Monday 4 May 2015

Mingalabar Myanmar ~ (Part 10) Inwa (Ava) Bridge

Seru DJ, Naz & Bibie jengah Airasia - destinasi Myanmar :)

Dari jauh nampak si Koko ni melambai-lambai. 

Tergelak je tengok..

Memula tu aku nak balik hotel dulu, sebab apa? Nak solat dulu sebab aku yakin sesangat aku tak jumpa Masjid pasni ni, yea serius takde study pun kot-kot ada ke Masjid di Mandalay tu. Ni nama dia malas tahap dewa dewi.

Lagi pun bila aku tanya Koko ni pasal kedai makan halal, harus lah dia pun tak tahu. Aku cakap kat dia, aku nak balik makan dulu lah, makan bekalan yang aku bawak dari tanah air. 

Sudahnya sampai hotel, aku solat jama' dulu pastu tak rasa nak makan pun. Pagi tadi aku buat nestum 3 in 1 (extra gula ;p). 

Tak sampai 10 minit aku dah membonceng dengan si Koko ke destinasi pertama - Sagaing Hill.

Koko dan jalan di Mandalay menuju Sagaing

Dalam perjalanan yang super slow tu, boleh lah usha kiri kanan untuk tengok kehidupan rakyat Mandalay.

Cuaca memang kering dan berdebu. Amat digalakkan pegi Myanmar on winter (Dec- March) sebab cuaca nyaman je. Kalau time yang winter ni jalan pun nampak kering dan berdebu, korang bayangkan waktu musim panas dia macam mana..

Aku penah pegi Kemboja dalam cuaca panas habaq hang, memang tak sanggup lagi dah!

Jalan yang berdebu dan tenang, sekali bas lalu dengan laju rasa macam nak terbang!

Debu sampai ke pokok2
Dalam perjalanan tu nampak orang jual tembikai tepi jalan. Macam-macam jenis plak tu. Pastu banyak giler!

Sapa la nak beli tembikai banyak macam tu kan..
Berjenis-jenis
Tembikai tepi jalan
Koko cakap tembikai tu untuk diekport keluar negara. Dorang tengah tunggu lori datang ambik.

Bodo jugak aku ni kan, terasa kebebalan melampau...

Kat tepi-tepi jalan tu boleh nampak tanaman tembikai seluas mata memandang. Macam bendang sawah padi!

Tanaman tembikai
Sampai kat tepi jalan tu si Koko ni stop jap tepi jalan tunjuk kat seberang Sungai Irrawaddy tu adalah Sagaing Hill. Boleh nampak la banyak temple-temple di serata bukit Sagaing tu. Temple-temple tu mostly warna putih-kuning (or gold).

Kiranya Sungai Irrawaddy ni memisahkan diantara Mandalay dengan Sagaing.

Di sebelah sana Sagaing Hill

Zoom sket 
Bila tiba di Inwa Bridge aku suruh si Koko ni stop jap kat depan jambatan. Takde purpose pun, just macam tempat wajib pose-pose maut je situ.

Depan jambatan ni belah kanan ada tempat untuk berenti.
Inwa ni nama baru, nama lama dia kalau tak silap aku Ava kot. Jarak Inwa dari Mandalay cuma 20 km. 

Boleh jugak ke Inwa Village (Koko ada suggest pagi tadi, tapi aku tolak). Aku tanak pegi sebab situ pon terkenal dengan temple-temple nya jugak. Haruslah I pass sajork.

Stop sini pose maut mcm driver keta tu. Dia bawak satu group mat saleh. Si mat saleh baju biru kat sebelah tu kayuh beskal sajor
Inwa Bridge ni berkepanjangan 1km merentasi Sungai Irrawaddy. Ada 2 jambatan kat sini, satu yang baru dan satu yang lama. Haruslah aku hilang ingatan aku lalu yang mana satu.

Tengok tu! Siti Nurhaliza!!! krik krik krik...

Boleh baca statement kat sini, kalau pandai lah..

View dari atas jambatan


View jambatan plak

ootd #matikk


Moh gerak
Kiranya kalau dah pass jambatan ni dah masuk ke daerah Sagaing.

Kejap je stop depan bridge tu, masa lalu kat bridge tu, dihujung bridge tu ada satu lori tengah parking tepi jalan atas bridge tu. Ada 2 orang kat bawah lori tu, ingatkan dorang tengah repair lori tu ke, yelah atas jambatan kot. 

Sekali lalu dekat, dorang tengah tido!

Bawah lori tu!

Ok dah hampir nak sampai Sagaing Hill

15 comments:

  1. Banyaknya temple ..rasa rengsa pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha En Mie, memang tu selling point dia. Lama-lama tu rasa macam nak skip je lah semua..hehe

      Delete
  2. tgk ko kuar explore myanmar lagi syok berbanding jejak kaki kat yangon

    kalo dok yangon je x mo repeat

    tapi skang nak repeat sbb nak explore mcm ko :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy, ko try la plak masuk melalui Mandalay. Kalau luar-luar bandar mmg cantik view situ.

      Delete
  3. Banyaknya temple keemasan..kalau kecik leh jual tu..hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Certain part je emas selalunya. The rest cat je Ciku..hehe

      Delete
  4. yeee...AA tengah offer mengoffer sekarang ni kann!?

    kau ni memang penghasut lahhh..
    dari nampak macam tak best je myanmar ni..dah tergoda lak ahkak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tak sengaja hasut..

      Kalau luar town dan kalau jenis suka view hutan, memang best kat sini. Terutamanya Inle Lake.

      Delete
  5. Alah pendek sgt entri.
    Aku stay away godaan AA buat masa skangg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah ko kan dah nak balik kg. Kem salam anak angkat aku kat sana..haha

      Delete
  6. tergelak besar aku baca bab bila bas lalu laju tu. btw habis canggih dah fashion ko kat sana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan aku nak bwk tracksuit. Tapi kena kebas plak ngn si polan kat umah tu.

      Delete
  7. Seruan ko aku simpan dalam peti dulu ye!!! Sekarang tengah bergolak golek keadaan dalam poket aku ni. Btw, ootd tu sempo habis lah. Xde makna ayat matik sebelum tu. So Harbin nanti pakai gitu, nak?

    ReplyDelete