Monday, 16 March 2015

Mingalar Myanmar ~ (Part 6) Sebening petang di Yangon & dari Sule Pagoda ke Aung Mingalar Bus Terminal


8 Januari 2015

Dah turun dari Circular train ni aku terus keluar dari stesen keretapi, jalan ke arah jalan besar. Mulanya aku nak ambik ke kiri sebab aku ada aim satu hotel kat Yangon yang aku bakal nak duduk di hari terakhir sebelum flight balik nanti. Tapi bila dah sampai Yangon ni baru aku sedar kedudukan hotel tu jauh dari centre Yangon ni. Hotel tu katanya dekat dengan Masjid dan senang dapat makanan halal. Tapi masalahnya bila nak cari hotel pun susah, lagu mana..

Jadi aku buat keputusan tak jadi nak cari hotel tu, jom cari yang senang kat 'tengah-tengah' Yangon ni. Patah balik ke kanan jalan ikut tepi-tepi jalan flyover ni. Tadi kami datang dari bawah (kena naik tangga untuk guna sidewalk flyover ni).

Kemudian aku berenti jap kat atas flyover tu, pandang jalan kat bawah, tengok arah kami menyusur tadi. Nampak stesen keretapi yang kami salah masuk mula-mula tadi. Nampak Sakura Tower. Tadi kami datang dari arah Sakura Tower.

Pasti termenung sensorang kat situ..

Takde lagi Zara..

Takde lagi Fahd..

Mesti dorang tengah beronok-ronok dalam cabin train menuju Bagan.

Takde lagi orang nak bincang-bincang nak pegi mana, buat apa, jalan mana, arah mana. 

Sekarang ni baru betul-betul aku solo kat Myanmar. 

Mampukah?

Tepi jalan tu jugak la kau sibuk dok layan perasaan. Nak pegang pengadang jalan tu tapi bila pikir faktor-faktor anti sireh, tangan simpan dalam poket. Keta pun banyak, nak kata orang balik keja tapi baru pukul 4.30 petang. Agaknya orang gomen yang balik dulu kot, yang ambik opsyen 7.30 pg-4.30ptg, eh..

Agak-agak bahu dah sakit galas beg, aku pun gerak. Jalan straight turun dari flyover tu. Ikut common sense dari arah kami datang tadi dan jugak ikut orang. Orang lain lintas jalan, aku pun lintas.

Tepi-tepi kaki lima ada sorang minah ni melepak.

"Suley?"

Dia pun conceng-conceng bunyik hangul tunjuk tangan straight pastu turn kanan. Pastu aku pun jalan je straight then sesuka hati aku je kona kanan ntah kat mana-mana ntah.

"Suley?"

Tanya kat brader jual dvd tepi jalan. Sempat jugak aku tengok-tengok dvd tapi movie hollywood zaman Dolly Parton rambut kembang-kembang dulu.

Dah sampai di area Sule Pagoda. Aku pusing-pusing arah lorong-lorong kecik belakang Masjid Bengali Sunni untuk cari Hostel tapi takde. Pastu masuk lorong lain plak. Takde jugak. Jalan lagi, carik. Keluar masuk lorong-lorong di sekeliling Sule Pagoda tapi masih tak jumpa. 

Kemudian jumpa Hotel (lupa dah nama Hote tu), nampak macam separa mewah je. Ada orang tolong bukakkan pintu untuk aku. Sekali tanya harga 30,000 kyat untuk single room. Kelat je muka minah kaunter ni so aku pun memblahkan diri sebab aku budget under 25,000 kyat je semalam untuk penginapan.

Aku kena cepat cari bilik ni sebab nak cari tempat untuk solat lagi pasni. Pastu aku terasa macam nak pusing satu blok bangunan je sebab malas nak patah balik. Tetiba jumpa Okinawa Guesthouse 1! Dalam banyak-banyak lorong tu ni lah satu aku jumpa. Nasib la lorong-lorong kat Yangon ni ramai orang lalu-lalang so takde la ada perasaan takut tu.

Masuk dalam tanya ada tak bilik kosong on 14 Jan.

Takde..

Pasrah, aku pun jalan keluar ke arah Sule. Jalan 10 tapak jumpa plak Okinawa Guesthouse 2!

Masuk tanya ada bilik tak on 14 Jan. Ada!

Sampai hati Okinawa 1 tadi tanak refer pun aku kat Okinawa 2 ni.

Pastu tanya harga untuk single room. 20,000 kyat untuk satu malam. Ok sudah bagus.

Pastu aku mintak tengok bilik, budak lelaki jaga kaunter di pun bawak la aku tunjuk kat tingkat 2. Bilik ni ada tilam & cermin dinding je. Semua based kayu. Pintu sliding. Jangan kata boleh dengar orang sebelah, orang kat floor bawah pun boleh! Bilik air sharing each floor.

Aku terus setuju, buat bayaran, mintak resit. Kemudian mintak tinggal beg kat kaunter. Aku tanya budak yang jaga kaunter tu macam mana nak pergi ke Terminal bas Aung Mingalar sebab nanti aku akan naik bas kat situ. Budak tu suruh aku naik teksi 8,000 kyat. Kemudian budak tu suruh aku share ngan ada sorang mamat Jepun ni nak pegi situ jugak. Aku tolak sebab mamat tu dah nak gerak sekarang, bas aku pukul 9.30 malam. Lagipun aku pikir nak naik bas je sebab aku banyak lagi masa, plus nak berjimat cermat.

Keluar dari Guesthouse tu misi aku adalah nak carik tempat nak solat plak.

Aku aim Masjid Bengali Sunni tadi. Tapi masa tu ada sorang pakcik kat luar pintu macam tak bagi aku masuk. Pastu bila interview dua tiga soklan dia bagi aku naik atas tapi sebelum tu dia tanya aku ada bawak telekung tak sebab situ takde telekung. Telekung aku plak ada dalam beg kat Guesthouse. 

Aku cakap kat pakcik tu "takpelah saya solat kat guesthouse jelah". Kau macam ada bilik je kat guesthouse tu kan..

Walaupun kecewa tapi percaya lah apa yang kita cakap tu adalah doa :)

Pakcik tu angguk. Aku pun pusing cari tempat lain plak. Boleh je aku berlari balik ambik telekung kat guesthouse tapi aku nampak pakcik tu macam tak rela je aku solat kat situ. Tapi sebab orang nak solat kan takkan dia nak halang plak. Kira macam separa rela camtu la. 

Pastu jalan-jalan jumpa masjid shiah. Jalan straight jelah.

Dahaga gila masa ni, cari kedai nak beli air tapi tak jumpa wahal banyak gila kedai. Ada satu kedai ni aku masuk mintak air mineral pun kelam kabut cakap takde, wahal dia tak paham pun aku nak apa.

Kemudian jumpa satu pintu rumah ni, nampak orang tengah solat kat dalam tu. Kat luar ada tong air. Ini sudah bagus! 2 dalam 1!

Aku berdiri kat depan pintu tu, kat dalam rumah tu kat dinding ada tulis something 'Follow the life of Ali', kalau tak silap aku lah. Tengah dok usha dari luar tu ada sorang pakcik ni keluar, aku mintak nak refill air dalam botol air yang memang aku bawak dalam beg. Dia angguk suh isi.

Sambil isi air tu aku tanya pakcik tu, ni tempat apa?

"This is the house of Iran", mendabik dada betul time pakcik tu jawab.

Aku rasa tak sedap hati. Aku mintak diri dulu kat pakcik tu. Masuk corner lain aku kosongkan balik botol air aku. 

Tengok seberang jalan, nampak cafe Tokyo Donut. Dahaga!

Kaunter
Terus aku lintas jalan masuk. Order air oren je segelas pastu mintak password wifi..hehe

Lepak layan tenet.
Lepak sini dulu.
Kat tv cafe ni ada dorang tengah pasang video hip hop versi Myanmar. Fames agaknya penyanyi ni sebab semua staf kat kaunter Tokyo Donut ni tengok tak berkelip. Yang si rapper tu plak ala-ala Korean je muka & dressing dia. Tapi bila dengar-dengar bahasa Myanmar ni macam bunyi korea pun ada jugak ;) 

Interior Tokyo Donut
Dah abes air segelas aku keluar jalan lagi dengan misi tak tercapai aku ni. 

Kemudian nampak satu famili Muslim ni dok borak tepi jalan. Aku yang desperado ni tetiba bagi salam tanya tempat untuk solat!

Lucky masa ni sebab walaupun famili tu tak pandai cakap english tapi dorang gigih pegi panggil sorang mamat ni tengah repair henpon dia kat gerai tepi jalan. Mamat ni pandai cakap Melayu!

Pastu dia jadi translator. Famili tu cakap aku boleh solat kat umah dorang tapi rumah dorang agak jauh, takut by the time sampai, dah masuk Maghrib.

"Takpelah saya solat kat guesthouse jelah". Ulang lagi benda yang sama.

Kemudian borak-borak ngan mamat tadi tu dia pandai cakap melayu sebab dia penah keja kat pasar Selayang. Katanya abang dia masih keja kat situ lagi.

Aku tanya dia mana nak ambik bas ke Aung Mingalar Terminal. Dia tanya kat famili tadi, kemudian ada brader ni explain dalam bahasa dorang pastu mamat tu cakap, "jom kami tunjuk".

Untung lahai..

Kami jalan sama-sama ke depan Masjid Bengali Sunni tadi. Sambil berjalan tu si mamat ni bagitau aku pasal solat kat masjid di Myanmar ni untuk perempuan adalah tidak digalakkan. Kaum hawa solat kat rumah sahaja. Pastu masuk plak bab mazhab-mazhab ni.

Lintas jalan ke depan city hall. Depan city hall tu (yang mengadap Masjid & Sule Pagoda) ada banyak bas tapi kat belakang bas-bas tu ada minivan warna hijau. Nama minivan tu Aung Mahar. Setaip minivan ni ada 1 staf, driver & konduktor. Nanti konduktor tu jerit "Aung Mingalar!Aung Mingalar!" (bunyik lain sket). Tambang 1,000 kyat sajo. Jangan bagi lebih, pesan mamat & brader tadi sebelum berpisah.

Aku jalan balik ke guesthouse. Aku tekad!

Disebabkan dorang tengah ada free bilik (bilik yang aku tengok tadi), aku mintak kat budak kaunter tadi untuk sewa 1 jam. Aku bagi alasan nak mandi & bersiap untuk naik bas malam nanti.

Budak tu cakap tak payah bayar, guna je.

Yes! Dok mengulang ayat sama kan, nak balik solat kat guesthouse! Akhirnya solat kat guesthouse.

Aku tunggu sampai boleh jama' untuk Maghrib+Isya' sekali, tak mandi pun..hahahaha

Aku rasa kalau boss budak tu ada (perempuan berusia, ala-ala jepung sket), mesti aku tak dapat guna bilik tu. Tapi untung la masa aku mintak nak guna bilik tadi takde sapa-sapa pun kat lobby tu. Budak laki yang jaga kaunter tu pun macam cakap slow-slow je wahal dia tu jenis cakap menjerit-jerit. Rezeki aku kot..huhu

Dah setel semua, aku angkat beg dan pegi ke tempat nak tunggu Aung Mahar tadi. Penuh yakin hokeh!

Sebab dah tahu..

Dah penuh baru minivan tu bergerak. Tapi dia sentiasa berhenti ambik dan turunkan penumpang di sepanjang jalan. Agak jauh nak ke Aung Mingalar Terminal dari Sule pagoda. Maybe dalam 40 minit jugak. Naik boring aku, dari sepenuh-penuh orang sampai tinggal aku sorang dalam tu. Masa aku naik minivan tadi boleh nampak siang lagi, sekarang dah gelap. Dengan jalan jem lagi.

Sibuk nau jalan kat Yangon ni.
Sampai satu tahap tu tergerak plak aku nak tanya budak konduktor tu (sebab dia asyik tengok aku dengan gundah gulana 'bila la makhluk ni nak turun'). 

"JJ Express?"

Terus budak konduktor tu jerit suruh stop kat driver. Kebetulan sangat masa aku tanya tu memang kami betul-betul kat Aung Mingalar Terminal. Lepas terminal bas tu baru terimal untuk minivan Aung Mahar ni.

Budak konduktor tu pointkan aku kat sorang driver bas JJ Express parking tepi jalan.

"You go ask that guy"

Aku terus turun dan ikut cakap budak konduktor tu. Driver JJ Express ni suruh aku ikut dia masuk dalam kawasan Terminal. Banyak bas parking kat situ. Aung Mingalar Terminal ni bulan macam puduraya ke apa, lebih kepada macam office Sani Express kat Klang tu. Each company ada building dia sendiri, pastu bas parking depan buiding tu. Semua company bas ada kat situ kot.

Bangunan JJ Express
Sampai kat office/kaunter JJ Express, driver bas tadi suh aku pegi kaunter.

Lega!

Akhirnya sampai jugak kat office JJ Express

18 comments:

  1. masa aku nak g yangon aritu, aku dh deal dgn JJ ekspress..means touchdown yangon shoot ke terminal ni ambik bas malam ke bagan

    +- aku pikir mcm rushing + takut flite delay ke apa, aku cancel kan...

    sekali betol flight delay....sampai yangon 8.00mlm...nak kejar bas x sempt...

    masjid kat sana x sporting kan kalo kt nak solat...siap masjid tutup lagi..kalo nak kene dtg asar. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun mula2 tu flight ptg, risau mmg tak sempat nak kejar bas. Pastu bila AA anta emel kata flight dilewatkan 40 minit aku terus g kaunter AA kat kl sentral tu mintak tukar pagi..hahaha

      Delete
    2. Emy, apa maksud "kalo nak kene dtg asar"..

      Jea, mmg cabaran betul ko nak dapat tmpt utk solat...aku ada dapat beberapa link untuk beli tiket bas express dari yangon ke bagan/mandalay dan beberapa lokasi lain.ko rasa better aku beli siap2 secara online atau lebih baik beli di kaunter aje?

      Delete
    3. Ko pegi facebook JJ express. pm dorg, nanti lah aku wasap ko..hahaha

      Delete
    4. hahaha..sorry Jea, tertanya lagi soalannya..nanti malamlah kita sembang ye...

      Delete
    5. Zilla,

      lepas habis waktu zohor masjid tutup...kalo nak solat kene dtg waktu asar...time tu baru leh tumpang solat kat masjid

      tak faham style diorang...masjid buka waktu solat je

      bak kata jea....perempuan x digalakkan solat kat masjid

      Delete
  2. fuuh mencabar gak ko nak cari tempat semayang..
    chop chop mcm mana ko tahu itu masjid syiah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid kalau kat yangon In Shaa Allah senang jumpa. Depan masjid tu ada tulis terang2 shiah..hehe

      Delete
  3. Azabnya ko mencari tempat solat. Eh napa ko kosongkan betol air ko semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku was2 plak masa tu dengan air house of iran tu pastu nmpk air jepung lagi sedap..hahaha

      Delete
  4. Best Myamar...harap dapat ke sana......

    ReplyDelete
  5. Aku lak mengah baca entry ko kali ni. Aku duk imagine kalau jadi kat aku. Fuh. Alhamdulillah kan ada je manusia2 yang baik hati. Niat nak jumpa Dia tu, mestilah jalan dipermudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..

      Aku terpikir ko penah post pasal solat dalam fitting room tapi masalahnya tak jumpa pun mall sepanjang aku kat Yangon ni.

      Delete
  6. Gigih betul kau ni JM... eh Jea...

    ReplyDelete
  7. amboi pjg btol kisah ko nak carik tempat solat...hehehe eh apesal ko buang air org iran tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha panjang kan... boleh buat telenovela tak..

      Aku tetiba was2..hehe jadi aku buat keputusan utk buang je dan g minum air jepung plak.

      Delete