Wednesday 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014.. Selamat tambah umur!!!

Azam baru  ~~~~~~ Rajin lah update blog!!

Kalau ni lah azam baru aku menangis lagi lah Mak aku... hehe

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga azam tahun lepas dah tercapai dan mari kita melakar kenangan terindah untuk tatapan masa depan bersama anak-cucu cicit.. In Shaa Allah.

Bagi aku, tahun baru bermakna umur pun baru. 

Itu bermakna mari kita plan Birthday Trip tahun ni!

Tahun lepas aku plan nak angkut adik lelaki aku ikut sama, die tanak pegi, aku pujuk cakap aku bayar semua! Baru die nak pegi. 

Hari nak fly, die tukar RM200 je...

Cettt..

Tulah bayaran bila takde travel buddy yang sekepala or at least 'the other half'.

Tepi cerita-cerita sedih drama TV3 ni semua! Ni cerita seronok! 

2013 aku sambut birthday di Surabaya! 

Dengan pemandangan yang sungguh awesome dan orang-orang yang baik hati, aku bersyukur dapat menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT. Tiada tandingannya!

Trip ni aku booked tour operator siap-siap, bersama tour guide lagi. Dorang datang pick up kat hotel, ketuk pintu bilik hostel setiap pagi untuk aktiviti seterusnya, join dan bagi explanation untuk setiap tempat yang kami pegi dan bila habis trip dorang hantar terus ke airport. Gila mewah gaya travel aku time tu..hehe

Blue Fire di kawah Ijen. Waktu kat sini asap sulfur yang tebal datang kearah kami dan guide kami di Ijen (Pak Ihm) jerit "elak". Disebabkan ilmu mengelak tak abes belajar lagi aku jatuh terduduk sebab pening kena asap sulfur tu. 
View Ijen yang super duper awesome!
I miss you Bromo!
So mana Birthday Trip aku tahun ni?

SURABAYA!!! 

Again!

Flight ticket dah booked 2,3 hari lepas dengan harga RM190 return.

But this time aku akan buat backpacker style. Public transport all the way.. In Shaa Allah

Beberapa hari lagi kita akan bertemu #IjenBromo

10 comments:

  1. Replies
    1. Selamat Tahun Baru Muhammad Khairuddin Lim!

      Delete
  2. I couldn't denied that Bromo has one of the nicest view I've ever seen in my life!

    Happy Birthday in advance + Happy Travelling + Happy New Year too!

    ReplyDelete
  3. Jea selamat thn baru

    Wahhh ke surabaya lagi murah tu klau rm190 return n bab travel partner yg serasi agak susah nk cari klau x leh ajak jm join skali heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat murah, beli pun 2 minggu sebelum fly.

      Jadual JM yg padat tu boleh diselitkan lagi ke dengan trip lain? hehe

      Ok next time kita roger-roger buat trip sesama..

      Selamat tahun baru JM, happy travelling!

      Delete
  4. Selamat tahun baru jea.... wah jeles akak. Akak baru plan nak pi bulan 5 dengn geng ulat buku. Huhuhu lama lagi tapi tu je yang boleh dan tiket dah beli. Awal tahun cuti susah mau apply lor... Apa pun nanti story mori yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la ada geng..hehe

      Bulan 5 tu mesti view cantik. Skrg ni musim hujan, kabus pun banyak.

      Delete
  5. Waa.. Surabaya pulak?? oh best nyerrr.. adik laki tak nak ikut tapi nk bila di "sponsor" hehehe biasa la tu kan.. apa boleh buat.. Have a nice trip .. Selamat Tahun Baru juga Jea :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. Happy Travelling!

      Tabiat menyeponser orang lain travel ni harus dihentikan..hahaha

      Delete