Wednesday, 26 August 2015

Mana nak makan di Sokcho, South Korea

Entry cepat dan malas...

Since aku selalu dapat emel orang tanya mana nak makan (yelah aku yang suh emelkan kalau ada sesapa nak tahu), disini aku nak bagi tau kat mana boleh nak makan kat Sokcho ni since kedai halal yang previously dulu-dulu pergi dah tutup.

Direction berpandukan gambar sahaja..hehehe

Pergi ke Sokcho Town kemudian carik Jungan market. Betul-betul tengah town tu, dekat-dekat dengan statue kerbau (new york :p )

Carik gate ni tapi jangan masuk yang ini. Jalan depan sket lagi.


Masuk yang dekat gate ni


Mesti jumpa pasar Jungan ni. Belah kanan carik tangga ke undergroud floor
Tangga ni kat tengah-tengah pintu masuk Jungan market. Jangan masuk Market (pergi bawah)


Bawah ni pasar basah dan banyak jual seafood. Kat tengah2 ada banyak tempat makan. Pilih mana suka. Aku suka makan kat kedai makcik jual ikan masin ni.


Ni kedai makcik yg aku suka singgah sebab dorg tak pandai english. Ada ahkak make up 3 inci tu je berani tegur aku, yg lain buat dono je..
Mula-mula pilih ikan pastu  ti dia tanya nak makan shashimi ke nak soup. Yang ni contoh soup. macam masak asam pedas. Rege ikut la boleh nego.

Side dish. Nasi kena extra 1k won. Aku tak order pun nasik ni sbb mcm lain mcm sket (read tekak melayu)

Model mesti ada..hehe

Tank2 yang ada. Aku lupa nak ambik gambar keliling market


Pakcik belakang photoboom :) Dorang ni ramah2. Cuma tak blh nak communicate je. Aku penah dapat free sotong pedas dari kedai sebelah :p

Second time makan sini.


Order ni extra tak ingat harga tapi kawan korean yg tolong order.

Boleh refer blog ahkaklong kpop jugak untuk makan kat Sokcho.

7 comments:

  1. eh sedappnyaaa... sennag ekk nak cari halal food kat korea? teringin nak gi tapi risau susah nak cari food.. huhu..

    Rahsia Anak-anak saya kekal aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni takde cop halal cuma dia tak jual daging sebab sini jual freash seafood je :)

      Delete
  2. sedapnye haemultang
    tak sabar nak terbang ke sane

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lupa haemultang ni nama dia, tengkiu azra. Enjoy your holiday!!

      Delete
  3. haemultang ni biasa-biasa jer kat tekak aku...tapi aku tatau kenapa aku asyik rindu nak makan!
    pelik sungguh aku nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aku pun kureng cuma mmg lapar, jadi telan jelah apa yg ada :p

      Delete
  4. Tetiba ada link kat bawah kan. Aku nak gi Sokcho gak nanti tapi nak berwinter kat sana. Ateh, lahir musim sejuk ka .

    ReplyDelete