Bersambung dari sini.
Bangun pagi macam orang tersampuk, lama sungguh tido semalam. Dari pukul 10 mlm pagi ni baru bangun. Memang nyenyak takde gangguan langsung. Faktor hujan lebat & keletihan.
Aku terus pegi bilik air, basuh muka dan seangkatan dengannya. Pastu ambik wuduk.
Mandi??
No..no..no..
Ayu dan Intan pon mamai2 terbangun. Aku cakap dorang aku nak keluar ambik angin pagi. Cari matahari terbit di subuh gajah ni.
Aku capai kamera dan terus keluar ke arah pantai.
Nyaman sungguh cuaca pagi ni.
Rise and shine! (#quote Dean Winchester..hihi)
Boleh tahan ramai gak orang pagi ni. Ada yang berjoging, jalan-jalan bersama keluar/kawan-kawan/anak-anak yang aku suspek semua tak mandi pagi lagi...hahaha
Kita geng!
Pastu aku gerak ke arah Station 1. Macam semalam. Aku macam malas nak ke kiri ke arah Station 3. Macam takde apa. Lagi pon aku nak tengok air surut kat Willy's Rock.
Jalan-jalan lagi pastu jumpa team naik bot ni tengah siap-siap nak berkayuh.
Layan gambo lah sila. I is malas ya amat!
![]() |
Lama minah tu kat atas, banyak nak betobat ke.. |
![]() |
Ni dorang tanggap anjing liar.. Sadis tengok. |
Balik hotel, Ayu & Intan dah siap balik dah berjalan-jalan tepi pantai. Tapi dorang pegi opposite dari arah aku pegi. Bayangkan betapa lama aku dah keluar. Tadi aku keluar tadi dorang masih diulit mimpi. Ni dah siap mandi & dah lawa2 pon.
Pastu dorang cakap nak g breakfast katgerai #74 tu. Ayu plak tunjuk gambar sand castle yang fames kat Boracay tu, So aku tak jadi ikot dorang breakfast. Aku nak pegi pantai belah sana plak.
Gigih kan..
Aku breakfast milo kotak je. Tu pon dah ok sangat dah, aku tak kisah sangat bab2 makan ni.
![]() |
Tricycle yang bawak kami ke jetty nak ke darat (tetiba plak ada gambo ni) |
Pastu aku tak jumpa pon sand castle ke hapa. Aku ada gak tanya guard hotel tepi2 pantai tu. Dia cakap sand castle ni akan diruntuhkan kalau ada sebab sand castle tu illegal kat Boracay ni.
Eh yeke.. Gitu illegal sebab apa? Ada orang penah jalan-jalan tepi pantai pastu terlanggar sand castle ni pastu patah kaki & dia saman majlis bandaran?
Tinggi imaginasi aku.
Tapi benda lain plak aku jumpa. Makcik-makcik tengah jual rantai & gelang dari seashell uoll!!
Meriah aku borong kat situ yang super duper murah lagi compared to kedai-kedai, sebab makcik2 tu bentang tikar je.
Dan menarik lagi makcik tu ada bakat lain!
Apakah???
Lama lah aku lepak kat tikar makcik tu..hahahaha
![]() |
Alicia Keys jatuh telaga yo! Makcik jual gelang rantai punya hasil tangan... |