Kali ni kita ke Korea Selatan pulak..hehe
Nana ko pegi ambik panadol dengan minyak cap kapak.
****************************************
Aku bukan nak cerita pasal Pulau Nami, tapi nak cerita pengalaman aku masuk ke Pulau Nami dengan menggunakan Zip-Wire.
Pulau Nami lain-lain musim. |
Khidmat Zip-Wire ni ada banyak kat seluruh dunia dan lucky us, Zip-Wire ni pun ada jugak kat Korea. Tapi yang ni yang manja-manja punya la.
Pelantar Zip-Wire nun diatas sanun.
Hari tersebut kami awal-awal lagi dah terpacak kat luar post immigration Nami Island dengan menaiki ITX dari Seoul.
Jam menunjukkan pukul 8.40 pagi.
Kalau naik ferry, beli tiket kat sebelah kanan.
Sekitar.
Kreatif
Jalur Zip-Wire kat atas dan ferry lalu kat bawah ke Pulau Nami
Kasut ganti pasu. Kreatif sungguh.
Memang dari Tanah Air lagi dah plan nak naik benda alah ni. Dok riki-riki luar bangunan tinggi tempat Zip-Wire tu ada staff dia keluar dan cakap pukul 9 pagi baru start.
Bangunan Zip-Wire dari bawah.
Dari kami berempat, sorang kawan aku surrender tanak naik so dia masuk ke Pulau Nami dengan menaiki ferry dengan harga 8,000 won.
Banyak jugak rombongan-rombongan yang datang walaupun weekdays.
Bas pun ramai...
Tinggal la kami bertiga kat luar bangunan tu sambil tengok kat Tv yang disediakan kat luar tu rancangan-rancangan di Korea yang memaparkan Zip-Wire.
Tv tunjuk 'We Got Married' Leeteuk Suju dengan sapa ntah. Dorang pun naik Zip-Wire jugak.
10 minit pastu tak menahan dah, sejuk! Walaupun hujung bulan 9 (baru nak masuk autumn) dan kami pun tak prepare baju tebal-tebal ni. Just sarung sweater je.
Dengan tak tahu malunya kami masuk dan mintak nak tunggu kat dalam tu.
Kaunter yang kreatif. Kat board yang tulis harga tu ada anak panah pink. Aku p tengok..
Taraaa!!! Sungmin & Kangin Suju pun naik Zip-Wire jugak. Haruslah aku pun naik jugak kan..hihi
Harga Zip-Wire 38,000 won (termasuk ferri keluar).
Katanya pukul 9 pagi tapi pukul 9.20 baru dorang panggil kami naik lift ke pelantar di atas.
Lift ke atas
View dari pelantar. Arah lain. Tak berani nak pegi dekat dengan pagar.
Lepas prepare dan tarik abah-abah dari Pulau Nami, off we went!
Mula-mula tu kawan aku laki bini naik dulu. Best jugak tengok depa meluncur laju masuk ke Pulau Nami.
Pas dorang dah selamat sampai sana, abah-abah tadi dipanggil balik ke pelantar. Staff tu panggil suruh naik. Aku bukak kasut nak bubuh dalam beg, tapi dia ambik kasut aku letak kat poket belakang abah-abah tu.
Nebes!
Aku siap naik, gantung kamera kat leher dan letak mode record video.
"Are you ready?"
"Yes??" Gitu ragu-ragu..
"Have a nice journey. Three two one".
Gedegang pintu terbukak. Sempat la aku jerit!
I believe I can fly. I believe i can touch the sky.
Aku nak try upload video tapi asyik dok error je so aku screen capture dari video je. Qualiti gambar kureng lah sket.
Layannzzz...
Siap dapat bow lagi tu.
Dari arah yang berlainan.
Kami takde lah duduk lama kat sini. Tapi sempatlah kayuh beskal pusing satu pulau 2 round..hehe
Oh, makan the famous nasi goncang.
Pastu kami pun gerak balik naik ferry. Kalau nak keluar dari Pulau Nami ni takde orang nak check tiket pun.
Selisih ngan ferry nak masuk. Nampak tak bendera kita.
Sapa-sapa nak rujukan lebih tepat sila layari web ini ;
Ko mampu berlagak cam aku?? hahahaha
1'st time ke Nami, kami naik zip wire. Time tu wlpun kena timbang berat tapi peraturan x ketat pun.
ReplyDeleteBaru2 ni 2'nd time g Nami, pergi-balik naik feri je. Nasib baik dah merasa sebab kali ni strict benor sebab sape yang kurang berat dr 45kg automatik tak boleh naik zip wire. Nasib baik dah pernah merasa sekali, kalu tak telan liur je la tak dapat naik zip wire sebab faktor kurang berat. huhu
Apapun memang fun naik zip wire ni, walaupun sekejap benor nak feeling2 flying without wing :)
Hoi gila ringan ko!
DeleteAku tak payah timbang sebab tau pasti lebih 45kg..hihi
Tu la rasa syok jugak. Tinggi tu, dah la naik sensorg.
waaa...tak gayat ka?
ReplyDeleteHarus la gayat. Tapi rasa excited tu melebihi rasa gayat. Sila la cuba kalau ke sini :)
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteFuyoooooooooooooooooooooo! gayat tu!
pelan2 kayuh je la naik feri hu huh uh u
Mmg gayat..
Deletenasib baik la ada pemberitahuan di pembukaan cerita.. *togok air telan panadol hehehe
ReplyDeletefirst time aku dgr psl zip wire ni. lebih kurang mcm flying fox la kan...agak-agak berapa minit ko meluncur kat atas tu?
Sama kot mcm flying fox. Aku tgk balik video ko percaya tak 2 minit je dari pelantar ke Pulau Nami..hihi
DeleteAmboiiiiiii jea berterbangan gitu.... Memang kelas ko jea... salute lah... Tapi gambar Nami dalam 4 keadaan berbeza memang cantik
ReplyDeleteSekali sekala nak jugak try terbang..hehe
DeleteCantik kan Nami, tapi orangnya ramai macam kenduri kawen.
hahahaha.... yang tengok ni lak yang gayat telebeh! dah la bawah tu laut kan? tapi da kalau sekali seumur hidup pegi sane.. mmg kne try laa naek ni.. baru terasa laut nami! hihi..
ReplyDeletebukan laut la ko ni luna maya..
DeleteHarus try. pastu jerit sorg2 kat atas tu..hehe
hahahahhaa... laut pon bole laa jea...
Deletejerit i leeebiuuuuuuuuuuu dot dot dot ke..?? kikikii =D
Kalau mcm tu...next trip nk try naik zip wire ni...mesti lagi best dari naik feri tu
ReplyDeleteHarus cuba try!
DeletePengalaman berharga (dan mahal.. ;p)
Nak je try zip wire ni tapi aku risau halfway aku pengsan. Boleh tahan gayat gak aku. Tapi sebenarnya ada plan nak try sky diving. Lagi kerja giler kan.
ReplyDeleteMotif sangat tau budak2 Suju naik! Ni nak ikut jejak juga. Eh?
Ko sky diving pengsan lagi rugi..hehe test la dulu naik zip wire ni.
DeletePeminat kalo harus la try...hihi
Sorry nk tanya, boleh naik sorg ke zipline tu ? Sbb tengok gambar macam utk couple je.
ReplyDeleteSorry nk tanya, boleh naik sorg ke zipline tu ? Sbb tengok gambar macam utk couple je.
ReplyDeleteSorry nk tanya, boleh naik sorg ke zipline tu ? Sbb tengok gambar macam utk couple je.
ReplyDeleteBerapa berat maximum?
ReplyDelete