Friday, 26 September 2014

10 RANDOM FACTS ABOUT ME -- WHEN I AM TRAVELLING (setelah ditag oleh Nanatron)

Post syok sendiri ni kalau buat 100 random facts pun aku boleh...hahaha

Post setelah i'oll di tag oleh Pn Nana. Sorry lambat...hehe

*********

1. Tanpa sedar suka bawak t-shirt yang sama ketika travel. Kat umah tak pakai pun t;shirt ni. Seolah-olah t-shirt ni dah sign contract pakai untuk traveling je.

Sket je aku korek gambar t-shirt sama ni karang org ckp aku tasteless plak (hmm mmg pong..)
 2. Kalau boleh nak mingle jugak ngan local.

Pantai Pasir Putih, Surabaya. Kalah orang local sebab time ni satu hari suntuk aku tak mandi...huahuahuahua!!
 3. Say NO to animal tourism.

Lain orang lain gayanya kan. Bagi aku In Shaa Allah ni future aku sebolehnya akan mengelak:

a) Menunggang
b) Tengok show yang melibatkan haiwan-haiwan (no demand no supply, ye dok?)
c) Pegi tempat yang haiwan kena kurung atau berantai
d) Haiwan yang kena drug


4. People watching.

Aku rasa semua orang buat ni kan?? Banyak cerita-cerita best kalau kita dok tengok gelagat orang ni. 

Macam kat gambar bawah ni, aku tengah melepak kat Henderson Waves pastu one group budak sekolah lalu (yang pakai baju biru tu). Pastu ada dialog busuk, budak pompuan Melayu ni pegi herdik kawan dia. Terdiam kawan tu.

"Don't speak Malay with me!!"

Motif la kau, walaupun ko pakai seluar katok tetapi kulitmu berkerak jugak...hahahaha

Berselipar je aku memana pon...
 5. Tak kisah pasal makan atau tempat tido.

Ada satu masa tu aku tak booking hostel, dah sampai baru nak cari. And guess what, my travel partner nak hotel yang ada kolam renang & garden.****nanges..

Makan apa pun takpe sebab bukan habis pun aku makan (read: tekak Melayu)
 6. Big NO to travel sambil mengadap henpon (tweet, FB, whatapps dengan peminat2 di tanah air).

Aku seteress dengan species ni, like SERIOUSLY!!

Kalau nak update media sosial pun cari lah masa yang sesuai. Aku pun mengapdate di FB jugak tapi tak perlulah setiap komen perlu dibalas on the spot. Kalau nak berwhatapps dengan kawan-kawan dalam group pun buatlah pada masa senggang. Balik ti muka tu jugak ko hadap. Bukan time on the road or bila travel partner need your opinion in decision making. Pastu ko jawab "suka ko lah, aku ikut je" (sambil muka mengadap henpon).

Haa memang ko ikut je la kan, kalau cenggitu baik aku travel ngan tiang letrik je kan...

I'oll dengan imej mak lampir mmg tak penah jauh.
Mak lampir tgh melayan peminat dari alam mistik.
 7. At least mesti ada 1 aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Ti boleh la riak ngan anak cucu di masa depan. "Ko pegi situ tapi tak buat #@#$???"

"Pondan sangatlah ko ni, cu"...hahahaha


8. Gelang-gelangan

Selain FM dan keychain (T-shirt kalau ada extra budget) aku suka beli gelang-gelang bermanik ataupun dari seashell. 


9. Furr friend..

Perlu explain ke why..

Kucen putih kucen Boracay. Gambar kecik kucen Nami Island.
 10. Travel attire

Selain berimej mak lampir, berselipar naik flight, pakai baju ulang-ulang dengan harapan nak travel light, aku kenkadang bawak jugak baju kurung. Why not??

Tapi memang aku sorang-sorang je sebab takkan ada sesapa nak join aku.

Baju kuning kasut pink. Tapi aku improve sket kat Kemboja.
See, baju matching selipar...hehehehe
Thanks Nana sebab tag.

Nice knowing you.

Thursday, 25 September 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam. Sepetang di pantai Boracay

Bersambung sini.


Setelah penat beraktiviti di tengah hari tersebut kami pun balik ke hostel. Setelah mandi dan solat, kami pun terus keluar untuk berjalan-jalan di tepian pantai.

Cuaca pun baik pada petang tersebut.

Dari hostel kami di Station 2, kami terus ke berjalan ke arah kanan. Tujuan kami pada petang ini adalah untuk melihat Willy's Rock secara lebih dekat. Willy's Rock terletak di Station 1. 

Sambil berjalan-jalan di tepi pantai sambil tengok gelagat orang ramai.

Sekarang ni tetiba angin malas pun bertiup (sekarang, bukan time kat Boracay..huhu). Sila la layan gambar je...









Dalam perjalanan kami singgah jap dekat D'Mall market.





Dekat Willy's Rock ni kami bergambar dari jauh je. Malas nak merentas air tengah pasang tu. Almaklum la baju seluar tengah kering (read: baju/seluar pun tak bwk selai dua je).



Dari Willy' Rock Station 1 kami menuju ke jalan besar untuk naik tricycle balik ke D'Talipapa di Station 2 sebab dah malas nak menapak balik.

Nak naik tricycle ni make sure tunggu kat signboard tricycle sebab kalau tak dia tanak berenti!

Lepas ni kami nak makan besar di D'Talipapa, bersambung...

Monday, 30 June 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam. Hotel Review - Amigos Beach Resort Boracay


Bersambung dari sini..

Amigos Beach Resort Boracay ni bukan lah standard resort pun. Lebih kepada hostel lah camtu. Tapi memang recommended sangat sebab lokasi yang sangat stategik. Diantara D'talipapa market dan jugak pantai. Kiranya kalau dari D'talipapa market nak ke pantai, kita akan lalu ikut lorong ke Amigos Beach Resort ni (wahal banyak la lorong boleh follow untuk ke pantai dari jalan besar).

Address:

Station 2, Manggayad
Boat Station 2
Boracay

Phone : +63 36 288 4295


Hotel ni aku booked melalui Agoda.com

Ni gambar kaunter reception aku ambik dari lamanweb dorang sebab aku lupa snap.
Disebabkan kami bertiga jadi kami tempah bilik Delux. Dapat bilik di tingkat 3 (takde lift). Dapat bilik yang ada veranda tapi bukan view laut lah. Nampak bangunan-bangunan sekeliling pastu siap ada treehouse lagi kat tepi Amigos Beach Resort ni. Kat veranda tu lah kami sidai baju basah setelah feeling-feeling dugong kat pantai.

Bilik delux muat untuk 4 orang. Ada peti ais, meja makan dan tv. Super luas plak tu dalam bilik. Takde breakfast.

Disebabkan aku malas, meh layan gambar je ek..hahaha













Nampak macam tersorok tapi memang kawasan-kawasan Station 2 ni (dan mungkin Station 1 & 3) pun sama jugak kot. Orang ramai akan lalu lalang dekat lorong-lorong tu. Waktu malam pun takde takut sangat. Kedai-kedai lain pun memang berdekatan.

Kat depan dari jalan besar ada D'talipapa market dan Amigos Beach Resort ni memang diantara D'talipapa market dan pantai.

Sangat recommended untuk budget traveler.

Sunday, 29 June 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam - Manila Airport ke Caticlan Airport ke Boracay (Rumusan hari pertama)

Selamat berpuasa (Ramadhan pertama)!

Tadi layan 'Gila-gila Remaja' kat tv3, best! Saya peminat Faizal Hussein dulu, kini dan selamanya!!

*******************************************************************************

Bersambung dari sini..

Bagi preview gambar dulu..hehe


Pagi tu aku bangun dari tido diatas kerusi besi keras nak mampos, tapi lena, setelah dikejutkan oleh kawan aku si Intan.

"Aku dengar pengumuman tadi sebut no. flight yg kita nak naik"

Nasib la ko tak sama-sama tido jugak. Kalau tak berBoracay dalam mimpi jelah kita..hahaha

Dengan muka sememek, kami keluar gate, check boarding dan kami naik shuttle bus untuk ke pesawat yang parking agak jauh disebelah sanun airport.


Flight Cebu Pacific yang bawak kami ke Caticlan Airport adalah yang jenis kecik tu, Wallahualam aku tak tau jenis flight apa. Seat 2-2. Sama macam Fireflyz yang aku penah naik dari Pulau Pinang ke KL. Dikhabarkan hanya domestik flight je yang turun kat Caticlan Airport. International flight landing di Kalibo Airport yang kemudian 2 jam perjalanan lagi ke Boracay Island.

Perjalanan dari Manila Airport ke Caticlan Airport hanya ambik masa 1 jam.




Setelah turun flight semua orang pun diarahkan untuk masuk ke bangunan nan satu ni untuk register nama dan bayar segala fees. Aku tak ingat fees yang lain tapi yang masih segar dalam ingatan aku adalah Terminal fee & tri-cycle. 

Keluar je dari banguan airport 1 teres ni, akan ada tri-cycle akan bawak kita ke jeti (duit tri-cycle dah bayar sekali tadi). 

Di jetty, semua orang naik bot yang dipanggil 'bangka' untuk ke Pulau Boracay. 


Sekali tengok air laut, jernih baq hang!

Semua orang pun dok 'waaa' 'wee' 'wuu'.. Takjub sangat dengan kejernihan dan kehijauan air laut (eh air laut biru kan).

Dalam 10-15 minit camtu kami pun sampai ke jeti di Pulau Boracay. Kat sini kami ambik tri-cycle lagi (tri-cycle adalah medium pengangkutan utama di Boracay). Tapi yang kali ni kena bayar sendiri la. Driver pertama yang kami approach tak tahu lokasi hostel yang kami booked. Kemudian dia refer kepada driver kedua. Nasib la dia tahu dan kami pun naik tri-cycle tu dan meluncur melalui kawasan perkampungan. Syok weh naik tri-cycle nih!


Driver tri-cycle kami ni turunkan kami disebelum D'talipapa market. Dia suruh kami jalan kedalam sebab tri-cycle tak muat nak jalan ikut lorong tu. Tapi dengan confident dia tunjuk tangan straight. Suruh jalan terus. Kami pun menapak la ikut lorong-lorong kecik tu tanpa arah yang tepat. Kiranya main hentam je lah. 

Tapi! Ada tapinya..

Driver tri-cycle tu betul. Walaupun kami dok was-was lagi dengan kebenaran beliau, kami belok kiri belok kanan, pastu nampak sign hostel yang kami cari tu, Amigos Beach Resort. 

Bukan la resort pun..  

Akan diblogkan kemudian. 

Little that we knew yang hostel ni strategik nak mampos!

Sekangkang kera je dari D'talipapa dan sedepa je dengan beach (takde view beach la tapi). Wahal masa nak booking kat Agoda sebelum tu, plan asalnya biar dekat dengan beach dan MURAH!

Sebab apa suka kalau dekat dengan D'talipapa market? Sebab sini tempat shopping souvenirs murah (compared dari D'mall market) dan kat sini ada kedai makan halal yang tawar. Tawar pun tawar la kan, janji makan, plus harga pun murah.

Disebabkan masih awal dan bilik pun tak ready lagi, kami pun tinggal beg dan pegi cekidaut beach yang ohsem itu.

Tapi staff situ bagi kami check in pukul 11 pagi setelah dia dengar kisah kami tido kat Manila Airport semalam..hehe 

Di tepian pantai, kami tak buang masa lagi dah, terus cari pakej-pakej yang bakal kami buat untuk hari ini jugak! Tak boleh buang masa, esok dah nak fly out dari sini dah.

Keywords : 3 hari 3 malam!





Kat sini semuanya nak kena tawar menawar. Nasib la ada kawan-kawan sebab kalau aku memang fail bab-bab mintak kurang ni.

Kami ambik 2 aktiviti saja. Sebab kami nak start tengah hari nanti. Mungkin jugak sebab kami dah letih dan tak cukup tido jadi bila dengar dorang dok offer island hopping tu kami pandang sepi je. Wahal itulah aktiviti utama kat mana-mana pulau pun, kan.


Lepas tu dorang janji nak jemput kami di hostel pukul 11.30pagi.

Kami tinggalkan pantai yang cantik menarik tertarik kau memang dabom itu untuk ke D'talipapa market dengan misi untuk mengenyangkan perut.



Kami jumpa kedai #74 yang halal tapi tawar tu dan makan dengan bersyukur...



Kemudian kami kembali semula ke hostel dan walaupun baru pukul 10 pagi tapi staff situ bagi kami masuk jugak sebab bilik dah selesai dikemaskan.

Setelah bersihkan diri dan berehat sikit-sikit, pukul 11.20 pagi kami turun ke bawah dan tengok dah ada yang menunggu kami.

Aktiviti yang kami ambik dengan dorang adalah Zorb & Helmet Diving. Disebabkan aku dah blogkan sebelum ni, korang boleh ketik link berikut: