Saturday 25 January 2014

Surabaya (Day 2) ~ Savannah & Lautan Pasir (Pasir Berbisik)

Lepas selesai di pondok bayaran masuk ke Bromo Tengger Semeru National kami meneruskan perjalanan ke Cemoro Lawang, kami bakal melalui hutan savannah dan lautan pasir. Dari pondok tadi kami nampak pandangan atas savannah. Dah tak sabar-sabar nak tengok dengan lebih dekat hutan rumput/lalang ni. Tak suka rumput-rumput? Semak kepala otak dengan lalang? Takpe kat sini semua perasaan tu akan bertukar jadi' "Cantiknya!"

Tak percaya? Meh tengok nih..



Tu dia dah nampak sikit dah savannah. Pakcik ojek sila rempit!
Jalan pun kadang-kadang elok, kadang-kadang kurang elok.
Tu dia..cantik kan..


Meh kita pose kat padang rumput


Untong la kak ros bercuti nek jet, ada potographer, driver dok tgu kat kenderaan.


Jalan ke Cemoro Lawang. Driver ojek tu ada cakap pokok bunga kuning tu species terancam.


Nak pose ala-ala ambot-ah. tapi beliau selfie je and gambar dia awesome giler.
Aku punya hampeh, dengan muka tak mandi lagi.

Kami meneruskan perjalanan. Di savannah ni ada bukit-bukit yang di gelar Bukit Teletubby. Aku tak sure yang mana sebab aku tak ingat plak bentuk bukit dalam cite tu.

Ek oooo...(betul dak bunyi teletubbies ni..ahaks).

Di tengah perjalanan, Jaja yang tak puas hati lagi dengan Savannah ni mintak ojek dia berenti. Pose-pose Bromo Next Top Model lagi.





Sudah! Hentikan sandiwara ni. Jom kita ke Cemoro Lawang!

Ku jejak jalan yang berliku...
Lepas je kawasan Savannah, sekali lagi kami terpana, dengan lautan pasir. Seluas mata yang memandang. Kat sini pun kami berenti sekejap. Driver ojek pun mula bercerita berkenaan lautan pasir ni atau lebih dikenali dengan pasir berbisik.

Bromo dikiri & Batok di kanan gambar


Sekejap je sudah kat sini sebab hari dah nak ke petang ni tapi kami belum pun sampai Cemoro Lawang. Yang bestnya penginapan pun takde. Yilek, nada, non!

Ke Cemoro Lawang kita!

Jaja menuju ke Cemoro Lawang. Nampak pencawang tu? dan macam ada line putih ke atas tu laluan untuk ke Cemoro Lawang. Kalau ke Bromo sila pusing kiri.

Kalau tak puas tengok gambar Savannah dan lautan pasir, boleh jelajah blog ni Ambot-ah. Antara travel blog yang aku suka baca. Gambar-gambar dia memang super-awesome. Tambahan plak dia travel solo.

Bila nak travel solo ni..

Siri Trip Surabaya:

1. Intro
2. Juanda International Airport ke Malang
3. Pasar Tumpang & Coban Pelangi

14 comments:

  1. Wowwww view yg sgt memikat hati. .ni yg buat Jm nk terbang ke sana pulak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm siti di alam fantasi or dlm cite teletubbies?? hehe

      Delete
  2. fuh best nyer tempat ini... lembah kehijauan yg mmpersona sungguh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Sila datang sini. Cepat update Pekanbaru!

      Delete
  3. macam nak jejakkk jee savannah tu.

    sapa nak ikut????! solo tak brani...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus jejak ke sini.

      Dah abes baca Nanatron on the move, tapi tak boleh nak komen (ke pc aku je yang bengong ni)

      Nak pegi tempat demon crossroad tu jugak (tu dia aku komen kat sini)

      Tak sabar tunggu Supernatural season 9!

      Delete
    2. :: aiyoo aku komen pepanjg tak kuor lak. here it goes again ::

      ohh yeke...nanti aku cek apekah prob apps komen yg aku pakai tu..

      omg teruja jumpa kaki travel merangkap supernatural fans nih!
      jea aku tak tunggu supernatural kt tv..
      laki aku donlodkan from season 1 - current season 9
      lakibini layan citer takmasukakal ni hehheh

      in fact, arini lyn episod 11 & 12 from season 9...bes gile weh episod 11! dean dpt mark dari Cain (from cain & abel..the old testament dude) dan now he's looking more badass dengan adanya tanda tu kat lengan dia! and officially suit up to kill abaddon..

      huh kalau ko blur, its ok. its me talking excitedly..dah takde sape aku nk ckp kt umah at this time. nk ckp kat anak, dia tak reti lg. heheh.

      ok pnjg lalutnya karang tak publish gak taktau la aku..
      bye!

      Delete
    3. adoi aku komen bejela-jela pun tak kuar. Blog sapa lah ni..hhahaha

      mana nak tulis lain.. Just, Viva Dean & Sam!!

      Delete
  4. View yang berbeza masa saya ke sana bulan 9. semuanya kontang, tapi tetap cantik.

    btw, jea pergi bulan berapa? nmpk gayanya kena repeat ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut gambar2 ni kami pegi situ pada 11 Januari 2014. Maybe sebab masih dalam musim hujan tu yang dia hijau sket kot.

      Delete
  5. cantik..
    jumpa batu singa tak di pasir berbisik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa la batu singa tu, Dr Singa..

      Tak tahu kewujudan batu tersebut, kalau tau In Shaa Allah singgah..huhu

      Delete