Tuesday 17 March 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 7) Perjalanan Yangon ke Mandalay dengan JJ Express

8 Januari 2015

Masih di hari pertama, jadi bertabahlah.

Aku yang hilang sabar nih..

Sampai kat kaunter aku pun bagitau yang aku ada booking melalui FB JJ Express dan dorang check nama aku then aku buat payment. Sesambil tu ada sorang staf kat luar kaunter ni tetiba lekatkan sticker kat lengan kiri sweater aku. Kenkonon mesra sangat la kan sampai guna 2 belah tangan tampal sticker. 

Sepantas kilat aku terus toleh.

Tekezut jugak lah masa tu ingat dia buat apa kan..hahaha

Kopi dan sticker 
Then dorang cakap awal lagi ni, masa tu belum pun pukul 8 malam. Jadi dorang suruh aku duduk dulu tunggu. Haa tunggu la kau sampai pukul 9.30 malam.

Couple mat saleh ni dengan kain pelikat tu je kehulu kehilir macam orang tak betul je nengok.
Sebab aku penat, jadi aku memang duduk lah kat situ tak gerak-gerak. Dekat Aung Mingalar Terminal ni ada satu pagoda/temple berhampiran. Kat seberang jalan. Ada mat & minah saleh yang pegi melawat untuk kill the time. Tapi aku pandang sepi jelah. Lagipun malam kan, bukak lagi ke. Cuma nak ambik gambar tu lawa lah warna gold pagoda tu kena cahaya lampu.

Pagoda ni boleh jugak jadi landmark kalau nak tau dah sampai ke Aung Mingalar bus terminal. Serius aku tak ingat apa nama pagoda ni, kat sana tu ingat lagi. Dah balik memang harus ku lupakan lah..

Bas JJ Express berbackground pagoda di seberang jalan
Agak ramai orang jugak malam ni kat office JJ Express ni. Belum tengok customer dengan syarikat bas lain plak yang kat dalam area terminal ni. Tapi aku memang tak pegi tengok pon. Mode malas on..

Kat belakang aku ada sorang minah local ni. Dia pun tunggu bas jugak. Kami jadi kawan jaga beg untuk malam tu. Bila aku nak pegi toilet, aku bagi isyarat suruh dia tengokkan beg aku, kalau turn dia nak pegi toilet, nanti dia cuitkan bahu aku suruh tengokkan beg dia plak. 2 trip each to the toilet..hahaha

Minah ni aku tak tahu la nak pegi mana, sebab dia tak pandai speaking so tak leh nak beramah mesra. Pastu aku dah naik bas pun dia masih kat situ lagi.

Lepas tu ada sorang staf ni bancuh kopi dan edarkan kat semua orang dalam tempat menunggu. Terbaik sungguh service dorang ni.

Staff2 JJ Express ni semua. Yang bagi belakang tu stewardess bas yang aku naik.
Kemudian bas pun sampai, sapa-sapa nak letak beg kat bahagian bawah korang kena cakap siap-siap masa kat kaunter tu. Nanti dia tag beg tu dan bagi satu copy untuk simpanan. Kemudian nanti dorang yang akan load beg tersebut. Dah sampai destinasi bagi copy tag tu baru boleh claim beg anda. 

Sebab beg aku kecik je (tetiba kecik plak kan, wahal macam nak terbalik mengangkut ke seluruh Yangon arini), aku bawak naik atas je.

Sekali tengok bas, walawey!!

Hebat sangat!

Seat yang luas dan selesa. Dapat selimut lagi.
Seat 2-1, each seat ada selimut (yang bersih, takde bau), dan yang paling best, setiap seat ada screen tv kecik. Ada 6 saluran! 3 saluran movie sahaja! Mula-mula tu aku ingat nak tido bila naik bas, tapi aku layan movie dulu. 3 movie serentak! hahaha

aku masuk tv!
Aku guna earphone sendiri. Kalau tak bawak boleh mintak headphone kat stewardess bertugas. Eh, lupa nak cakap, setiap bas ada stewardess!

Awesome sangat kan.

Bila bas bergerak stewardess ni pegang mic buat ucapan alu alukan, dalam bahasa dia. Kemudian baru cakap in english. tapi yang peliknya bahasa dia berjela-jela panjang. Bahasa Inggeris dia sebaris je, pastu thank you.

Sebahagian penumpang adalah rakyat Myanmar itu sendiri. Jangan main-main dorang ni, kalau dah kaya sangat tu dia beli 2 seat terus!

Dah abes movie aku baru lelap. Tetiba dalam pukul 12 tu bas berenti kat satu kawasan rnr. Luas kawasan tu dan banyak bas park kat situ. So takde lah takut pun sebab ada berderet restoren dan orang pun boleh tahan ramai. 

Kawasan parking bas
Toilet kat lorong tengah tu.
Aku pun turun ikut orang dalam mamai-mamai tu. Nak pegi toilet. On the way ke toilet tu aku perasan restoren belah kiri nak masuk lorong ke toilet tu ada ramai muslimin & muslimah tengah makan. Kat meja luar pun ada jugak. Jadi aku assume situ boleh makan la kot.

Kedai makan di area rnr (gambar dari arah toilet). Yang perempuan pakai sweater hitam tu stewardess JJ Express jugak tapi bas lain.
Tapi aku tak makan pun walaupun bas berenti agak lama kat situ. Aku cuma pegi toilet je. Dan seperti biasa kebersihan toilet tak mengecewakan.
Ni bas aku naik. Ni aku cover ambik gambar sebab silap pintu nak naik. Biasalah pintu kat tempat kita belah kanan kan..hehe
budget nak ganti driver kot aku nih..
Lampu neon tu sign toilet tapi aku tak perasan pun mula2 tu. Jenis follow je crowd dalam mamai2 tu.
Kemudian aku terus naik bas. Bukak tv tengok semua saluran macam tak best je. Kemudian stewardess datang kat sorang-sorang tanya nak air oren ke kopi.

Rasa macam kat kedai makan, wahal aku masa tu dah siap berbungkus ngan selimut nak sambung tido.

Disebabkan kopi tadi aku minum sedap aku request kopi lagi. Ada orang kalau minum kopi tak boleh tido kan. Tapi aku kalau nak tido, takde apa yang dapat menghalang..hehe

Kopi atas bas
Dah abes minum aku pulangkan balik cawan kertas tu dan bergelumang dalam selimut. Tapi tak lama lepas tu stewardess tu edarkan satu kotak bersama air botol mineral. Dalam kotak tu ada satu cheese cake dan satu roti. Dalam roti tu ada sosej. Tapi aku tak perasan masa tu, esok pagi masa kat Mingun (Mandalay) baru aku nampak sosej dalam roti tu.

Bekalan dari JJ Express

cheese cake & roti
Aku simpan je kotak dan air botol tu dalam beg sebab aku nak sambung tido. 

Tak lama kemudian bas pun bergerak menuju destinasi.

Bas ada berhenti lagi di satu lagi rnr tapi aku tak turun pun kat sini sebab tido yang tak dapat dikawal lagi. Jadi aku tak tahu apa jadi kat sini.

Tau-tau pukul 5.30 pagi, bas pun bergerak perlahan memasuki kawasan parking. 

Akhirnya, hari KEDUA!

--------------------------

Info bagi sapa yang bercadang nak menggunakan perkhidmatan JJ Express, anda boleh pm dorang directly ke facebook JJ Express

Nah jadual bas.


Bas yang aku naik Yangon ke Mandalay - 9.30 malam (First class).

Harga 18,500 kyat. 

Kalau business class murah sikit (11,000 kyat).

Bila pm kat facebook dorang jangan expect direct reply. Maybe esoknya baru dia reply, atau lusa..hehe

Bersabarlah yea, jadi sila book awal. Aku book sebulan awal, jadi dapat seat no 3. Selesa bangat!

Bayar kat kaunter once dah sampai pastu ti dorang bagi tiket.

Cover tiket & tiket
Rules & regulation
Later baru aku tahu, half harga tiket tu adalah bayaran service tip top yang kau terima sepanjang perjalanan tu.

Memang berbaloi-baloi!

Jangan salah gugel..hehe

21 comments:

  1. tiba2 rasa macam naik flight..terbaik dapat kopi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. amboi smkan ngn flight plak ko. tp aa kalah kat seat tegak 90 darjah..hihi

      Delete
  3. wah menarik ni...selesa rupanya long journey bus kat sana eh....hehehe cpt2 apa ko buat kat mandalay tuuu...awat takpi terus bagan...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa sgt, tmbah2 tu overnight bus mmg nak membuta tu takde mslh..

      aku pegi mandalay dulu br g bagan.

      Delete
  4. Woiii...siap bancuh kopi uolsss

    ReplyDelete
  5. best betol JJ express ni...

    aah kene besabar tunggu dia reply...mmg 2hari kemudian baru dapat jawapan :)

    dah balik KL baru aku rasa rugi x keluar yangon...stay yangon mmg bosan....tiap kali beli tiket flite aku x habis study hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best, naik overnight bus plak tu lena tdo..

      kan, arini pm, esok balas, tulis lg, 2 hari pastu br balas balik..hahaha

      aku pun bc2 gitu pastu printscreen simpan dlm tab. pegi sana, huru hara..haha

      Delete
  6. mahal sikit tapi service JJ express ni tip top kira berbaloi baloi lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sbb byr harga service yg dorg provide tu. tp best jugak, pengalaman br naik bas..hehe

      Delete
  7. not bad jugak service depa ni ye...
    dah part 7 masih hari pertamaaaa? ape yg ko ngomel tuu...*berfikir2 perlukah aku khatam 6 part itteww

    ReplyDelete
  8. Kenapa bas diorang perlu secantik tu? Dah rasa macam naik AAX premium seat cuma seat xleh recline je. Kalau puas hati, dah xberkira berapa pun ko kena bayar. Kan? Berbaloi.

    ReplyDelete
  9. baru hari pertama dah part 7...ahahah...pitam!

    nasib baik local tu boleh di percayai kan..klau travel solo ni..part nk masuk toilet tu siksa sikit..x de org tgk kan beg..angkut semua ke dalam

    wow..dalam bus pun ada stewardess?..terbaik lah!

    ReplyDelete
  10. ada power point untuk caj segala bagai!!

    memang terbaik!!

    ReplyDelete