Thursday 26 February 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 4) Halal Restaurant (Innwa), Yangon

8 Januari 2015

Lokasi Nilar Briyani ni agak strategik la senang nak jumpa. Memang full je memanjang. Mat saleh pun datang makan kat sini. Kalau nak ke Restoran Innwa tu kalau dari Nilar Briyani (mengadap Nilar Briyani gerak ke kiri).

Dalam Innwa ni order makan di kaunter lain, order minuman di kaunter lain. Tapi dalam restoran tu jugak la. Ada bakery jugak dalam tu. 


Bakery dalam kedai yang sama

Tapi aku macam pernah terbaca somewhere yang pekerja dalam ni non-Muslim. Ntah la kebenarannya. Makan tanpa rasa was-was walaupun tak sedap. Cop mohor Halal ada. Cop mohor wifi pun ada. Tapi dah sudah makan pun not connected.

Internet di Myanmar ni adalah sangat siput sedut. Kalau duduk di hostel-hostel murah (aku la tu) jangan harap nak ada internet dalam bilik. Pergi lobi pun belum tentu boleh connect. Kalau sangkut muka ko kat moden wifi tu In Shaa Allah, boleh.

Wifi katanya...
Nasi ayam Yangon..hihi

Beg aku yg plg didinding itu
Cubaan kami nak tinggal beg di restoran Innwa ni adalah total fail. Jadi kami angkut beg kami dan teruskan perjalan. 

Destinasi kami seterusnya adalah stesen Keretapi Yangon. Aku fikir elok jugak ni pegi stesen keretapi, boleh aku riki-riki Circular Train. 

Pernah aku plan nak naik feri ke Dala di Yangon ni. Tapi bila gugel macam takde apa pun di Dala. Cuma kawasan kampung. Kemudian tengok harga return feri untuk pelancong USD4. Terus cancel! Jimat selagi boleh.

Lepas tanya sorang local ni dia cakap stesen keretapi seberang jalan depan panggung wayang. Kami pun lintas siap-siap kemudian masuk ke dalam stesen keretapi yang dimaksudkan tu. Tepi gate tu ada gerai dan ramai orang tengah lunch. Kemudian tengok keadaan sekitar stesen.

'Awat kodi sangat stesen keretapi ni'

Kemudian baru aku teringat aku pernah baca di dalam blog Supermeng! 

Dia pun salah masuk jugak mula-mula tu. Nak pegi ke stesen keretapi yang dicari tu kena pergi di other side. Kena keluar balik kemudian jalan terus lagi sampai hujung. Kemudian naik jejantas/flyover untuk lintas landasan ke belah sana.

Gambar dari atas flyover nak ke station keretapi Yangon. Kami datang dari bangunan tiggi tu. Jauh kan jalan ngan beg berat.
Hazab sungguh rasanya bawak beg berat ni. Rasa nak berenti tepi jalan tu kemudian berlingkar situ barang sejam dua. 

Tapi tak sanggup. Air sireh dan ludah melata! Kalau berjalan tu sila lah pandang bawah demi sejahteraan sejagat.

Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke stesen keretapi yang kami cari. Kiranya turun je jejantas tu terus masuk ke stesen keretapi. Kat tengah tu ada meja staf keretapi kot. Aku dengan konfidennya tanya staf tu mana platform untuk ke Bagan. Kenkonon aku tanyakan onbehalf Zara & FF. Tapi sebenarnya aku tak tahan nak letak beg aku tu. Penat ya ampun!

Staf tu remindkan kami yang train tu pukul 4 petang (sekarang baru pukul 12 lebih waktu tempatan), kemudian dia tunjukkan arah platform. Kami pun turun ke arah platform.

Masuk dalam platform (walaupun aku takde tiket pun), letak beg, ringan rasanya doniya ini!

Ingat nak cari loker untuk simpan beg tapi haram takde. 

Duduk kejap kemudian aku pusing-pusing dalam tu, di hujung sikit tu ada tourist office. Ada pakcik dan makcik yang jaga. With limited english. Aku usha jadual circular train. Next train adalah pukul 1.15pm.

Ini sudah bagus. Aku pergi kaborkan pada Zara & FF tapi sebab kekangan masa (since full circular train adalah 3 jam!), dorang decided untuk lepak situ sampai naik train ke Bagan.

Sebelum tu aku pergi tandas dulu. Nak tukar baju yang dari semalam (dari Taiping) aku pakai tu. Kemudian barulah aku sedar, aku pakai sweater tak bukak-bukak.Patutlah rasa penat dan panas dua kali dari biasa!

Macam-macam alasan kan..

Nak masuk tandas yang super kodi ni pun kena bayar 200 kyat. 

Kalau nak cerita pasal tandas di Myanmar ni acceptable la kebersihan dia. Takde pun aku jumpa kisah ngeri dalam toilet. Yang bestnya mostly ada bidet. Kalau takde bidet, pasti ada besen dan gayung. Kiranya dorang ni pun style basuh-membasuh jugak la. 

Dah selesai tukar baju, aku ucapkan selamat jalan & terima kasih kepada pasangan Zara & FF kerana sudi terima aku jalan sama-sama di Yangon ni. 

Semoga nanti kita ada peluang lagi bertrip bersama-sama.

16 comments:

  1. Adoiii ko yg petite tu pun penat angkut beg..aku yg sebesar alam lagik la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masa tu dok congak2, 'balik ni kena beli beg trolly', gitu tak kental..

      Delete
  2. Salam Jumaat....
    salam ukhuwah dan salam singgah dari BUNDA...

    ReplyDelete
  3. kodi kan kan kan kan? belah depan je lawa. tu pun bangunan station tu. dalam dia hazab jugok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk pun was-was.. Rasa mcm sesuai jadi tukun je situ..hihi

      Delete
  4. Belum teringin nak ke Myanmar lagi... tapi mana tahu tetiba terbeli tiket... boleh rujuk kat sini...

    ReplyDelete
  5. style basuh membasuh gak deme ye..
    kat filipina style kering je...pili takdok paip takdok...harus lah wet tissue sesiap dalam henbeg tersedia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha janji berseyyy...

      kalau cenggitu wajib tahan sampai hotel la noh..hihi

      Delete
  6. Antara fav aku adalah bandingkan kebersihan toilet kat tempat aku gi ngan KK. Sebab diorang selalu cakap kat KK kotor sebab ramai PTI. Hampas sangat alasan.

    Tapi! Sonok ah kan ko mengomel beg berat itu ini, nengok ke beg husband&wife tu...aku tunduk jelah xnak cakap pape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bab2 toilet mmg sensitip...haha

      Beg aku tu terover bawak makanan yg tak makan :(

      Delete
  7. Alaaa lemah lutut dgr mkn halal yG ada kt sana xsodapp...hehe ok bgus toilet bersih n ada bidet...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh DJ ada yg sedappppp!!!

      Aku pon bukan food tester sangat, mkn asal kenyang but pastu aku makan kat Nilar Briyani tu sedap weh, jumpa chinese Penang kat GH pon dia carik Nilar tu.

      Delete
  8. ko makan inwa ke nilar?

    nilar boleh la...layan sedap gak...aku sekali je makan luar....yg lain semua makan kat bilik ehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nilar aku makan ms hari2 terakhir setelah kembali ke yangon. sedap jugak makan situ.

      aku pon bwk makanan yg halfnya tak makan pon tp stok megi aku habis!

      Delete