Saturday 28 June 2014

Philippine ~ 3 hari 3 malam (Lcct ke Clark ke Manila. Airport to airport in one night)

Pertama-tamanya trip ni adalah pada tahun lepas, 2013.

Keduanya aku nak kongsi pasal trip ni setelah diajukan dengan statements berikut,

"cuti ko setahun 90 hari ke?", "aku ni tak boleh cuti lama-lama", "duit aku bukan berkepuk-kepuk macam ko", "baik aku simpan duit beli rumah dari membazir tak tentu pasal".

etc..etc..

Kalau nak kisah pasal duit, pegi Midvalley pun mesti bawak berkepuk-kepuk jugak kan? Hatta nak masuk Fareeda Exclusive pun.

Kalau pasal cuti plak, sini aku nak kasitau, trip aku ke Philippine ni adalah selama 3 hari 3 malam je. Khamis malam 9 malam flight dari Lcct. Hari jumaat pulak cuti hari Wilayah ke hari Malaysia ntah aku dah lupa. Tapi yang pasti memang TAK PAYAH APPLY CUTI pon.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu complains.

Bukan nak cakap aku ni terrer la bab-bab pergi bercuti tanpa apply cuti, pastu fly ke oversea plak tu kan.. 

Cuma nak bagitau, kenapa nak complicatekan sesuatu perkara? Pastu disebabkan kita tak pergi bercuti, kita nak sakitkan hati orang yang pergi?

"Aku kalau banyak cuti, aku balik kampung melawat mak bapak aku", "ko ni suka membazir la" (sambil keluarkan Coach yang baru di beli).

Tanyalah sesapa pun yang suka travel, duit dorang mesti disimpan for travel related purpose. Kalaupun keluar shopping tapi mesti beli barang keperluan semata, bukan barang kehendak.                                 

Panjang eh intro..

******************* 

Sambung balik pasal trip ke Philippine ni, flight dari Lcct ke Clark adalah pada pukul 9malam hari Khamis. Jadi lepas keja, aku dan 2 kawan seopis terus check out dari opis. Dorang ke Lcct aku sempat balik rumah sewa lagi sebab ada hal. 





Lepas tu kami berkumpul di boarding hall. Kami sampai di Clark Airport hampir tengah malam. Jadi plak masa tu Aseana dari Korea pun mendarat sama, terus kami beratur last sekali (orang Korea main potong que hoi!). 


Dah la beratur last sekali, kat bahagian luar plak tu. Tak sempat nak masuk building airport pun. Lepas tu dengar plak pertelingkahan antara Korean dengan pegawai-pegawai kat Airport ni. Horror sungguh dengan sambutan yang diterima setelah touchdown Philippine ni.

Depan kami ada 2 couple Melayu dengan anak kecik dorang. As usual orang Melayu ni sombong eh kat obesee. Ada ke patut aku senyum kat si bini, pastu boleh plak dia terus pusing muka dia ke depan. 

Wahal aku senyum tu ada makna tuh! Aku nak tanya la kot-kot hangpa nak ke Manila lepas keluar airport ni, boleh la share the cost. 

Disebabkan niat pun dah tak betul, padan la muka dapat balasan..hahaha!

Pukul 1 pagi jugak la kami setel kat immigration tu. Orang-orang ramai tadi semua dah takde masa tu. Tinggal la pakcik-pakcik teksi dok memanggil.

Kami tak boleh stay kat Clark ni, nama pun cuti 3 hari 3 malam je kan, kami mesti ke Manila Airport saat ni jugak sebab esok flight kami dari Manila Airport ke Caticlan Airport menggunakan Cebu Pacific adalah pukul 6 pagi.

Kami ke kaunter teksi dalam airport tu. Dorang charge harga midnight dari Clark ke Manila ni sebuah mpv hampir RM300! ***** hidung berdarah..

Nasib la kami bertiga, jadi redha dengan hati terbuka jelah. Nak naik bas pun mana nak cari pukul 1 pagi camni.

Luas gila mpv ni, sumabat 6,7 orang pun boleh. Kami duduk seat depan (belakang driver) 3 orang sekaligus. Malas dah nak duduk kat belakang lagi dah. Pastu ada sorang lagi kawan driver join. Jadi kami berlima pun terus ke Manila.

Perjalanan adalah 2 jam. Aku tak boleh tidur so layan je lah view-view kat luar. Dah sampai Manila boleh la nampak ramai jugak la gelandangan tidur kat tepi-tepi jalan. Budak-budak pun ramai. Kesian weh..


Dah sampai Manila Aiport, kawan aku bayar duit kereta tu tapi tup-tup diver tu mintak extra!

Hoi, tu dah 3 ratus ringgit dah tu! Nak bayar tu pun dah parkinson tangan aku, ko nak extra??!

Aku suruh je kawan-kawan aku tu turun cepat-cepat. Cukuplah bayar apa yang dipersetujui sudah.

Dah turun tu cepat-cepat kami terus masuk dalam terminal sebab takut dorang ikut plak. Nasib la ada ramai orang kat luar tu plus pengawal-pengawal pun ramai jugak walapun pukul 3 pagi. Mungkin yang flight awal pagi macam kami jugak kot.


Dah masuk tu kami terus nak check in kat kaunter Cebu Pacific. Jumpa sorang staff pakai vest Cebu Pacific tengah membantu/memberi info kepada penumpang-penumpang.

Terus aku pegi kat dia. Wahal kaunter Cebu Pacific dah nampak (area-area belakang staff yang pakai vest tu). 

Tapi sebab dia hensome!

Jericho Rosales indahouse *** woot! woot!

Aku tanya dia (dengan soalan logik hokey, bukan pick up lines).

"Kenapa tak boleh online check in?". Bukan cakap Melayu, Tagalog pun bukan.

Jericho Rasales suh kami ke kaunter untuk check in manual.

Tau dah...hahaha!

Kat kaunter kami diberi boarding pass pastu kena naik atas penimbang bersama-sama dengan beg. 


Pastu kami terus ke domestic departure hall. Cari gate kami, pastu cari kerusi, keluarkan pashmina.

Selimut!

***************

Esok kita umat Islam akan start berpuasa. Marilah kita solat Terawih malam ni. Ayuh!

11 comments:

  1. Replies
    1. Saya pun suka :)

      Next time nak ke Manila macam MKL jugak.

      Delete
  2. Betul lah kat sana asyik nk minta tip atau extra charge kan, jgn kata jea, Jm pun klau nampak mamat lebih kurang muka jericho tu terus kuar tanduk rusa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, letih!

      Malam2 tengah mamai jumpa plak 'Jericho Rosales', segar terus mata ;)

      Delete
  3. Aku pernah kena ngan sorang member ofis ni,

    "Ko ni banyak duit travel obersea, bilanya nak buat umrah?"

    Rasa hangin satu badan dengar, sajer nak sakitkan hati aku padahal diri sendiri solat pun tak jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dah biasa..haha

      Mengata orang lagi senang dari tgk cermin - pepatah baru..hehe

      Delete
  4. Ha kan intro adalah cebisan rasa hati kat entry Jepang haritu. Pastu pertikai aku makan mahal, shopping kat Jepang tapi nak beli souvenir berkira. Eh dah kenapa.

    Entry Phil, aku nak komen once ko habiskan cerita ni. Aku time travel suka BW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut tempayan lagi boleh ditutup..

      Aku penat la nak stori, penat posa..eh

      Delete
  5. Ala biasale komen orang memang berdas-das pelurunya. Biaq pa lah orang nak kata yang penting kita hepey jenjalan cari pasal kat obersea. Anggaplah depa jeles tahap gaban kat kita sebab depa tak leh nak travel pi obersea. hehehehe boleh gitu. Apa yang penting enjoy *angkat tangan ala-ala gaya Nora danish*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang nampak gaya jeles tu kan.. Sebab tu kalau pegi mana2 memang saya senyap je, tapi pastu ada la yang sentap..Susah nak puaskan hati semua pihak ni.

      Memang enjoy kalau cari pasal kat oversea..haha

      Delete
  6. sapa yang laharkan ko ni noks ?

    kesian org itu hidup dalam PHD...

    tapi sakit telinga aku kalau orang cakap...ko travel sana sini, umrah bila nak pegi ? pergi la buat umrah dulu...

    huhu. taktau ke maksalah aku...belom cukup rezeki nak pegi sana! tlg sponsorkan si pengaju soklan ! haa gitu aku nak jawab.

    aku ni dah la travel ala cheap je...tix murah..hotel murah...kalau umrah kan ke berpakej..yakni riban riban... > < blom campor duit banjer..duit dam *eh hehe...

    maafkan la org itu ye Jea...senyummmmm je hadap org tu...

    ReplyDelete