Sunday 12 October 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam. Dinner di kedai makan Halal #74 D'Talipapa (Boracay)

Bersambung dari sini.

Lepas dari berjalan-jalan sampai ke Station 1 kami naik tricycle untuk balik ke Station 2. Lebih tepat kami nak balik ke D'Talipapa market. Sebabnya, kami nak makan!

Tunggu tricycle pon tak lama sebab banyak. Siap pilih yang kosong lagi. Sebab macam tak yakin kami yang 3 orang besar-besar ni muat kalau ramai-ramai.

Sekali dah gerak tu, ramai la plak yang driver ni stop ambik orang. Muat plak tu. Terasa diri ini sangat kurus...

Sampai di D'Talipapa kami terus ke tengah market, ke pasar basah. Aktiviti membeli di pasar basah ni i'oll surrender awal-awal. Tunggu tepi je.

Ayu membeli udang sambil kami tengok dari jauh..hahaha
Adabiiii...melazatkan...
Adabiii....menyelerakan...
Dah dapat apa yang dihajati (apa yang dimakan), kami pon gerak mencari kedai Halal di D'Talipapa Market. 

Kedai #74.

Sebenarnya kedai ni kedai jual cenderahati, tapi masuk je kedai tu ada satu pintu kecik kat belakang tu bersambung terus ngan kedai makan tu. Kecik jelah ruangnya. Dari ruang kedai makan tu ada pintu lagi sambung ke belakang, tu rumah dia kot..hehe

Tak ingat dah kami suh dorang masak apa, tapi takde lah sedap mana. Kenyanglah bagi kami yang tengah lapar setelah penat beraktiviti harini.

Tapi ada yang best tu, tengah makan-makan tu tetiba bergelap. Blackout!

Semua dok diam-diam, seb baik ramai-ramai. Kalau tak aku memang takut...hahaha

Dok jap 5 minit camtu ada balik elektrik.

Sebelum blackout.
Selepas blackout. Magik sungguh.

Patutlah, ko yang mengabeskan...
Nasib la jadi kambing hitam plak ko kena tuduh.. hahahaha
Pastu aku tengok dorang kedai ni kumpul ramai-ramai depan tv. 

Macam serius, tapi sebab tak paham apa-apa pon kat tv tu, kami but don't know je la. Sambung makan.

Dah abes makan, kami keluar kedai. Tapi sebelum tu kami beli la dulu sebarang dua cenderahati nak dibawak balik.

Kedai #74. Masuk kedai ni utk ke kedai makan halal kat pintu belakang.
Tu pintu oren kat blkg tu kedai makan Halal. Yang mamat singlet hitam ni tukang jual kat kedai ni. Dia mcam lembut2 sket. Eh lembut ke mengada-ngada? Tak boleh nak beza la..huhu
Dari kedai #74 ni kami pegi kedai lain plak, pastu kedai lain plak.

Tetiba...

Prangggg!!!!

Hujan lebat ko..

Hujan...

Malas dah nak tunggu.
Mula-mula kami dok je lepak kat kedai t-shirt situ, tapi bila pikir hujan lebat sangat ni, pastu hostel pon dekat je, kami pon pandang-pandang, angguk-angguk sesama sendiri.

Rempuhhh!!!

Berlarik la kami dalam hujan lebat tu ke arah pintu belakang D'Talipapa ke arah hostel kami duduk malam tu. Sampai hostel dah basah lenjun.

Masuk bilik, mandi, keringkan baju, solat pastu tido.

Serius penat.

Tu je aktiviti malam kami. Ingat nak g pantai layan tarian api oleh ladyboy tu semua. Tapi ngan hujan lebat camni aku tak yakin pon ada.

Sesungguhnya setelah seharian berpenat-lelah, nak-nak time hujan lebat ni tido adalah lebih nikmat...

Ye dok??

18 comments:

  1. Ada effect Bollywood di situ... Sanggup merempuh hujan... Calllow betty... He he He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua salah shah rukh khan!

      seb baik takde bukit utk bguling2...hehe

      Delete
  2. my sister pergi boracay around august haritu. dia cakap penjual kat pasar d'talipapa ni garang & boleh tawar2 beli seafood.
    lepas blackout terus licin makanan ek? makan dlm gelap ye korang ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah boleh tawar kalau jiwa kental..hehe
      tgh blackout pon tangan mulut semua bjalan..haha

      Delete
  3. kiranya..boleh beli di pasar basah pastu minta dorang masak apa yg nk kita mkn..untung arghh..leh mkn udang, sotong segar, fresh lagi

    amooii..dalam gelap pun jalan!!! hahahaha

    ehh..mamat singlet tu berjambang..xkan lembut...dia ngada2 dgn korang, anak dara katakan hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah JM kat sini byk kedai makan cenggitu, kita boleh bwk raw materials pastu suh dorg masakan. tp kami takde lah plak try kedai2 lain sbb kami aim kedai halal tu je, lgpon situ harga lagi murah dr kedai2 lain sbb kedai situ mcm rakyat tempatan je yg dtg.

      makan tetap makan tanpa mengira suasana..hahaha

      Jambang yg lembut, malas nak layan..huhu

      Delete
  4. bestnya makan seafood fresh2..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best, kat pasar tu lobsters pon dok bgerak2 lagi dlm tank, nak jugak try lobster tp budget tak cukup, anak udang pon takpe..hehe

      Delete
  5. wah... geramnye tengok udang! segar2 n besa pulak tu! (memen fevret Luna!) :D tak tahan mate memandang!

    ReplyDelete
  6. Gumuks - gumuks udang tu. Geram je nengok. .

    Salam kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gumuk dan sedap menjilat jari!

      Salam kenal Syieda! Ioll mmg suka stalk blog Syieda..hehe

      Delete
  7. Lebatnya hujan, musim hujan sekarang. Takut nanti demam di tanah orang. Kenapa kedai tu tersorok, macam scary pula , dah serupa cerita gangster

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai tu 2 in 1 sbb tu tersorok kot. maximise ruang katanya..hihi

      ko imaginasi tinggi hokeh

      Delete
  8. Hahahahaa... kejadian sebelum dan selepas pada makanan tu memang ajaib sungguh.. tak pasal2kucing yg dipersalahkan :P eh bahan2 masakan macam udang semua tu beli sendiri dan suh diornag masak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang ikan beli kat market dlm Dtalipapa tu pastu bwk terus ke kedai #74 sambil cakap nak masak 3 rasa ke.
      Bwk ke kedai2 sekeliling pasar tu pon boleh. Byk kedai offer service camni. Tapi kami pilih kedai ni sbb dah biasa asyik situ je makannya..huhu

      Delete