Friday, 3 April 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 8) Garden hostel Mandalay - Review

Aku carik website Garden Hotel ni memang takde. Ke aku tak pandai carik..

Hotel ni memang aku tempah siap-siap dari Malaya untuk second night aku di Myanmar ni. Kenapa tetiba yang ni aku tempah awal? Sebab refer to previous entry here, aku naik overnight bus dari Yangon. So expected aku akan sampai awal-awal pagi gila baban kat Mandalay ni. Udah tu kemana lah nak pegi subuh-subuh tu, ye dak..

Kalau ikut trend kat Myanmar ni kalau korang sampai awal pagi pun and kalau dorang ada free room memang dorang terus bagi ko check in. Pahe dok? 

Macam kes aku ni, aku sampai pagi kul 5.30 pagi kat mandalay, memang gelap gelita weh. Pastu si driver motortaxi yang aku jumpa kat Terminal Bus Mandalay tu cakap jom pegi hotel je. Kalau ada bilik kosong boleh masuk terus!

Aku masa tu terkebil-kebil, jom lah labu. Kalau tak dapat bilik pun aku lepak la lobi. Sebab masa tu aku turun bas (walaupun ramai driver motortaxi dok carik customer yang baru turun bas), aku lepak kat opis JJ Express Terminal Bus Mandalay.

Rupanya jauh weh terminal bas tu ngan Garden hotel. Dalam 20 minit gak la naik motor gelap-gelap tu. Dah la si KoKo (driver motortaxi aku, budak muda maybe teenager lagi) bawak selowwww...

30 ke 40 kmpj. Aku yang resah kat belakang tu. Dah la nampak orang berak tepi jalan!

Sampai Garden Hotel staf tu tanya aku ada buat reservation tak? Pastu dorang check dan aku dapat bilik!

Padan muka mat saleh pas aku tu, dia tak buat reservation, dia dapat bilik pukul 10 pagi (not bad jugak kan).

Garden Hotel dari seberang jalan
Lobby. Pintu kat sebelah kiri tu tempat breakfast. Belah kanan tu ada tangga. Takde lift yea, sila bertabah.

Aku dapat bilik tingkat 3 sebab aku ambik yang berekon, tapi tak guna pon sebab sejuk. Kalau bilik murah lagi tinggi ko kena naik. Ada kes tu aku sakit perut, berlari aku balik hotel pastu panjat tangga ni lagi.
Bilik aku agak hujung.
Kat luar bilik nak tengok view sila keluar.

Bilik aku. Lantai dia tak berapa nak bersih. jadi aku solat atas tilam je. Takde masalah sebab tilam keras macam kayu!



Side lain. Malam-malam aku tarik meja tu sendal pintu. Dok sorang kan..


Bilik air ok,


Tv kat bilik. Mula-mula aku ingat dorang tak byr bil, rupanya ada je channel lain. Tv ni on 24 hours..hehe
View dari tingkat 3 di awal pagi

View pandang ke bawah. Depan hotel ni senang dapat taxi or motortaxi

Tak tahu la apa bangunan ni tapi Masjid memang sebelah kiri hotel ni je.

Ada orang baru balik masjid

Breakfast

Map yang aku snap.
hijau- Garden hotel
merah- zaycho market
kuning-Mayanchan Jetty
Yang petak besar tu Mandalay Palace. Semua nya boleh jalan kaki je

  1. Garden Hotel
  2. Address: No.174, 83rd Street, bet: 24th and 25th Street, Mandalay, Myanmar (Burma)

Email them at: gardenhotelmdy@gmail.com

Boleh jugak rujuk Travelfish


8 comments:

  1. Memang berannn lah kau Jea.. naik motortaxi pepagi buta sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba dapat semangat Thor pepagi buta tu.

      Delete
  2. hati sado lah ko gelap2 centu cari hotel....
    eeww dorang biasa berak tepi jln keee ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawakal jelah yakin boleh.

      2kali aku jumpa org berak tepi jalan, pastu jenis selak kain pun ada. mmg boleh hilang selera makan 2 mgu..

      Delete
  3. Gila kental pepagi budak ko naik motortaxi. Berani wei. Hotel nampak sangat minus tv yang on 24/7 tu lah. Seriau wei kalau malam. Tetiba penakut.

    ReplyDelete
  4. aku ni penakut!! belagak berani je..

    nasib la time tdo aku ni nobita..haha

    ReplyDelete
  5. ko bukak tv 24 jam sebab takut sebab sorang sorang kannnnn??!!

    [ trik sama yang ahkak buat lah.. hahhaaaaaaa]

    ReplyDelete