Hari ni hari last. Homesick sangat. Rindu kucing-kucing (walaupun aku tau dorang tak peduli pun kat aku) dan yang pasti rindu nasik lemak.
Tapi flight kami malam, so hari ni kami ada whole day nak jalan-jalan. Harini kami suruh driver tuktuk datang lewat sket sebab kami nak jalan-jalan kat bandar Siem Reap ni. Tanak dah naik beskal. Jiwa kental je naik beskal kat sini. Tapi pagi-pagi ni trafik tak la teruk sangat. Orang masih tidur lagi kot sebab hari Ahad.
 |
Jambatan semalam versi siang hari |
 |
Hotel tepi sungai |
Lepas tu kami singgah lagi Art Center, last minute shopping katanya. Susah jugak nak cari FM or keychain yang takde pengaruh temple-temple. Tapi nak buat macam mana memang tempat-tempat tu je yang fames. Dah tu takkan nak bagi kawan-kawan or famili kita gambar temple kan? Eh, ntah la. Opinion masing-masing. Aku jumpa jugak la souvenir berimage bendera Kemboja. Mahal sket la dari yang biasa. Takde choice tapi...
Pastu balik hotel dan check out. Sementera tunggu tuktuk kami yang sampai sudah tak tau nama tu kami pegi simpan beg kat lobi hotel.
Driver tuktuk dah sampai tu kami pegi lunch dekat restauran yang sama untuk 3 hari berturut-turut. Tapi since kami dah check out so tak boleh la tapau lagi. Makan je kat situ.
 |
Lembu import dari gunung berapi kat mana ntah, Indonesia barangkali. Tapi bukan lembu, lambu..hehehe |
 |
Ada free wifi tapi kena mintak password dulu |
 |
Dari luar restoren pas abes makan. Tunggu Ida pegi kedai runcit kat sebelah |
 |
Kawasan luar restoren. Masjid di hujung sana. |
Lepas makan kami cakap kat driver tuktuk tu kami nak pegi Tasik Tonle Sap. Keputusan ni dibuat setelah plan asal nak naik bot dari Battambang ke Siem Reap terpaksa dikansel sebab bot tak beroperasi kerana paras air yang menduka-citakan di musim kemarau ni. So kami buat la jugak trip ke Tonle Sap ni sebab nak jugak tengok mana air yang takde tu.
Dah takde macam mana nak tengok..
 |
Moh keluar bandar.. |
Masa cakap kat driver tuktuk tu cakap nak ke Tasik Tonle Sap dia sibuk la dok cakap " No water"..
Masalah jugak dia ni sebab memula ingat pandai la sket-sket cakap english. Rupanya haram.. 2, 3 patah perkataan je yang dia tau. Kalau bab-bab bercakap ni memang kena tunjuk peta tunjuk gambar semua. Tapi mostly akan end up aku naik marah..hahahaha
Tapi serius memang marah! Aku bukan ajak berdebate. Dah tak paham, pastu tanak follow pulak orang cakap. Sudahnya dia cakap bahasa die, aku cakap Melayu. Maybe sebab dia tanak pegi jauh-jauh kot. Nak pusing-pusing dalam bandar je.
Aku paksa jugak suruh dia follow plan untuk hari ni. Tapi sebenarnya Ida yang cakap kat dia sebab aku dah tensen.
Then kami pun start la perjalanan ke Tasik Tonle Sap. Takde lah jauh sangat pun. Dalam 15-20 minit je.
Dah nak sampai tasik tu kena lalu kawasan perkampungan. Dan dah nampak bukti air memang kering di sekitar tasik.
 |
Rumah bertiang tinggi |
 |
Kuil di atas bukit |
 |
Masjid dalam pembinaan |
 |
Sekolah terapung tapi sebab takde air so tak terapung la sekolah ni |
 |
Beza sekolah terapung dan klinik Red Cross sebelah kiri yang tak terapung |
Ada orang bagitau kalau musim hujan, kawasan ni akan dipenuhi dengan air dan susah nak nampak kawasan darat.
Bukan driver tuktuk kami yang bagitau. Sebab dia tak pandai cakap English..
Dah sampai kat Tasik Tonle Sap, nampak satu bangunan putih di kawasan tanah kosong. Apakah itu?
Sebenarnya kawasan ni pun dalam pembinaan jugak. Dorang nak komersilkan kawasan ni. So far yang dah siap adalah gate/pondok pengawal ni.
Walaupun takde lah siap sangat pun tapi ada jugak pengawal kat sini.
Bersambung..