Bersambung dari sini.
Lepas dari berjalan-jalan sampai ke Station 1 kami naik tricycle untuk balik ke Station 2. Lebih tepat kami nak balik ke D'Talipapa market. Sebabnya, kami nak makan!
Tunggu tricycle pon tak lama sebab banyak. Siap pilih yang kosong lagi. Sebab macam tak yakin kami yang 3 orang besar-besar ni muat kalau ramai-ramai.
Sekali dah gerak tu, ramai la plak yang driver ni stop ambik orang. Muat plak tu. Terasa diri ini sangat kurus...
Sampai di D'Talipapa kami terus ke tengah market, ke pasar basah. Aktiviti membeli di pasar basah ni i'oll surrender awal-awal. Tunggu tepi je.
![]() |
Ayu membeli udang sambil kami tengok dari jauh..hahaha |
![]() |
Adabiiii...melazatkan... Adabiii....menyelerakan... |
Dah dapat apa yang dihajati (apa yang dimakan), kami pon gerak mencari kedai Halal di D'Talipapa Market.
Kedai #74.
Sebenarnya kedai ni kedai jual cenderahati, tapi masuk je kedai tu ada satu pintu kecik kat belakang tu bersambung terus ngan kedai makan tu. Kecik jelah ruangnya. Dari ruang kedai makan tu ada pintu lagi sambung ke belakang, tu rumah dia kot..hehe
Tak ingat dah kami suh dorang masak apa, tapi takde lah sedap mana. Kenyanglah bagi kami yang tengah lapar setelah penat beraktiviti harini.
Tapi ada yang best tu, tengah makan-makan tu tetiba bergelap. Blackout!
Semua dok diam-diam, seb baik ramai-ramai. Kalau tak aku memang takut...hahaha
Dok jap 5 minit camtu ada balik elektrik.
![]() |
Sebelum blackout. |
![]() | ||
Selepas blackout. Magik sungguh.
|
Pastu aku tengok dorang kedai ni kumpul ramai-ramai depan tv.
Macam serius, tapi sebab tak paham apa-apa pon kat tv tu, kami but don't know je la. Sambung makan.
Dah abes makan, kami keluar kedai. Tapi sebelum tu kami beli la dulu sebarang dua cenderahati nak dibawak balik.
![]() |
Kedai #74. Masuk kedai ni utk ke kedai makan halal kat pintu belakang. |
![]() |
Tu pintu oren kat blkg tu kedai makan Halal. Yang mamat singlet hitam ni tukang jual kat kedai ni. Dia mcam lembut2 sket. Eh lembut ke mengada-ngada? Tak boleh nak beza la..huhu |
Dari kedai #74 ni kami pegi kedai lain plak, pastu kedai lain plak.
Tetiba...
Prangggg!!!!
Hujan lebat ko..
![]() | ||
Hujan...
![]() |
Mula-mula kami dok je lepak kat kedai t-shirt situ, tapi bila pikir hujan lebat sangat ni, pastu hostel pon dekat je, kami pon pandang-pandang, angguk-angguk sesama sendiri.
Rempuhhh!!!
Berlarik la kami dalam hujan lebat tu ke arah pintu belakang D'Talipapa ke arah hostel kami duduk malam tu. Sampai hostel dah basah lenjun.
Masuk bilik, mandi, keringkan baju, solat pastu tido.
Serius penat.
Tu je aktiviti malam kami. Ingat nak g pantai layan tarian api oleh ladyboy tu semua. Tapi ngan hujan lebat camni aku tak yakin pon ada.
Sesungguhnya setelah seharian berpenat-lelah, nak-nak time hujan lebat ni tido adalah lebih nikmat...
Ye dok??