Wednesday, 30 April 2014

Penang Street Art

Idea asal ke Pulau Pinang adalah untuk trekking sebenarnya, tapi plan terpaksa ditunda dulu sebab sekarang ni asyik dok hujan je petang dan malam. Bawa kehadapan dulu niat nak trekking. 

Aku sebenarnya teringin nak tengok Street Art yang difameskan oleh pelukis Eropah Ernest Zacharevic. Disebabkan tak jadi trekking aku ajak kawan aku p sini, dia ok je.


Pukul 12.30 tengah hari pada hari Jumaat lepas, kami pun bertolak ke Pulau Pinang menggunakan Plus highway. Perjalanan Taiping ke Pulau Pinang mengambil masa 45 minit. 

Dah agak nak sampai Penang tu nampak sign tulis Jambatan kedua. Apa lagi, meh try jambatan baru. 


Mula-mula dok gugle direction ke Street Art ni. Cari map, download brochure dan baca blog lain yang pernah pegi sini. 

Lukisan-lukisan/mural ni ada disekitar jalan di Georgetown ni jadi kena berjalan-jalan sikitlah nak mencari. Aku contact kawan sekolah yang keja kat Penang tu. Alhamdulillah ada lah info sket. Dia suh sewa beskal ja senang nak mencari.

Tapi kami tak sewa pun beskal, guna kederat kaki je. Jadi takde lah banyak sangat yang jumpa, sebab takde kederat dah...hehe

Dinasihatkan kalau nak cari semua lukisan-lukisan/murals ni silalah dapatkan peta dulu or download di laman web. Kalau tak sempat cari peta or download brochure sila bukak henpon anda yang semat itu, atau pun tab anda yang sanggih, cari application gugle map.  


Yang dotdot merah tu adalah mural yang berupakan karikatur besi. Yang dotdot hijau tu mural yang berwarna. Kebanyakkannya adalah hasil Ernest Zacharevic. Ada jugak pelukis lain tapi aku tak sure sapa. Aku pun baru tau ada pelukis-pelukis lain setelah sampai sini.

Mula-mula tu kami park keta dan pegi beli kupon parking. Kemudian lunch dulu, lepak lama-lama kat kedai tu sebab tengahhari ni matahari tegak atas kepala.

Bila kedai makan tu dah start ramai dengan orang balik Solat Jumaat kami pun gerak ke kereta dan cari parking baru.



Untuk cari Street Art ni aku nasihat kan start kat area Masjid Kapitan Keling. Nasi Kandar Beratur tu betul-betul tepi masjid ni.

Parking kat tepi Masjid then kami menapak ke Jalan Chowrasta untuk beli jeruk. Nak jugak kan...hehe


Lalu tepi kedai-kedai tu kawan aku nak stop beli tshirt. Lawa jugak tshirt Penang sekarang ni. Ada yang ada gambar mural yang Ernest Zacharevic lukis. Kawan aku rembat sampat 2 helai. Aku tak beli sebab aku dah ada beberapa helai tshirts Penang.


Pastu kami ikut peta dan berjalan ke Cititel Hotel sebab kat sini ada satu dot hijau. Dot hijau ni adalah gambar peniaga pau.

"Jea, hang ambik gambar aku tengah tunggu order"


Lepas tu kami kalah dengan panas terik matahari ni. Kami menapak balik ke Masjid Kapitan Keling. Tengah berjalan berenti jap beli ais krim.

Dah sampai kat kereta kami lepak bawah pokok tepi Masjid kat tepi jalan besar. Sambil tunggu redup petang, kami cuci mata dengan orang lalu lalang.

Dah agak-agak malas nak tunggu lagi kami pun gerak ke Armenian street sebab banyak mural dan karikatur besi kat area ni.

Kami jalan-jalan tanpa pedoman je. Sambil tengok map sambil jalan. Kalau jumpa kami pun snap 2,3 keping pastu teruskan pencarian lagi.

Masa depan mural budak-budak nek beskal ni kami kena take turn jugak la sebab ramai peminat nak bergambar jugak. Ni baru hari Jumaat, kalau weekend aku tak tahu lah macam mana orang ramai.

Sementara tunggu orang reda kami singgah gerai souvenir dulu. Beli FM, lawa jugak. Kalau nak sila emel address ke jeasuju@gmail.com. Tapi FM kecik jelah.

Borak-borak ngan uncle gerai tu. Serius aku cakap uncle ni memang berpengetahuan pasal mural-mural ni beserta nama pelukis sekali. Pakcik ni lah yang bagi direction macam mana nak cari mural Bruce Lee. Agak hidden Bruce Lee ni. Terima kasih uncle!

Layan mural-mural..










Layan plak karikatur besi.











Sebelum datang sini, aku ingat karikatur ni dorang lukis kat dinding. Besi yang dipateri rupanya.

Ntah la apa ni.
Minion
Yang bawah ni capture dari dalam keta masa nak balik. Ada bayang-bayang jadi nampak berselerak benor.



Tips ke Penang Street Art:

1) Pegi petang after kul 5 sebab time ni dah redup. 
2) Hati-hati ambik gambar sebab mostly lukisan dan karikatur ni tepi-tepi jalan yang sibuk tu. Kalau kat lorong-lorong pun still keta ngan motor ada. Kebanyakkan masa aku tengah driver yang kena alert ngan pelancong-pelancong yang dok ambik gambar dan berposing ni.
3) Bawak peta. Tak kisah la soft atau hard copy.
4) Mula dari Masjid Kapitan Keling sebab banyak mural ada kat area sini. Parking pun boleh la ada disekitar Masjid.
5) Kalau dah ramai tu take turn lah, jangan main cantas gedik-gedik.
6) Duration maybe lebih 2 jam kot untuk yang berjalan kaki.Tapi ada yang jauh sket. Kena ada kenderaan jugak la.
7) Gambar Bruce Lee sepak kucing, ada kat lorong tepi mural budak atas motor. Lorong tu macam kebelakang sket.
8) Pegi sekarang! Sebab kebanyakkan mural dah ada yang hilang gambar dan warna. Maybe sebab dinding pun dah seasoned. Dah terhakis.

Balik ikut jambatan pertama. Sebab dah pukul 5.30 petang. Jambatan jem dengan orang balik kerja. Untuk mengisi kebosanan kami layan Cikgu Izudin yang dipanggil hangit oleh Hot.fm.

"Awak tahu tak perasaan sorang pengantin?"

Hmm.. tak tau. Perasaan seorang pengapit tahu lah..hehe

14 comments:

  1. Replies
    1. Saya pun suka tempat ni. My new faberet place! Harus kena repeat lagi nak cari saki baki yg tak larat nak cari aritu.

      Delete
  2. wow... menarik sangat ni... thanks for the tips... saya akan menyusul secepat mungkin :D

    ReplyDelete
  3. Untunglsh 45 je boleh balik hari jelezz
    Kami ni huhu mesti kena stay kat sana
    Penang art st? Mmg x pernah sampai nantilah nk try terjah :-)
    Perasaan jd pengantin? Perasaan jd pengapit pun x pernah ni kan pula pengantin kan huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ni kalau drive la 45 minit. Stay Penang pun best, boleh makan2 byk2 malam2..hehe
      Sila terjah street art ni.
      Jadi pengapit pun penat apatah lagi pengantin. Tapi dulu i'oll complain jugak kipas berat! hahahaha

      Delete
  4. aiseh ye ke...kene gi cepat ni sebelum hilang cat nya...

    Jea, perasaan jadi pengantin tu macam perasaan seekor munyet mendapat bunga sakti. kendian munyet tersebut transform jadi princess Elsa #Frozen. Then they lived happily ever after. :P

    ReplyDelete
  5. rupanya2 besi , ingat org lukis kat dinding.
    menarik juga dan kreatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dulu sy ingat pun lukis kat dinding.

      Delete
  6. Best nyer aku pun tak sampai2 lagi di Art Street Penang ni huhuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best, tapi penat, tapi berbaloi2 rasanya. Sila datang ke Penang!

      Delete
  7. yeah...tips yg berguna utk trip ak ke penang esok!tq

    ReplyDelete
  8. owh. kiranya kalau start jam 4:30 ke 5:00 sempt jgk la pusing2 cari smua mural penang street art ni?
    takut tak sempt jek. cuti 3d2n... tp, mcm byk jek tmpt menarik kat penang ni.

    ReplyDelete