Friday, 6 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 10

Bersambung dari Part 9

Sejam kami lepak bawah pokok. Bila difikirkan balik sampai bila nak duduk je situ. Walaupun masih pagi tapi panasnya toksah cerita la. Memang panas!

So bukak payung then, jom kita masuk Angkor Wat kali ke-2 untuk hari ni.

Orang bertambah lagi dua kali ganda. Bas-bas pelancong pun bertambah. Lepas check pass lagi, terus jalan kat jambatan ke Angkor Wat sambil berpayung..

Dah abes jambatan dan lintas bangunan depan untuk masuk kawasan Angkor Wat, payung Ida mengalami masalah teknikal, sebab angin kuat? 

Ke payung Maidin...hehehe

Disebabkan orang ramai dan panas, kami ikut laluan berbumbung. Pastu exit kiri. Duduk dan minum air.

Orang tadak stamina memang selalu letih..


Kami duduk mengadap bangunan ni dalam 10 minit camtu. Pastu baru nak gerak p. Tangga die tinggi mak ai.. 3 kali aku kot. Aku cuba panjat tapi dapat naik half je sebab curam sangat tangga die pastu dengan baju kurung lagi. Kalau pakai seluar pun aku takut aku boleh panjat je turun tak boleh..erkk

Yea, percubaan memanjat tangga ni aku buat sorang sebab Ida masih dalam mood tanak bergerak lagi..hehe
Lagi tangga cerun             
Sudahnya kami pusing belah tepi je dalam Angkor Wat tu. Sebelah luar. Bahagian ni takde ramai orang. Kawasan ni berumput dan boleh berjalan ditepi-tepi dinding yang bershadow.

Bahagian luar yang tak ramai orang
Kena panjat tangga ni untuk masuk bahagian dalam. Gambar Japanese lady dengan anak die yg patah tangan kiri. Buas anak die, aku tolong ambikkan gambar dorang tapi anak die tanak pandang kamera, jenuh dok pujuk.

Disebabkan kami jalan kat luar, bila dah masuk dalam memang dah hujung-hujung dah pun. Terus jumpa tangga nak naik tingkat atas.

           

Daki tangga yang tinggi tu, kali ni tangga ni dorang guna kayu. Bukan original tangga yang curam-suram tu. 

Mercu tanda Angkor Wat yang nampak dari kejauhan itu
View tinggi. Jauh jugak gatenya. Tasik besar langsung tak nampak. Yang bola kuning tu Hot Air Balloon
Dari atas tangga
Semua orang mencari tempat teduh
Dah turun tu memang tak tunggu lama terus keluar. Dah hampir tengah hari. Plan asalnya nak naik Hot Air Balloon tu. Siap dah riki harga dah. Sorang 15USD. Tapi sebab panas sangat membahang, yang ada dalam kepala otak masa ni nak mandi dan mandi dan mandi!

Driver tuktuk gelak je bila kami cakap tak jadi nak naik Hot Air Balloon tu.

Sebelum balik hotel, kami singgah dulu restoren semalam untuk tapau makanan. Memang dok tapau je keja kami ni sebab boleh rileks-rileks makan dalam bilik sambil tengok tv dalam keadaan dah mandi..eh


Order air bandung sementara tunggu makanan siap.

12 comments:

  1. Jea,
    Dah masuk part 10, byk entry JM tertinggal ni..perlu review semua yg dh lepas tu coz meybe next year nk ke sini

    Wah..panaas sgt eh..tgk semua berpayung..mesti lebih panas dari Msia..bulan berapa ni? ke mmg cuaca kat sana sentiasa panas dan kering?...byk pulak soalan hee

    ReplyDelete
  2. Tengkiu sudi baca JM.

    Pegi awal bulan 5. Cambodia recommended pegi Nov to Jan. Jangan pegi mid Sept to end Oct sebab musim hujan, kadang-kadang banjir. Sekian laporan cuaca Khmer..hehe

    ReplyDelete
  3. salam Jea
    thanks sudi dtg dan follow blog akak
    malu pulak bila tgk blog jea ni..jauh merantau..blog akka blog merapu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa elok la tu saya pun suka merapu jugak..hehe

      Delete
  4. Masa gi aritu, tempat yg ada tangga kayu x boleh masuk sbb dorang tgh buat baikpulih ke apa tah...rugi kalau x boleh gak tgk sekeliling. Kita org pon pergi bulan 5 tp pertengahan bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangga kayu tu kat belakang sekali. Masa kami datang tu bahagian depan die tengah renovate.

      Delete
  5. tu dia..air bandung di SR..glemer sungguhlah hahaha..

    ReplyDelete
  6. air bandung yg saya minum lain sikit...dia bg ais dalam gelas..pastu syrup dalam bekas lain...pastu air susu dalam tin...campurkan jadi la air bandung hahaha tp mmg sedap la...hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya suka tapi tak tahan dengan cuaca.. saya suka air tebu dicampur dengan limau nipis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak yang angin sepoi-sepoi bahasa tu boleh pegi hujung tahun. Tapi masa tu dikira peak season lah.

      Delete