Thursday 24 March 2016

Jea ke Korea ~ Penginapan di Seoul, Korea Selatan - J Guesthouse, Sinchon

Kalau sesiapa yang nak datang ke Seoul tapi masih buntu nak buat pilihan tentang penginapan, boleh la try survey website dorang ni.


                                              


Boleh email dorang untuk bertanya dan untuk buat booking.

jguesthouse@jguesthouse.com

Lokasi

Lokasi J Guesthouse ni adalah di Sinchon (Line 2 Seoul Subway system)

- Yang bestnya adalah lokasi J Guesthouse ni senang yakmat nak mencarik. 5 minutes walk from Sinchon subway station. Exit 1. Follow je direction dalam map ni. Pejam mata pun boleh jumpa..haha
Keadaan muka bumi pun landai je tak payah mendaki.

- Berhampiran bus stop to/fro airport.

- Bagi yang nak naik train je dari airport, ambik train intercity, pastu tukar di Hongik University station. Dari Hongik university station, ambik line #2 (hijau). Satu station je dari Hongik University station.

Map taken from their website.
Kemudahan bilik


- Bilik ada Double/twin (bilik berdua), Triple (bertiga), Quad (berempat), dan jugak dorm (dorm lelaki dan perempuan berasingan).

- Yang best tu dalam bilik ada disediakan dapur (induction cooker), mesin basuh dan peti ais. Double room ada tv. Tapi kalau fasility ni ada yang takde kat bilik, jangan risua, kat common hall dia ada provide.

- Lantai heated. Best je bila pijak lantai time musim sejuk nih.

- Pintu bilik tak pakai access card. Semua pakai pin je. Tekan-tekan je nak masuk bilik. Tak payah risau terhilangkan access card atau kawan pegang kunci tapi kita balik dulu tapi takde kunci,eh..

- So far guesthouse yang aku penah duduk di Seoul, J Guesthouse ni la paling luas. Boleh tebar-tebar barang-barang keliling bilik..hihi

- Breakfast disediakan. Ada susu dan cereal, telur rebus, kalau nak telur goreng boleg request kat staff nak buat sendiri. Kopi dan teh. Toast dan jem.


Staffs

- Staff adalah da'boom! Baik gillers pastu semua cakap english dengan baik. Tak lokek ilmu.

Kawasan sekeliling

- Sinchon ni area Universities. Diantaranya Yonsei University, Sogang University, Ehwa Women University dan Hongik University. Boleh jalan kaki je melawat Universities ni semua. University kat Seoul ni semua boleh main masuk je sampai ke bilik kuliah pun. Takde pak/mak guard nak halau.

- Kalau dah ramai students tu kau bayangkan betapa meriahnya malam-malam kat area J Guesthouse ni. Tak payah tunggu malam minggu. Semalam hari Khamis, aku balik ke J Guesthouse tapi saja kona pergi belakang sebab aku dengar meriah sungguh situ. Rupanya ada shooting games apa ntah. Aku layan jap tapi sejuk nau, aku larik balik bilik.

- Ada Daiso besar di Sinchon Subway station exit 8


- Ada Hyundai Shopping store depan J Guesthouse (exit 1 Sinchon subway station) tapi aku tak penah masuk pun sebab tau tak mampu..

Yang putih tu Hyundai Dept Store. 
- Kat seberang jalan, dekat-dekat Daiso ada Spao. Masuk tapi tak beli apa pun sebab nak tengok anak-anak ikan aku si Exo. Tapi kenapa dorang dah remove posper dan board Lay ek, nak nak chow dari Exo dah ke..

Cafes around

- Tak payah cakap la memang banyak gillerrr cafes yang chumel2 kata area J Guesthouse ni. Kiri kanan depan belakang. 

- Kalau nak makan Yoogane, depan J Guesthouse ada satu Yoogane (boleh order menu Seafood fried rice), sedap lahai.. Sekepala cuma 4500 won. Aku makan sorang je aritu. Ahjumma jaga kedai tu punya lah baik. Dia tengok aku sejuk, dipeluknya aku..haha Siap terus tanya, 'Malaysia?' mesti ada cop kat dahi aku..hihi

Yoogane depan park di J Guesthouse Sinchon
Gambar-gambar kat bawah ni aku ambik dari web dorang


Double room
Dorm dia lebih kurang capsule. Privacy la sket


Triple room
Toilet dalam bilik.

20 comments:

  1. menarik jugak guesthouse ni.Boleh di cuba akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah menarik. Sila la cuba utk next trip :)

      Delete
    2. CC..ada trip ke Seoul lagi ek?

      Delete
  2. wah berkenan dengan double room dia. kemas , lengkap dan cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kemas..

      Boleh try next time dtg seoul

      Delete
  3. Jea..ri tu stay blik yang mana..berapa harga..malas nk klik link tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dok bilik murah je. dorm. mls nak upload gambar bilik..haha

      Dorm 2ok. double/twin room 70k won

      Delete
    2. saya masih kat sini JM. ada apa2 nak tlg tanyakan, nanti sy boleh sampaikan.

      Delete
    3. Perghh..Jea..so ni life update lah ni...bila nk balik..jelez nii..psst..kim salam kat 'kwangsoo'...ur kwangsoo tau bukan SAAD ;p

      Delete
  4. macam best jer duduk situ Jea..=)

    dulu pernah ke hyundai dept store ni sbb nak g terjah SBS building tp x pasti klu yg dalam entri ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..aku pun x pasti tmpt yg sama ker tidak..yg kta org pergi tu SBS mokdong area

      Delete
    2. byk sgt kot branch hyundai dept store ni kan.tengok mcm sama jer semua..=)

      sblm ni kta org ke Bangunan HQ SBS di Mokdong - berhenti di Omokgyo Station (Line 5).Ambil Exit 2..ini yg betul la

      Delete
    3. jauh tu, bukan hyundai dept store yg ni.

      Delete
  5. Salam maaf nak tnya...Yoogane tu mmg btul2 depan j gueshouse tu ke ?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete