Wednesday 8 January 2014

Wisdom Path, Ngong Ping Village, Hong Kong


Senang je kalau nak trekking ala-ala manja ke Wisdom Path ni. Pertama sekali kita haruslah pergi ke Ngong Ping Village terlebih dulu. Macam mana nak pegi Ngong Ping Village ni? Boleh rujuk entry Halal at Hong Kong ni.

Dah sampai Ngong Ping Village dah moh cari signboard "Wisdom Path". Laluan ke Wisdom Path ni adalah melepasi Big Buddha yang besar kat atas bukit tu. Since last year dah mendaki ke Big Buddha tu jadi jalan laju-laju ke laluan Wisdom Path.

Sebab kami adalah antara yang awal tiba di Ngong Ping ni, suasana ke Wisdom Path adalah sangat sunyi. Sepanjang kami berjalan memang takde orang. Memang rasa macam takut jugak tapi dah sampai jauh-jauh camni takkan nak give up kot. Kann...

Awal trek.
Jangan risau kalau ada simpang mesti ada sign board
Hutan ko..Kalau sorang-sorang mau patah balik ni..
Simpang lagi. 
Tea Garden Restoren yang tak tau la beroperasi ke tak. 
Suasana kat area ke Wisdom Path ni sunyi pagi-pagi ni. Tak tahulah kalau memang dah takde orang tinggal kat sini ke.. Tempat ni nampak terbiar. Ada ladang teh dan kami nampak sorang makcik tua yang tengah kutip daun teh. Tapi sebabkan makcik tu tak gerak-gerak dan kami cuma nampak bahagian belakang dia je jadi kami pun diam kan jelah sambil terus berjalan. Tambah scary kat sini bila ada 2,3 rumah terbiar.

Villa Nabila
Villa Nabila versi teres
Ladang Teh
Lepas Tea Garden Restoren, jalan sket lagi
Kemudian sampailah kita ke Wisdom Path. Sampai kat sini baru nampak 2 orang hiker tengah dok tengok peta. 

Belakang tu route untuk orang hike. Memang tak rugi hike kat sini. View pun cantik.
Wisdom tak? Ntah la sebab tak paham pun.
Meh nak tunjuk jalan kalau nak tengok view dari tempat tinggi kat Wisdom Path ni. View yang sangat awesome.

Mula-mula panjang tangga mengelilingi Path ni. Sampai atas sekali stop, jangan pusing path ni (turun ke bawah)
Kat atas sekali tu akan nampak semak-samun tapi ada laluan sket untuk menuju ke atas.
Dah abes berjuang kat semak-samun tu ti akan nampak 2 batu ni.
View disebalik batu-batu tadi. santeek kan???
View arah lain. Yang putih tu trek untuk hiking.
Meh panjat batu.
Posinglah ala supermodelmefemmefataleversiscarletplus..
 Dah abes 3 roll filem, meh kita balik sebelum matahari terpacak atas kepala.

Mokcik kayoo!!
Mat saleh depan tu patah balik sekerat jalan..Takut ler tu..ahak

9 comments:

  1. Kat c nilah running man buat show tu. Eh makcik petik daun teh tu x gerak2 eh masih hidup ke heeee scary plak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dalam RM tu ada dragon kat wisdom path ni tapi dragon tu khas utk dalam RM je.

      Makcik tu kutip daun teh secara slo-mo..hehe

      Delete
    2. daebak...ngeee jea, kwangso bwk dragon sendiri..patut kita pun bawak satu time ni ;-)

      Delete
  2. Patutnya jalan masuk tu dia buat jalan cantik2 dan signboard best punya supaya pelancong pun boleh ramai-ramai berkunjung. Promosi tak cukup jadi orang tak tahu sangat. Apa pun kat tempat tinggi tu memang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tu lah. kami gigih sebab bertiga, kalau sorang2 mmg harus patah balik.

      Delete
  3. Memang menarik especially laluan yang ada tiang2 kayu terpacak tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik dan tertarik. kalau datang sini sila pakai trekking shoe..sebab berbaloi2 trekking kat sini. View awesome!

      Delete
  4. menarik tempatnyer... tak sia2ler berjalan.. mat sallehtu rugilerkan... memang mengkagumkan pemandangannyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tak sangka Hong Kong ada lagi hutan2 camni, ingat hutan batu ja sana..hehe

      Delete