Edisi menyampah datang lagi..
Kali ni moh kita ke Krabi pulak.
Anda suka berkayak? Kalau tak suka takpe, boleh tunggu kat jeti sambil rakan-rakan yang lain berkayak.
Saya suka berkayak jadi setelah satu aktiviti di Krabi yang saya nak buat tidak mendapat sokongan orang ramai mahupun rakyat tempatan, saya pergi ke travel agent bawah hotel saya (seberang jalan berhadapan Starbuck Aonang).
Saya? Sila jangan jadi hipokrit..
Edisi menyampah nak cerita pasal berkayak di Ao Thalane. Aku dan kawan aku ambik halfday berkayak. Harga tak ingat tapi kurang dari RM50. Kalau ambik pakej fullday, setelah berkayak dorang akan bawak pergi naik gajah.
Dah setengah hari berkayak memang tak lalu dah nak naik gajah lagi dah. Fikir-fikirkan kalau stamina ditahap paras buku lali macam aku ni..
Faktor usia lagi...
Kami turun awal sejam dari bilik hotel untuk breakfast. Hotel budget kami ni tak provide breakfast jadi pandai-pandailah carik sendiri. Tapi hotel ni provide 2 botol air mineral (yang macam botol masuk air kat hospital tu) setiap 2 hari.
#nasiklemakplizz
10 minit sebelum waktu yang dijanjikan kami dah terpacak depan travel agency berkenan.
Ko jangan buat main-main masa dengan aku! Aku punctual tau! ****pffffftttt
Takde sapa lambat pun..
Datang satu van pick kami pastu bawak ke travel agency yang manage tour haritu. Kami tunggu jap kat situ pastu datang satu jeep ke lori kecik ntah. Kat belakang tu dah penuh orang. Jadi driver suh kami duduk kat dalam (seat belakang driver). Nasiblah dok depan, dapat ekon..hahaha
Jeti
Dah sampai kat jeti kami di groupkan. Dalam group kami ada 2 couple Malaysian Chinese. 1 couple chinese jugak tapi bukan Malaysian. Ntah dari mana tak tahulah sebab dorang tak campur orang lain. Dok cakap chinese sesama sendiri je. Even 2 couple Malaysian Chinese tadi pun tak layan dorang. Lagi 2 orang adalah adik beradik dari Korea. Kebetulan sangat sebab kami jumpa Korean ni kat Blue Pool semalam. Kenapa boleh ingat Korean ni kat Blue Pool? Sebab Blue Pool tu nak trekking dari Emerald Pool adalah sangat skerry the merry jalan kat hutan-hutan (ada trek kayu la). Dah la aku trek tak pakai kasut sebab pas mandi terus pegi naik ke Blue Pool. Kat Blue Pool ni ada Korean ni dengan family dari Indonesia je.
Sebenarnya ada budak kecik Siam ikut kami rapat-rapat dalam hutan tu sebab family dia slow sangat tapi ntah la mana dia pegi pastu.
Eh cite pasala Blue Pool ke berkayak ni?
Kembali ke Ao Thalane, kami di ajar macam mana nak berkayuh, nak stop dan pusing. Kejap je 10 minit camtu. Pastu cepat pilih kayak!
Aku nak warna pink!
Harap maaf permintaan anda tidak dilayan...
Yang warna merah tu trek untuk berkayak for today.
Sepatutnya kalau tengok peta tu kami akan pusing (masuk dalam mangrove sekali dan kembali ke jeti). Tapi sebab-sebab apa ntah yang aku dah lupa, kami akan masuk halfway je dalam mangrove tu kemudian patah balik laut untuk ke jeti.
Kalau tanya aku mana best berkayak kat Mangrove ke kat lautan, mesti la kat laut sebab aku takut buaya!
Hoi gila ke tak takut buaya..
Ada ke buaya kat Ao Thalane tu?
Alhamdulillah, so far aku tak dengar cerita plak ada yang jumpa buaya.
Tengok ikan katanya Gua bukti ada orang penah tinggal kat sini. |
Stop agak lama kat sini sebab jalanraya jem
Tour guide kami a.k.a kadangkala jadi jurugambar
Nak masuk kawasan mangrove
Stop jap tengok formation batu-batuan. Kami stop kat tengah-tengah sebab kawasan ni air cetek.
Kalau berkayak kat kawasan mangrove ni arus air tenang je jadi senang la nak berkayuh. Cuma penat sket bila dah keluar ke kawasan laut sebab nanti on the way balik ke jeti kena lawan arus.
Kalau yang berkayuh slow pun takpe nanti guide tu tunggu. Dia akan make sure semua ada dan berkayuh dalam kumpulan.
Kalau kami yang selow the melow ni pun boleh, anda pasti boleh!
Lepas balik, mandi dan lunch nasik Patrick Star
Best jugk berkayak ek..tapi tak pernah cuba..boleh ke nanti..kang tak gerak2 sampan tu..
ReplyDeletePatrick star!! sib baik bukan spoungebod..kalau tak mesti tak abis mkn :-)
Yg pakai cap n steday tu mesti mamat korea kan..ahaha..JM ni pantang kalau mamat koya..meroyan
In Shaa Allah boleh JM. Yang penting boleh kayuh..hehe
DeleteAah tu la adik beradik Korea.
I like this entry...
ReplyDeletei like this entry too...haha
Deleteaku pun suka berkayak tapi dah lama tak main..huhu
ReplyDeleteko brani yeh tak pakai life jacket? hihi
aku pun dah lama tak berkayak..mana nak jumpa kayak..huhu
Deletehahaha teror dak aku tak pakai life jaket? air cetek je Nana. kayak sangkut kat batu boleh turun betulkan..hahahaha
Best nyer dia berkayak kesana sini hehehee.. :D
ReplyDeleteBelum pernah cuba but suka untuk mencuba.. lagi2 tempat2 menarik mcm ni :D
Harus cuba. Macam nek beskal camtu..hehe
DeleteTempat mmg lawa, ada beberapa route utk bkayak boleh cuba kat Krabi ni. Ofkos kami ambik yg paling senang ;p
Insyallah akan cuba try nanti :D
DeleteNak kayak jugakkkk
ReplyDeleteKu berkayak di lautan tidak bertepiannnn
Best2. View cantik. Price pon ok hee
tq info berguna :) :) :) , tapi nak komen sikit boleh. hihi. kalau boleh tukar background colour blog ni. sbb hitam ni berpinar mata baca.
ReplyDelete