Thursday 28 May 2015

Superstar Libra Cruise ke Krabi dan Phuket bersama Geng Secubit Garam ~ Masih di hari ke - 1

Untuk part 1, sila ketik sini.

Lepas masuk dalam bilik, kami unpacking lebih kurang, kemudian kami pun bergerak ke deck 5 untuk ke Stardust Lounge. Untuk apa ke Stardust Lounge? Kami nak register nama untuk Gala Dinner pada hari ke-3 nanti (hari Selasa).

Registration start pukul 3 petang.

Lift di setiap deck

Dari ruang tengah (lift) untuk ke bilik masing-masing. Tanak naik lift boleh naik tangga.
Kami sampai di Stardust Lounge pukul 2.45 petang. Masa ni pun masih selisih dengan penumpang-penumpang yang baru check in dan mencari bilik. Agak tricky la jugak nak mencari bilik kat sini sebenarnya. 

Stardust Lounge. Kebanyakkan aktiviti berlangsung di sini.
Rupanya dah ramai yang kat Stardust Lounge tu tengah beratur. Dalam satu group dorang bagi sorang je beratur dan kami yang lain duduk je tunggu kat tepi.

Aku tak ingat dah berapa buah restoren yang dorang guna untuk Gala Dinner ni (maybe 3 je kot), tapi yang ada Halal Certificate cuma satu je - Spices Restaurant.

Menu Gala Dinner di Spices Restaurant
Ada 2 sesi untuk dinner - 7.30 malam dan 9.30 malam. Kami reserve second session sebab pada hari kejadian di siang harinya kapal akan berlabuh berhampiran Krabi. Jadi kami tak nak lah rushing after tour Krabi. 

Trip kali ni agak ramai orang Melayu jadi akan ada persaingan disitu. Jadi dinasihatkan silalah datang register awal kalau nak join Gala Dinner ni.

Yang jadi tak bestnya ada jugak yang non-Muslim pun reserve untuk makan di Spices Restaurant. Wahal ada pilihan lain kan..

Kesian jugaklah sebab ada makcik-makcik yang kami jumpa pastu tak dapat tempat di Spices Restaurant ni sebab dah full. Dorang datang register pukul 4 petang.

Selesai di Stardust Lounge kami gerak nak tinjau kawasan. Kapal masih lagi berlabuh di Swettenham Pier dan dijangkakan bergerak pada pukul 5 petang.

View ni pun ada dalam salah satu chanel tv dan kami kenkonon nak pegi sini, sekali depan ni tak boleh access.
Kemudian kami ambil lift untuk ke Deck 9. Dalam kapal ni ada lift yea kawan-kawan sebab ketinggian kapal ni adalah 10 tingkat!

Lift cuma ada sampai deck 9 je di kawasan Pool dan jugak Mariners Buffet. Kemudian kami naik ke deck 10 untuk tengok pemandangan dari atas.

Silalah layan pemandangan kami sajor, sebabnya ramai-ramai camni memang kamera aku simpan je lah. Tumpang-tumpang kamera henpon kawan-kawan yang super canggih iteww.

Group photo
View dari deck 10 waktu siang. Bawah tu pool. Tepi dia ada jakuzi. Hujung sanun tu di deck 10 Spices Restaurant. Mariners Buffet di bawahnya - deck 9
Jakuzi
Kemudian kami balik ke bilik di deck 3 untuk ambil life jacket masing-masing. Pukul 4.45 petang ada safety drill. Kemudian dengan life jacket tu kami pun bergerak plak ke Stardust Lounge di deck 5 untuk berkumpul sebelum diarahkan untuk pergi ke tempat-tempat briefing tentang Safety Drill.

Dalam StarLounge sebelum dibahagikan group. refer access card untuk tau group sendiri
Group masing-masing boleh ikut yang tertera di access card masing-masing. 

Safety drill kami di bahagian tepi kapal. Ada banyak group, almaklum la ramai kan. Kalau tak mamai-mamai nak cari group sendiri, masuk je mana-mana group. Bukan ada orang nak check pon. Ini bukan sekolah asrama.

Berketak-ketak masing-masing
Drillnya nanti dia ajar macam mana nak pakai life jacket dan pelbagai isu keselamatan yang lain. AKu tak ambik port sangat, and incase something happen aku pun tak tahu mana nak pegi :p

Sebabnya...

Aku mabuk laut..

Pening!

Kapal tak gerak pun rasa goyang-goyang, bila kapal bergerak lagi lah terhuyung-hayang. Tak boleh jalan straight! 

Kawan aku yang pregnant tu rileks je..

Nasib kawan aku bagi pil tahan mabuk. Makan 2 bijik, sepatutnya sebelum naik kapal tadi dah makan, tapi aku kan bajet kebal..

Lepas safety drill tadi habis, kami pun gerak balik bilik masing-masing untuk simpan balik life jacket. Kemudian kami naik balik ke deck 9 sebab ada Welcome Party. Ada makan-makan.

Memang meriah la orang ramai kat deck 9 tepi pool tu. Banyak kaunter makan. 

Sebut bab Halal, memang ada restaurant di Superstar Cruise ni berstatus Halal. Setelah aku gugel, yang aku jumpa Cert. Halal adalah from Spices Restaurant dan Blue Lagoon sahaja - tapi dalam 4 hari tu aku tak jumpa pun Blue Lagoon atas ni :p . Tapi kalau ikutkan dalam flyers, ada je Blue Lagoon tu tapi aku tak cari dan tak terjumpa. Dan plak kalau nak makan di Spices Restaurant & Blue Lagoon ni kena bayar sendiri sebab resturants ni tak termasuk dalam pakej yang kita bayar tu (March 2015).

Masa tengah round-round from one food counter to another, kawan aku tarik aku. Dia tunjuk kat sorang chef yang tengah grill udang - sedih takde sotong pon sepanjang cruise ni :( 

"Jea, brader ni Melayu"

Kami pun pegi kat brader tu. 

"Bang, kat sini Halal ke?" 

"Sini Halai, semua kat deck 9 ni halai. Boleh makan" - Baca dalam loghat utara :)

Makan dengan gumbiranya.

Tengah makan, kawasan pool ni dah jadi crowded. Sambil makan orang dok menari-menari. Party katanya. 

Kami pun blah balik bilik. Welcoming party ni belum start lagi. Nanti ada show dan ucapan from Kapten kapal. Kalau tak silap aku ada cabutan bertuah dan kadang-kadang tu ada auction untuk upgrade bilik.

Tapi kami dah balik bilik. Sebabnya semua pun penat sebab harini perjalanan jauh dan dari awal pagi kan.

Cabaran kami kali ni, selfie tapi jgn bagi nampak monopod. I is lulus..hehe
Setelah berehat dan buat apa yang penting di bilik, kami keluar balik pada pukul 6 petang untuk ke Guest Service Counter di deck 4. Kali ni tujuannya adalah nak booking tendering boat untuk ke Phuket pada esok hari dan Krabi pada next day. Sekali dah sampai kat deck 4 tu dalam 6.15 ptg macam tu, orang pun dah ramai. Barisan pun dah panjang.

Jadinya kami yang plan nak ambik the earliest tender boat, memang tinggal harapan jelah. 

Untuk Phuket kami dapat second boat yakni pukul 1.30 petang ( 12 tgh hari, 1.30 ptg dan 2 ptg).

Untuk Krabi, aku dah lupa. Maybe yang paling awal pukul 9 pagi kot tapi kami dapat yang pukul 11 pagi.

Untuk tender boat balik ke kapal tak kisah pukul berapa, just show up kat port, naik je boat yang ada kat situ. Tapi ada la limit last boat pukul berapa.

Kemudian kami naik plak ke deck 9 untuk dinner. 

Since tadi brader chef cakap kat deck 9 ni semua 'halai':p jadinya kami pun confident la nak makan kat Mariners buffet di hujung deck 9 tu. Memang hari-harilah makan situ :)

Mariners Buffet takde cert. Halal tapi dia ada mention lard and pork free (March 2015).

Antara food counter dalam Mariners Buffet

Nak makan di dalam, kat luar pintu masuk/keluar atau pun dalam mariners buffet ni ada tangga ke bawah. Boleh makan depan kapal. Sepoi-sepoi bahasa gitu makan kat luar

Shoot yang keberapa ntah sebabnya aku asyik la tutup mata. Haa sekali berjengil aku..hehe
Lepas makan kami pun jalan-jalan pusing kapal layan sunset. Kapal dah start bergerak pukul 5 petang tadi. 

Sunset
Kemudian duduk melepak kat tepi-tepi sambil tunggu pukul 8.45 malam.

Kalau ikutkan jadual di Star Navigator yang diberi, pada pukul 8.45 malam ni ada Magic Show by Richard Burr. Siapa Richard Burr ni? Haruslah aku pun tak kenal. Mungkin juga dia ada keluar kat tv masa hari raya dulu-dulu :p

Jangan lupa study betul-betul star navigator ni. Untuk starnavigator for first & second day dia dah letak siap-siap dalam bilik. Untuk third & last day boleh ambik di reception keesokkan hari

Contoh aktiviti. Masa bertindih-tindih. Jadi pilihlah mana yang nak join.
Masa kami sampai di Stardust Lounge, program sebelum tu 'Tour Talk for Phuket & Krabi' belum habis lagi. Host dia staf Pinoy bernama Allan. Berbadan besar dan bergaya agak sutun tengah bagi panduan shopping di Phuket dan Krabi. Memang kelakar habis. Sesambil tu juga dia dok promote tour ke Phuket dan Krabi by cruise yang mahal iteww..

Magic show by Richard Burr ni berlangsung dalam 45 minit. Agak best jugaklah tapi aku layan tido jugak. Lena tu, siap mimpi lagi :p

Takde gambar nak bagi sebab aku tak bawak kamera dan most of the part, i is tido..

Richard Burr dan Sensation (adult show - berbayar)
Habis show kami pun balik bilik. 

No, no, no.. Hari ini belum habis lagi.

Pukul 11.30 malam kami naik lagi ke Mariners Buffet untuk supper!

View dari deck 10 pada waktu malam
Tips day 1;

- Bawak dan makan pil tahan mabuk
- Datang 15 minit awal untuk register Gala Dinner dan untuk booking tendering boat for Phuket dan Krabi
- Semak star navigator, tandakan mana show yang kita nak tengok
- Makan selagi boleh makan! At least sebelum sampai masa kita kena makan bubur je nanti :p

10 comments:

  1. apa rasa kaki kambing tu jea?
    baru nak tanya mana gambo ko "i jump u jump". Sekali tak boleh access la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua menu sedap! aku makan bertambah-tambah :p

      Tulah nak ber rose dowson tak boleh plak :(

      Delete
  2. Kapal yg sama yg aku naik nmpk gayenye.
    Mariners buffet tu sarapan meriah..
    Daann
    Tetaaplaa ada adult show tu eh. Ada jengah casino?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kapal yg sama. makan mmg sentiasa meriah kat sini kan.
      Adult show tu mmg wajib ada kot. Ada aku lalu depan kasino (sbb nak carik toilet) takde la masuk pon, jenguk2 dari luar je :p

      Delete
  3. Wah macam meriah makan je. Best gak wei. Minus part mabuk laut yang aku rasa aku lagi teruk dari ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mabok2 tu aku jalan mcm org mereng, jalan dalam bentuk melengkung, pastu terus terduduk. memang hazab sangat.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Hi salam kenal...
    Frust tau bila tahu kami nyer trip dibatalkan...cruise ni last belayar ke phuket/krabi 12jul2015.
    Sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. loh yeke.. awat pak cenggitu. dulu smgu pas kami balik ada kes org buuh diri terjun laut dr atas cruise ni. ntah la kalahjudi ke hapa..

      Delete
    2. Wooo.....nasib baik batal. Huhuhuhu

      Delete