Sunday 20 April 2014

Jom Hatyai ~ Chan Travel & Samila Beach

Lepas merilekskan diri kami decided tunggu solat dulu sebelum keluar sebab once kami keluar pasni kami cuma akan balik ke hotel selepas semua agenda arini abes, yakni pada waktu malam.

Dah setel semua, kami turun ke lobi dan bertanya kat staff kat situ macam mana nak pegi Chan Travel? Chan Travel ni adalah travel agency merangkap money changer. Banyak review cakap Chan Travel ni selalu dapat rate murah dari agency lain.

Misi kami di Chan Travel adalah untuk beli tiket pertunjukan Hansa Cabaret.

Gerai ni depan Grand Plaza Hotel. Setiap kali lalu mesti singgah tapi tak penah beli ;p
Chan Travel kat lorong belakang tu.
Lokasi Chan Travel adalah di lorong depan Grand Plaza Hotel je. Dekat sangat sampai 1 hari tiga pat kali jugaklah mengulang ke Chan Travel tu sebab nak tukar Ringgit ke Bath. Sampai kawan aku mengeluh salahkan Chan Travel ni sebab dekat sangat..bhahaha! Salah dia ke kita asyik dok tukar duit nak menyoping?

Beskal pink! Boleh tengok rate transportation di Chan Travel ni sebelah kanan. Tak tahu la kenapa rate ke Ipoh ngn ke KL tu sama.
Chan Travel dan pelanggan setia untuk 2 hari..hehe
Di Chan Travel kami beli tiket Hansa Cabaret Show dengan harga 350 Bath (tanpa pengangkutan). Kalau nak include sekali transport pegi dan balik (tunggu di Chan Travel pukul 6.30 petang) harganya adalah 450 Bath. Yang ni harga without dinner. Ada jugak kami singgah travel agents lain riki harga, mostly letak 450 Bath without transport. Kalau beli terus dari Hansa Plaza harga adalah 600 Bath.

Dah setel tiket kami jalan-jalan depan Lee Gardens nak cari tuktuk untuk aktiviti jalan kami petang ni. Dasarnya nak cari tuktuk paling cantik..buleh?

Ada brader tu tuktuk dia cantik lah tapi dia quote harga 1500 Bath untuk ke kebanyakkan tempat-tempat menarik di Hatyai ni termasuklah ke Songkhla. Tapi kalau kami ada whole day best la jugak nak pegi semua tempat. 

Pastu jalan-jalan lagi, jumpa ada satu tuktuk pakcik ni, tua sangat dah tapi dia dah berenti tepi jalan untuk kami, walaupun beliau tak pandai berbahsa Inggeris, langsung, tapi beria-ia dia suh naik.

Kami hop on jugak, sebab dah malas nak mencari lagi dah, matahari dah terik atas kepala, perut dah lapar!

Pakcik tuktuk
Dia singgah satu travel agency dan suruh staff kat situ translatekan perbualan kami. Sembang-sembang kami dapat harga 1000 Bath untuk 3 tempat. 3 tempat je yang rasanya relevant masa tu sebab kami nak ke Songkhla di mana terdapat Samila Beach. Sekarang pun dah pukul 1.20 pm waktu tempatan.

Ke Samila Beach kita!
Perjalanan ke Samila Beach kalau ikut record gambar aku adalah 45 minit.

Sampai-sampai je terus cari gerai makan sebab dah lapar sangat dah. Last makan adalah nasi lemak saiz untuk kanak-kanak kat Padang Besar pagi tadi.

Tapi sebab kami nak simpan perut untuk makan kat Khlong Hae Floating Market nanti. Jadi kami settled dengan hot dog (ada pulut dalam hot dog tu). Kenyang sangat, Alhamdulillah. 

Kami beli hotdog kat sini. Sedap sangat, dalam tu ada pulut.
Gerai-gerai lain.
Library bergerak?
Rate dari 20 ke 150 Bath, murah-murah.
Lepas tu kami jalan-jalan sekitar Samila Beach. Mula-mula tu kami singgah di patung The Mouse & The Cat ni dulu. Ramai la sangat kat sini. Maybe sebab panas terik dan sini kawasan teduh jadi ramai dok melepak sini. 

Ramai sungguh kanak-kanak melekat kat sini. Budak seluar polkadot tu siap pose-pose dengan aku lagi ;p
Macam mana la keadaannya kat Mermaid statue yang femes kat Samila Beach nanti? Mesti orang pun ramai macam ni, tak syok!

Aku ada baca cakap kena beratur nak ambik gambar kat Mermaid statue tu sebab ramai nak bergambar kat situ. Beratur takpe, aku boleh terima lagi. Jangan ko dok melepak tanak blah dari situ suda..

Jalan-jalan lagi ambik gambar tepi pantai tapi dari bawah pokok (dari jauh!) sebab panas terik matahari tengah hari.

Samila Beach
Lepas tu baru nampak Mermaid statue tak jauh dari situ.

Eh takde orang pun.

Orang beratur pun takde.

Kami jalan kat pasir tepi pantai tu. Jalan cepat-cepat! Bukan sebab nak kejar patung Mermaid tu. Tapi sebab pasir tu panas nak mam***!

Hazab lagi bila pasir panas tu masuk dalam kasut. Terus terjungkit-jungkit berlari dalam kepanasan. Sampai bawah pokok kat area depan patung mermaid, campak kasut!

Patut la takde orang kat patung Mermaid, panas!

Dah cool down kami pun pegi kat patung Mermaid dan berpose-pose dengan muka ketat tahan panas.

Mermaid Statue
Dah setel kami pun gerak ke tuktuk untuk ke next destination. On the way tu kami singgah kat gerai-gerai tepi jalan beli souvenir.

FM & miniature
Tuktuk
Gerai-gerai di Samila Beach.
Sebab jam pun dah pukul 3.30pm kami pun skip next destination iaitu Elephant Camp. Ada kawan aku tu nak naik gajah tapi macam tak yakin sebab takut. Aku memang dah pesan awal-awal aku tanak naik gajah tu.

Tapi sebab kami nak kena ada di Hansa Plaza sebelum pukul 7 malam dan perjalanan ke bandar mungkin ambik lagi 45 minit, jadi kami bersetuju untuk skip Elephant Camp dan menghabiskan masa kat Khlong Hae Floating Market.

Samila Beach
Samila Beach
Otw balik. Nampak tak 2 orang minyak tu ;p

5 comments:

  1. Aduh udang kt gambar first memang bikin laparrr..haha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kenangan apa tu MKL? Jom ramai-ramai kita mengulang.

      Delete
  3. Best baca entry awak...blh bt rujukan nt nk pergi sana...

    ReplyDelete