatangless.

Aku harap si Fani jumpalah binatang liar kat Baluran tu, hopefully yang makan orang..

Saturday, 8 February 2014

Surabaya (Day 3) ~ Penanjakan & Cemoro Lawang - Probolinggo - Wonosari

Kami mulakan pagi ni dengan bangun lambat. 

Hiking Penanjakan lah konon!

Plan kami untuk pagi ni adalah gerak ke Penanjakan 2. Since aku tak sure kat Penanjakan 2 ada surau ke tak jadi kami akan gerak lepas solat Subuh. Kalau kat Penanjakan 1 ada kemudahan Surau. 

Pukul 3.30 pagi ada staff akan ketuk semua pintu bilik.

Betul-betulkan selimut, sambung tido balik..

Sekali bangun tengok kat luar dah cerah!

Baru pukul 6pagi. Subuh gajah lah kita pagi ni.

Pastu mulalah kami olah plan. Since breakfast start pukul 7.30 pagi, kami ingat nak breakfast dulu kemudian baru nak gerak ke Penanjakan 2. Tapi bila difikirkan balik, pukul berapa nak gerak ke Kawah Ijen..

Dengan route untuk ke Kawah pun tak decide lagi. Bukan tanak decide lagi, masalahnya memang tak tahu nak guna route mana sebab memang tak tahu. Jadi kami pun siap-siap Solat dan gerak ke Penanjakan 2 pukul 6.30 pagi.

Gambar dari Cemara Indah. Cantik bangat view kabus-kabus ni.


Untuk ke Penanjakan 2 boleh ikut jalan depan Cemara Indah Hotel & Rest. Meh aku tempek map yang aku jumpa kat tenet.


Yang dalam bulatan tu Cemara Indah Hotel & Rest. 


Perjalanan ambik masa selama sejam, ini adalah timing untuk orang yang makan nasi goreng yang telah ditapau semalam sebagai breakfast dalam bilik tadi. 

Selisih lah dengan minah saleh sorang dan satu group 4 orang perampuan. Orang dah nak balik, ko baru terhegeh-hegeh mendaki.

Penatnya daki siang-siang ni bila kita nampak trek jauh lagi nun kat atas tu. Kiri kanan jalan adalah kawasan pertanian orang-orang kampung di sini.


Selalunya orang start mendaki pukul 2 atau pukul 3 pagi untuk tengok matahari terbit.

Nampak tak dalam map tu anak panah aku letak sekerat je? Sebabnya ialah kami tak sampai pun ke Penanjakan 2. Cukuplah sampai ke tempat parking. Viewpoint Penanjakan 2 sikit je lagi, kalau dari tempat parking tu memang kat atas tu je. 

Tapi memang dah malas menguasai diri, nak buat macam mana kan..

Aku cakap kat Jaja, aku sampai sini je lah. Ko nak naik atas pegi lah. Jaja pun ok ke kat situ.

Lagipun view kat tempat parking ni pun dah marbeles sangat dah!

Bromo yang tenggelam dalam kabus. 

Cemoro Lawang di sana, perkampungan tepi tebing. Jauhnya aku jalan pagi ni, kembang kempis hidung..

Kabus pun dah start menipis. Dah boleh nampak lautan pasir kat bawah.

Kat parking ni ada 2 gerai, da jugak yang tengah minum kopi kat situ, tapi kami tak singgah sebab ada breakfast disediakan di Cemara Indah. Ada group Indonesian, macam student convoi ramai-ramai yang park motor dorang kat situ, lepas tu owner tu bagi resit suh bayar parking, dorang macam terkejut kena bayar parking tu, adalah sikit perbalahan pastu.

Takde yang free dah sekarang ni, brader...hehe

Sudah lah moh kita gerak turun. 

Breakfast, aku datang!

Semangat ni nak turun.

View dari tempat parking, jalan nak turun ke Cemoro Lawang, kat bawah sanun..

Jauh lagi breakfast aku ni..

Otw turun singgah dulu kat kebun orang untuk ambik gambar Bromo yang dah kelihatan setelah dilindungi kabus.

Iklan jap: kadang-kadang ada orang confuse. Gunung yang sebelah kanan gambar di atas ni adalah Gunung Batok. Gunung Bromo adalah kawah yang tengah keluar asap tu. 

Kalau anda dah tau, abaikan iklan diatas.

Sampai di Cemara Indah setengah jam kemudian. Dalam perjalanan kami di approach oleh local untuk hantar kami ke Cemoro Lawang. Tapi kami tolak dengan baik. Nampak macam pakcik-pakcik orang kampung ni je. Tak tahu lah yang ni service ojek ke tak. Tapi kalau ojek tu dorang akan tanya nak perkhidmatan ojek ke tak then cakap harga terus. Tapi yang pakcik-pakcik ni macam ikhlas nak tolong hantarkan.

Sebelum tu aku pegi kedai runcit dulu. Rambut aku dah keras je aku rasa penangan hujan semalam. Toiletries yang aku bawak adalah ubat gigi, berus gigi, sabun mandi seketul (yang kecik). Nak travel light lah kononnya.

Aku pegi beli shampoo yang dalam paket kecik-kecik tu. Banyak paket jugaklah aku borong. Orang rambut panjang memang suka membuat pembaziran shampoo. 

Kami masuk bilik dulu, mandi dan kemas-kemas, ready nak check out terus. 

Ini ialah pinggan Jaja..hehe

Masa nak ambik makanan tu kami borak dengan staff Cemara Indah ni. Kami tanya kat mana nak ambik bison/van/bas or whatever untuk ke Probolinggo. Staff Cemara Indah ni cakap kalau kami takde transport/ tour untuk ke Probolinggo, kami boleh tunggu van pukul 11 pagi. 

11 pagi? Abes tu nak dok melangut apa kat sini sampai kul 11pagi..

Pastu dia cakap boleh ambik ojek kalau nak cepat. Pastu dia cakap harga ojek ke Probolinggo IDR100,000. 2 kali kami confirm harga dengan staff Cemara Indah tu. Dia cakap betul IDR100,000. Kemudian kakak kat sebelah menyampuk dia cakap betul sebab ni kawan-kawan staff tadi.

Ok ojek lagi, walaupun dalam hati dah tanak naik ojek lagi dah. Tapi kalau nak tunggu pukul 11pagi memang dah lambat sangat dah.

Setelah makan 2 pinggan nasi goreng (aku lah tu), kami keluar untuk ambik gambar Bromo untuk pengabesan kalinya.

Masa kat sinilah drama berlaku lagi. 

Ada 2 orang driver ojek approach kami, tanya pasal kami nak guna ojek ke Probolinggo. Memang betul dan kami ingat ni ojek-ojek yang telah dibooking oleh staff Cemara Indah tadi.

Lepas tu kami confirmkan harga IDR100,000 tu mulalah dorang pandang sesama dorang. 

Dorang mintak IDR150,000.

Lepas tu kami cakap, kami dah confirmkan harga cakap IDR100,000. Driver ojek tu dengan muka bengis tanya dengan sapa kami confirm harga.

Aku dah risau dah time ni. Memang mustahillah aku nak naik motor dengan orang-orang ni.

Kami cakap confirm dengan staff Cemara Indah.

Dia terus pegi meja reception!

Tak puas hati katanya. 

Tak lama lepas tu ada sorang lelaki staff Cemara Indah datang dengan driver ojek-ojek tu. 

Staff tu tanya dengan sapa kami deal tadi? Tetiba masa ni, kami cakap kami tak ingat. Hahaha 

Yelah kesian staff tadi tu ti dia kena serang dengan driver-driver ojek ni kang naya plak.

Driver-driver ojek tu still buat kecoh lagi. Ramai orang sekeliling dok tengok. Nasib baik pelancong-pelancong lain masih kat Bromo lagi masa ni. Kalau tak memang free show drama Tamil lah kat sini.

Aku tanya staff receptionist tu apa masalahnya sekarang ni?

Staff tu cakap dia pun tak tahu, walaupun dia macam senyum tapi muka penuh risau.

Tetiba pastu driver ojek yang bengis tu cakap driver ojek kami kat Tumpang semalam cakap kami nak guna ojek harini untuk ke Probolinggo. 

Wah wah wah...

Ko nak memandai jekan..

Memang semalam driver-driver ojek kami offer nak hantar ke Probolinggo tapi kami dah tolak, dengan baik..

Diulangi dengan baik..Sebab kami orang-orang baik..kembang kempis hidung...

Lagipun kalau betul kenapa bukan driver-driver semalam yang datang? Kenapa korang biol ni yang datang?

Tanak panjangkan drama Tamil ni ke episode 2, aku cakap kami tak jadi nak guna ojek, kami naik van ELF je ke Probolinggo. 

Muka kena yakin!

Walaupun dalam hati macammana lah nak ke Probolinggo ni. 

Masing-masing diam. Staff receptionist tu blah, kami masuk dalam restoren ambik beg.

Sempatlah aku pandang muka staff yang nak arrange ojek untuk kitaorang tadi. Muka ketat...

Lantak ko lah!

Kami singgah jap kat ruang reception tu untuk tengok nota balik.

Mana arah kita..

Pastu tengok kat kaunter reception ada jadual bas.

Kali ni kami tekad nak ke Banyuwangi untuk ke Kawah Ijen. Kami tanya staff tadi tu macam mana nak ambik bas ke Banyuwangi ni. Dia cakap ambik kat Probolinggo.

Kami tanya balik, macam mana nak ke Probolinggo? 

Dia cakap ambik ke van kat simpang tiga ke arah Cafe Lava.

Sekarang ni baru aku rasa nak memberukkan semua orang.

Staff kat restoren yang nak arrangekan ojek kawan dia untuk kitaorang dan driver-driver ojek yang begis dari Tumpang tu!

Pastu berukkan diri sendiri sebab bodoh!

Kami gerak ke simpang tiga yang dalam 50 meter dari Cemara Indah. Kat situ ada 3, 4 buah van besar warna hijau. Dari jauh lagi orang dah jerit bila nampak ko bawak beg galas.

"Probolinggo?!"

Kami angguk je dari jauh.

Dah sampai ke van hijau ni, ada sorang mamat Indonesian approach kami. Dia penumpang yang nak ke Probolinggo jugak. Dia cakap satu van IDR450,000 so kalau nak kami share dan dah boleh gerak sekarang. Nak tunggu orang untuk penuhkan van tu mungkin ambik masa. Dorang bertiga.

Mula-mula kami pikir dulu tapi kalau 5 orang sorang kena bayar IDR90,000. Betterlah dari ojek-ojek tadi.

Kami setuju, kemudian mamat tadi pegi approach uncle Cina sorang lagi kat luar. Kawan-kawan mamat tu yang dah siap parking elok-elok dalam van tu dok gelakkan dia. Kami ambik seat second last dalam van.

Dalam van, 2 mamat Indonesia yang fail matematik. Kawan dorang sorang lagi masih kat luar dok raih undi uncle Cina lagi sorang untuk memeriahkan van ke Probolinggo.

Sekarang kami dah berenam.

Mamat Indonesian lagi sorang kat depan kami, bukan mamat yang approach kami tadi, pusing ke arah kami cakap, "kita share sorang IDR80,000".

Kami ok.

Bodohkan kat situ?

Apasal plak IDR450,000 bahagi 6 = IDR80,000?

Setengah jam kemudian baru kami perasan benda alah ni. Aku cakap kat Jaja aku tak kisah bayar IDR80,000 tapi aku nak tanya kenapa bukan IDR75,000.

Walaupun IDR5,000 lebih kurang RM1.30 je.

Sejam kemudian, van pun berhenti tepi jalan yang sibuk. Kami buat bodo je kat dalam tu, sampailah mamat yang approach kami tadi cakap kita dah sampai stesen bas Probolinggo sambil gelakkan kami.

Lepas tu dia mintak IDR75,000 sorang dari kami. 

Stesen bas Probolinggo kat seberang jalan. Aku cakap kat mamat tadi tu, yang baik tu lah ofkos, nak tumpang ikut dorang lintas. 

Kalau kami je memang tak terlintaslah kat jalan sibuk macam ni.

Kami ikut dorang sampai ke stesen bas lepas tu dorang pegi cari bas ke Surabaya kami cari bas ke Banyuwangi.

Stesen bas Probolinggo

Masa dok tengah cari bas tu kami di approach oleh peraih bas. Kami cakap nak ke Banyuwangi.

Dia tanya balik route mana ke Banyuwangi?

Mampos nak jawab!

Pastu ada pakcik yang tengah duduk tunggu bas tu tolong jawabkan bila kami cakap nak ke Kawah Ijen.

Kami dibawak ke bas. Bayar tambang IDR54,000 Probolinggo ke Banyuwangi. Perjalanan dijangka ambik masa 5 jam.

Dalam bas Probolinggo-Banyuwangi. Seat 2-3

Tetiba bahu kami dicuit dari belakang. Pakcik kat bawah tadi ada kat belakang kami. Dia cakap buat apa pegi Banyuwangi kalau nak ke Ijen. Tu dah jauh sangat tu, dah lintas Ijen.

Ada pengamen-pengamen dalam bas dan jugak peniaga-peniaga. Tak ketinggalan yang bagi sampul mcm ni.

Peniaga dalam bas jenis letak barang/makanan atas riba kita. Ti dia datang balik, kalau nak bayar, kalau tanak pulang balik. IDR10,000 untuk set alat tulis dan pembaris ni, dalam RM2.70

Dia cakap nanti ikut dia, dia tolong tunjukkan jalan.

Aku macam tak yakin plak, tiket dah beli ke Banyuwangi, tapi kalau ikut cakap pakcik tu kami akan turun di Situbondo dan ambik bas lain ke Wonosari. Lepas tu dari Wonosari macam mana nak pegi Patulding?

Dia cakap ada service travel kat situ.

Aku tanya berapa harga service tu? Dia cakap nanti bincanglah kat sana.

Dalam benak aku ni banyak lagi soalan tapi macam rude plak banyak plak soalan ko ni.Sampai pakcik tu cakap, "nantilah, ikut aja".

Perjalanan ke Situbondo ambik masa 2 jam lebih jugak. Layan mata jelah dalam bas. Bas lalu di Pantai Pasir Putih. Last time aku singgah lunch kat situ tengok bakal-bakal polis Indonesia tengah training kat tepi pantai.
Masa tu ramai gila orang datang berkelah kat situ. Datang ramai-ramai naik lori, yea naik lori..

Pasir taklah putih sangat. 

Seafood kat situ memang terbaik. Ada menu telur ketam, bila kami order owner kedai cakap ketam takde sebab ombak kuat.

View Pantai Pasir Putih dari dalam bas.





Terkeluar jalan cerita jap.

Kami sampai di stesen bas Situbondo. Kecik je stesen bas. Dari situ kami ikut pakcik tadi tukar bas yang lebih kecik, macam bas mini dulu-dulu kat area Shah Alam.

Bas kedua Situbondo ke Wonosari. Walau dalam bas mini pun masih ada pengamen dan peniaga jugak.

Kami lalu ke kawasan perkampungan yang kiri kanan penuh ngan sawah padi. Padi plak tengah menghijau. Memang lawa.


Dalam 15 minit camtu kami pun stop kat simpang tiga Wonosari. Pakcik tu cakap simpang tiga tu orang panggil Keduatak. Ntah lah betul ke tak ejaan ni.

Yang tak bestnya sebelum bas betul-betul berhenti pakcik tu dah jerit panggil kawan-kawan dia. Kawan-kawan dia tu ialah driver-driver ojek! 

Stesen ojek di simpang tiga. Ojek rasmi katanya...

Arah dari stesen ojek. Kami datang dari Situbondo, stop sini. Sambung perjalanan ke Sempol/Patulding.

Adakah drama Tamil bersambung episode 2?

Rupanya-rupanya service travel yang dia dok cakap tadi adalah service ojek-ojek ni. Dorang offer IDR200,000 untuk hantar ke Patulding. Kami cakap mahal sangat kami nak yang murah-murah je. Pastu kami buat alasan nak pegi makan dulu. Pakcik tadi dah kelam kabut nak balik rumah dia kat area-area situ je katanya.

Pastu ada sorang driver ojek situ cakap kat kami jangan nak memandai ambik ojek sebarangan sebab dorang dia driver ojek rasmi kat situ. Lagipun dorang kawan pakcik yang bawak kami tadi katanya.

Ada aku kesah? Tak heran lah ko kawan Bambang Pamungkas pun.

Jaja stop beli air, aku pegi approach angkot kat seberang jalan. Driver angkot tu nak IDR400,000 untuk hantar ke Patulding. Sama jelah kan.. Cuma akan selesa sketlah dari naik ojek. 

Takpelah ojek-ojek, angkotan sekalian..

Sebabkan masih awal lagi, kami jalan kaki dulu dengan niat hati nak jalan dulu je ke mana yang boleh.


Hitchhike??

Hitchhike ke??? 

Nama pun penakut kan memasing...

Wednesday, 29 January 2014

Surabaya (Penginapan) ~ Cemara Indah Hotel & Rest

Bilik paling murah di Cemara Indah Hotel & Rest adalah bilik ekonomi dengan harga IDR250,000 (rate pada Januari 2014).

Masa kami sampai di Cemara Indah, bilik ekonomi ni masih dalam pembikinan lagi. Tapi first floor dah siap. Ada 7 bilik di first floor dengan 2 bilik air (shared). Lokasi bilik ekonomi ni adalah paling dibelakang sekali. Masa pergi tengok bilik nampak macam tak logik betul lokasi pintu ke kawasan bilik ekonomi ni. Mungkin kawasan Cemara Indah pun dah tak cukup jadi dorang fully utilized tempat ni untuk buat banyak bilik lagi.
 
Yang berbumbung tu pintu depan ke bilik ekonomi. Nampak macam tak terurus sket jalan ke pintu masuk

Kami dapat bilik no. 2. Aku try check bilik no.1 je yang ada penghuni masa kami sampai tu (dalam pukul 2 petang). Tapi waktu malam masa kami dah tarik selimut dengar macam ramai dah check in masuk. Dengar ada sorang mamat jadi translator untuk arranged jeep kepada Korean. Tolong sembang kat luar boleh tak?


Satu bilik ada 2 katil. Katil single yang bagi aku boleh muat 2 orang.

View dari hallway

Yang tak bestnya kat sini adalah engineer lulusan mana yang pasang pintu kat sini. Fail!

Nampak tak setiap bilik, setiap pintu ada diapit oleh tingkap. Dalam 1 bilik ada 3 tingkap. 2 menghala ke hallway (kiri-kanan pintu masuk) dan 1 lagi menghala ke luar bilik (tapi takde view best pun). Tingkap kecik je.

Dan tingkap kiri-kanan pintu tu la aku kena panjat keluar setiap kali kami kunci bilik sebab bilik no. 2 tu kalau dah kunci pintu (pintu dikunci guna kunci yang sumbat dalam pintu tu, old fashion sket), pintunya cuma boleh dibuka dari luar saja. Aku rasa bilik kitaorang je macam tu. 

Jadi aku lah tukang panjat tingkap dan bukak pintu dari luar. Aku rasa 2 kali kot aku kena panjat tingkap tu. 

Niat hati memang nak report kat receptionist tapi boleh pulak lupa, time check out pun boleh lupa. Wahal siap ambik gambar bagai kat kawasan reception tu. 

Faktor umur ni..

Toilet/bilik mandi ada 2 dihujung bilik. Yang ni pun pintu fail jugak. Style kunci masih yang sumbat dalam pintu. Tapi memang dia tinggal kunci kat pintu tu (belah dalam). Jadi kalau dah masuk tu sila pulas kunci. 

Bilik air first kunci ok, tapi pintu ketat yakmat! Ko goyang-goyang ala-ala hulk baru terbukak. Suspen jugak mula-mula tu, ingat dah terkurung kat dalam bilik air tu.

Bilik air kedua, kunci tak berfungsi!

Suis lampu kat luar, kalau nak prank kawan kat dalam tu memang dialu-alukan.


Tapi jangan risau. Ada paip untuk air panas. Nak mandi air sejuk memang tak lah. Tapi bertabahlah nak tunggu air panas turun dari paip yang bagai tuan rumah terlupa bayar bil air tu.

Eh banyak songeh plak kan..



Kat kawasan depan Cemara Indah Hotel & Rest ni ramai orang dok lepak-lepak tengok view Bromo. Peniaga-peniaga pun boleh tahan jugak ramai kat sini. Driver ojek pun dok lepak sini jugak.

Ini Standard Room

Bagi sesiapa yang tanak naik jeep ke Penanjakan dan bercadang nak hiking, Penanjakan 2 adalah paling dekat dan trek ke Penanjakan 2 adalah depan Cemara Indah Hotel & Rest ni.

Dan yang paling best sekali kat Cemara Indah Hotel & Rest ni (selain nasi goreng & sambal yang sedap tu) adalah viewnya.

Ok tengok view ni sampai lupa komplen pasal pintu.

View dari tepi pagar kawasan Hotel

Siri Trip Surabaya:

1. Intro
2. Juanda International Airport ke Malang
3. Tumpang & Coban Pelangi
4. Savannah & Lautan Pasir 
5. Gunung Bromo