Wednesday 21 August 2013

Kingdom of Cambodia - Part 6

Bersambung dari Part 5

Masa bas kami berhenti kali kedua. Aku rasa cam risau sket. Aku suh Ida tengok macam mana orang-orang yang bawak motor or tuktuk ni approach customer yang baru nak turun bas (bas ni ada jugak berhenti kat tepi-tepi jalan untuk bagi customer turun, by request). Dorang serbu je pintu bas walaupun bas belum berhenti lagi.

Kami plak takde sapa nak jemput kat stesen bas Battambang nanti.

Cuak disitu. 

Disinilah aku rugi bila kena call Delux Villa suruh pick up kat stesen bas. Complimentary sebenarnya tapi aku tak setkan pon ngan Delux Villa tu sebelum ni sebab taktau bas pukul berapa dari Phnom Penh. Bila call yang angkat  tu tak pandai cakap English pastu die pon sibuk la p cari yang pandai speaking London, jadilah credit aku kena tolak RM20. hahahaha... Selalunya pegi mana-mana memang aku tak guna henpon. Henpon simpan je dalam beg. Memanglah roaming tapi kalau sapa call aku tak angkat and sapa sms memang padan muka beliau..

Sampai je kat port Capitol Bus kat Battambang, takde la plak orang yang tunggu kami. Kami la plak nak kena tunggu beliau. Sia-sia je RM20 aku. Masa tunggu dalam 10 minit ni kamilah retis disitu. Difollow, ditenung macam mintak penumbuk, sampailah driver tuktuk ni datang. Dekat je pon Delux Villa ni, tapi aku takmoh lah jalan kaki kalau tau arah mana pun sebab, panas! Daging salai je rasa. Asyik dok lap peluh je, nasib badan la banyak lemak..huhu

Gini jelah pekan koboi Battambang
Pakcik diver tuktuk beserta kertas cadangan what to do in Battambang.
Sampai je Delux Villa, receptionist kat situ, lelaki yang pertama. Itulah namanya..hehe kami ni tahap tak ramah orangnya. Selalu tak tanya nama orang. Si Zamri driver tuktuk tu pon Abang Zul ngan Kak Wan yang bagitau nama die kat kami. 

Ok kembali kepada cerita, kami nak naik bot dari Battambang ke Siem Reap keesokkan harinya. Tapi kalau dah namanya datang masa kemarau ni Tasik Tonle Sap akan jadi cetek. Kalau hari-hari biasa naik bot dari Battambang ke Siem Reap boleh la 4 jam perjalanan. Tapi kalau kemarau, paras air jadi rendah, perjalanan mungkin akan jadi 10 jam. 

Tak kisahlah sebab kalau ikut itinerary yang aku buat esok memang reserve untuk perjalanan dari Battambang ke Siem Reap je. Tak buat benda lain dah.

So, belum masuk bilik letak barang, kami suruh die bookingkan tiket bot untuk esok. Pastu die cakap die kena check dulu ada tak perkhidmatan bot esok sebab paras aku memang cetek takut bot tak beroperasi.

Danggss!

Ok, whatever. Kami pon plan tour ngan beliau untuk half day today. Sebab memang ada halfday je untuk tour Battambang ni. Receptionist lelaki pertama ni la yang mapkan semuanya. So beliau cakap pukul 3 petang ti turun ada tuktuk akan bawak kami jalan-jalan. 

Ok, ada sejam lagi. Jom mengular dalam bilik. Serius tak tahan dah panas ni. 

Kenapalah aku tak terjun je dalam kolam time tu.. 

Lagi 10 minit sebelum pukul 3 petang, kami pun turun bawah dan receptionist lelaki pertama tadi tunjukkan driver tuktuk kat luar tengah tunggu.

Pakcik tuktuk yang sama yang pick up kami. Awalnya tunggu, ke tak balik pun. Die ni dah dibriefing kemana nak bawak kami petang tu sebab elok je kami naik terus beliau start enjin dan gerak. 

Kami panggil pakcik tuktuk ni Pakcik Senyap. Sebab memang senyap je orangnya. Main tunjuk-tunjuk guna tangan je kalau nak suruh kami buat apa-apa.

Luar kawasan Delux Villa. Ada sket autumn disitu.
Bangunan kerajaan.
Teratai layu ditasik madu.
Tugu kebanggaan Battambang. Malas nak berhenti ambik gambar sebab muka beliau scary, so snap dari atas tuktuk je.
So, destinasi pertama kami adalah, Bamboo Train.

Gila ke panas-panas nak naik ketapi buluh yang takde dinding takde bumbung apatah lagi ekon!

Katanya this is must kalau datang Battambang. Tak percaya? Pegi la baca tripadvisor.

Kalau nak naik beskal memang trafic safe kat sini. Tapi harus diingat, PANAS!
Lalu kawasan kampung. KERING!
Dah sampai kat tempat masuk Bamboo train ni kami diapproach oleh sorang lelaki pakai uniform polis. Die siap bagi taklimat dan die mintak kami bayar 10USD kat sorang lagi lelaki. Sekali datang mamat ni, hah berkepuk duit die pegang. 

Aku terkesima tengok duet die..

Kenapalah tak simpan. Ke nak tunjuk bisnes ko untung gila. 

Bamboo train ni kalau ko naik sorang pon ko kena bayar 10USD jugak. Kalau naik ramai-ramai aku tak pastilah berapa kena.

Yang angkat tshirt tu yang pegang duet bekepuk & polis tengah park beskal mat salleh yang baru sampai
Trek ketapi buluh
Keretapi buluh (translate abes) ni cuma pelantar buluh. Sepanjang perjalan dalm 15 minit pegi 15 minit balik tu akan dihidangkan pemandangan sawah nan hijau. 

Just time kami pegi nan hadoo.

Kami kan pegi time kemarau..

Hambek ko tanah kontang!
Kalau ada train lain datang dari depan, mesti kena ada yang mengalah. Time kami datang ni ada 3 train datang dari arah bertentangan. So, haruslah kami yang kena turun. Then train tu di pecahkan dan diletakkan kat tepi. Pas dorang selamat lalu driver train last sekali akan tolong driver train kami pasang balik pelantar buluh tu.

Nilah rupanya train pelantar buluh
Dah setel, masing-masing dah nak gerak, time ni lah Ida buat lambaian ratu kat mat-mat salleh tu dengan alasan lepas ni takkan jumpa lagi punya.

Jom nyorok dalam belukar.. 

High taste jugak Ida ni...

Dah sampai kat satu kampung ni train ni pon berenti. Ada banyak kedai-kedai ko boleh minum or beli tshirt Battambang or shawl or kain batik. Rugi aku tak beli tshirt Battambang kat sini sebab aku dah tak jumpa kat mana-mana dah pastu.

Then kami proceed jalan-jalan kat kampung tu. 

Paneh..

Kedai-kedai kat sini. Aku beli kain batik nak bagi mak aku, sampai sekarang tak bagi lagi. Aku nak buat lapik meja, sebab santeekk..hahaha
Ada kilang batu bataan
Kawasan kampung
Kak Limah gila
Dah macam Kate Middleton dah ko Ida. Bagi coklat ngan berpayung bagai.
"Adek yg pakai baju cantik, rambut highlight, jom posing"
Then lepas abes je tour ketapi buluh tu, Pakcik senyap ni bawak kami pegi The Killing Cave pulak.

Kami ikut je. Dah die senyap

Kami pun senyap...

Kuil atas bukit
The Killing Cave ni salah satu tempat kekejaman Polpot. Orang-orang yang menentang akan dibawak naik atas bukit ni oleh askar-askar pastu akan ditolak jatuh dalam gua.

Kena beli tiket dulu kat kaunter. Tak ingat dah berapa harga.

Nak naik atas ni, mintak nyawa! 

Tangga! Tangga! dan lebih banyak tangga!

Dan kemudian sesat..

Motif la ko nak bawak orang suruh daki tinggi-tinggi pastu nak tolak die jatuh gua??

Tetiba aku teringat aku panas badan, tak sihat. Boleh aku daki tangga-tangga nih?

Ida daki dengan tiada masalah dan nun jauh kehadapan. Cuma bila dah nak sesat die tunggu jugak aku.

Tangga-tanggi
Gambar- gambar mendaki ni suma dari kamera Ida. Aku tak rasa nak ambik gambar sebab nak angkat kaki pun tak mampu lagi dah. 

Aku rasa kamera aku lah yang berat, bukan salah aku sebenarnya.

Eh?
Kak Limah bersabung nyawa.
Dah sampai atas tu sebenarnya kami ikut jalan belakang. Nama pun sesat kan..

Kami sampai belakang kedai, aku terus selongkar tong ais merah kat belakang tu cari air.

Pastu ada brader, owner kedai tu kot suruh aku pegi depan kedai. Die siap panggil bini die lagi suh bawak aku pegi depan.

Gitulah cerita sedih dipagi hari raya..

Dalam beg aku ada air mineral tapi aku nak air manis!

Kat atas tu ada temple dan ada 2, 3 orang sami. Kami pusing pegi arah lain.

Sebab..

Aku nak muntah!

Cerita sedih dipagi hari raya pun bersambung.

Aku muntah dengan jayanya disaksikan oleh 2 orang sami.

Bestkan tempat Kak Limah muntah. Pandai Kak Limah pilih tempat muntah. View pun cantik. Terasa aman dan damai muntah di sini.
Kami tak lama kat sini sebab kami dah janji ngan Pakcik Senyap pukul 5.30 kami nak gerak ke next destination.

Sebenarnya ada jalan lain nak naik atas bukit ni. Dan jalan ni takde tangga!

Keta motor semua boleh lalu.

Masa turun tu kami siap jumpa banyak mat dan minah saleh guna jalan ni.

Danggs!

Bantal mana? Bantal??!!?
Pose-pose gembira
Kalau ikut jalan ni sebenarnya kena lalu ikut kawasan perkampungan.


Kami selamat sampai kat bawah dan kami lewat 45 minit!

Aku mengumumkan panas badan aku hilang dan badan terasa segar dan kuat.

Dan berpeluh..

Peace yo'll

6 comments:

  1. Salam kenal..JM dpt tahu pasal blog ni through blog supermeng :-)

    Love travel also..so suka follow citer kawan2 yg suka travel..eh kat mana nak follow ni?

    Rajin2 update tau coz JM ni suka blogwalking heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JM. Saya ni silent reader blog JM.

      Segan nak follow..

      Tapi!

      Tapi saya dah follow dah blog JM.

      Enjoy Australia JM!

      Delete
  2. Tanah kering kontang? oh kepanasan yang tak boleh nak di fikirkan..
    tinggi jugak temple kat atas tu.. hebat sungguh dpt smpai atas tu :D
    mesti happy giler bila tgk ada jalan lain naik ke atas hahaha :P

    (pasal kain batik nak kasi mak tu) aku pun ada jugak beli brg nak kasi org.. tapi tak terkasi sampai dah guna hehhee.. ingt aku je.. ko pun sama :p


    ReplyDelete
  3. Kulit sunbrun tak payah cite la.. dah la kulit pun gelap, digelap-gelapkan lagi ngan cuaca panas..hehehe

    Mak aku mmg redha je sebab die tau kalau anak die yg ni pegi mana2 mmg bawak balik FM je..

    ReplyDelete
  4. wahh.. menariklah yang keretapi tu!

    ReplyDelete