Thursday, 25 June 2015

Superstar Libra Cruise ke Krabi dan Phuket bersama Geng Secubit Garam ~ Hari Kedua (Phuket)



Superstar Libra Cruise ke Krabi dan Phuket bersama Geng Secubit Garam ~ Hari ke - 2 (Phuket)

Sambung dari Dari 1

Tidur adalah nikmat!

Lepas bangun mandi dan solat. Bersiap-siap nak pergi breakfast (7 - 10 pagi). 

Sebut bab solat ni agak first time la untuk aku sebabnya dalam satu bilik yang sama tu, arah kiblat berubah-rubah. Bawak compas arah kiblat tu dan letak tepi sejadah. Ada satu masa tu aku solat dulu, kemudian bila kawan aku nak solat, arah kiblat dah berubah! Sebabnya masa tu kapal tengah belok (aku tak tahulah apa term kapal belok :p )

Tapi part yang best tu masa kapal tengah melabuhkan dan angkat sauh. 

Gedekgedekgedekgedekgedek..... 

Pastu, gedekgedekgedekgedekgedek..... 2 kali!

Mesti nak tergelak je setiap kali angkat dan turunkan sauh.

Tak tahulah bilik-bilik yang deck atas sket tu dengar ke tak tapi kami redha je sebab nak murah sangat kan, hambiklah kau..

Dah bersiap sambil nak tunggu roomates aku yang lagi 2 orang tu siap, aku pegi bilik depan.

Hari ni kami di Phuket. Tadi yang dedekgedekgedek sauh jatuh tanda kapal dah berenti berhampiran perairan Phuket.

Nak tengok view Phuket dari kapal. Bilik aku yang nan-hado tingkap tu ofkos la nan-hado viewnyerr :(

Phuket di pagi hari
Dah siap-siap tu kami naik ke deck 9 untuk breakfast. Lepas breakfast, sementara nak tunggu turn untuk naik tender boat ke Phuket, kami lepak-lepak dan camwhoring sekejap. Kemudian kami turun ke bilik untuk lepak (ie tido lagi somemore) sampailah pukul 11 pagi kami pun bersiap siaga untuk ke deck 9 untuk lunch sebelum naik tender boat ke Patong.

Dengan balik ke bilik kenkonon untuk bersiap sedia, wahal sambung tido, terlepaslah kami dengan acara yang kemain semalam semangat nak join iaitu Hot Cooking Class : Thai Dish 'Tom Yam' padan pukul 9.30 pg dan Fruit & vegetable Carving Demo pada pukul 10 pg di Pool Deck 9. Dan kawan seroomate aku kenkonon nak join berzumba. 

Zumba atas katil je lah..

Elok je pukul 11.30 pagi kami dah bersiap naik untuk lunch sebelum ke Stardust Lounge untuk tunggu untuk naik tender boat ke Patong, Phuket.

Semasa breakfast pagi tadi di mariners Buffet, kawan aku sorang ni berkenalan dengan 2 orang makcik (Pn Sal dan Pn Normah) yang join cruise ni melalui pakej oleh Tabung Haji. Dorang nak join kami jalan-jalan di Phuket.

The more the merrier, kan.

Sampai di Stardust Lounge, kami masuk dan tunggu dekat-dekat pintu keluar bersama ngan Pn Sal dan Pn Normah. Sekali dapat naik tender boat yang lebih awal.

Sebenarnya banyak je tender boat cuma untuk yang free and easy dan sengkek macam kami ni ada 3 je slot. Yang banyak-banyak tu untuk yang ambik full package either with dorang punya travel agent or dengan cruise terus.

Dari Satrdust Lounge di deck 5 tu kami turun guna tangga sampai deck 1 untuk ke tender boat. Naik tender boat kejap je dalam 15 minit ke Pantai Patong.

Dalam tender boat


Luar tender boat. Kapal sebelah aku tu Mariners of the Sea. SuperStar Libra kat tengah2 kepala kawan aku tu.
Port tender boat di Patong Beach
Di Patong memang banyak teksi/tour agent yang tunggu. Macam gengster pon ada dorang ni. Once sorang dah approach jangan harap la ko boleh nak survey-survey harga dari orang lain lagi. Dorang ikut tengok orang lain berani tak nak bagi harga lagi murah dari yang dorang offer.

Kami deal dengan Kak Erni (nama bagi sendirik, rasanya nama dia Anee), dia offer murah sket dari orang lain tapi dia suruh kami berlakon setuju dengan harga mahal yang macam orang lain offer sebab orang lain yang dok offer tu penuh kat belakang.

Siap kenyit-kenyit mata lagi sebut harga mahal, tapi Kak Erni bukan kenyit mata tapi dia dok kelip-kelip. 

Yang kawan aku tak dapat tangkap niat murni Kak Erni ni, eh tadi cakap harga lain kenapa tetiba lain plak. Mata masuk habuk ke.. :p

Memang nak terburai gelak tapi tahan je lah.. In character katanya :p

Kak Erni tepon laki dia suh bawak van. Dalam keta Kak Erni pun mengaku yang tour operator kat jetty Patong tu mafia style.

Harga van lupa sebab bendahari yang pegang duit yang bayo. Maybe dalam rm150 satu van kot. Or less..

Naik van, nak pegi mana?

Masjid!

Haa, gitu lah kalau kita travel with veterans ni. Masjid dulu dorang request.

Kalau kami-kami je maybe tempat solat tu last sekali baru hegeh nak mencarik.

Insofff....

Tambahan plak salah sorang Pn berdua tu baru je seminggu balik dari Umrah.

Masjid di Patong area
Jalan yg macam unik je.
Lepas tu kami pon pergi lah ke tempat-tempat biasa tour di Phuket ni. Kedai chesnutlah, kedai tshirt la, kedai madu la, kedai apa lagi? Oh, kedai silk jangan dilupa..

Kedai chesnut. Aku kenyang tester je sini. Minum pon ada. Beli tak pon :p

Group Photo - Secubit Garam geng (minus one)


Another group photo with 2 makcik yang join jalan-jalan Phuket


Kedai sorvenir. Aku tak beli apa2 pon sini jugak. Tapi dapat mineral free sini.


Kedai madu

Dalam kedai madu masa briefing. Ada briefing hokeh..
Mulanya kami protes tanak pegi kedai silk tu tapi Kak Erni pujuk jugak suh masuk je tanak beli takpe sebab nanti dia dapat 3 liter minyak free dari kedai tu.

Gitu modus operandi dia, aku ingat dapat duit. Maybe jugak dapat duit, duit buat beli minyak.

Patutlah kalau kami dah setel dalam satu kedai tu mesti kena tunggu Kak Erni yang lambat. Dia pegi claim duit minyak la tu.

Sekejap gila kat sini. Tapi sempat la aku rembat sabun apa ntah. Wangi..
Dah abes segala kedai kat Phuket tu kami masuk, kami ke Phromthep Cape. Ni lah satu-satunya tempat Kak Erni tak dapat komisen. 

Alhamdulillah kali kedua ke Phuket dapat jugak aku mai sini.

View lain
Dan bila hari pon dah nak gelap, kami request kat Kak Erni untuk hantar ke kedai makan tepi jalan yang jual seafood yang berhampiran dengan Patong beach.

Dan untuk Pn Sal dan Pn Normah, dorang nak dinner atas kapal, so lepas drop kami di tepi jalan, request plak kat Kak Erni untuk hantar Pn berdua tu kat port untuk naik tender boat balik ke cruise.

Kami pon masuk mana-mana kedai tepi jalan tu, pilih raw material dan request nak masak apa, pastu duduk layan wifi. Kedai takde dinding tepi jalan pon ada wifi..

Tgh pilih raw material. Yg ni kami serah kat chef kami dari zaman belajar lagi. Dia ni kalau masuk dapur, kami semua kena halau. Jadi kalau dia masak kat dapur kami tgk tv kat ruang tamu, dah siap ti makan je :p

Kedai makan
Heaven!
Dinner adalah heaven. Sambil makan, ada orang jual gelang datang. Rezeki dorang..haha

Abes dinner, kami tanya tukang kedai tu macam mana nak ke Bangla road, dorang suh naik tuktuk. Kejap je tapi kalau jalan dengan perot kenyang tu memang mencarik sangat kan..

Tuktuk berenti depan sign Bangla Walking Street. Turn out masih awal lagi (baru pukul 8 lebih macam tu waktu Thai), kupu-kupu malam belum keluar..

Orang memang ramai dan mostly pelanconglah.

The famous Bangla Road yang masih awal lagi
Kami jalan straight sampai abes Bangla Street tu sampai Patong Beach. Dari situ kami ke kiri plak jalan hampir 1km untuk ke port untuk ambik tender boat.

Tender boat memang sentiasa ada.

Abes Bangla Road jumpa Patong Beach. Nampak sanun kapal Superstar Libra.


Jalan ke port tender boat


KwangSoo cecah kaki di Patong Beach
Penat menapak dari Bangla Road (sempat singgah 7e beli air) akhirnya sampai jugak tempat nak naik tender boat. 
Sampai di Cruise nak naik tu kena scan card dan beg dan segala macam yang di bawak/beli (di deck 1). Ada 1 family tu beli makanan apa ntah, dorang tak bagi bawak masuk (kena rampaslah).

Dah selamat sampai kapal (di deck 1)
2 roomate aku terus balik bilik dan aku bersama 2 lagi kawan terus ke Stardust Lounge. Malam ni pukul 10.30 malam ada show kat situ. "Colour of Asia" crew Show Extravaganza.

Memang crew je lah yang buat performance ni. Ada dari dept housekeeping la, dapur la macam-macam lagi. Mostly Pinoy lah. 

Show adalah best dan entertaining. Dan kelakar (mostly by staf named Vincent, dorang punya stage director). Si Allan yang bagi talk semalam pon tetiba malam ni tukar jantina.

Show by Satff. Memang kelako abes. Malam ni kami terus jadi peminat Vincent yg belah kiri tu.
Takde Jericho Rosales pon jadi la...
Dah abes show pukul 11.30 malam macam tu kami naik plak ke deck 9 (pool side) untuk supper. Kat situ tengok-tengok roomate aku berdua tu dah siap sedia. Tang makan memang tak miss :p

Ada live band kat situ. Band 'Class of Six'. Ada 2 vokalis (laki sorang pompuan sorang). Sora adalah sedap. Ofkos lah dari Phillipines.

Lepas layan live band kat deck 9
Dah abes makan, pastu pusing-pusing kapal lagik, eh memang tak ingat nak balik bilik...hohoho

Jalan-jalan tu, tetiba "eh jom tengok 'Laugh Out Loud'". Tapi since masa tu 'LOL' dah stgh jam start (LOL pukul 12mlm) adalah rugi untuk tengok sebab show tu kena bayar. Tak silap aku rm30 kot. Pelakon adalah sama dari crew show free "Colour of Asia" tadi. Dan kami agak mesti lagi best LOL tu (since kena bayar kan). 

Jom balik bilik. Dah lepas midnight dah ni..

Tips hari kedua:

Bawak compas arah kiblat
Boleh free & easy di Phuket dan boleh ambik pakej. Tepuk wallet tanyalah duit.
Jam atas kapal dan di Phuket/Krabi guna waktu Malaysia
Kalau tanak dinner kat Phuket boleh dinner kat cruise (6petang - 9 malam)
Last tender boat dari Patong Beach pukul 12 malam, kalau terlepas sila berenang :p

9 comments:

  1. bunyik gedek tu memang epik! he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap kali dgr mesti terkejut, kuat gila. mmg tak sanggup la aku nak hadapi hari2. tetiba terbayang crew kapal, mesti telinga tahap semboyan dah tu :p

      Delete
  2. haahhah..kalau terlpas sila berenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mana nak tau kot2 terjebak ngn pondan2 kat bangla street tu ke :p

      Delete
  3. Bongoks kan tetiba nak tiru bunyi sauh turun. Aku baca entri ni punyalah risau korang xsempat nak naik crusie balik. Cis rupanya sampai tengah malam baru cruise tu gerak. Makan selama2 kat atas tu memang free je lah ek. Macam best lah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish takde lah blama2an kat phuket tu. kami balikawal sbb naktgk show atas kapal.

      makan ada yg termasuk dlm pakej, ada yg kena byr. ofkos la cari yg tak payah byr.

      Delete
  4. tak singgah makan depan masjid tu? sedap juga makanan dekat situ. Area seafood tu rasa sama macam kedai yang saya singgah juga, orang kelantan. Dia claim. tapi makanannya biasa sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak singgah pon sbb masa tu baru lepas makan.

      Aah situ banyak gerai. tapi gerai yg kami singgah tu dia tak pandai ckp kelantan, speaking pon asal boleh order makan je.

      Delete