Update!
Restoren ni dah tutup. Last saya pergi Nov 2014, saya tengok pun dah tutup. Tak sure tutup selamanya atau renovation.
Kalau nak tau saya makan kat mana di Sokcho setelah tahu restoren ni tutup, sila emel ke jeasuju@gmail,com. In Shaa Allah nanti saya boleh tolong sket2 mana nak makan.
**************************************************************************
Kali ni aku nak cerita pasal tempat makan halal pulak kat Korea Selatan. Atau lebih tepat kat bandar Sokcho.
Lepas kami habis bersorak di Seoraksan (betul tak ejaan ni?hehe). Kami tunggu bas bernomber 7 atau 7-1 untuk pulang ke hostel. Mulanya kami ingat nak ambik teksi dari hostel ke restoren ni tapi bila on the way dalam bas, ahli jemaah ternampak landmark untuk ke kedai makan ni. Tapi disebabkan meeting spontan, kami terlajak pitstop. Jadi bas berenti agak jauh dari landmark (takde bus stop paling hampir lepas landmark). Kami kemudian tahan teksi dan AJK makanan yang bertanggungjawab tunjuk gambar landmark kat Ahjussi teksi tu.
Tapi Ahjussi tu tak tahu katanya.. yeke...
"Takpe-takpe, nanti kami tunjuk", sungguh dia cakap Melayu dengan Ahjussi tu.
Apa kah landmark untuk ke restoren Halal di Sokcho ni?
Ini dia..
Ini haa landmark kasut, eh bangunan berbentuk kapal
Restoren halal ni berada disebeah kiri bangunan berbentuk kapal ni. Yang aku letak anak panah hijau tu lah restoren halal. Aku rasa bangunan berbentuk kapal ni adalah hotel. Tempat ni agak jauh dari Abai Village jadi lebih baik naik teksi. Simpan siap-siap gambar bangunan bentuk kapal ni dalam henpon ke tab ke nanti boleh tunjuk kat driver teksi.
Tapi kami hari tu jumpa bangunan berbentuk kapal ni masa on the way balik dari Gunung Soarak (ejaan macam lain pulak, yang belum tentu betul..huhu). Tak tahulah masa ke Soarak tu tak lalu kawasan ni ke ataupun kami tak perasan sebab dok tengok laut. Kawasan ni bertentangan dengan laut. Nampak masa balik je..hehe
Meh nak tunjuk arah kami dari Soaraksan tu. Yang anak panah hijau tu arah bas dari Soaraksan. Nanti bas akan stop kat traffic light. Make sure tengok belah kiri. Mesti nampak bangunan bentuk kapal tu. Kalau dah nampak kapal ni terus tekan loceng cepat-cepat. Sebab kalau dah terlepas bus stop ni, bus stop yang seterusnya agak jauh. Kena naik teksi macam kami...
Dah tekan loceng, bas brenti boleh lintas jalan kat anak panah biru (Korea drive bertentangan dengan kita). Sila guna lampu isyarat untuk lintas jalan sebab sini jalan agak besar dan sibuk.
Meh aku ulang balik gambar bangunan kapal ni. View ni adalah dari depan.
Meh tengok dari depan restoren plak.
Anak panah kuning : Pintu masuk ke restoren.
Anak panah biru : Restoren. Kena naik tangga ke atas. Makanan adalah dari bawah guna lift makanan kat dinding.
Bulatan hijau : Logo Halal
Tangga ke restoren
First floor ada tempat untuk Solat. Untuk makan naik lagi satu anak tangga.
Inilah tempat makan kat atas tadi, boleh refer balik anak panah biru.
Cantikkan view ni? Sambil makan sambil tengok laut. Memang marbeles! Masa kami datang ni tempat ni kosong, jadi layanan memang superb! Tapi sebab ada language barrier jadi hanya ada gelak ketawa lah saja. Sukalah dapat makan, kann..
Kami ambik menu steambot. Fresh seafood. Steambot ni ditabur dengan serbuk kari. I sooo cannot masuk. Rasa nak terkeluar balik pun ada.
Takde sambal belacan!
Menu lain pun raw-raw je semuanya.
Takde daging dalam menu. Mungkin sebab aku ni jenis picky (read ; perut Melayu), aku takde lah makan sangat steambot tu. Sotong dia memang fresh gila sampai kulit ke isi perut semua tak buang.
Tapi aku jelah banyak komplen. Kawan-kawan aku makan elok je.
Steambot. Tak ingat lah yang ni yang kecik ke yang besar. Kecik rasanya..
Tapi side dish die memang aku tibai abes..haha
Tak lalu makan katanya..hehe
View masa makan memang awesome hokeyy..! Kalau tak kenyang dengan makanan mesti boleh kenyang dengan tengok pemandangan.
Cepat makan pastu AJK makanan bayar pastu meh kita lintas jalan ke seberang.
Donghae, my fav Suju member!
Ada apa kat seberang jalan?
Ada lautlah..
Ada couple duyung...
Ada ombak..
Ada Ahjumma yang baik hati nak tolong ambikkan gambar kami. Dia yang offer nak ambikkan. Berkeping-kepinglah jugak. 360 darjah view ambik gambar.
Baik benor ko ni makcik!
wah udang dia besor2, steamboatnya nampak sedap je makanan laut yang segar dari ladang.
ReplyDeleteTapi bercanda di pantai lagi syiok
Mmg fresh, ada akurium kat depan kedai.
DeleteLagi best kalau dpt mandi, tapi nasib la dah mandi hujan je aritu..huhu
Tempat makan yang menarik dan sungguh menarik.. huhuuu..
ReplyDeleteBtw jea ko ni ada private jet ker.. macam chipsmore jer hahahaa.. kejap sini kejap sana hahahaha :D
Menarik dan tertarik..kann
DeleteKak ros je ada jet..hehe Ni trip last autumn.
kalau aku tanya bile last pijak Malaysia boleh tak hahahahaa :D
DeleteHoiii...!!!!
DeleteMalaysia dihatiku....
Hahahaa... jangan marah bu'' kihkhihkhhh
DeleteTerbaek..tapi lagi terbaek kalu jea dpt listkan costingnye utk rujukan kawan2 yg berhajat nk melancong ke negara k-pop
ReplyDeleteTak pandai lah nak kira kos2 ni. tapi kalau sanggup turun naik bas/lrt murah lah sket dari pegi ngan travel agent.
DeleteAbg Zul, #kekoreakekita? hehehe
interesting.. next time g sana leh try :)
ReplyDeleteAda trip lagi kan kat sana, silalah try kalau kena dgn anak tekak..hehe
DeleteHoyee dpt 1 lg tempat mknan halal sambil catit dlm buku nota kecik nk rujuk katanya, ehh bila pulak ke koya ni bukan ke baru blk bromom kan. Fenin sudah jm :-)
ReplyDeleteRasanya Sokcho ni ada dalam travel list JM untuk tahun ni kan? hehe
DeletePegi Korea last autumn, malas nak tulis step by step jadi tulis bila rajin je.. ;p
hahaha..sexy nye duyungg...
ReplyDeleteAutumn ni jgn lupa melawat duyung sexy ni..hahaha
DeleteRestoran ilchubong ni dh brpindah
ReplyDeletepindah ke mana plak..sy br nak pi CNY ni.hihi
DeleteMaaf tak update tapi mmg dia tutup last year (Nov 2014). Kalau nak tau nak makan kat mana di Sokcho ni boleh emel saya jeasuju@gmail.com. nanti saya bgtau nak makan kat mana di Sokcho. Malas nak tulis kat blog..huhu
Delete