8 Januari 2015
Masih di hari pertama, jadi bertabahlah.
Aku yang hilang sabar nih..
Sampai kat kaunter aku pun bagitau yang aku ada booking melalui FB JJ Express dan dorang check nama aku then aku buat payment. Sesambil tu ada sorang staf kat luar kaunter ni tetiba lekatkan sticker kat lengan kiri sweater aku. Kenkonon mesra sangat la kan sampai guna 2 belah tangan tampal sticker.
Sepantas kilat aku terus toleh.
Tekezut jugak lah masa tu ingat dia buat apa kan..hahaha
![]() |
Kopi dan sticker |
Then dorang cakap awal lagi ni, masa tu belum pun pukul 8 malam. Jadi dorang suruh aku duduk dulu tunggu. Haa tunggu la kau sampai pukul 9.30 malam.
![]() |
Couple mat saleh ni dengan kain pelikat tu je kehulu kehilir macam orang tak betul je nengok. |
Sebab aku penat, jadi aku memang duduk lah kat situ tak gerak-gerak. Dekat Aung Mingalar Terminal ni ada satu pagoda/temple berhampiran. Kat seberang jalan. Ada mat & minah saleh yang pegi melawat untuk kill the time. Tapi aku pandang sepi jelah. Lagipun malam kan, bukak lagi ke. Cuma nak ambik gambar tu lawa lah warna gold pagoda tu kena cahaya lampu.
Pagoda ni boleh jugak jadi landmark kalau nak tau dah sampai ke Aung Mingalar bus terminal. Serius aku tak ingat apa nama pagoda ni, kat sana tu ingat lagi. Dah balik memang harus ku lupakan lah..
![]() |
Bas JJ Express berbackground pagoda di seberang jalan |
Agak ramai orang jugak malam ni kat office JJ Express ni. Belum tengok customer dengan syarikat bas lain plak yang kat dalam area terminal ni. Tapi aku memang tak pegi tengok pon. Mode malas on..
Kat belakang aku ada sorang minah local ni. Dia pun tunggu bas jugak. Kami jadi kawan jaga beg untuk malam tu. Bila aku nak pegi toilet, aku bagi isyarat suruh dia tengokkan beg aku, kalau turn dia nak pegi toilet, nanti dia cuitkan bahu aku suruh tengokkan beg dia plak. 2 trip each to the toilet..hahaha
Minah ni aku tak tahu la nak pegi mana, sebab dia tak pandai speaking so tak leh nak beramah mesra. Pastu aku dah naik bas pun dia masih kat situ lagi.
Lepas tu ada sorang staf ni bancuh kopi dan edarkan kat semua orang dalam tempat menunggu. Terbaik sungguh service dorang ni.
![]() |
Staff2 JJ Express ni semua. Yang bagi belakang tu stewardess bas yang aku naik. |
Kemudian bas pun sampai, sapa-sapa nak letak beg kat bahagian bawah korang kena cakap siap-siap masa kat kaunter tu. Nanti dia tag beg tu dan bagi satu copy untuk simpanan. Kemudian nanti dorang yang akan load beg tersebut. Dah sampai destinasi bagi copy tag tu baru boleh claim beg anda.
Sebab beg aku kecik je (tetiba kecik plak kan, wahal macam nak terbalik mengangkut ke seluruh Yangon arini), aku bawak naik atas je.
Sekali tengok bas, walawey!!
Hebat sangat!
![]() |
Seat yang luas dan selesa. Dapat selimut lagi. |
Seat 2-1, each seat ada selimut (yang bersih, takde bau), dan yang paling best, setiap seat ada screen tv kecik. Ada 6 saluran! 3 saluran movie sahaja! Mula-mula tu aku ingat nak tido bila naik bas, tapi aku layan movie dulu. 3 movie serentak! hahaha
![]() |
aku masuk tv! |
Aku guna earphone sendiri. Kalau tak bawak boleh mintak headphone kat stewardess bertugas. Eh, lupa nak cakap, setiap bas ada stewardess!
Awesome sangat kan.
Bila bas bergerak stewardess ni pegang mic buat ucapan alu alukan, dalam bahasa dia. Kemudian baru cakap in english. tapi yang peliknya bahasa dia berjela-jela panjang. Bahasa Inggeris dia sebaris je, pastu thank you.
Sebahagian penumpang adalah rakyat Myanmar itu sendiri. Jangan main-main dorang ni, kalau dah kaya sangat tu dia beli 2 seat terus!
Dah abes movie aku baru lelap. Tetiba dalam pukul 12 tu bas berenti kat satu kawasan rnr. Luas kawasan tu dan banyak bas park kat situ. So takde lah takut pun sebab ada berderet restoren dan orang pun boleh tahan ramai.
![]() |
Kawasan parking bas |
![]() |
Toilet kat lorong tengah tu. |
Aku pun turun ikut orang dalam mamai-mamai tu. Nak pegi toilet. On the way ke toilet tu aku perasan restoren belah kiri nak masuk lorong ke toilet tu ada ramai muslimin & muslimah tengah makan. Kat meja luar pun ada jugak. Jadi aku assume situ boleh makan la kot.
![]() |
Kedai makan di area rnr (gambar dari arah toilet). Yang perempuan pakai sweater hitam tu stewardess JJ Express jugak tapi bas lain. |
Tapi aku tak makan pun walaupun bas berenti agak lama kat situ. Aku cuma pegi toilet je. Dan seperti biasa kebersihan toilet tak mengecewakan.
![]() |
Ni bas aku naik. Ni aku cover ambik gambar sebab silap pintu nak naik. Biasalah pintu kat tempat kita belah kanan kan..hehe budget nak ganti driver kot aku nih.. |
![]() |
Lampu neon tu sign toilet tapi aku tak perasan pun mula2 tu. Jenis follow je crowd dalam mamai2 tu. |
Kemudian aku terus naik bas. Bukak tv tengok semua saluran macam tak best je. Kemudian stewardess datang kat sorang-sorang tanya nak air oren ke kopi.
Rasa macam kat kedai makan, wahal aku masa tu dah siap berbungkus ngan selimut nak sambung tido.
Disebabkan kopi tadi aku minum sedap aku request kopi lagi. Ada orang kalau minum kopi tak boleh tido kan. Tapi aku kalau nak tido, takde apa yang dapat menghalang..hehe
![]() |
Kopi atas bas |
Dah abes minum aku pulangkan balik cawan kertas tu dan bergelumang dalam selimut. Tapi tak lama lepas tu stewardess tu edarkan satu kotak bersama air botol mineral. Dalam kotak tu ada satu cheese cake dan satu roti. Dalam roti tu ada sosej. Tapi aku tak perasan masa tu, esok pagi masa kat Mingun (Mandalay) baru aku nampak sosej dalam roti tu.
![]() | ||
Bekalan dari JJ Express
|
Aku simpan je kotak dan air botol tu dalam beg sebab aku nak sambung tido.
Tak lama kemudian bas pun bergerak menuju destinasi.
Bas ada berhenti lagi di satu lagi rnr tapi aku tak turun pun kat sini sebab tido yang tak dapat dikawal lagi. Jadi aku tak tahu apa jadi kat sini.
Tau-tau pukul 5.30 pagi, bas pun bergerak perlahan memasuki kawasan parking.
Akhirnya, hari KEDUA!
--------------------------
Info bagi sapa yang bercadang nak menggunakan perkhidmatan JJ Express, anda boleh pm dorang directly ke facebook JJ Express.
Nah jadual bas.
Bas yang aku naik Yangon ke Mandalay - 9.30 malam (First class).
Harga 18,500 kyat.
Kalau business class murah sikit (11,000 kyat).
Bila pm kat facebook dorang jangan expect direct reply. Maybe esoknya baru dia reply, atau lusa..hehe
Bersabarlah yea, jadi sila book awal. Aku book sebulan awal, jadi dapat seat no 3. Selesa bangat!
Bayar kat kaunter once dah sampai pastu ti dorang bagi tiket.
![]() |
Cover tiket & tiket |
![]() |
Rules & regulation |
Later baru aku tahu, half harga tiket tu adalah bayaran service tip top yang kau terima sepanjang perjalanan tu.
Memang berbaloi-baloi!
![]() |
Jangan salah gugel..hehe |