Itinerary kami untuk hari tersebut salah satunya adalah ke Masjid Seoul.
Tapi sebelum tu kami nak pegi cari makan dulu di salah sebuah restoren halal kat Itaewon ni. Cadangnya nak makan di Eid Restoren tapi tutup pulak hari tu, jadi kami tukar makan di Makan Restaurant yang berhampiran. Kebetulan di sebelah Makan Restaurant ni ada satu team dari KBS tengah shooting apa ntah kat dalam kedai di seberang Makan Restaurant.
Aku jengok jugak tengok sapa kat dalam (budget kenallah kan), tapi memang tak kenal pun. Tambah plak tengok crew2 dorang muka ganas-ganas takde lah aku aku berani nak jengok lebih-lebih.
Muka demam beribu batu dari katil sendirik kat umah :( |
Menu Makan Restaurant |
Samgyetang. Aku walaupun prefer bulgogi tapi nak makan ni sebab demam+selsema. Alhamdulillah selsema aku hilang ajaibnya pas makan ni. |
Bulgogi. |
Lunch kami. Sebelum |
Selepas |
Kemudian kami pegi ke Masjid untuk solat.
Lokasi Makan Restaurant ni, Station Itaewon, Exit 3. Jalan sampai nampak entrance ke Masjid (macam gambar di bawah), ambik lorong jalan ke kanan tu, nanti akan nampak Makan Restaurant sebelah kanan. Kalau nak ke Eid Restaurant jalan depan lagi melepasi Makan Restaurant. Eid di sebelah kiri.
Jom ke Masjid! |
Kemudian datang satu makcik datang salam dengan kami jugak. Kemudian makcik ni tanya, dah makan ke? Jom pegi rumah makcik makan-makan dulu.
"Eh, takpelah. kami baru je makan tadi".
Dah berborak kejap tu makcik tu ulang lagi dah kali ke-3 ajak pegi rumah dia.
"Dekat di sini aja".
Kawan-kawan aku dah pandang aku, sebab masing-masing dah tak daya lagi nak menolak sebab makcik ni memang ajak bersungguh-sungguh. Bukan ajak-ajak ayam lagi dah.
"Jomlah, bukan ada benda nak dikejar pun"
Kami pun cepat-cepat lah lipat telekung semua, tak dan nak berbedak lagi dah.
Dalam perjalanan baru tahu yang budak last yang salam dengan kami tu dari Indonesia. Dia baru je habis kerja sebab customer dia dah balik. Nama dia Nurul. Dia freelance tour.
Rupanya rumah Ibu Ari ni memang dekat je dengan Masjid. Elok dia bukak pintu pagar rumah dia, aku yang batak ni pon.
"Wah, rumah Ibu ni macam dalam drama lah!"
Bajet tengok drama lah ko kan..
Serius hokeh macam dalam drama. Macam rumah Im Siwan dalam drama Misaeng (hahaha nak mention jugak aku tgk Misaeng 3 episode :p)
Dalam pagar tu ada rumah lain lagi, yang pintu rumah tu kecik-kecik je. Pastu ada jugak rumah yang bilik airnya pintu lain. Takde lah aku nak ambik gambar kawasan rumah. Marah orang tu nanti.
Kami masuk ke dalam rumah Ibu Ari. Ruang tamu rumah ni terus bersambung dengan living room. Pastu ada bilik, dalam bilik ada bilik air.
Kami bersila di meja tengah ruang tamu.
Mula-mula Ibu Ari hidangkan kami dengan kek Tiramisu.
Presentation memang marvelous!
Rasa lah hebat, baq hang!
Kek tiramisu Ibu Ari yang super sedap! |
Kemudian Ibu Ari hidangkan kami dengan nasi berlaukkan rendang!
Nasi dia macam nasi ayam biasa kita tu, which is i like it sooooo much!
Dah seminggu lebih makan nasi melekit korea.
Makan sambil menangis.. Syahdu, akhirnya dapat makan makanan yang kena dengan tekak Melayu!
Sedap ya amat! |
Yang kami ni sampai awal sebelum masuk waktu Zohor jadi kami pegi makan dulu.
Ibu Ari yang beriya-iya suruh makan sebab mula-mula tu asyik la cakap dah kenyang sebab dah makan tadi.
Sekali ko kena hidang nasi ayam rendang, terus tak tengok kiri kanan dah!
Kemudian Ibu Ari dapat call, ada sorang student Malaysia call dia. Rupanya dia pun dapat offer makan dari Ibu Ari jugak. Tapi Ibu Ari tapaukan untuk dia. Tapi dia pon tergoda dengan kek tiramisu Ibu Ari tu. Layan diri kekdahnya :)
Student jpa bersama Ibu Ari. Terpaksa di blurkan |
Nikmat! |
ehemmm.. ko jgn terkejut thn depan lepas aku balik dari winter trip, aku akan nampak 10 thn muda tau heheh
ReplyDeleteaku tgk rege pon mcm mampu sgt tu..
DeleteHahaha ok Azra lepas tu ko boleh rekemen kat aku mana tempat yang super murah & service baik. Gitu, nak ikut jejak juga.
DeleteUntunglah dpt merasa menu malaysia di korea...=)
ReplyDelete2 kali makan tgh hari, mmg best sesangat. pastu tak larat nk jalan..
Deletemakanan sungguh sedap
ReplyDeleteAbe MKL..sila makan di Eid Restoran...murah dan SEDAP....JM dh compare menu yg sama dengan Muree Restoran...Eid lebih murah 5,000 won
DeleteHarga Makan restaurant & Eid tak byk beza. Muree sy tak penah masuk.
Deletewahhh ada gak ke org mesia pi sana buat muka...aku pun nak la...kehkehkeh
ReplyDeleteadaaa...ramai yg nak buang kedut2 tu. harga pon agak munasabah.
DeleteRIA? aha....inilah oranya yang JM jumpa semasa balik dari Eid Restoran tu...dia tegur dan kami berborak...dia ada cakap pasal GH murah...bila JM tanya ibu nama nya siapa...dia bilang Ria...ibu Ari tu siapa pula Jea...rasanya org yg sama...badan pun sama..kalau muka tak blur boleh JM buat proses pengecaman hihihih
ReplyDeleteMaybe nama dia Ibu Ria Ari kot JM :)
Deleteaha...hari tu lalu je depan MAKAN restiran tu..then staff dalam tu ajak kami masuk tapi dek kerana nak makan di Eid restoran....senyum je lah...nampak nya kalau lah ada peluang ke Seoul lagi nk try di MAKAN Restoran ni..kelakar lah pulak nak resto nih
ReplyDeletekami nak mkn kat Eid tapi masa tu tutup plak, nasib jumpa Makan Restaurant ni. Makanan dia pon sedap.
DeleteSamgyetang tu memang elok untuk flu. Sebab ramuan herba katanye sumbat dalam badan ayam. Ko jangan demam or flu nanti, satu kerja aku nak sembelih ayam lak kang.
ReplyDeletehahaha komen ko mmg win. Nah ayam sekor, jgn tetak gaya nepal plak :p
DeleteHuntunglah rejeki datang bergolek-golek...
ReplyDeleteSyukurrrr... hehe
Deleteaku pun nak gak ler pi sana buang apa yg patut......sedut lemak ada tak?
ReplyDeleteHahaha nak joinnnnnnnnn.....
DeleteDalam banyak banyak gambar, gambar nasi ayam tu juga gua tenung sampai ke sudah.
ReplyDeleteayam tu bergerak serata meja. separuh ayam. memang tak abes.
Deleterega guest house Ibu Ari macamana ?
ReplyDeleteok tak untuk bajet bajet traveller gitu..?
berapa range harga kt makan restaurant tu?
ReplyDelete