Tuesday, 3 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 9

Bersambung dari Part 8

Pagi-pagi pukul 5.30 kami dah tunggu tuktuk kat luar hotel. Arini kami nak pusing Angkor Archaeological Park. Destinasi pertama kami arini adalah Sunrise di Angkor Wat.

Macam biasa, sampai kat gate kena check pass dulu. Since petang semalam dah buat pass untuk 1 hari so pass tu masih boleh digunakan untuk hari ni.

Nak masuk Angkor Wat kena check pass lagi. Kat sini boleh ambik guide kalau nak tau sejarah die dengan lebih lanjut.

Kami?

Sejarah??

Masa kat sini masih gelap lagi, tapi nasib baik aku bawak headlamp. Boleh la jalanku diterangi cahaya. Ada jugak orang-orang yang tumpang cahaya headlamp aku tu. Dah tu ikut je mana aku pegi. Aku pun taktau mana nak pegi.

Aku google cakap tengok sunrise ni dari tasik tapi mana hala tasik pun tak tau. Dalam gelap-gelap tu aku dengar suara pastu ada padang rumput so aku kenkonon shortcut lah. Pastu semua pun ikut shortcut jugak.

Hei aku bukan tour guide korang!



Ni belum sunrise betul-betul lagi ni. Tapi belum sempat nak tengok matahari tu terbit, aku dah ajak Ida blah. Tak kuasa la aku tunggu lama-lama kat sini. Orang ramai macam ada konsert. Pastu aku boleh bayangkan nanti kat dalam Angkor Wat tu pun orang mesti ramai macam ada press conference Cikti umum die bakal timang anak...eh??

See...beribu-ribu lemon..
Nak masuk dalam, orang ramai..
Nak patah balik pun orang ramai
Sudahnya kami nak pegi tempat lain dulu, sebab kalau kat sini ramai, nanti ramai-ramai gerak ke next temple, memang sesaklah semua tempat.

Kami pun takde nak pegi semua. Aku cakap kat Ida aku nak pegi Angkor Wat, Bayon dengan Ta Prohm je. Yang lain tu tak pegi pun memang aku tak kisah.

Ida lagi tak kesah. You jump I jump kekdahnya.

Sebelum terlupa harini tema aku ialah berhari raya di Angkor.. Aku ajak Ida sama tapi beliau cakap "ko rayalah sorang-sorang".

Takdelah.. Die pandang sepi je cadangan aku. Dulu kat Hong Kong pun aku raya sorang-sorang.


Driver tuktuk kami pun terkejut tengok kami cepat sangat keluar wahal orang baru je ramai berpusu-pusu masuk. Bas pun banyak yang tengah dok nak masuk parking.

"La, awat hangpa cepat sangat nih?"

"Orang ramai sangat. Jom kita p next destination plak".

Awas! Monyet dihadapan
Next kita pegi Bayon plak. Kat Bayon ni banyak boleh tengok stone faces dan ada 4 stone faces yang besar. 

Memang betul percaturan kitaorang. Kat sini memula tu ada kami je. So bersenang-lenang la nak ambik gambar. Pusing-pusing, daki-daki temple ni baru nampak couple Japanese. 


Sebelum masuk tu memang macam biasa kena check pass dulu. Yang bestnya, si tukang checker ni baru je sampai. Turun motor je terus check pass kami. 


Ini ialah bumbung. Aku dongak untuk ambik gambar ni.
Tangga untuk ke atas.
Tak perasan pulak ada yang menumpang bergambar. Kalau aku tau beliau ada kat situ, aku tak duduk dah.
Sekali round dah la pastu kami pun nak membelah kan diri. Pegi luar tengok driver Tuktuk kami dah takde. Pastu ada sorang driver Tuktuk lain cakap driver Tuktuk kami pegi repair motor, rosak. 

Hati pun panas.. Panas matahari lagi.

Sabor je lah. 

Nak buat apa lagi, dok bersila bukak henpon, main game.

Sampai la 15 minit camtu baru die datang. Nak marah pun tak guna, benda nak jadi.

Apa lagi, next temple, please!

Tak tahu la ni nama apa, snap dari atas tuktuk je
Tuktuk driver tanya nak pegi mana lagi. Terus je cakap nak pegi Ta Prohm. On the way tu lintas jugak temple lain. Tuktuk driver tu tanya nak singgah tak? Terus je cakap tanak. 

Nak pegi Ta Prohm jugak!

Sebenarnya tour kat Angkor Archaeological Park ni ada 2 jenis. 

Small Circle dan Big Circle.

Untuk 1 hari pass memang sesuai ambik Small Circle je. Cover temple2 famous dan besar. Kalau ambik pass 3 hari keatas boleh discover banyak lagi temple-temple kat dalam ni. Memang banyak. Sila ambik brochure kat pintu masuk.

Dah sampai gate Ta Prohm ni sekali lagi kami diserbu oleh budak-budak yang menjual. Jalan laju-laju.

Nak masuk dalam ni kena jalan sket. Akan lintas sekumpulan orang-orang main alat musik. Kalau kita lalu depan dorang baru mainkan alat-alat musik tu. Ada tabung untuk derma.

Lepas check pass kena ikut jalan ni untuk ke Ta Prohm
Dah sampai ke Ta Prohm tu sedikit hampa sebab tengah ada kerja-kerja pembaikan temple ni. Tempat ni takde lah original sangat. Sebab dorang pun dalam process pemuliharaan tempat ni dan patung-patung Buddha banyak yang dorang re-create balik. 

Ntah apa yang dibina dalam Ta Prohm ni
Jambatan besi khas untuk pengunjung
Pokok Lara Croft. Depan ni lah paling banyak construction. Boleh pegi sampai pentas tu je yang lain semua tutup.



Another pokok besar
Pokok yang kucari-cari
Dah masuk kat belakang-belakang, pusing-pusing baru jumpa pokok ni. 

Kenapa cari pokok ni?

Inilah sebabnya.
Saksikan lah Lara Croft versi Kak Limah...


Entrance lagi 1 untuk masuk dalam Ta Prohm
Disebabkan kami tak berjanji dengan driver tuktuk kami untuk keluar ikut entrance lagi satu ni, kami kenalah patah balik. Tapi kami tanak masuk dalam Ta Prohm ni lagi dah so kami jalan kat tepi-tepi. Memang takde orang. Budak-budak Khmer je yang ramai kat sini. Maybe dorang teman mak bapak dorang yang kerja dalam temple ni kot sebab budak-budak ni tak menjual macam budak-budak kat luar tu. Dorang sibuk dok memain je.


Budak-budak ni nampak kami terus bangun, berbaris pastu menyanyi-nyanyi sambil buat gaya-gaya tangan lagi.
Abes explore Ta Prohm, kat sini paling lama sebab kami boleh duduk melepak kat dalam tu. Idea asal nak patah balik ke Angkor Wat tapi masih awal pagi lagi. Karang buat sejarah plak kami orang paling awal balik. So tengok balik map, apa kata kita pegi Sras Srang dengan Banteay Kdei sebab kedudukan 2 tempat ni adalah berhadapan antara satu sama lain. 

Dekat Sras Srang ni sekali lagi kami dikejar oleh 2 orang budak perempuan yang berniaga kat sini. Siap bagi gelang percuma lagi. Pandai plak tu cakap BI.

"Where you come from?"

"Malaysia"

Oh, Malaysia near to Singapore, right?"

Tasik je, so tempat ni boleh skip.
Sras Srang
Aku singgah beli air kat budak pompuan tu tapi harga memang mark up la.

Pastu lintas jalan then masuk ke Banteay Kdei. Lepas check pass kena jalan kaki macam kat Ta Prohm. Tapi kalau kat Ta Prohm tadi budak-budak menjual tak boleh masuk dalam, kat Banteay Kdei ni budak-budak menjual ni dok kat dalam.

Sibuk la dok mengekor ramai-ramai. Kami tak beli pun tapi kami bagi coklat yang kami dok bawak banyak-banyak tu. Memang plan arini nak abeskan semua pasal esok dah nak balik.

Tapi bila dah bagi, "Can I have another one for my sister?" Nasib baik ko mintak elok-elok.


Sudahnya kami sampai je kat temple Banteay Kdei ni kami tak masuk dalam pun. Ambik gambar kat depan je pastu terus patah balik.

Then last sekali, Angkor Wat!

Driver tuktuk kami macam terkejut je kami nak pegi Angkor Wat. Macam tak willing. Eh, ada aku kesah?!



Sampai je kat Angkor Wat, kami terus cari pokok-pokok besar untuk berlindung. Panasnya kat sini. Tak sanggup nak lintas jambatan ke Angkor Wat tu time panas-panas camni.

Lepak cuci mata dulu, abeskan air dan coklat sambil tengok orang keluar masuk Angkor Wat.

Berduyung-duyung
Atas jambatan ni lah hot(panas) spot. 
Panjang pulak tu jambatannya
Sambil layan drama korea depan mata. Yang pompuan pakai baju kuning tu kira macam ranger lah kat sini.
Akan bersambung di next entry...

Selamat Hari Kemerdekaan 56 Malaysia ~

Alhamdulillah, Merdeka kali ni sambut jugak walaupun sat ja.

Tapi!

Tapi kali ni sambut nun di Brunei bah!


Pagi-pagi 31Ogos 2013 ada sambutan flag raising kat Hi-Comm Malaysia di Brunei. Ada nyanyian lagu Negaraku, ucapan oleh Pemangku Pesuruhjaya Malaysia ke Brunei, Cik Haznah.

Makan-makan sket, ambik gambar banyak-banyak..

Last aku celebrate Merdeka adalah masa kat Uitm Shah Alam, tu pun pegi sebab Kolej tutup elektrik suruh students pegi stadium nak celebrate. Lepas tu dok menyewa sendiri, keja, Hari Kemerdekaan memang aku tido je kat umah. Public holiday kan...

BerNegaraku
Masjid Omar Ali Saifuddin dari arah Kg Air


Selamat la trip 5 hari ke Brunei ni aku dok menumpang umah kawan. Pasal pa habaq hang, Brunei ni mahal la serba serbi. Currently rate sama cam Singapore Dollar. In fact, Singapore Dollar pun sesuka hati boleh diguna pakai kat sini.

Kena sambung trip Kemboja dulu bagi abes.

Monday, 26 August 2013

Kingdom of Cambodia - Part 8

Bersambung dari Part 7

Malam pas balik dari tengok sarkis tu, sampai hotel aku terus singgah lobi cari receptionist lelaki pertama tadi. Die dah balik dan ganti yang lelaki kedua. Mamat ni memang tau pasal kami nak book tiket bot untuk esok so die pon buat muka sedih cakap.

"Low water level, no boat for tomorrow"

Sedihnya..

"Can you get us bus tickets?" Plan B.

"Tomorow we let you know. 8 am you wait here"

Esoklah cite. Malam ni mandi, buat megi, solat & tido.

Sedih gak la tak dapat naik bot. Sebab aku dah google macam-macam, dah siap bawak tupperware nak buat bekal atas bot, berlatih tahan kencing untuk 10 jam atas bot, eh?

Esoknya pagi-pagi kul 8 turunlah bawah pegi breakfast. Pastu receptionist lelaki kedua tanya nak bas pukul berapa. So kami ambik pukul 9.15 pagi. Tiket berharga 15,000 Riel atau kalau nak convert dalam 3.60 - 4 USD. Receptionist lelaki kedua tu cakap nanti ada tuktuk datang pickup pukul 9.15 pagi. Dekat je Capitol Bus punya port. Ada lagi sejam, tapi kami taknak keluar jalan-jalan kawasan sekitar hotel. 

Panas!

Aku bukan feeling-feeling negara aku 4 musim tapi memang bahang panasnya. Tambah azab lagi hotel tu blackout plak. So, aku pun siap-siap guling atas lantai. Tengok kolam kat bawah memang takde nafsu dah. Sapa la sanggup berenang time panas-panas camtu.

Aku boleh tertido atas lantai dalam kepanasan tu. Ida cakap ada mat salleh mengamuk sebab blackout. Tapi kalau baca review kat Agoda memang hotel ni selalu blackout.

Dah cukup masa, kami pun turun ke lobi dah ada tuktuk dah tunggu.

Tapi tunggu!

Wife owner ni bagi hadiah Cambodian scarf sorang satu. Die siap tolong lilitkan kat kepala ala-ala Cambodian.

Dah sampai kat port Capitol Bus, rupanya kami naik bas semalam yang sama kami naik dari Phnom Penh. Assistant driver (pakai uniform kemeja biru) tengok kami sambil cakap "you again!".

Tiket bas ke Siem Reap
Perjalanan ke Siem Reap dari Battambang ambik masa 3 jam. Honestly walaupon kami ada setengah hari je kat Battambang ni tapi aku memang suka kat sini compared to Phnom Penh ataupun Siem Reap yang crowded sesangat tu. Kalaulah ada rezeki lagi datang sini memang aku nak spent lama sket kat Battambang sambil naik beskal pusing satu town. Tapi haruslah datang bukan musim kemarau.

Selamat tinggal Battambang
Keta polis pun berdebu
3 jam lagi layan tanah kering
Sekolah dan budak sekolah
Bas berenti. Kali ni semua orang kena turun sebab bas tak parking kat sini.
Mangga dan cengkerik goreng bercili
Sambung balik perjalanan
Dah agak-agak nak sampai Siem Reap, aku tengok cuaca sama je panasnya. Dan aku rasa kat Siem Reap lagi panas!

Ni dah masuk kawasan Siem Reap
Dah nak sampai stesen bas dah
Elok je bas nak parking aku nampak dah driver tuktuk pegang kertas nama aku. Kali ni sempat email dari Battambang supaya hotel kat Siem Reap ni deal suruh ambik kat stesen bas. Stesen bas tanah merah je. Bas boleh susun dua line je, Chaos jugaklah die nak parking.

Mamat baju pink tu driver tuktuk kami untuk 3 hari di Siem Reap.
Elok je sampai kat hotel kami pun check in dan buat janji ngan driver tuktuk ni untuk ambik kami balik pukul 5 petang untuk pergi tengok panorama matahari tenggelam kat Phnom Bakheng.

Lepas masuk bilik, mandi dan solat kami pun keluar balik sebab nak cari makan. Aku google dari Malaysia ada 1 restoren Halal, Muslim Family Restoren. Aku dah print google map dah.

Keluar hotel pastu pegi kedai runcit kat sebelah hotel nak sewa basikal. Walaupun ada je driver tuktuk yang melambai-lambai panggil tapi kenkonan nak try kayuh basikal kat Kemboja.

Tengah hari terik pulak tu.

Takut jugaklah kayuh basikal kat bandar Siem Reap tu. Motor, keta, tuktuk dan bas banyak. Semuanya pun suka-suki dorang je. Masa kayuh tu nampak 2 budak lelaki Melayu kayuh basikal dengan bersenang-lenang kat tengah-tengah jalan berselang-seli ngan kenderaan lain. Ni lah driver pro Malaysia tunjuk bakat kat jalan Siem Reap.

Rupa-rupanya google map tipu.. Kami dah sampai kat destination, apa pun takde. Ada kedai jahit ngan dobi. Pastu pusing-pusing belakang, kayuh lagi dua tiga round pastu dok pusing-pusing macam orang hilang pedoman. Pastu tanya-tanya orang. Jumpa orang tanya. Jumpa orang tanya lagi.
"Muslim Restoren?" Ayat panjang-panjang tadak...

Last-last ada satu brader ni cakap die tau Muslim Restoren kat jalan belakang. Berkayuhlah kami ke belakang. Tak jumpa jugak. Pusing-pusing macam orang gila, nampaklah signboard kedai halal. Kalau tak silap aku, nama kedai makan ni Alibaba. Tak ingat sangat tapi memang serve makanan Indian. Nasi ngan lauknya memang portion besar. Kalau makan tak abes memang boleh bungkus kasi bawak balik.

Terkejut nampak 2 budak Melayu tadi kat situ. Owner kedai ni asalnya orang Ipoh. Pastu die sibuk dok cakap budak-budak laki tu pun orang Ipoh. Aku tegur lah dorang cakap aku nampak dorang kat tengah jalan tadi. Biasalah kalau orang Melayu kat oversea ni jumpa Melayu lain.

"Hmm.." Tu jelah jawapan mereka. Abes air liur aku je berpura-pura ramah. Tu pun sebab tunjuk respect kat owner kedai tadi.

Hei, aku pun Melayu sombong kat oversea kau tau! 

Abes makan, kayuh balik hotel. Tu pun tanya direction kat owner kedai yang baik hati. Hantar basikal kat kedai runcit tadi, ambik balik deposit. Basikal tu boleh guna the whole day tapi kami guna tak sampai 2 jam. Serik!

Masuk hotel, mandi lagi sekali. Tunggu pukul 5. Tunggu ke? Tido la apa lagi. Penat kayuh basikal! Aku kagum la sapa-sapa yang kayuh basikal pusing satu bandar dengan cuaca panas nih. Lagi aku respek kalau kayuh kat area Angkor. Kawasan tu besar..

Gambar sepanjang tengahhari ni takde sebab tak bawak kamera. Gambar basikal ni pun guna henpon je. Tu pon aku still konpius kenapa aku bawak henpon.
Cukup pukul 5 turun bawah, tapi hampeh tak datang lagi. Tunggu 5 minit baru die datang. Tanya nama pastu kami taktau nak sebut. Dah la malas nak jadi ramah. Aku kan Melayu sombong!

Pastu kami pun gerak ke kawasan Angkor. Nak masuk kena beli pass dulu.

1 day = 20 USD
3 days =  40 USD
7 days =  60 USD

Kami ambik yang 1 hari. Beratur, ambik gambar, bayar & terus dapat pass.

Kaunter. 
See ada gambar Kak Limah..
Dalam kawasan Angkor Archaeological Park
Kena lintas Angkor Wat nun dihujung sana
Dah sampai kat Phnom Bakheng, eh belum sampai lagi. Kena mendaki kawasan hutan sikit. Tapi kat entrance die ni yang aku malas ni. Ramai sangat budak-budak yang menjual-jual. Poskad lah, gelang lah, buku lah.

3 orang follow suruh beli itu ini. Ada sorang budak tu bila aku dah sampai kat checker pass Angkor tu (budak-budak yang jual tu tak boleh masuk dalam), budak tu cakap kat aku,

"When you come back, you buy from me" and guess what, memang pas aku aku keluar tu die tunggu aku. Boleh plak die ingat aku. Kejar aku sampai tuktuk cakap,  "You said when you come back you want to buy from me". Hawauuu betul lah budak-budak camni.

Tips nak elak budak-budak ni ialah no eyes contact dan jangan cakap sepatah pun. Cakap "no" pun jangan. Buat taktau je seolah-olah dorang tak wujud. Ni tips aku baca kat Tripadvisor.

Tu kalau korang hati keringlah. Kalau nak ikut sangat nasihat mat saleh. Aku rasa kalau korang lahir kat Malaysia yang aman damai ni, mesti kesian kat dorang. At least kalau tanak beli pun mesti korang nak jugak cakap yang korang tanak kan.

Bahasa jiwa bangsa, beb!

Entrance
Pendakian bermula. Tak penat pun sebab mostly jalan landai
Kat sini kena check pass lagi
Yang tak bestnya orang ramai sangat! Mostly pelancong dari China yang datang berbas-bas dressing macam nak pegi shopping kat Bukit Bintang.

Yang tak best lagi tu, dorang ni tak pegang pass dorang. Tour guide yang pegang, tapi tour guide ntah pegi mana. Tapi nak jugaklah berkumpul ramai-ramai buat bising kat situ.

Ada dialog best aku dengar kat sini.

Checker : "I need to see your pass"

Tourist : "Sorry, I don't speak Khmer"

Sapa yang bangang kat sini?? Aku rasa tu je ayat Bahasa Inggeris yang die hafal.

Sebanyak bontot yang aku kena hadap naik tangga ni..
Sebanyak itu lah orang-orang kat atas..
No good spot anymore. Kalau nak good spot datang pas breakfast tunggu kat sini.
Disebabkan aku bukan lah minat sangat sunset & sunrise ni (walaupun aku still akan pegi kalau ada peluang), aku ajak Ida balik. Selain, tiada tanda-tanda akan nampak sunset tu sebab awan tutup, kena pikir jugak balik nanti kena lalu hutan untuk keluar.

Berbackgroundkan Phnom Bakheng dan beransur pulang plus scarf free dari Delux Villa Battambang
Rupanya memang ramai je orang yang blah awal. Nasib kami sempat keluar sebelum betul-betul gelap. Takut jugak jalan kat hutan tu.

Dah sampai kat driver tuktuk ni die tanya nak makan tak, sebab die tau satu kedai makan halal kat sini. In fact, memang die tau 1 tu je. Dan sampai hari last pun kami makan kat situ je.

On the way ke kedai makan lintas Night Market & Pub Street
Ni die restoren tu. Dekat dengan masjid.
Restoren ni kat kawasan belakang
Menu
Kami tapau nasi, telur dadar, sayur campur & Amok (ikan dan santan) + teh susu panas
Aktiviti malam ini adalah mandi, solat, makan, tengok tv dan tido.

Bersambung..