Firstly, entry ni just nak bagitau itinerary sehari kami di Hong Kong pada bulan Dec 2013. Apa yang menyebabkan kami dapat sehari je di Hong Kong? Sebabnya kami masuk dari Shenzhen dan kami takde banyak masa sebab pastu nak g Guangzhou lagi, tapi masih la nak pegi Hong Kong jugak. Alang-alang kan, bukan sebulan sekali pegi Hong Kong.
Tapi bad news jugak sebab visa China naik harga! Dah la kami kena buat double entries. Pasrah..
Pagi-pagi kami keluar dari hotel masih gelap kat luar, seb baik hotel kami di Shenzhen betul-betul kat border Luohu. Menapak ke bangunan immigration rupa-rupanya belum bukak! Tapi orang memang dah ramai berpusu-pusu. Kami yang takde kejar apa-apa ni tunggu kat belakang sekali, jauh dari orang ramai. Aku lupa dah pukul berapa immigration bukak untuk lintas ke Hong Kong, pukul 7 pagi kot. Tapi pukul 7 macam kita pukul 6 pagi. Masih gelap kat luar. Kami tunggu pun tak lama, dalam 15 minit camtu pintu pun bukak dan dah dasarnya suka berebut-rebut semua serbu!
Kami bagi crowd yang ramai-ramai tu reda dulu kemudian baru kami gerak. Dah setel immigration both countries kami pun naik MTR LoWu. Tapi sebelum tu kami ke kaunter dulu beli Octopus card. Octopus card ni ada la sikit diskaun kalau kita guna. Disebabkan Octopus Card ni kena letak deposit dan kena refund di kaunter untuk dapatkan balik deposit tadi. Jadi kami plan untuk refund di Tsim Tsa Tsui station sebelum balik untuk elakkan kaunter tutup kalau nak refund kat LoWu station.
Kami tak guna Tourist Pass (HK$55 - Link Hong Kong MTR) sebab katanya tak cover kalau travel to/from LoWu. Wahal travel to/from LoWu la yang mahal.
Kad sotong. |
Kami naik MTR sampai ke Tung Chung Station. Sepanjang perjalanan memang kena tukar line MTR. Ikut keselesaan anda la nak tukar kat mana tapi kami buat LoWu - Kowloon Tung - Prince Edward - Lai King- Tung Chung. Tambang HK$52. **Nanges..
Destinasi pertama kami di Hong Kong adalah Ngong Ping Village.
Cerita lanjut kami di Wisdom Path, Ngong Ping Village boleh baca kat sini - Wisdom Path.
Big Buddha atas bukit, sila mendaki. |
Noted that kami ke Ngong Ping Village naik bas dan turun ke Tung Chung station semula dengan naik Crystal Cable Car.
Ngong Ping Village |
Cable Car |
Crystal Cable Car. Kami je dalam tu, buat macam rumah sendiri. Ni pose-pose sopan.. |
Dari Tung Chung Station kami ambik MTR ke Sunny Bay Station. Destinasi kami seterusnya adalah Hong Kong Disneyland.
Ayuh kita! |
Pose wajib kat Disneyland. |
Kami tak masuk pun Disneyland tu, just pegi pose-pose gembira depan gate je. Well, what to do, ada pun sehari je kat Hong Kong. Lagipun 2 orang kawan aku tu pun tanak masuk dan aku last trip dah masuk dan aku rasa theme park ngan aku dah jauh...haha ayat...
Faktor usia mungkin..
Jangan risau kalau tak masuk pun banyak je tempat-tempat dan statue yang kita boleh pose-pose cantik. Disneyland train terutamanya.
Macam-macam binatang ada, tikus, ikan, anjing, itik semua ada.. |
Dah kenapa Princess pakai inner ni? Sejuk ekk |
Rezeki kami sampai depan gate ni je pastu ke kanan pusing! |
Balik awal kan, harus la takde orang (wahal tak masuk Disneyland pun ;p) |
Disneyland Station pun cantik habaq hang. Alam kanak-kanak sangat. Sampai ada yang pose-pose Harry Potter, pose-pose ala Che Ta.. Tak paham aku...hehe
Disneyland station. Unik sangat. |
Lepas tu kami pun lapar sebab dah pukul 1.30 pm waktu tempatan. Jadi kami pun gerak untuk ke Masjid Ammar untuk late lunch.
Dari Disneyland station kami guna route Disneyland Resort Line - Sunny Bay - Hong Kong - Wan Chai.
Untuk direction ke Masjid Ammar boleh refer sini - Masjid Ammar.
Tambang HK$2.30, boleh swipe Octopus card saja. Swipe masa nak turun. Ambik trams yang nak ke kiri (patah balik ke Wan Chai station tadi).
Double decker Trams tingkat atas. |
Landasan trams di tengah-tengah jalan (termasuk trams stop pun). Ada rasa macam dalam cerita polis Hong Kong dulu-dulu tak? hehe |
Naik trams tadi tatau mana nak turun? Jangan risau nanti bila dah nampak Bank of China Tower di sebelah kiri, terus turun. Tak tahu macam mana rupa Bank of China?
Ni ha versi separuh penat mendongak. Bank of China Tower boleh nampak dari Kowloon atau Hong Kong atau dimana-mana jua di Hong Kong (tipu). Tapi kalau pegi Hong Kong mesti nampak lah bangunan ni. Pasti!
Bank Of China Tower |
Tapi kalau naik trams tadi dok kalut nak turun sebab tak sure pastu terlepas stop (haa kami la tu..), jangan risau. Nanti trams tu belok kanan. Elok je dia belok tu ready la nak turun. Jangan lupa bayar atau swipe Octopus card masa nak turun tu.
Dah turun sila la masuk ke MTR Central station. Kemudian keluar balik ikut exit #J2 (exit Bank of China Tower/ Peak Tram Terminus). Dah keluar ti jalan straight ke Bank of China Tower.
Alahai kurusnya anak panah. Malas dah nak edit balik. Lintas jalan ni (sila ikut lampu isyarat). Nampak tu, straight, kanan, kiri, kanan. |
Sambung tadi, jalan straight. Ni jalan macam kena mendaki sket. |
Selisih church ni sebelah kanan. Jalan straight lagi. |
Pastu lintas jalan ni kemudian belok kiri (lintas jalan lagi). Sampai dah ke Peak Tram Lower Terminus! |
Lepas beli tiket sila beratur beramai-ramai. |
Dalam tram ke The Peak. Kadang-kadang tu tram ni macam menegak sket. Rasa cam naik rollercoster versi siput babi. |
mmg betull..mmg ramai umat nk masuk HK melalui Lou Wu tu..Woww...dalam sehari banyak betul tempat yg sempat singgah tu..tak masuk disneyland pun tak pe..tak best sgt bg kita ni tp dulu Jm masuk gak :-)
ReplyDeleteNak sumbat jugak semua dalam 1 hari tu..hehe
DeleteBawak budak2 syok la masuk Disneyland.
wuihh...ni la trip family aku next month..
ReplyDeletedisneyland dah jadi wajib..hari-hari anak tanya bila nak pegi hong kong?
dah ripit citer Toy Story 1,2,3 setiap hari smpi juling mata makbapaknya..
HK for mesian tak perlu visa kan...?
Haa bawak kanak-kanak la meriah sket masuk Disneyland. Kalau stok tua-tua ko pandang muka aku, aku pandang muka ko sangatlah tak best ;p
DeleteSo far tak payah visa.
Sehari di Hong Kong memang terbaik... boleh tahan jelajahan di Hong Kong ..
ReplyDeletePose sopan2 tu setelah hilang cuak tgk pemandangan ke bawah ker? hahaha :D
Ok la sebab takde la rushing2 pun. Haa mmg gayat tgk lantai tu. Tapi pastu dah berani sket terus aksi gaya bebas ;p
DeleteIni memang cerita A Day In Hong Kong. Semua pelusuk ko masuk. Dapat cam aku sampai time weekend, ramai gila umat Phillipines beralas rumah kat tepi bangunan. Kat taman depan Bank of China tu pun sama.
ReplyDeleteXmerasa naik tram selesa macam dalam gambar ko. Siap bole snap landasan dari dalam tram. Sebab time aku, penuh sesak dalam tu. Bertabah juga demi nak naik katanye
Haa kan ramai gila dorg kat situ berkampung di hujung mgu. Berpiknik bagai.
DeleteNi kami p weekdays. Alhamdulillah tak penuh sangat. Selesalah bergerak.
of course pose sopan2..lau upload yg pic ala2 tyra banks tu mmg pingsan nnt.. ok, berjaya akhirnya entry hong kong ;-)..boleh aku buat link nnt
ReplyDeleteTyra Banks pun pengsan** hahaha
DeleteOk, no hal beb.