Tuesday 3 September 2013

Kingdom of Cambodia - Part 9

Bersambung dari Part 8

Pagi-pagi pukul 5.30 kami dah tunggu tuktuk kat luar hotel. Arini kami nak pusing Angkor Archaeological Park. Destinasi pertama kami arini adalah Sunrise di Angkor Wat.

Macam biasa, sampai kat gate kena check pass dulu. Since petang semalam dah buat pass untuk 1 hari so pass tu masih boleh digunakan untuk hari ni.

Nak masuk Angkor Wat kena check pass lagi. Kat sini boleh ambik guide kalau nak tau sejarah die dengan lebih lanjut.

Kami?

Sejarah??

Masa kat sini masih gelap lagi, tapi nasib baik aku bawak headlamp. Boleh la jalanku diterangi cahaya. Ada jugak orang-orang yang tumpang cahaya headlamp aku tu. Dah tu ikut je mana aku pegi. Aku pun taktau mana nak pegi.

Aku google cakap tengok sunrise ni dari tasik tapi mana hala tasik pun tak tau. Dalam gelap-gelap tu aku dengar suara pastu ada padang rumput so aku kenkonon shortcut lah. Pastu semua pun ikut shortcut jugak.

Hei aku bukan tour guide korang!



Ni belum sunrise betul-betul lagi ni. Tapi belum sempat nak tengok matahari tu terbit, aku dah ajak Ida blah. Tak kuasa la aku tunggu lama-lama kat sini. Orang ramai macam ada konsert. Pastu aku boleh bayangkan nanti kat dalam Angkor Wat tu pun orang mesti ramai macam ada press conference Cikti umum die bakal timang anak...eh??

See...beribu-ribu lemon..
Nak masuk dalam, orang ramai..
Nak patah balik pun orang ramai
Sudahnya kami nak pegi tempat lain dulu, sebab kalau kat sini ramai, nanti ramai-ramai gerak ke next temple, memang sesaklah semua tempat.

Kami pun takde nak pegi semua. Aku cakap kat Ida aku nak pegi Angkor Wat, Bayon dengan Ta Prohm je. Yang lain tu tak pegi pun memang aku tak kisah.

Ida lagi tak kesah. You jump I jump kekdahnya.

Sebelum terlupa harini tema aku ialah berhari raya di Angkor.. Aku ajak Ida sama tapi beliau cakap "ko rayalah sorang-sorang".

Takdelah.. Die pandang sepi je cadangan aku. Dulu kat Hong Kong pun aku raya sorang-sorang.


Driver tuktuk kami pun terkejut tengok kami cepat sangat keluar wahal orang baru je ramai berpusu-pusu masuk. Bas pun banyak yang tengah dok nak masuk parking.

"La, awat hangpa cepat sangat nih?"

"Orang ramai sangat. Jom kita p next destination plak".

Awas! Monyet dihadapan
Next kita pegi Bayon plak. Kat Bayon ni banyak boleh tengok stone faces dan ada 4 stone faces yang besar. 

Memang betul percaturan kitaorang. Kat sini memula tu ada kami je. So bersenang-lenang la nak ambik gambar. Pusing-pusing, daki-daki temple ni baru nampak couple Japanese. 


Sebelum masuk tu memang macam biasa kena check pass dulu. Yang bestnya, si tukang checker ni baru je sampai. Turun motor je terus check pass kami. 


Ini ialah bumbung. Aku dongak untuk ambik gambar ni.
Tangga untuk ke atas.
Tak perasan pulak ada yang menumpang bergambar. Kalau aku tau beliau ada kat situ, aku tak duduk dah.
Sekali round dah la pastu kami pun nak membelah kan diri. Pegi luar tengok driver Tuktuk kami dah takde. Pastu ada sorang driver Tuktuk lain cakap driver Tuktuk kami pegi repair motor, rosak. 

Hati pun panas.. Panas matahari lagi.

Sabor je lah. 

Nak buat apa lagi, dok bersila bukak henpon, main game.

Sampai la 15 minit camtu baru die datang. Nak marah pun tak guna, benda nak jadi.

Apa lagi, next temple, please!

Tak tahu la ni nama apa, snap dari atas tuktuk je
Tuktuk driver tanya nak pegi mana lagi. Terus je cakap nak pegi Ta Prohm. On the way tu lintas jugak temple lain. Tuktuk driver tu tanya nak singgah tak? Terus je cakap tanak. 

Nak pegi Ta Prohm jugak!

Sebenarnya tour kat Angkor Archaeological Park ni ada 2 jenis. 

Small Circle dan Big Circle.

Untuk 1 hari pass memang sesuai ambik Small Circle je. Cover temple2 famous dan besar. Kalau ambik pass 3 hari keatas boleh discover banyak lagi temple-temple kat dalam ni. Memang banyak. Sila ambik brochure kat pintu masuk.

Dah sampai gate Ta Prohm ni sekali lagi kami diserbu oleh budak-budak yang menjual. Jalan laju-laju.

Nak masuk dalam ni kena jalan sket. Akan lintas sekumpulan orang-orang main alat musik. Kalau kita lalu depan dorang baru mainkan alat-alat musik tu. Ada tabung untuk derma.

Lepas check pass kena ikut jalan ni untuk ke Ta Prohm
Dah sampai ke Ta Prohm tu sedikit hampa sebab tengah ada kerja-kerja pembaikan temple ni. Tempat ni takde lah original sangat. Sebab dorang pun dalam process pemuliharaan tempat ni dan patung-patung Buddha banyak yang dorang re-create balik. 

Ntah apa yang dibina dalam Ta Prohm ni
Jambatan besi khas untuk pengunjung
Pokok Lara Croft. Depan ni lah paling banyak construction. Boleh pegi sampai pentas tu je yang lain semua tutup.



Another pokok besar
Pokok yang kucari-cari
Dah masuk kat belakang-belakang, pusing-pusing baru jumpa pokok ni. 

Kenapa cari pokok ni?

Inilah sebabnya.
Saksikan lah Lara Croft versi Kak Limah...


Entrance lagi 1 untuk masuk dalam Ta Prohm
Disebabkan kami tak berjanji dengan driver tuktuk kami untuk keluar ikut entrance lagi satu ni, kami kenalah patah balik. Tapi kami tanak masuk dalam Ta Prohm ni lagi dah so kami jalan kat tepi-tepi. Memang takde orang. Budak-budak Khmer je yang ramai kat sini. Maybe dorang teman mak bapak dorang yang kerja dalam temple ni kot sebab budak-budak ni tak menjual macam budak-budak kat luar tu. Dorang sibuk dok memain je.


Budak-budak ni nampak kami terus bangun, berbaris pastu menyanyi-nyanyi sambil buat gaya-gaya tangan lagi.
Abes explore Ta Prohm, kat sini paling lama sebab kami boleh duduk melepak kat dalam tu. Idea asal nak patah balik ke Angkor Wat tapi masih awal pagi lagi. Karang buat sejarah plak kami orang paling awal balik. So tengok balik map, apa kata kita pegi Sras Srang dengan Banteay Kdei sebab kedudukan 2 tempat ni adalah berhadapan antara satu sama lain. 

Dekat Sras Srang ni sekali lagi kami dikejar oleh 2 orang budak perempuan yang berniaga kat sini. Siap bagi gelang percuma lagi. Pandai plak tu cakap BI.

"Where you come from?"

"Malaysia"

Oh, Malaysia near to Singapore, right?"

Tasik je, so tempat ni boleh skip.
Sras Srang
Aku singgah beli air kat budak pompuan tu tapi harga memang mark up la.

Pastu lintas jalan then masuk ke Banteay Kdei. Lepas check pass kena jalan kaki macam kat Ta Prohm. Tapi kalau kat Ta Prohm tadi budak-budak menjual tak boleh masuk dalam, kat Banteay Kdei ni budak-budak menjual ni dok kat dalam.

Sibuk la dok mengekor ramai-ramai. Kami tak beli pun tapi kami bagi coklat yang kami dok bawak banyak-banyak tu. Memang plan arini nak abeskan semua pasal esok dah nak balik.

Tapi bila dah bagi, "Can I have another one for my sister?" Nasib baik ko mintak elok-elok.


Sudahnya kami sampai je kat temple Banteay Kdei ni kami tak masuk dalam pun. Ambik gambar kat depan je pastu terus patah balik.

Then last sekali, Angkor Wat!

Driver tuktuk kami macam terkejut je kami nak pegi Angkor Wat. Macam tak willing. Eh, ada aku kesah?!



Sampai je kat Angkor Wat, kami terus cari pokok-pokok besar untuk berlindung. Panasnya kat sini. Tak sanggup nak lintas jambatan ke Angkor Wat tu time panas-panas camni.

Lepak cuci mata dulu, abeskan air dan coklat sambil tengok orang keluar masuk Angkor Wat.

Berduyung-duyung
Atas jambatan ni lah hot(panas) spot. 
Panjang pulak tu jambatannya
Sambil layan drama korea depan mata. Yang pompuan pakai baju kuning tu kira macam ranger lah kat sini.
Akan bersambung di next entry...

9 comments:

  1. memang giler panas la kat seam reap ni...even pepagi pon dh berpeluh2 masa jenjalan kat angkor wat tu...

    bebudak yg jual tu jgn cakap la mmg ramai, sampai kadang dia follow jek ke mana kita gi...tp mmg kesian la, kecik2 dh kena berniaga. Buat muka sedih jek bila nak jual, last2 beli gak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak tu menjana ekonomi Kemboja..hehe

      Delete
  2. Hahahaa.. Lara Crof versi kak limah tu macam lagi hebat dengan baju kurung...
    habis la Angelina Jolie tak leh cari kerje lepas ni hahahaa.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak limah shooting cite hantu kat siem reap..hohoho

      Delete
    2. jangan... jangannn... nanti ada yang ikut balik Malaysia hehehe.. :P

      Delete
  3. Kat tasik tulah dulunya saya kena kejar dgn segerombolan anjing..mmg lari tak cukup tanah...tin tuna, roti semuanya saya campak entah ke mana hehehe...

    *mmg dah ada iras2 Lara Croft dah tapi dalam versi yang lebih ayu dan sopan gitu hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sras Srang tu ke? memang ada anjing tapi beliau tgh tido.. naseb kami baik kot..hehe oh tak dapat bayang lari ngan baju kurung kena kejar anjing..

      Delete
  4. Lorr...beraya di Angkor WAt..no wonder lah ayu berbaju kurung hikssss

    Lara Croft versi Kak Limah..ahahah..so cute..under construction..alamat minta2 time JM ke sana nanti dh siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time JM pegi nanti musti dah cantik. Dorang tengah dlm process pemuliharaan. Even kat Angkor Wat pun.

      Delete